JITRA: Angkara dadah, seorang anak tergamak memukul kedua ibu bapanya menggunakan gergaji, besi dan penimbang air hingga menyebabkan salah seorang daripada mereka meninggal dunia dalam kejadian di Kampung Baru Sri Muda, Sungai Korok, Jitra di sini, semalam.

Bapa suspek, Mohd Tarmizi Abdul Hamid, 67 disahkan meninggal dunia kira-kira jam 1 pagi ini selepas mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar akibat kecederaan parah di perut dan badan.

Manakala ibu suspek, Tom Wahid, 64 yang mengalami kecederaan di muka dan badan dilaporkan berada dalam keadaan koma serta dirawat di hospital sama.

Suspek dikatakan tergamak melakukan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu selepas berang dengan tindakan ibu bapanya yang membuat laporan kepada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Menurut Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim, siasatan awal mendapati suspek memarahi ibunya yang ketika itu memasak di dapur menggunakan gergaji dan besi.

“Bapa suspek yang melihat tindakan ganas anaknya berusia 28 tahun itu bertindak menyelamatkan isteri sebelum dilibas dengan gergaji di bahagian perut,” katanya di sini hari ini.

Mohd Ismail berkata, pihaknya menukar siasatan kes daripada Seksyen 326 Kanun Keseksaan kepada Seksyen 302 kanun sama kerana membunuh dan direman selama seminggu.

Katanya, saringan ujian air kencing mendapati suspek positif penyalahgunaan dadah.



Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: