UniSZA kampus tanpa tunai – Terengganu


KUALA TERENGGANU 31 Dis. – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) melakar satu lagi transformasi hari ini apabila menjadi kampus tanpa tunai pertama di pantai timur menerusi pelancaran aplikasi dompet elektronik (e-dompet), Boost.

Aplikasi yang dibangunkan oleh syarikat di bawah Axiata Digital eCode Sdn. Bhd. itu membolehkan seluruh warganya termasuk 12,000 pelajar di tiga kampus iaitu di Gong Badak, juga di Besut dan Perubatan di sini menggunakan e-dompet sebagai kaedah pembayaran tunggal untuk semua urus niaga pembelian dalam kampus.

Pengerusi Lembaga Pengarah universiti itu, Prof. Emeritus Datuk Dr. Kamarudin Hussin berkata, Boost akan menyediakan pelajar  dengan gaya hidup digital dan pengalaman menyeronokkan melalui pembelian yang lebih mudah, tambah nilai telefon, penghantaran dan pengeluaran wang serta pemberian hadiah digital.

Katanya, pengguna dapat memanfaatkan e-dompet di mana-mana kedai yang mempunyai kod QR sekali gus mengurangkan kesulitan pembayaran secara tunai atau kad debit dan kad kredit.

“Matlamat UniSZA adalah untuk menjadi kampus tanpa tunai terunggul dan inovatif, bermula dengan mentransformasikan semua perkhidmatan di dalam kampus supaya lebih mudah diakses secara digital,” katanya dalam Majlis Amanat Tahun Baharu 2018 dan pelancaran UniSZA tanpa tunai di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, di sini hari ini.

Yang hadir sama Naib Canselor UniSZA, Prof. Datuk Dr. Ahmad Zubaifi Abdul Latif dan Ketua Tanggungjawab Korporat dan Perhubungan Kerajaan Celcom Axiata Berhad, Saiful Bahrin Abdul Ghaffar.

Menurut Kamarudin, kerjasama strategik bersama Celcom Axiata Berhad itu merupakan salah satu usaha UniSZA untuk memperkayakan pelajar dengan kemudahan dan bantuan dalam pembelajaran.

Katanya, selain kampus tanpa tunai, universiti itu turut terpilih sebagai salah satu institusi pengajian tinggi (IPT) yang tersenarai dalam program Siswapreneur Celcom bagi melatih dan membangunkan potensi pelajar dalam bidang keusahawanan di samping turut menerima sumbangan foodcart. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

UniSZA kampus universiti pertama di pantai timur sedia aplikasi tanpa tunai



KUALA NERUS: Warga Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) kini boleh menggunakan eDompet sebagai kaedah pembayaran tunggal untuk semua transaksi di dalam kampus universiti itu.

Langkah itu menjadikan UniSZA kampus tanpa tunai atau ‘cashless campus’ pertama di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Pusat Komunikasi Korporat UniSZA pada Ahad, langkah itu adalah bagi mencapai matlamat UniSZA untuk menjadi Kampus Tanpa Tunai terunggul lagi inovatif, bermula dengan mentransformasikan semua perkhidmatan di dalam kampus supaya lebih mudah diakses secara digital.

“Pelajar dan kakitangan UniSZA di tiga kampus iaitu Kampus Gong Badak, Kampus Besut dan Kampus Perubatan (Kuala Terengganu) boleh membuat pembayaran menggunakan eDompet di kedai terpilih tanpa kesulitan pembayaran secara tunai atau kad debit dan kad kredit,” menurut kenyataan itu lagi.

Antara kelebihan menggunakan eDompet sebagai kaedah pembayaran adalah aplikasi eDompet ini boleh dimuat turun dengan mudah dari App Store atau Google Play.

“Proses pendaftaran sebagai pengguna adalah sangat mudah dan setelah selesai pendaftaran, pengguna boleh membuat pemindahan atau penambahan wang tunai melalui kad debit, kad kredit Visa dan Mastercard atau melalui perbankan dalam talian.

“Seterusnya pengguna dapat menggunakan eDompet di mana-mana kedai yang mempunyai Kod QR (tertakluk kepada Kod QR yang didaftarkan dengan syarikat pengendali eDompet di Malaysia),” katanya.

Selain itu, tambah kenyataan itu lagi, pengguna eDompet juga boleh menikmati pelbagai fungsi digital seperti pembelian baucar untuk pembelian secara digital, penambahan kredit untuk talian prabayar, penghantaran wang tunai ke eDompet yang didaftarkan dengan syarikat pengendali eWallet yang sama, pengeluaran wang tunai ke akaun bank.

— BERNAMA



Source link

read more

The Last Jedi catat kutipan lepasi AS1 bilion



FILEM paling hangat tahun ini, “Star Wars: The Last Jedi” terbitan Disney-Lucasfilm melepasi kutipan AS$1 bilion (RM4.10 bilion) bagi tempoh kurang tiga minggu.

Bagi tempoh Jumaat-Sabtu, filem itu berjaya merekod kutipan global AS$120.4 juta, dengan AS$52.8 juta dicatat bagi pasaran domestik dan AS$68 juta bagi pasaran antarabangsa.

“The Last Jedi’ juga merupakan filem ke-4 melepasi kutipan AS$1 bilion bagi tahun ini, selepas “Beauty and The Best” (AS$1.26 bilion), “The Fate of the Furios” (AS$1.24 bilion) dan “Despicable Me” (AS$1.03 bilion).

Ia kini juga jadi filem ke-8 dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman di Amerika Syarikat dengan AS$517.1 juta, di belakang “Rogue One: A Star Wars Story” di tangga ketujuh.

Selepas  hampir sebulan ditayangkan “The Last Jedi” terus menjadi filem nombor satu di negara seperti Denmark, Perancis, Hungary, Jerman, Iceland, Norway dan Sweden.

Ia juga ungguli carta filem di Jepun.



Source link

read more

Ditahan kerana mahu letupkan ICQS Rantau Panjang – Kelantan


TUMPAT 31 Dis. – Polis menahan seorang lelaki di Cabang Empat Salam, Rantau Panjang malam tadi selepas dia mendakwa mahu meletupkan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang.

Suspek ditahan dalam sekatan jalan raya oleh Agensi Kawalan Sempadan (AKSEM) di lokasi tersebut kira-kira pukul 11.30 malam ketika dia sedang menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, pergelutan berlaku antara suspek yang berusia 30 tahun dengan anggota AKSEM apabila dia cuba bertindak agresif dan enggan memberi kerjasama.

“Selepas disoal siasat suspek mengaku ingin meletupkan Kompleks ICQS Rantau Panjang dan pondok kawalan AKSEM.

“Kita menemukan lima plastik bijian, satu plastik serbuk kuning, sebilah gunting, pisau, empat biji bateri AA, satu set pemutar skru, satu lilitan wayar tembaga, satu kabel USB telefon bimbit, pengecas dan pasport dalam beg sandang suspek,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan Majlis Serah dan Terima Tugas Antara Pemangku Ketua Polis Daerah Tumpat Mohamad Zulmazi dengan Ketua Polis Daerah Tumpat yang baharu, Ab. Rashid Mat Daud.

Hasanuddin turut berkata, suspek beralamat di Pandamaran, Klang, Selangor juga didapati dalam senarai dikehendaki untuk kes di bawah Seksyen 6 (1) Akta Senjata Berbahaya dan turut mempunyai rekod berkaitan dadah.

“Hasil saringan mendapati suspek positif methampethamine dan dia kini ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

ADUN Lepar Shohaimi Jusoh meninggal dunia pagi ini



KUANTAN: Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lepar Datuk Mohd Shohaimi Jusoh, 55, meninggal dunia di rumahnya di Sungai Isap Damai, di sini, awal pagi ini.

Anggota Parlimen Paya Besar Datuk Seri Abdul Manan Ismail berkata beliau dimaklumkan berita itu oleh pegawai arwah kira-kira 3.55 pagi dan amat terkejut kerana mereka baharu berjumpa pada Jumaat lepas.

Katanya mereka bersama menghadiri program sumbangan Jom ke Sekolah oleh Yayasan Felda peringkat Parlimen Paya Besar dan arwah tidak kelihatan sakit walaupun demam beberapa hari sebelumnya.

“Saya bertanya jika arwah sudah sihat dan beliau menjawab demamnya sudah kebah. Saya hanya tahu arwah ada penyakit kencing manis.

“Malam semalam juga ada kawan-kawan telefon beritahu arwah mengajak sesi ‘mengeteh’ di warung berhampiran rumahnya, yang merupakan kebiasaan arwah pada waktu malam.

“Bagaimanapun tiba-tiba arwah batalkan hasrat itu dan beritahu tak apa, kita jumpa malam lain,” katanya semasa dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Abdul Manan berkata jenazah akan dibawa ke Masjid Sungai Isap pada 11 pagi ini untuk dimandi dan dikafankan sebelum dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sri Fajar, Gambang di sini sebelum solat Zohor.

— BERNAMA



Source link

read more

Qobin berjaya dibawa keluar dari Union Glacier


KUALA LUMPUR: Penjelajah negara, Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin yang menamatkan misi penjelajahan ke titik 90 Kutub Selatan berjaya dibawa keluar dari Union Glacier, Antartika.

Muhammad Muqharabbin atau Qobin selamat tiba di Puntas Arenas, Chile kira-kira jam 8 malam tadi.

Penasihat Kelab Eksplorasi 7 Benua (KE7B), Datuk Akmar Hisham Mohd Yusof berkata selepas berjaya menamatkan misi itu pada Khamis lalu, Qobin terkandas di Union Glacier akibat cuaca buruk hingga menyebabkan pesawat tidak boleh beroperasi sama ada untuk mendarat atau berlepas.

Jalur Gemilang berkibar di titik 90 Kutub Selatan.

Kata beliau, pesawat kemudian dapat berlepas ke Union Glacier susulan keadaan cuaca yang tiba-tiba baik di Antartika hari ini dan Qobin berjaya dibawa keluar dengan selamat.

BACA: Muqharabbin di fasa terakhir dalam misi raih gelaran Penjelajah Grand Slam

“Kini kami sedang mengatur penerbangan Qobin dari Puntas Arenas ke Santiago, Chile. Terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang menyokong dan mendoakan kejayaan Qobin hingga berjaya menamatkan misi dalam tempoh enam hari.

“Terima kasih juga atas doa semua sehingga Qobin berjaya dibawa keluar hari ini dan tahniah kepada pasukan KE7B yang menguruskan ekspedisi ini sejak awal,” katanya menerusi catatan laman sosial Facebook malam ini.

Dengan kejayaan itu, Qobin akan diiktiraf sebagai Penjelajah Grand Slam, sekali gus menjadi rakyat Malaysia pertama selain merupakan sejarah baru untuk Malaysia.



Source link

read more

Lelaki hilang ketika kenderaan dihanyut arus deras



KOTA KINABALU: Seorang lelaki berusia lingkungan 20-an hilang ketika kenderaan dinaikinya dihanyutkan arus deras di sungai di Kampung Sungai Bintosan Darat, Kota Marudu awal pagi tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Pasukan Gerakan Operasi JBPM menerima panggilan kecemasan pada 2.56 pagi dan Balai Bomba dan Penyelamat Kota Marudu dikerahkan ke tempat kejadian kira-kira 16 km dari balai berkenaan.

Kesemua enam individu lain yang turut menaiki kenderaan jenis Toyota Innova itu bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri dengan memecahkan cermin pintu kereta.

Kenderaan itu dijumpai kira-kira 30 meter dari lokasi ia dihanyutkan pada 4.35 pagi.

Mangsa yang masih hilang dikenal pasti sebagai Muhammad Asyraf Nurajim.

Katanya operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan serta punca kejadian masih disiasat.

— BERNAMA



Source link

read more

Juruterbang Malaysia ditahan di Batam kerana positif dadah



KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa Indonesia menahan seorang juruterbang sebuah syarikat penerbangan di negara ini kerana didapati mengambil dadah jenis methamphetamine pada Sabtu.

Memetik laporan portal Antaranews, Agensi Narkotik Indonesia (BNN) menahan juruterbang berusia 34 tahun itu selepas didapati positif dalam penyalahgunaan dadah ketika pemeriksaan rambang di Lapangan Terbang Antarabangsa Hang Nadim, Batam.

“Juruterbang itu kemudian ditahan di pejabat BNN di Kepulauan Riau,” katanya ketua BNN, Richard Nainggolan.

BNN merampas 1.9 gram methamphetamine serta beberapa peralatan menghisap dadah yang dipercayai milik juruterbang.

Dalam pada itu, syarikat penerbangan tersebut ketika dihubungi mengesahkan mengenai penahanan suspek yang kini dalam siasatan pihak BNN, lapor portal The Star.

“Kami difahamkan mengenai penahanan juruterbang ini di Batam berhubung isu dadah. Siasatan sedang dijalankan,” kata jurucakap syarikat penerbangan itu.

Jurucakap syarikat penerbangan itu menegaskan bahawa syarikat penerbangan tersebut tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas ke atas kakitangan yang didapati terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

“Mana-mana pekerja yang didapati bersalah akan ditamatkan perkhidmatan selain diserahkan kepada pihak berkuasa,” katanya.



Source link

read more

Wanita warga emas maut dilanggar bas – Nahas & Bencana


SHAH ALAM 31 Dis. – Seorang wanita warga emas maut apabila dilanggar sebuah bas ketika melintas jalan di Jalan Cetak, Seksyen 16 berhampiran stesen komuter, pagi tadi.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 8.10 pagi, dengan mangsa, Endon Abd. Wahab, 63, meninggal dunia di lokasi kejadian apabila akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan akibat hentaman kuat semasa insiden berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam , Superintenden Nek Zaidi Zakara berkata, berdasarkan siasatan awal, warga emas terbabit dikatakan secara tiba-tiba melintas di bahagian kiri laluan berkenaan dan menyebabkan pemandu bas yang melalui laluan itu tidak sempat memberhentikan kenderaannya.

“Jarak di antara bas dengan mangsa terlalu dekat menyebabkan kenderaan itu tidak sempat berhenti dan melanggar mangsa,” katanya yang turut memaklumkan mayat warga emas terbabit telah dihantar ke Hospital Shah Alam untuk tindakan lanjut,” katanya.

Tambah Nek Zaidi, kes itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) APJ 1987. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons