Putin lawat Iran – Luar Negara


TEHERAN 2 Nov – Presiden Rusia, Vladimir Putin tiba di Teheran dalam rangka lawatan rasmi ke negara ini yang dijangka bakal memberi tumpuan kepada perbincangan mengenai krisis di Syria dan perjanjian nuklear Iran.

Putin dilaporkan akan mengambil bahagian dalam sidang kemuncak bersama Presiden Iran, Hassan Rouhani dan Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyev selain mengadakan perbincangan berasingan dengan Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei. – AFP



Source link

read more

BUKTI KERAJAAN PRIHATIN SUARA RAKYAT!!! ~ SEMUT HITAM


Projek Lebuhraya Central Spine Road (CSR) yang menerima suntikan RM230 juta pada Bajet 2018 diharap akan mempercepatkan pembinaannya bagi mengatasi masalah kesesakan di bandar Bentong.

Presiden Persatuan Belia Generasi Glokal Bentong Amir Rozaini Ahmad Rani berkata masalah kesesakan luar biasa di bandar Bentong menjadi rungutan penduduk setiap musim perayaan dan cuti sekolah kerana ia merupakan laluan utama ke Kelantan.

“Ada ketikanya penduduk mengambil masa lebih sejam untuk keluar dari bandar. Pembinaan lebuh raya berkenaan akan mengatasi masalah ini kerana ia tidak melalui bandar dan memberi pilihan kepada mereka yang mahu meneruskan perjalanan tanpa singgah berhenti makan atau solat,” katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.

Beliau mengulas pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet 2018 di Parlimen semalam, mengenai peruntukan itu bagi meneruskan pembinaan CSR antaranya di jajaran Raub ke Bentong.

Beliau juga menyentuh keprihatinan kerajaan menyediakan 600 unit rumah menerusi My Beautiful New Homes (MyBNHomes) di beberapa negeri termasuk Pahang kerana memberi peluang kepada warga B40 memiliki kediaman sendiri.

“Projek ini memberi peluang kepada generasi muda memiliki rumah pada usia lebih awal, sekali gus membantu mereka membuat perancangan kewangan yang lebih baik kerana bayaran balik pinjaman rumah merupakan komitmen paling besar kepada sebilangan besar individu,” katanya.

Selain itu, Amir Rozaini menyifatkan Bajet 2018 sebagai ‘mesra belia’, merujuk kepada peruntukan pinjaman kepada usahawan Food Truck 1Malaysia yang sememangnya menjadi trend anak muda berniaga pada masa kini.

“Tahun Melawat Malaysia 2020 juga memberi peluang kepada belia termasuk mereka di luar bandar untuk melibatkan diri dalam sektor inap desa atau eko-pelancongan yang mempunyai tarikan tersendiri kepada pelancong asing,” katanya.

— BERNAMA




Source link

read more

HSNZ doctor found dead in rented room



KUALA TERENGGANU: A doctor who is attached to the Sultanah Nur Zahirah Hospital (HSNZ) was found dead in his rented room in Kampung Nyiur Sepohon here last night.

Dr Mohd Muaz Mohd Sabri was believed to have died a couple of days ago due to food poisoining after consuming the allegedly contaminated food which he and his fiancee bought at the Kuala Ibai night market.

His fiancee, who is also a doctor at HSNZ, is currently warded at the hospital for further treatment.

Meanwhile, Terengganu Health director Dr Mohammad Omar said they were still waiting for the police to complete the investigation on the case.

“So far, the post mortem found no foul play in the case.

“However, several samples have been taken and are being examined according to the normal procedures to ascertain the actual cause of death,” he said.

Kuala Terengganu Police deputy chief Supt Suffian Sulaiman, when contacted, confirmed receiving the report on the case.

The doctor had been attached to the HSNZ since December 2013.

— BERNAMA



Source link

read more

Kehangatan motoGP Malaysia 2017 | Astro Awani



Hujung minggu ini Litar Antarabangsa Sepang SIC sekali lagi menjadi tumpuan di kalangan peminat motosikal tempatan dan luar negara dengan jangkaan kehadiran 85 ribu penonton.
Selain jangkaan juara dunia motoGP bakal dinobatkan di Sepang, tumpuan turut terarah kepada pelumba negara Hafizh Syahrin.
Bersama kita di talian Editor Astro AWANI Nazam Yusof.



Source link

read more

Pernah ke rumah urut di Jakarta Awas identiti anda mungkin akan didedah



JAKARTA: SEORANG ahli politik kanan Indonesia mahu maklumat pelanggan sebuah pusat hiburan di hotel ternama yang dilaporkan menjalankan aktiviti terlarang termasuk pelacuran di ibu kota Jakarta, didedah dan dikongsikan kepada umum.

CNN Indonesia melaporkan, Naib Ketua Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia Taufik Kurniawan telah mendesak Hotel Alexis untuk  mendedahkan data pelanggannya yang pernah berkunjung ke premis berkenaan setelah banyak mendapat aduan berkenaan aktiviti tidak bermoral itu.

Menurutnya, masyarakat perlu tahu siapakah individu yang pernah berkunjung ke pusat hiburan itu, sebagai satu pengajaran kepada semua.

Beliau berpendapat langkah itu juga penting bagi mengenal pasti siapa sebenarnya yang bersikap ‘munafik’ dengan keputusan pihak berkuasa Jakarta untuk menghentikan lesen operasi Hotel Alexis.

Tidak cukup sekadar itu, Taufik juga meminta Alexis mendedahkan semua rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV) berkenaan identiti pelanggannya.

Keizinan bagi Alexis untuk beroperasi telahpun ditamatkan pada 27 Oktober lalu.

Namun Hotel terbabit yang beroperasi menggunakan lesen hotel dan pusat hiburan menafikan ada menjalankan aktiviti yang terlarang seperti dilaporkan oleh media republik itu, malah bersedia untuk bekerjasama bagi membolehkan ia beroperasi semula.

Selain menjadi tempat penginapan dan hiburan, Alexis juga dikatakan terkenal bagi mereka yang gemarkan perkhidmatan berurut dan sering dikunjungi pelanggan antarabangsa termasuk dari Malaysia.



Source link

read more

Doktor HSNZ ditemukan mati di bilik sewa dipercayai sejak beberapa hari lalu



KUALA TERENGGANU: Seorang doktor perubatan yang bertugas di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu ditemukan mati di bilik sewanya di Kampung Nyiur Sepohon, Kuala Terengganu malam semalam.

Mayat Dr Mohd Muaz Mohd Sabri, 29, dijumpai pada pukul 10.40 malam dalam keadaan terbaring di atas katil setelah pintu bilik sewanya berjaya dibuka oleh anak pemilik bilik sewa berkenaan yang hairan arwah tidak keluar rumah sejak beberapa hari.

Pengarah Kesihatan Negeri Dr Mohammad Omar berkata arwah yang mula berkhidmat di HSNZ sejak Disember 2013 dipercayai telah meninggal dunia sejak beberapa hari lepas.

Katanya arwah dan tunangnya yang juga doktor di hospital sama sebelum ini terkena keracunan makanan selepas makanan yang dibeli di pasar malam Kuala Ibai, di sini tercemar.

Dr Mohammad Omar berkata tunang Allahyarham ditahan di wad beberapa hari untuk rawatan lanjut, bagaimanapun arwah enggan ke hospital bagi mendapatkan rawatan sebaliknya ingin berehat dan tidak kelihatan keluar dari bilik sewanya sejak dari hari itu.

Beliau berkata bedah siasat sudah dijalankan dan dimaklumkan tiada sebarang unsur jenayah, bagaimanapun punca kematian akan mengambil sedikit masa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Supt Suffian Sulaiman ketika dihubungi Bernama mengesahkan telah menerima laporan daripada pihak hospital.

“Kematian mengejut ini kita akan rujuk kepada hasil bedah siasat, jika tiada elemen-elemen jenayah seperti yang telah dimaklumkan…kita andaikan ianya sebagai kematian biasa,” katanya.

— BERNAMA



Source link

read more

Berselawat di pentas The Voice Kids Indonesia peserta 13 tahun buat Agnes Monica terpegun



PASTI ada sebab video seorang remaja berusia 13 tahun menyertai ujibakat The Voice Kids Indonesia ditonton sehingga 4 juta kali di YouTube.

Sharla, peserta remaja perempuan dari Jomba, Indonesia pada mulanya gagal menarik perhatian juri rancangan itu, Agnes Monica, Bebi Romeo dan Muhammad Tulus, dengan hanya menyanyikan lagu Memory (nyanyian asal Cats).

Bagaimanapun, Agnes menekan ‘pembuz’ pada saat-saat akhir remaja bernama Sharla Martiza Isya’iah Putri itu menamatkan persembahannya.

“Selain lagu ini kamu suka lagu apa, klasikal atau bagaimana? Cuba nyanyikan, supaya saya tahu hala tuju kamu,” soal Agnes.

Sharla seraya menjawab keupayaannya juga menyanyikan qasidah dan terus mengalunkan sepotong qasidah sambil diiringi instumen muzik ringkas.

Reaksi Agnes: “Suaranya kamu bagus dan stabil! Untung saya pilih.”

Kedua-dua juri lelaki Bebi Romeo dan Muhammad Tulus terkejut dengan kualiti bakat dan aura mempesonakan remaja berusia 13 tahun itu.

Video yang dimuat naik sejak 26 Oktober itu telah ditonton lebih 4 juta kali dan mendapat hampir 10,000 komen yang pelbagai.

Apa kata anda tonton sendiri video ujibakat Sharla di sini.

Teks oleh: Amri Hassan



Source link

read more

Abe dilantik semula PM Jepun – Luar Negara


TOKYO 2 Nov. – Shinzo Abe dilantik semula sebagai Perdana Menteri ke-98 Jepun selepas Parti Liberal Demokratik (LDP) pimpinannya menang besar pada pilihan raya bulan lalu.

Abe,63 yang mula menyandang jawatan itu pada Disember 2012 berjanji untuk membaiki ekonomi dan aspek pertahanan negara selain mahu memberi tumpuan kepada penjagaan kanak-kanak serta usaha meningkatkan produktiviti.

Beliau juga bakal menyambut kedatangan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang dijangka tiba Ahad ini dalam rangka lawatan selama tiga hari bagi membincangkan isu berkaitan Korea Utara. – REUTERS



Source link

read more

SEDANGKAN YANG HIDUP PUN DAPigs TAK PEDULI!!! ~ SEMUT HITAM


Huh! Tak heran la bila isu kebajikan dikalangan ahli serta pemimpin parti DAPigs itu kini sedang menjadi satu isu yang hangat diperkatakan dikalangan rakyat. Rupanya, isu itu bukan isu baru.

Nampak gayanya, rintihan dan rayuan yang cuba dibangkitkan oleh bekas isteri Ahli Parlimen Raub berhubung isu kebajikan sebelum ini sedikit pun tidak mendapat perhatian pemimpin parti itu.

Sedangkan isunya cukup mudah. Bekas isteri Ahli Parlimen Raub itu menggesa agar kepimpinan DAPigs dapat menyediakan perkhidmatan perubatan yang terbaik untuk bekas suaminya.

Itu pun DAPigs seolah – olah tidak mempedulikannya. Sebaliknya, DAPigs lebih cenderung berasa megah diatas pentas Politik berceramah soal nak menjaga kebajikan rakyat hampir setiap hari.

IRONIKnya, DAPigs gagal menjaga kebajikan dikalangan ahlinya sendiri. Malah ada juga dikalangan pemimpin yang mendakwa mereka dipinggirkan oleh kepimpinan parti itu secara terbuka.

Buktinya cukup jelas apabila ADUN DAPigs Tanjung Bungah tampil meluahkan rasa kecewanya terhadap kepimpinan parti yang lansung tidak mengendahkan suaranya selama hari ini.

Jelas ADUN DAPigs itu, dia lansung tidak diberikan sebarang ruang untuk bersuara sama ada didalam parti mahupun didalam Rejim DAPigs pimpinan Lim Guan Eng di Pulau Pinang.

Teh Yee Cheu berkata, dia mula dipinggirkan parti dan Rejim DAPigs pada 2013 apabila membangkitkan isu pembangunan di lereng bukit, Pelan Struktur Pulau Pinang dan beberapa perkara lain.

“Semua orang tahu saya tidak sebulu dengan kepemimpinan parti dan kerajaan negeri, ia bukan lagi rahsia. Saya sudah lama mahu undur diri dan tragedi tanah runtuh adalah insiden paling memberi kesan terhadap diri saya,” katanya pada sidang media di Pusat Khidmat Tanjung Bungah di sini, hari ini.

Maka secara kesimpulannya, DAPigs bukanlah sebuah parti yang benar – benar mahu memperjuangkan kebajikan rakyat. Sedangkan yang masih hidup pun DAPigs sanggup pinggirkan begitu sahaja. Inikan pula yang sedang mengalami sakit dihospital!!!




Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons