Peoples incomes will increase further in five to ten years – Ahmad Husni



KUALA LUMPUR: The people’s income is expected to increase further in the coming five to ten years as a result of the various policies introduced by the government, including the initiatives in Budget 2018 tabled on Friday, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (BN-Tambun) said in the Dewan Rakyat.

He said the government had set a target to increase the people’s income to 42 per cent as compared to the Gross Domestic Product (GDP), in line with the developed countries.

“Together with Bank Negara, I conducted a study in 2009 and found that the increase in the price of goods before that year was quite high, but our salary increase was low, so with the initiatives in the Budget, the intention is to increase the people’s income.

“Previously, our (Malaysians) salaries compared to the GDP was 33 percent, and then it went up to 35 percent, and our intention is to increase it to 42 percent, which is the same with other developed countries,” he said when debating the Supply Bill 2018 at the policy stage in Dewan Rakyat on Wednesday.

Ahmad Husni, who was Second Finance Minister from 2009 to 2016, said he was confident Budget 2018 and future budgets will result in an increase in the people’s income.

He said all parties including the opposition should support the budget as it contained initiatives to develop the country which would benefit all the people regardless of background.

“I was Second Finance Minister from 2009 until 2016. I am not bragging because I want say that Budget 2018 is the best introduced in this country because we are facing global economic challenges with very stiff competition but we managed to produce a budget which is holistic,” he said.

Meanwhile, Ahmad Husni said all parties have to admit that the positive development enjoyed in Penang and Selangor was the outcome of policies made at the federal level such as the Economic Transformation Plan which had helped the country face global economic challenges.

He add that both states were part of Malaysia and indirectly enjoyed the results of policies which were introduced at the federal level.

The Dewan sits again today.

— BERNAMA



Source link

read more

Putera Charles Camilla tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi



SEPANG: Putera Charles, Prince of Wales dan isteri baginda Camilla, Duchess of Cornwall tiba hari ini bagi lawatan rasmi bersempena ulang tahun ke-60 hubungan dua hala antara Malaysia dan United Kingdom (UK).

Pesawat Tentera Udara Diraja yang membawa pasangan diraja itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 6.45 petang dan ketibaan baginda berdua disambut oleh Menteri Pengiring Datuk Seri S. K Devamany, yang juga merupakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Turut hadir Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Pesuruhjaya Tinggi British di Malaysia Vicki Treadell.

Putera Charles dan Camilla kemudiannya berjalan melintasi barisan Kawalan Kehormat statik.

Pasangan diraja itu dijadual melawat pelbagai tempat di Kuala Lumpur, Perak, Sarawak dan Pulau Pinang selain menyertai pelbagai acara penting sepanjang lawatan selama tujuh hari dari 2 hingga 8 Nov.

Putera Charles dan Camilla dijangka bertemu dengan pelbagai lapisan masyarakat Malaysia termasuk kerabat diraja, kanak-kanak kurang upaya dan komuniti perniagaan.

Pasangan diraja itu juga dijadual akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Istana Negara serta menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Ini merupakan lawatan pertama pasangan diraja itu ke Malaysia.

Kerabat diraja British yang pernah melawat Malaysia sebelum ini ialah Ratu Elizabeth II dan Duke of Edinburgh bagi menghadiri upacara perasmian Sukan Komanwel Ke-16 di Kuala Lumpur pada 1998 dan Putera William, Duke of Cambridge dan isteri Kate Middleton, Duchess of Cambridge, pada September 2012.

Hubungan dua hala antara Malaysia dan United Kingdom meliputi pelbagai bidang termasuk perdagangan, pertahanan dan keselamatan, pelaburan, pendidikan, ekonomi digital, teknoloji hijau, tenaga boleh diperbaharui dan pelancongan.

Malaysia merupakan pasaran eksport kedua terbesar United Kingdom di ASEAN dan UK ialah rakan dagang ketiga terbesar Malaysia di Eropah manakala dalam bidang pendidikan, kini terdapat lebih 18,000 rakyat Malaysia melanjutkan pelajaran di UK.

Lawatan pasangan diraja itu merupakan sebahagian daripada lawatan ke Singapura, Malaysia dan India dari 30 Okt sehingga 9 Nov. Putera Charles dan Camilla memulakan lawatan di Singapura pada 30 Okt. Selepas melawat Malaysia, baginda berdua akan meneruskan lawatan ke India selama 11 hari.

— BERNAMA



Source link

read more

Gaun nasi lemak Miss Universe pemuda ini tampil idea lebih bernyawa


SELEPAS ‘gaun nasi lemak daun pisang’ dipakai peserta Miss Universe 2017, Samantha Katie James menjadi viral, seorang pemuda dikenali sebagai Riezal Mustafa telah tampil dengan rekaan yang lebih ‘brilliant’!

Riezal menerusi perkongsiannya di Facebook, telah ‘menaik taraf’ rekaan Brian Khoo itu menjadi lebih menarik apabila menambah elemen plastik dan kertas pembungkus pada gaun tersebut.

BACA: ‘Komen negatif? biarlah!’- Samantha tak kisah digelar ‘Gadis Nasi Lemak’

BACA: Busana nasi lemak bakal jadi ‘kunci’ kemenangan Miss Universe kita – Pereka Brian Khoo

Menariknya, ilustrasi yang dilukis Riezal nampak lebih ‘bernyawa’ dan hidup apabila gaun tersebut kelihatan lebih kembang apabila ditambah elemen plastik dan kertas pembungkus.

‘Rekaan’ Riezal turut mendapat pujian pengikut FBnya yang rata-rata memuji gaun tersebut tampak lebih cantik dan ‘extravaganza’.

Untuk pengetahuan semua, Riezal Mustafa atau Just Riezal merupakan seorang pereka kreatif dan grafik yang jika anda jenguk ke akaun sosial Instagram miliknya iaitu @justriezal atau @floffartlove, comfirm anda akan jatuh cinta dengan semua hasil seni yang dihasilkannya!

Terdahulu, Samantha dan Brian dikecam hebat oleh netizen kerana busana tersebut namun masing-masing mengambil pendekatan untuk tidak menjadikan perkara tersebut sebagai sesuatu yang negatif.

Malah kedua-dua mereka menghargai semua maklum balas yang diberi netizen di media sosial.

Brian turut yakin rekaan yang diilhamkan daripada makanan kegemaran rakyat Malaysia itu akan mengharumkan nama negara di pertandingan ratu cantik Miss Universe 2017 yang bakal berlangsung di Las Vegas pada 26 November ini.

Sumber: Facebook Riezal Mustafa
 



Source link

read more

119 bajir kilat di P. Pinang sejak 2013 – Pulau Pinang


PULAU PINANG 2 Nov. – Sebanyak 119 kejadian banjir kilat dilaporkan berlaku di negeri ini sejak 2013 hingga 15 September lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow berkata, jumlah itu termasuk 22 kejadian yang berlaku pada 2013, 2014 (20), 2015 (26), 2016 (30) dan 21 kali tahun ini.

Berhubung banjir kilat 15 September lalu, katanya, seramai 5,498 mangsa dilaporkan terjejas membabitkan 24 kawasan Barat Daya (665 mangsa) dan 35 kawasan Timur Laut (1,950 mangsa).

Turut terjejas, tambahnya, sebanyak 15 kawasan daerah Seberang Perai Tengah (1,854 mangsa); 14 kawasan Seberang Perai Utara (862 mangsa) dan 12 kawasan Seberang Perai Selatan (167 mangsa).

Kon Yeow (DAP-Padang Kota) memberitahu, antara punca kejadian banjir itu adalah jumlah taburan hujan tinggi harian yang menyamai kapasiti bulanan.

“Selain itu, sebab lain adalah sebahagian sungai dan sistem saliran di taman dan kampung tidak dapat menampung jumlah kadar air aliran permukaan hujan lebat,” katanya dalam sidang DUN di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Shariful Azhar Othman (BN – Bertam) yang meminta kerajaan negeri menyenaraikan kawasan banjir kilat dan jumlah mangsa di negeri ini selain mendedahkan punca bencana alam tersebut.- UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Gerakan Ambiga must come clean on Rewcastle-Browns claim



KUALA LUMPUR: Gerakan has called on former Malaysian Bar president Datuk S. Ambiga to disclose her source of information on the alleged financial transaction between 1Malaysia Development Berhad (1MDB), PAS and Prime Minister Datuk Seri Najib Razak.

Gerakan president Datuk Seri Mah Siew Keong said Ambiga should heed calls to reveal her source of information and cooperate with the authorities so that a full investigation could be carried out, stating that this was also an opportunity for her to defend herself.

“Members of the public have the right to know how she obtained the information, from whom and by what means.

“McCarthyism has no room in Malaysia, we cannot have leaders in the country making serious allegations against others without proper regard for evidence or shunning public calls to justify one’s claim against others,” he said in a statement here Wednesday.

A news portal reported that Sarawak Report editor Clare Rewcastle-Brown named Ambiga as the source of the information that PAS allegedly received RM90 million from the prime minister.

In her defence statement dated Oct 11 to a lawsuit filed in London by PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Rewcastle-Brown claimed she and Ambiga spoke about Najib, 1MDB and PAS in July 2016.

— BERNAMA



Source link

read more

Bual Bola: England tidak mampu menang Piala Dunia



Bekas penjaga gol England dan Tottenham Hotspur, Paul Robinson memberitahu England mempunyai masalah membentuk sebuah pasukan sehingga kini dan tidak mampu menang Piala Dunia dalam masa terdekat.

Selain itu peminat Spurs minat gaya Robinson yang terbaru kerana tidak lagi kelihatan garang seperti era dia bermain bola sepak di Premier League.

Ikuti bahagian 2 sesi bertemu peminat bersama dengan kelab penyokong Tottenham, Malaysia Spurs di Kelana Jaya, Sabtu lepas.

Jangan lupa saksikan rancangan Bual Bola setiap Jumaat 10:15 malam di Astro Awani.



Source link

read more

Astro menang Anugerah Putra Brand 2017 beri saluran percuma



KUALA LUMPUR: Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) akan memberikan semua saluran percuma, selain  saluran sukan premium dan Pay per View di Astro dan Astro Go, kepada pelanggannya bermula 3-19 November ini.

Ia susulan kemenangan Astro dalam kategori Media dan Rangkaian pada Anugerah Putra Brand 2017 yang berlangsung malam ini.

Ini adalah kali ke lapan Astro memenangi anugerah jenama terbaik untuk kategori yang sama.

Menurut Ketua Pegawai Digital dan Pemasaran Astro, Ridhuan Sidek anugerah itu akan meningkatkan lagi komitmen Astro untuk memberikan kandungan terbaik kepada pelanggannya.

Tambahnya, Astro akan meneruskan transformasi yang dilakukan dan menjadikan kepuasan pelanggan sebagai sasaran utamanya bergerak ke hadapan.

Anugerah tersebut disampaikan di Hotel Majestic, Kuala Lumpur, dan turut dihadiri tokoh perniagaan, pemasaran dan pengiklanan dari jenama terbaik Malaysia.

Anugerah Putra Brand 2017 merupakan anugerah yang mengiktiraf jenama terkemuka di Malaysia dan dianjurkan oleh Persatuan Ejen-ejen Pengiklanan Bertauliah Malaysia (4As).

Ia mengukur jenama menerusi faktor termasuk keinginan pengguna untuk membeli produk dan perkhidmatan serta rekomendasi kepada rakan dan keluarga.

Pemenang dipilih berdasarkan tinjauan yang dilakukan ke atas 6,000 pengguna di Malaysia.



Source link

read more

Warga emas jerut anak OKU hingga mati



GARA-GARA khuatir tiada siapa dapat menjaga anak lelakinya yang tergolong dalam kalangan orang kurang upaya (OKU), seorang ibu tekad membunuh anaknya itu di Guangdong, China.

Tertuduh, Huang berusia 83 tahun dihukum penjara tiga tahun namun Mahkamah Perantaraan Rakyat daerah Yuexiu Guangzhou menggantung hukuman itu selama empat tahun sebelum dijalankan pada 26 Oktober.

Warga emas itu mengaku ke atas pembunuhan tersebut pada perbicaraan pertama di mahkamah pada 9 Mei.

Huang berkata dia menjaga mangsa, Li, 46 tahun yang dilahirkan dengan beberapa kecacatan sebelum membuat keputusan tersebut (membunuh).

Menurut Daily Mail UK, kejadian itu berlaku pada 9 Mei, apabila wanita terbabit telah memberi pil tidur lebih dos, di rumahnya di Yuexiu daerah Guangzhou, Wilayah Guangdong.

Lebih menyedihkan, dia turut menutup mulut anak lelakinya dengan selimut sambil mencekik mangsa.

Dia rela hati menyerahkan diri kepada pihak polis serta menjelaskan bahawa anaknya dilahirkan dengan kecacatan mental dan fizikal menyebabkan Li menghadapi masalah untuk bercakap dan berjalan.

“Ibu juga enggan menghantar Li ke rumah penjaga dan pusat komuniti,” kata anak lelaki sulung Huang.

Huang menyatakan dia menghadapi kesulitan menjaga anaknya pada dua tahun lepas kerana semakin tua.

“Saya sangat risau jika saya yang dah tiada sebelum dia dan saya tak mahu menyerahkan tanggungjawab ini kepada anak sulung saya,” kata tertuduh.

Pendakwa raya, Qiu Lingzhu berkata penangguhan hukuman boleh diberikan berikutan umur tertuduh melepasi 75 tahun dan kes ini tidak serius seperti kes jenayah lain.

Keluarga Huang juga membuat surat rayuan untuk membuktikan bahawa kasih sayang wanita tua kepada anaknya.

Presiden dan Ketua Hakim Wan Yun Feng, memutuskan hukuman di atas dakwaan pembunuhan adalah disengajakan.



Source link

read more

[VIDEO] Polis Johor tumpaskan sindiket proses, edar dadah – Jenayah


JOHOR BAHRU 2 Nov. – Polis berjaya menumpaskan satu sindiket pemprosesan dan pengedaran dadah dalam enam serbuan berasingan termasuk sebuah makmal di Kampung Kong Kong Laut, Masai, Selasa lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, serbuan itu melibatkan nilai rampasan dadah berjumlah RM32.4 juta.

Pihaknya turut menahan lapan individu berusia antara 27 hingga 58 tahun termasuk seorang wanita dalam serbuan yang bermula pukul 1.30 hingga 7.45 pagi.

“Polis merampas 51,750 pil ekstasi, 227.6 kilogram serbuk ekstasi, 10.51 gram syabu serta 713 kilogram bahan kimia pelbagai jenis,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

 



Source link

read more

KATA UNTUNG BILLION, TAPI KENAPA BAJET GUAN ENG DEFISIT??? ~ SEMUT HITAM


Heran kan? Kenapa pulak Si Lim Guan Eng tu umum belajawan Rejim DAPigs Pulau Pinang DEFISIT sedangkan sebelum ini dia bangga dengan jumlah pendapatan Negeri yang diperolehi?

Kalau sebelum ini, bukan main lagi Si Guan Eng tu mendabik dada kononnya peningkatan ekonomi di Pulau Pinang dibawah Rejim pemerintahannya itu cukup memberansangkan pada ketika ini.

Tapi malangnya, peningkatan hasil jumlah pendapatan itu gagal diterjemahkan oleh Guan Eng melalui pembentangan Bajet Pulau Pinang yang mengalami Defisit sebanyak RM 748 juta.

Malah peningkatan Defisit itu pula dilihat semakin bertambah sebanyak RM 81 juta berbanding tahun lalu. Adakah itu satu kejayaan yang boleh dibanggakan oleh Lim Guan Eng?

Namun, Guan Eng cuba menutup kemaluannya itu dengan mendakwa kononnya anggaran defisit sebanyak RM 748 juta itu akan ditanggung sepenuhnya melalui Simpanan Wang Terkumpul.

Tambah menghairankan ialah apabila Guan Eng mendakwa defisit itu berpunca dari pindahan RM600 juta wang Akaun Hasil Disatukan ke Kumpulan Wang Perbangunan berjumlah RM684.97 juta.

Dalam erti kata mudahnya, hasil pendapatan yang diperolehi itu dipindahkan untuk melaksanakan projek – projek pembangunan Negeri yang berjumlah hampir sebanyak RM 700 juta.

Dari satu sudut, secara tidak lansung, tindakan Guan Eng itu membelanjakan wang rakyat dengan cara yang tidak berhemah sedangkan banyak projek pembangunan negeri masih lagi terbengkalai.

Sebagai contoh, projek Terowong Dasar Laut yang dilaporkan telah menelan kos perbelanjaan sebanyak RM 305 juta bagi menyediakan kertas laporan yang masih belum disiapkan.

Bayangkan. Nak sediakan kertas laporan sahaja menelan belanja sebanyak itu. Belum lagi kita bangkitkan isu tebatan banjir yang sehingga ke hari ini masih GAGAL dilaksanakan oleh Rejim DAPigs itu.

Secara kesimpulannya, dakwaan Guan Eng yang selama hari ini berbangga dengan pencapaiannya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang ternyata hanya sekadar omongan kosong semata – mata sedangkan hakikatnya, dia GAGAL mentadbir negeri dengan baik!!!




Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons