Datuk Rohana Rozhan dilantik Profesor Adjung UUM



KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro (Astro) Datuk Rohana Rozhan hari ini dilantik sebagai Profesor Adjung oleh Universiti Utara Malaysia (UUM).

Datuk Rohana dipilih selaku tokoh industri media yang diminta berkongsi kepakarannya bersama graduan UUM dan beliau dilantik menjadi Profesor Adjung di Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan di universiti itu.

Susulan pelantikan ini, beliau bakal memainkan peranan lebih aktif dalam mendidik graduan UUM berkenaan industri media.

Ini termasuk melalui syarahan kepada mahasiswa serta selaku perunding bagi aktiviti kurikulum universiti tersebut.

Beliau menerima surat pelantikan itu dari Naib Canselor UUM, Profesor Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak dalam satu majlis penyampaian di Pusat Penyiaran Asia di Bukit Jalil, di sini pagi tadi dengan disaksikan kakitangan, pensyarah dan pelajar universiti berkenaan.

Turut serta pada majlis itu pengurusan Astro dan kakitangannya yang sedang mengikuti pembelajaran peringkat lepasan sarjana dari UUM.

Dalam ucapannya, Datuk Rohana memuji usaha UUM yang menubuhkan Sekolah Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan dan berkata negara mempunyai bakat paling kreatif sekaligus berpotensi besar untuk menjadi tenaga pemacu dalam industri media di rantau ASEAN.

“Saya amat merasa rendah diri atas peluang untuk berkhidmat sebagai Profesor Adjung dan akan melihat apakah bentuk kerjasama yang boleh dilakukan bersama UUM, terutamanya dalam industri ini dan menjadikan rakyat Malaysia sebagai sumber bagi bidang digital dan tenaga kreatif, bersedia untuk bersaing dan menghasilkan sesuatu yang bernilai didalam order baharu dunia,” katanya pada majlis penyampaian itu.

Sementara itu, Mohamed Mustafa berkata UUM mengiktiraf pencapaian Datuk Rohana dalam industri, dan beliau percaya pengalaman luas Datuk Rohana amat diperlukan dalam program industri kreatif dan universiti itu.

Datuk Rohana akan berkhidmat selama dua tahun bermula 1 Oktober lalu sehingga 30 September 2019.



Source link

read more

Komen negatif biarlah- Samantha tak kisah digelar Gadis Nasi Lemak



PESERTA Miss Universe 2017,  Samantha Katie James akui tidak mengendahkan komen negatif selepas gaun ‘nasi lemak daun pisang’ yang digayakannya pada Isnin lalu menjadi tular dan dikritik.

Sebaliknya, Samantha,22, berkata dia berbangga kerana bakal memperagakan pakaian rekaan Brian Khoo itu pada pertandingan yang akan diadakan di Las Vegas, Amerika Syarikat penghujung bulan ini.

BACA: ‘Telur mata kerbau dan nasi lemak sambal ikan bilis’ taruhan Miss Universe Malaysia

“Sejak ia viral, saya terima banyak komen termasuk yang negatif tetapi saya tidak berniat untuk melayan mahu pun membacanya.

“Ada sahaja komen negatif di laman sosial, saya terus alihkan pandangan.

“Buang masa kerana saya tahu baju saya digemari oleh orang luar negara terutama antarabangsa. Mereka suka dan memujinya.

“Lagipun, saya berbangga dengan busana itu kerana ia rekaan yang sangat kreatif daripada Brian dan kebetulan saya memang meminati hasil kerjanya,” katanya kepada Astro Gempak.

BACA: Busana nasi lemak bakal jadi ‘kunci’ kemenangan Miss Universe kita – Pereka Brian Khoo

Samantha ditemui pada majlis tayangan perdana supertelefilem Wanita Terindah yang berlangsung di GSC Pavilion malam tadi.

Pemenang Miss Malaysia Universe itu mengulas kritikan negatif orang ramai mengenai busana tersebut yang disifatkan sebagai tidak sesuai untuk digayakan ke pertandingan besar seperti Miss Universe.

Sementara itu, Samantha memberitahu dia tidak kisah jika namanya selepas ini popular dengan gelaran ‘Gadis Nasi Lemak’.

“Saya tidak kisah pun jika dikenali dengan gelaran ‘Gadis Nasi Lemak’ dan ia terus melekat.

“Baik atau buruk sesuatu publisiti itu ia tetap publisiti. Saya terima,” katanya lagi.

Wanita Terindah merupakan naskah Melayu kedua lakonan Samantha selepas filem Kastil Tua.

Selain Samantha, ia turut membariskan pelakon seperti Fattah Amin, Nur Fazura, Liza Othman, Redzuan Hashim, Adam Mika dan Sarah Hildebrand.

Ia disiarkan menerusi saluran Astro First Eksklusif (saluran 480) bermula 2 November ini.

Teks oleh: Syafiqah Jalal



Source link

read more

Ruang dengan saiz sebuah pesawat ditemukan pada piramid agung Giza – Nasional


PARIS 2 Nov. – Ruang kosong yang mempunyai saiz sebuah pesawat ditemukan di bahagian tengah piramid agung Giza di Mesir, rahsia lain pada monumen dan tidak terusik sejak 4,500 tahun lalu.

Menurut saintis yang menjalankan usahasama projek ScanPyramids dengan menerima piramid Khufu sejak Oktober 2015, Mehdi Tayoubi berkata, ruang itu adalah satu daripada empat rongga selain bilik raja dan permaisuri serta `Galeri Agung’ dan ia amat besar.

“Ia mempunyai saiz pesawat dengan 200 penumpang betul-betul di tengah piramid,” kata Tayoubi tentang penemuan itu, hari ini. – AFP



Source link

read more

Astro bags best Media and Network award gives free channels



KUALA LUMPUR: Astro Malaysia Holdings Berhad bagged the Gold Award in the ‘Media and Network’ category at the Putra Brand Awards 2017 tonight.

This is Astro’s 8th consecutive win in the same category.

To celebrate the victory, Astro is giving complimentary access to all channels, from Nov 3 to 19, except for selected Pay per View and premium sports channels on Astro and Astro GO.

According to Astro’s Chief Digital and Marketing Officer, Ridhuan Sidek, this year’s win will ignite its commitment to produce the best content for its subscribers.

He added that subscribers can expect more great products and offerings as it continues with the transformation programme to enhance and increase customer satisfaction.

The Putra Brand Awards was launched in 2010 by the Association of Accredited Advertising Agents Malaysia (4As).

Brands are measured based on factors including impression of the brands, intent to purchase the products of the brands, forced choice brands and brands that respondents would recommend to their friends and families.

A total 6,000 Malaysian consumers were engaged through digital platforms to determine Malaysia’s favourite brands across 24 categories.



Source link

read more

Kerajaan sediakan inisiatif galak wanita kekal bekerja – Azizah



KUALA LUMPUR: Tanggungjawab terhadap keluarga bukan halangan untuk golongan wanita untuk menyertai sektor pekerjaan memandangkan kerajaan telah menyediakan inisiatif mesra wanita seperti waktu kerja anjal.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun berkata inisiatif itu dilaksanakan kerajaan bagi menggalakkan golongan wanita untuk kembali menyumbang kepada ekonomi negara.

Malah, beliau menasihatkan golongan wanita agar memanfaatkan sepenuhnya kecemerlangan pendidikan yang dikecapi memandangkan statistik menunjukkan kemasukan pelajar wanita di institut pengajian tinggi awam (IPTA) adalah tinggi.

“Bagi saya ini satu pembaziran kerana sistem pendidikan negara berada pada landasan baik dan tidak mendiskriminasi kaum wanita.

“Selain itu, kita tahu bahawa 65 peratus penuntut yang memasuki universiti terdiri daripada pelajar wanita, jadi sayang jika mereka diberi pendidikan tinggi tetapi mereka tidak bekerja,” kata Azizah ketika dihubungi Astro AWANI di sini hari ini.

Pada pembentangan Bajet 2018, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan 2018 sebagai Tahun Memperkasa Wanita.

Antara yang dibentangkan adalah cuti bersalin mandatori sektor swasta dinaikkan kepada 90 hari daripada 60 hari dan pengecualian cukai pendapatan individu ke atas pendapatan yang diperoleh dalam tempoh 12 bulan berturut-turut, kepada wanita yang sekurang-kurangnya telah dua tahun berhenti daripada pekerjaan.

Selain itu, kerajaan juga mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya mewajibkan semua bangunan pejabat yang baharu menyediakan pusat jagaan kanak-kanak bermula di Kuala Lumpur.



Source link

read more

Filem Tombiruo terus gegar panggung kutip RM7 juta dalam 18 hari



KUALA LUMPUR: FILEM bergenre thriller Tombiruo: Penunggu Rimba berjaya mencatatkan kutipan sejumlah RM7 juta selepas 18 hari ditayangkan.

Dalam satu kenyataan, Astro Shaw turut mengumumkan filem berkenaan akan dipasarkan di luar negara melalui kerjasamanya dengan AMP International.

Pengarah Jualan Global dan Pengambilalihan di AMP International, James Norrie memuji produksi filem berkenaan sehingga menjadi filem berbentuk adiwira Asia yang berupaya membentuk peminatnya tersendiri.

Filem Tombiruo: Penunggu Rimba membariskan bintang popular tanah air seperti Zul Ariffin, Farid Kamil, Datuk M. Nasir, Nabila Huda, Faizal Hussein dan Faye Kusyairi.

Tombiruo: Penunggu Rimba memaparkan kisah Ejim yang digelar Tombiruo yang disisihkan penduduk kerana memiliki wajah bukan manusia.

Filem terbitan Astro Shaw, Ideate Media, Grup Buku Karangkraf dan Layar Sunan itu ditayangkan di 117 pawagam di seluruh dunia.

Ia diadaptasi dari novel yang ditulis Ramlee Awang Murshid. 



Source link

read more

Insiden tembakan Colorado: Dua maut, seorang cedera – Luar Negara


WASHINGTON 2 Nov. – Dua lelaki terbunuh manakala seorang wanita dilaporkan cedera dalam satu insiden tembakan yang berlaku berhampiran sebuah pasar raya Walmart di Colorado, petang semalam.

Ketika ini, polis berkata, tiada tembakan aktif dilepaskan dan orang ramai diminta supaya menjauhkan diri daripada lokasi kejadian bagi memudahkan siasatan dijalankan. – AFP



Source link

read more

Pulau Pinang umum bonus RM2000 kepada penjawat awam



GEORGE TOWN: Kerajaan negeri Pulau Pinang  hari ini mengumumkan pemberian bonus sebanyak RM2,000 untuk pekerja perkhidmatan awam negeri itu yang mempunyai rekod disiplin yang baik.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata bayaran bonus itu akan dibuat akhir tahun ini kepada hampir 8,000 penjawat awam negeri.

Bagaimanapun, katanya mereka yang tidak mempunyai rekod disiplin yang baik seperti mana yang ditentukan oleh Setiausaha Kerajaan negeri hanya akan dibayar RM1,000.

“Kerajaan negeri telah memutuskan bahawa  bonus akhir tahun adalah RM2,000 tunai kepada mereka yang mempunyai rekod disiplin yang baik dan akan dibayar sebelum akhir tahun ini,” kata Guan Eng sewaktu membentangkan Bajet 2018 Negeri Pulau Pinang pada persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang hari ini.

Guan Eng berkata, bonus RM2,000 tunai itu juga  berkuatkuasa terhadap pihak berkuasa tempatan Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai serta agensi kerajaan negeri.

Dalam masa sama katanya, kerajaan negeri juga akan memberikan bonus tunai RM300 kepada sekolah agama, guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) serta guru sekolah persendirian Cina sementara sekolah tahfiz, sekolah pondok dan tadika Islam akan menerima saguhati RM200 tunai.

Pada pembentangan bajet 2018 itu juga kerajaan negeri turut mengumumkan pemberian kredit RM300 dalam bentuk kad “I Love Penang” kepada setiap isi rumah berpendapatan kurang RM5,000 sebulan untuk membayar yuran perkhidmatan sakit luar beserta ubat, dengan had RM50 setiap lawatan.

“Kad ini merupakan kunci untuk menggunakan pelbagai kemudahan yang disediakan oleh kerajaan negeri, sementara pengurusan dan pengagihan semua progam kebajikan rakyat akan diselaraskan dan diintegrasikan,” tambahnya.

Selain itu, beliau juga turut mengumumkan individu yang tidak berkahwin dengan pendapatan kurang RM2,500 sebulan akan mendapat kredit RM150 setahun dengan had sama RM50 setiap lawatan.

Bertemakan ‘Belanjawan Marhaen’, program terbaru itu akan memberi manfaat kepada 195,000 isi rumah.



Source link

read more

Ibu Neelofa kongsi tip awet muda



IBU kepada pengacara dan pelakon Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed kelihatan sentiasa anggun dan jelita biarpun sudah berusia 51 tahun.

Bertemu dengan Noor Kartini ketika majlis pelancaran koleksi hijab terbaru, Helena by Naelofar Hijab di Talent Lounge, Damansara Perdana baru-baru ini, Astro Gempak sempat bertanyakan mengenai petua awet muda yang diamalkan olehnya.

“Sebenarnya, tiada sebarang petua yang saya amalkan. Saya hanya amalkan beberapa tip ringkas. Amalan penjagaan diri saya sungguh mudah. Setiap kali bangun tidur, saya akan terus menikmati secawan air putih.

“Saya pernah membaca satu artikel mengenai kebaikan minum air putih untuk penjagaan diri. Jadi saya mengamalkan untuk minum air putih sewaktu bangun tidur, sebelum mandi dan selepas mandi,” kata Kartini.

Tambah Kartini, dia juga mengamalkan sikap positif dalam kehidupan seharian.

“Saya tidak menyimpan sebarang perkara negatif di dalam hati. Saya anggap cerita negatif sebagai satu perkara yang tidak mustahak selain mahu sentiasa kekal positif.

“Selain itu, bercakap mengenai elemen kecergasan, saya juga mengamalkan senaman ringan seperti pilates dan yoga. Saya juga sering berjalan-jalan di sekitar taman selama 30 minit untuk kekal aktif,” katanya lagi.

Koleksi Helena by Naelofar Hijab dilancarkan bersempena watak Helena yang dibawakan Neelofa dalam drama bersiri Red Velvet.

Dalam koleksi yang merangkumi instant hijab, selendang dan skarf ini, ia datang dengan beberapa nama unik seperti Sweet Helena, Fluffy Helena, Milky Helena, Creamy Helena dan Silky Helena.

Dijual dengan harga bermula RM60 sehingga RM99, koleksi Helena by Naelofar Hijab boleh didapati menerusi laman sesawang www.naelofarhijab.com

Sama-sama kita saksikan drama bersiri lakonan Neelofa, Red Velvet yang bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

Untuk berinteraksi mengenai drama bersiri ini di laman sosial, jangan lupa sertakan hashtag #RedVelvetDrama #RedVelvet.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram @noorkartini



Source link

read more

Cadang Johor jadi Pusat Kecemerlangan Rel – Johor


JOHOR BAHRU 2 Nov. – Kerajaan negeri akan mencadangkan kepada kerajaan Pusat supaya Pusat Kecemerlangan Rel Negara yang diumumkan dalam Bajet 2018 dibina di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah negeri, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Exco semalam.

“Memandangkan negeri ini mempunyai banyak projek berkaitan rel termasuk HSR, jadi kerajaan negeri merasakan Johor adalah tempat sesuai untuk pembinaan pusat itu,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Sistem Pembinaan Berindustri (IBS) Untuk Kontraktor Bumiputera, di sini sebentar tadi.

Selain HSR, projek mega lain melibatkan industri rel antaranya Bas Rapid Transit (BRT), projek landasan berkembar elektrik Gemas-Johor Bahru dan Sistem Transit Rapid (RTS).

Beliau berkata, tapak pusat tersebut dicadangkan dibina di kawasan antara Johor Bahru-Pontian – Ulu Choh dan Skudai. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons