Duterte akan berurusan dengan Trump melalui cara paling wajar



MANILA: Presiden Filipina, Rodrigo Duterte berkata pada Ahad, beliau akan berusan dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dengan ‘cara yang paling wajar’.

Mereka dijadualkan bertemu bulan depan untuk membincangkan tentang keselamatan serantau dan agenda Manila memerangi dadah.

Trump bakal melawat Asia pada 3 hingga 14 November di tengah-tengah ketegangan berikutan pelancaran peluru berpandu oleh Korea Utara.

Beliau akan berada di Manila pada akhir lawatan yang dimulai dengan kunjungan ke Jepun, Korea Selatan, China, dan Vietnam, bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin ASEAN.

Trump akan bertemu Duterte tetapi tidak akan menghadiri mesyuarat yang lebih besar di Manila bersama ketua-ketua negara dan kerajaan dari China, Korea Selatan, Jepun, India, Australia dan New Zealand.

“Saya berharap dapat berbincang dengan beliau berkenaan topik aktiviti keganasan, kerjasama antara kedua-dua negara dan perjuangan bagi memerangi dadah,” kata Duterte ketika sidang media sebelum berlepas ke Jepun untuk bertemu dengan Perdana Menteri Shinzo Abe.

“Saya akan berurusan dengan Presiden Trump dengan cara yang paling wajar, mengalu-alukan beliau sebagai pemimpin penting.

“Saya akan mendengar apa yang ingin beliau katakan,” ujar Duterte.

Duterte sebelum ini kerap memberi kata-kata kesat terhadap AS, misalnya memarahi Washington kerana melayan Filipina ‘seperti anjing’, walaupun hubungan kedua-dua negara telah lama terjalin.

Presiden Filipina itu telah mengumumkan ‘perpisahan’ beliau dari AS semasa lawatannya ke Beijing setahun yang lalu, sekali gus mengisytiharkan rundingan bersama China lantaran kedua-dua belah pihak bersetuju untuk menyelesaikan perselisihan mengenai Laut China Selatan menerusi perbincangan.



Source link

read more

Chin Tong jangan pertikai kem tentera di Segamat – Bastien



KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong diberi amaran tidak mempertikai hampir 1,079 anggota tentera yang bakal menduduki kem tentera baharu yang bakal siap hujung tahun ini di Segamat.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Segamat, Bastien Onn berkata, Chin Tong kini seolah-olah sengaja menimbulkan persepsi kem itu membantu Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Berkenaan dengan soal kem askar di Segamat seperti dibangkitkan, saya minta Chin Tong berhenti berkhayal dengan tuduhan berkaitan pembinaan kem tersebut.

“Saya cukup tidak faham kaitan kem tentera dan pilihan raya. Dia cuba menimbulkan persepsi bahawa kewujudan kem itu akan membantu BN pada pilihan raya nanti.

“Adakah dia tidak tahu bahawa tugas tentera adalah untuk mempertahan negara dari ancaman musuh?” katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.

Chin Tong semasa membahas Ucapan Parlimen mengenai Bajet 2018 (Bahagian II) meminta Kementerian Pertahanan memberi penjelasan sama ada pembinaan Kem Tentera Segamat di negeri Johor dibuat atas pertimbangan strategi pertahanan negara atau semata-mata untuk mempertahankan kepentingan politik dan pilihanraya bagi parti kerajaan.

Empat kem tentera baharu bakal dibina dan siap pada hujung tahun ini.

Selain Segamat, ia juga akan dibina di Hutan Melintang, Perak, Bera di Pahang dan Pagoh di Johor.

Pembinaan kem tentera baharu ini juga sebagai salah satu langkah kerajaan bagi menambah kedudukan strategik aset pertahanan.

Ia juga berkait rapat dengan faktor kedudukan kem di lokasi-lokasi sedia ada didapati tidak lagi sesuai kerana berada di tengah-tengah kawasan pembangunan selain melibatkan kos penyelenggaraan tinggi.

Dalam pada itu Bastien meminta Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan DAP itu untuk berhenti memperlekehkan perajurit-perajurit negara selain tidak melibatkan mereka dalam politik dan tuduhan seumpama itu.

“Kalau hendak menang di Segamat dia perlu kerja kuat, kami tunggu. Ini belum lawan sudah mencari alasan kalah.

“Dia akan terus dalam dunianya daan bila tewas nanti akan menggunakan alasan kewujudan kem tentera berkenaan.

“Kalau kamu tidak suka perwira negara tidak apa tetapi jangan babitkan mereka dalam permainan politik terdesak begini.

“Kami di Segamat menyambut baik dan amat gembira dengan pembinaan kem tentera ini. Sesungguhnya kami akan berasa selamat dengan kehadiran perajurit ini di sini,” ujarnya.

Bastien turut mengucapkan terima kasih kepada Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di atas pembinaan kem berkenaan.

Dalam pada itu, Bastien juga mahu tahu perasaan Chin Tong terhadap kewujudan kem tentera di Kluang.

“Di kawasan dia juga ada kem tentera, apakah perasaan Chin Tong? Tentera ini merupakan perajurit yang melindungi kamu, adakah kewujudan mereka tidak diundang d Kluang?

“Bagaimana pula mereka yang di Pagoh? Jangan lupa perajurit-perajurit sekalian, kita ada wakil pembangkang yang tidak selesa dengan kehadiran kamu rasanya,” tegasnya.

Bastien juga mahu Chin Tong berhenti memberi alasan awal dan menyebar persepsi kekalahan wakil mereka di Segamat kepada Datuk Seri Dr. S. Subramaniam kerana kehadiran tentera ini.

“Adakah nasib pembangkang sudah tertilik? Chin Tong sendiri harus sedar pengundi-pengundinya di Kluang amat merindukan kehadiran dan khidmatnya selaku wakil rakyat.

“Apabila saya berbual dengan belia-belia dari kawasannya, mereka kerap bertanya tentang kehadirannya yang langsung tiada bayang,” jelasnya.



Source link

read more

SongSongCoupleWedding Song Joong Ki dan Song Hye Kyo dah kahwin


PELAKON drama Korea popular, Descendants of The Sun, Song Joong Ki dan Song Hye Kyo selamat disatukan dalam sebuah majlis tertutup pada Selasa.
 
Majlis tersebut berlangsung di Hotel The Shilla di Seoul, Korea Selatan dan dihadiri oleh keluarga serta rakan rapat pasangan berkenaan.
 
Antaranya Lee Kwang Soo, Kim Jong Kook, Cha Tae Hyun, Yoo Ah In, Park Bo Gum dan juga Zhang Ziyi.
 
Walaupun perkahwinan itu berlangsung secara tertutup namun beberapa keping gambar dan juga video pasangan ini tular di media sosial.
 
Foto dan video tersebut menunjukkan suasana meriah di lokasi majlis perkahwinan itu.
 
Dalam pada itu, hashtag popular #SongSongCoupleWedding telah menjadi trending dunia di Twitter selepas beberapa jam berita tersebut dihebahkan.
 
#SongSongCouple merupakan hashtag yang digunakan oleh peminat untuk pasangan itu sejak drama lakonan mereka, Descendants Of The Sun ditayangkan tahun lalu.


 
Menerusi hashtag tersebut, rata-ratanya memberikan ucapan tahniah dan meluahkan rasa gembira melihat pasangan serasi itu disatukan.
 
Foto: Koreaboo / Soompi / Instagram: @mysongsongcouplezone
 



Source link

read more

Rebut peluang program Pengakuan Sah Industri Kreatif – Nasional


KUALA LUMPUR 1 Nov. – Penggiat industri kreatif negara digesa mengambil peluang melibatkan diri dalam program Pengakuan Sah Industri Kreatif bagi memastikan sasaran kerajaan untuk membangunkan pekerja mahir akan terlaksana.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata, industri kandungan kreatif adalah antara industri penting yang berpotensi menjana ekonomi negara dan diyakini akan terus mencatatkan pertumbuhan baik pada masa depan.

“Saya percaya hasrat ini dapat direalisasi dengan lebih ramai lagi penglibatan penggiat-penggiat industri terutama daripada golongan muda yang mempunyai misi dan visi yang ingin melihat industri ini terus berkembang ke satu aras yang lebih baik.

“Ini merupakan usaha yang dilakukan oleh kerajaan bagi memartabatkan tahap dan kualiti pekerja mahir bukan sahaja di peringkat tempatan malah di persada antarabangsa,” katanya dalam Majlis Penyampaian Sijil Pengakuan Sah Industri Kreatif dan Pelancaran Buku Coffee Table Gabungan Industri Kandungan Kreatif Malaysia (CCIG), di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Mohd. Khusairi Abdul Talib; Ketua Pengarah Finas, Datuk Fauzi Ayob dan Pengerusi CCIG, Datuk Jurey Latiff Rosli.

Pada majlis tersebut, seramai 46 individu berjaya mendapat pengiktirafan Sijil Pengakuan Sah Industri Kreatif bagi bidang kerjaya masing-masing.

Mengulas lanjut, Salleh berkata, usaha untuk melahirkan tenaga mahir dalam industri kreatif perlu diperkasa memandangkan sektor itu mempunyai peluang kerjaya yang lebih luas dan berpotensi menembusi pasaran antarabangsa.

“Tidak dapat dinafikan industri kreatif merupakan pemacu pertumbuhan ekonomi negara ini.

“Justeru, kerajaan berharap semua penggiat industri kandungan kreatif akan memberi sokongan dalam konteks penyusunan tenaga kerja mahir industri,” katanya.

Selain itu, kata beliau, pendedahan mengenai kemahiran industri kreatif amat signifikan dalam membantu menaikkan kualiti kemahiran pekerja dalam industri tersebut.

“Langkah itu turut membantu bidang pendidikan menghasilkan pelajar yang berdaya saing dan mempunyai kemahiran untuk memenuhi kehendak pasaran industri kreatif,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

PENGUNDI GEMBIRA MAHFUZ TAK JADI CALON!!! ~ SEMUT HITAM


Alahai! Malang betul nasib Si Mahfuz Bean ni. Sudah la nama dia tidak lagi disenaraikan sebagai calon dalam PRU yang akan datang. Pengundi dikawasan Pokok Sena pun gembira dia tak jadi calon.

Sebaliknya, mereka pulak yang ‘sujud syukur’ kerana Si Mahfuz Bean ni tidak akan menjadi wakil mereka lagi. Mungkin ada yang buat kenduri menyambut berita gembira yang tersebar itu.

Ia selepas Mahfuz, yang mewakili kawasan itu sejak 1999 kecuali selama 4 tahun selepas ditewaskan calon BN pada 2004, dilihat semakin rapat dengan Pakatan yang tidak disertai PAS.

Menurut salah seorang dari mereka, Mohd Razali Murad berusia 57, menyatakan dia “OK” sekiranya PAS tidak mencalonkan Si Mahfuz Bean tu untuk bertanding pada PRU14 akan datang.

“Selama dia pegang (jawatan ahli Parlimen Pokok Sena) saya tak nampak apa dia buat. Cuma dijemput ke kenduri, datang, itu sahaja. Kalau buat aktiviti, saya dah lama tak dengar. Tengok cara dia, macam tak ada wakil rakyat. Apa dia buat pun kita tak tahu,” katanya ketika ditemui pemberita baru-baru ini.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah pada 21 Oktober lalu mengesahkan nama Mahfuz Bean tidak ada dalam senarai calon yang mewakili PAS dalam PRU ke-14 bagi kerusi Parlimen Pokok Sena.

Sebaliknya Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah itu berkata, Mahfuz boleh mencari platform lain sekiranya dia masih mahu bertanding dan PAS Kedah mahu meletakkan calon lain di situ.

Sementara itu, seorang lagi pengundi, Razali yang juga merupakan seorang pesara berkata, dia kecewa kerana selepas menang dalam PRU yang lalu, Si Mahfuz Bean tu terus menghilangkan diri.

“Ada jawatan terus hilang. Kita pun rasa kecewa dengan dia,” katanya.

Seorang lagi pengundi, Mohd Yusof Abdul Taib, 54, juga tidak kisah apabila nama Mahfuz tidak lagi dicalonkan untuk bertanding di kawasan Parlimen Pokok Sena pada PRU14 akan datang.

Yusof yang juga merupakan seorang penyokong PAS, turut melahirkan kekecewaannya dengan sikap Mahfuz yang pada ketika ini lebih cenderung ke arah menyokong Pakatan Haprak tu.

Dia yang meniaga di Pokok Sena selama 20 tahun juga turut mendakwa “jarang nampak” kelibat Mahfuz melawat kawasan walaupun selepas dipilih sebagai Ahli Parlimen sebelum ini.

Dalam erti kata lainnya, bagi pengundi dikawasan Parlimen Pokok Sena, kehadiran Si Mahfuz tu memang sudah tidak dialu – alukan lagi. Maka, elok la Si Mahfuz Bean tu sedar diri dan jangan berangan macam orang hilang akal tak tentu arah!!!




Source link

read more

Vincent Tan returns to Berjaya corporation



KUALA LUMPUR: Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun, Founder and Adviser to Berjaya Corporation group of companies, has assumed the position of Executive Chairman, with immediate effect.

Datuk Seri Robin Tan Yeong Ching would accordingly relinquish his chairmanship and remain as the Chief Executive Officer of the company, Berjaya Corporation Bhd said in a statement today.

Tan retired from the board of directors of Berjaya on Feb 23, 2012, and embarked on various charitable and social programmes and initiatives but at the same time, continued to explore new business opportunities for the group.

“I feel that after being away for five years, it’s time I return to the board to actively participate in the deliberation and decision-making in order to show my commitment and accountability to our stakeholders,” Tan said.

Meanwhile, Berjaya Board members shared the sentiment that as the major shareholder of the company, it was appropriate that Tan took his rightful place as Executive Chairman, Berjaya added.

— BERNAMA



Source link

read more

Malaysia pertimbang tutup Kedutaan Besar di Pyongyang – PM



KUALA LUMPUR: Malaysia sedang mempertimbangkan untuk menutup kedutaannya di Pyongyang, Korea Utara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia pada masa ini telah memperkenalkan visa kepada rakyat Korea Utara yang mahu ke negara ini.

“Mengenai keadaan di Semenangjung Korea, kedua-dua negara (Malaysia dan Amerika Syarikat) telah menyatakan kebimbangan di atas keselamatan dan keamanan di rantau Asia Pasifik yang diancam oleh tindakan Korea Utara yang menjalankan program ujian nuklear dan ujian peluru berpandu balistik.

“Saya telah menyatakan Malaysia telah mengambil langkah untuk mematuhi kesemua resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang berkaitan dengan Korea Utara antaranya untuk mengurangkan bilangan pegawai diplomatik Korea Utara.

“Malaysia juga sedang mempertimbangkan hubungan dengan Korea Utara dari aspek termasuk hubungan diplomatik, politik dan ekonomi. Malaysia sedang mempertimbangkan untuk menutup Kedutaan Besar Malaysia di Pyongyang dan memindahkan ke Beijing.

“Malaysia juga kini telah memperkenalkan visa untuk kemasukan warganegara Korea Utara ke negara ini,” katanya ketika menjawab soalan tambahan yang dikemukakan Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu).

Tiong sebelum itu meminta Perdana Menteri menyatakan apakah hasil lawatan kerja Perdana Menteri ke Amerika Syarikat pada September lalu dan apakah kejayaan yang telah dicapai melalui lawatan tersebut.

Ketegangan antara Malaysia dan Korea Utara tercetus berikutan pembunuhan Kim Jong Nam, abang pemimpin negara itu Kim Jong Un, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada 13 Februari lepas.

Pergeseran diplomatik timbul apabila Duta Korea Utara Kang Chol membuat tuduhan tidak berasas terhadap Malaysia mengenai cara negara ini mengendalikan kes itu yang mengakibatkan Malaysia mengisytiharkan beliau sebagai ‘persona non grata’ dan mengusirnya keluar.

Kang Chol meninggalkan Kuala Lumpur pada 6 Mac.

Korea Utara bertindak balas dengan mengusir Duta Besar Malaysia di Pyongyang, Mohd Nor Azrin Md Zain.

Pada 7 Mac, Pyongyang menghalang rakyat Malaysia meninggalkan negara itu dan Kuala Lumpur mengambil tindakan sama ke atas warganegara Korea Utara yang berada di negara ini.

Malah, Datuk Seri Najib mengumumkan kesemua rakyat Malaysia yang dihalang daripada meninggalkan Korea Utara dibenarkan pulang ke tanah air.

Selain Mohd Nor Azrin sekeluarga, empat lagi rakyat Malaysia terbabit ialah pembantu peribadi kepada Duta Besar Noor Saaidah Jamaluddin, 29 dan suaminya Mohd Radzuan Othman, 29 serta bayi mereka Mohamad Radhiy yang berusia lapan bulan; dan pembantu tadbir S. Nirmala Malar Kodi, 45.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons