JOHOR BAHRU 1 Nov. – Bagi meningkatkan kedatangan pelancong ke bandar raya ini, Tourism Johor memperkenalkan perkhidmatan beca mulai malam ini.

Perkhidmatan yang bermula dari Hotel Amari akan melalui beberapa batang jalan termasuk Jalan Wong Ah Fook, Jalan Gereja serta Persiaran Muafakat Bangsa Johor.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Tee Siew Kiong berkata, perkhidmatan beca yang dilaksanakan dengan kerjasama Malaysian Inbound Tourism Association (MITA) negeri ini mampu melonjakkan jumlah pelancong ke negeri ini.

“Khidmat beca yang dikendalikan golongan muda daripada pelbagai kaum ini merupakan salah satu inisiatif baharu bagi menambah kerancakan industri pelancongan di negeri ini, khususnya bandar raya ini.

“Saya yakin perkhidmatan ini akan membawa manfaat bagi banyak pihak kerana menyediakan peluang perniagaan dan pekerjaan,” katanya semasa merasmikan majlis prapelancaran perkhidmatan berkenaan di Hotel Amari, di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Pengarah Toursim Johor, Abdul Malik Ismail; bekas Pengarah Tourism Johor, Mohd. Shukri Masbah dan Presiden MITA, Uzaidi Udanis.

Pada permulaan, sebanyak 12 beca disediakan. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: