PARIT 2 Nov. – Seorang lelaki ditahan reman kerana meliwat adik perempuannya dalam kejadian di Bota Kiri dekat sini pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Mohamad Zainal Abdullah berkata, suspek berusia 20 tahun direman selama seminggu bermula kelmarin untuk membantu siasatan.

Menurutnya, suspek melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap adik perempuannya yang berusia tujuh tahun di bilik air rumah mereka ketika ibu mereka keluar bekerja.

Katanya, perbuatan suspek diketahui apabila ayah mangsa yang terdengar perbualan mangsa dengan adik perempuannya, yang berusia empat tahun mengenai perbuatan abangnya.

“Kejadian itu diketahui selepas mangsa bercerita kepada adik perempuannya yang berusia empat tahun dengan memberitahu abangnya membuka seluarnya dan perbualan itu didengari oleh ayah mangsa.

“Suspek ditahan polis kelmarin selepas ibunya yang berusia 41 tahun membuat laporan polis berhubung kejadian itu,” katanya di sini.

Menurutnya, mangsa masih trauma dan tidak mahu bercakap selepas kejadian itu.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 376 B Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: