PAKATAN MEROYAN BILA GIANT TUTUP!!! ~ SEMUT HITAM


Heh! Dah takde modal nak dijadikan bahan jajaan Politik sangat gamaknya puak Pakatan Haprak ni sampai isu berkaitan dengan pasaraya Giant tutup pun diorang nak Politikkan juga.

Dalam sebaran info yang dibuat sebelum ini, puak Pakatan Haprak tu membuat dakwaan kononnya 5 pasaraya itu tutup mempunyai kaitan dengan keadaan ekonomi Negara pada ketika ini.

Antara lain, puak Pakatan Haprak tu membuat dakwaan kononnya penutupan itu adalah disebabkan rakyat kurang berbelanja akibat kenaikkan kos sara hidup yang terlalu tinggi pada ketika ini.

Padahal, rangkaian pasaraya Giant tu tutup kerana mereka mahu mengurangkan kos sewaan bulanan serta mencari premis yang lebih kecil berbanding yang sedia ada pada ketika ini.

Perkara itu dijelaskan oleh Menteri KPDNKK yang menjelaskan bahawa penutupan itu berikutan masalah sewaan premis selain sebahagian daripada strategi perniagaan mereka untuk mengecilkan saiz cawangan terbabit.

“Mereka perlu mengecilkan saiz cawangan tersebut dan mencari premis lain yang lebih kecil daripada apa yang ada ketika ini.

“Mereka masih dalam perbincangan (mengenai perkara itu) dan ini tiada kaitan dengan keadaan ekonomi negara,” katanya selepas perhimpunan bulanan kementerian, di sini semalam.

Apa yang jelas, tindakan puak Pakatan Haprak tu hanya cuba memberikan gambaran seolah – olah keadaan ekonomi Negara pada ketika ini berada dalam keadaan yang membimbangkan.

Namun IRONIKnya, bila ada pihak yang nak buka kilang di Malaysia bagi meningkatkan ekonomi Negara, sibuk pulak puak Pakatan Haprak tu membuat bantahan secara terang – terangan.

Malah puak Pakatan Haprak tu juga yang memberikan gambaran dan membuat dakwaan kononnya Kerajaan cuba menjual kedaulatan Negara melalui pelaburan asing yang dibuat. Adakah itu caranya untuk menambah pendapatan ekonomi Negara???




Source link

read more

Maybank Group announces leadership swap



KUALA LUMPUR: Datuk Lim Hong Tat will return to Malaysia to focus on the role of group head of Maybank’s Community Financial Services (CFS) after serving as Maybank Singapore CEO.

Replacing him is Dr John Lee Hin Hock, who is currently the group chief risk officer (CRO) of Maybank Group.

Gilbert Kohnke will replace John Lee as Maybank’s group CRO.

This is the second time in recent years that Maybank Group saw leadership swaps. Last year, Maybank initiated a rotation that saw CEOs of their Islamic business, investment banking business, and CFO all changed portfolios amongst one another.

Maybank group president and CEO Datuk Abdul Farid Alias said that following the success of the first Group EXCO role rotation initiated in mid 2016, the group has embarked on its second rotation to ensure a strong succession pipeline. “This is an ongoing process designed to strengthen the group’s leadership team by bringing new ideas and further heightening the level of energy,” he said.



Source link

read more

Jawatankuasa pantau pelaksanaan Bajet 2018 bermesyuarat dalam dua minggu



PUTRAJAYA: Jawatankuasa kerja bagi memantau pelaksanaan program dan projek yang diperuntukkan menerusi Bajet 2018 akan mengadakan mesyuarat pertamanya dalam tempoh dua minggu dari sekarang, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa.

Ali yang juga pengerusi jawatankuasa itu berkata pihaknya sedang menunggu senarai lengkap program dan projek daripada Kementerian Kewangan sebelum melaksanakan langkah susulan.

“Jawatankuasa ini akan memantau secara serius untuk pastikan pelaksanaan dapat disegerakan dan sampai kepada rakyat keseluruhan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Hari Inovasi dan Kecemerlangan Jabatan Perdana Menteri, di sini, pada Rabu.

Ali yang akan dibantu Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah selaku timbalan pengerusi jawatankuasa, berkata terdapat projek yang boleh dimulakan segera tanpa perlu menunggu sehingga 1 Jan tahun depan, iaitu tarikh bajet berkuat kuasa.

Selain semua ketua setiausaha kementerian, ketua jabatan dan agensi kerajaan, jawatankuasa itu juga dianggotai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Jabatan Audit Negara, syarikat berkaitan kerajaan serta institusi perbankan, katanya.

“Adanya jawatankuasa ini kita akan dapat dan pastikan bajet yang paling komprehensif dan inklusif ini dilaksanakan secara berkesan tanpa sebarang masalah,” katanya.

Ali dalam ucapannya sebelum itu, berkata bermula 2018, Petunjuk Prestasi Utama semua ketua setiausaha kementerian turut merangkumi pelaksanaan projek mengikut jadual dan kos yang ditetapkan.

Katanya ini selaras dengan komitmen yang telah dijanjikan beliau bagi pihak penjawat awam kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa keseluruhan penjawat awam akan melaksanakan segera Bajet 2018 tanpa kepincangan.

“Ini bagi memastikan rakyat, keluarga dan saudara-mara kita di luar sana mampu memperoleh faedah secara langsung daripada janji kerajaan,” katanya.

Ali berkata Bajet 2018 yang dibentangkan perdana menteri pada 27 Okt itu adalah paling inklusif, komprehensif serta bertanggungjawab kerana menyediakan insentif-insentif dan program khusus untuk memenuhi keperluan segenap lapisan masyarakat.

Beliau berkata bajet bertanggungjawab itu dilakukan di sebalik usaha-usaha kerajaan berdepan dengan cabaran-cabaran di luar kawalan dalam menjana pertumbuhan ekonomi negara.

Katanya maklum balas pelbagai pihak seperti penjawat awam, pesara, sektor swasta, badan bukan kerajaan serta golongan muda mengenai bajet yang dibentangkan itu ternyata positif.

Beliau berkata pelbagai langkah bagi meningkatkan keupayaan penyampaian perkhidmatan awam seperti pemilihan pegawai yang berkaliber tanpa mengira usia untuk mengikuti program ‘fast-track’ iaitu dinaikkan pangkat secara cepat selepas melalui beberapa tapisan penilaian.

Beliau berkata penggunaan pengkomputeran awan untuk platform teknologi maklumat dan komunikasi kerajaan juga akan dimulakan bagi memastikan sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat menjadi lebih berkesan dan efisien.

Beberapa jabatan dan agensi tertentu antaranya Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia juga akan distruktur semula untuk memikul peranan lebih besar ke arah peningkatan keupayaan perkhidmatan awam, kata Ali.

— BERNAMA



Source link

read more

Dikecam kerana anjing gigit mati jiran Choi Siwon tarik diri dari Super Junior



PELAKON dan anggota Super Junior, Choi Siwon mengambil keputusan untuk tidak lagi bersama dengan kumpulan itu yang akan membuat kemunculan semula pada awal bulan ini.

Menurut laporan Allkpop, Choi Siwon mengakui keputusan dia menarik diri daripada Super Junior mempunyai kaitan dengan insiden kematian jirannya akibat digigit anjing peliharaan keluarganya.

BACA: Anjing peliharaan gigit jiran hingga meninggal dunia, Siwon mohon maaf

“Sejak kejadian itu saya menerima pelbagai kecaman daripada orang ramai yang mendakwa kematian itu berpunca daripada kecuaiaan keluarga saya.

“Ada juga diantara mereka meminta saya untuk bersara dengan segera daripada dunia hiburan.

“Saya mengambil keputusan untuk tidak lagi bersama Super Junior kerana tidak mahu perkara lebih teruk terjadi nanti.

“Saya juga dengan ikhlas memohon maaf atas kejadian yang berlaku,” katanya.

Perkara itu disahkan oleh pihak pengurusan Siwon dan mereka memohon maaf kepada semua peminat diatas apa yang berlaku.

Sumber: Allkpop



Source link

read more

Anuar nafi unsur mistik punca suaranya ‘hilang’ – Hiburan


SHAH ALAM 2 Nov. – Penyanyi ternama tanah air, Anuar Zain menolak dakwaan bahawa unsur mistik menjadi punca dia kehilangan suaranya sehari sebelum konsert ‘Yonder Music Live Series By The Lake – Anuar Zain & You’ yang sepatutnya berlangsung pada pertengahan Januari lalu.

Sebaliknya, penghibur yang terkenal dengan lagu Lelaki Ini menegaskan, suara beliau yang hampir ‘hilang’ selama dua bulan itu disebabkan oleh penyakit Laringitis yang disahkan oleh dua doktor pakar yang merawatnya.

“Bukan unsur mistik sebab kalau saya lihat sendiri keadaan kerongkong saya memang bengkak disebabkan penyakit ini. Lagipun saya tidak merasakan sebarang elemen mistik pada diri saya.

“Saya bertemu dengan dua doktor pakar untuk mengenal pasti keadaan sebenar penyakit ini. Mengikut doktor saya mengalami Laringitis yang menyebabkan suara saya hilang,” kata Anuar kepada wartawan ketika ditemui dalam sidang akhbar konsert Emoji Rai 20 Tahun Penubuhan Fita (Falkulti Filem, Teater dan Animasi) di sini semalam.

Ditanya bagaimana beliau boleh dijangkiti penyakit Laringitis itu, Anuar menjelaskan, jangkitan itu berpunca daripada udara.

“Selalunya kalau hilang suara dalam masa dua ke tiga minggu akan pulih, tetapi penyakit yang dialami saya ini sangat serius sehingga menyebabkan suara saya hilang hampir dua bulan,” jelas Anuar lagi.

Sementara itu, Anuar bersama rakan-rakan artis lain seperti Faizal Tahir, KRU, dan Akim & The Majestret bakal menjayakan konsert Emoji pada 16 dan 17 Disember ini di Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM Shah Alam. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

WAN AZIZAH TUNJUK KEHEBATAN DI PARLIMEN!!! ~ SEMUT HITAM


Wow!!! Hebatnya Si Wan Azizah ni. Dari mana dia belajar ilmu sedemikian rupa? Gamaknya hanya mereka yang istimewa sahaja yang memiliki kemampuan seperti Si Wan Azizah ni.

ATAU mungkin ianya merupakan satu kelebihan yang turut menjadi amalan puak Pakatan Haprak tu kot. Sebab ramai dikalangan mereka memang mahir menggunakan ilmu seperti Si Wan Azizah ni.

Bayangkan la. Mana pernah ada orang dalam dunia yang mampu bercakap dengan kerusi kosong kecuali dikalangan puak Pakatan Haprak tu sahaja yang boleh menggunakan ilmu tersebut.

Yang lebih malang ialah apabila bukan kerusi di pihak Kerajaan sahaja yang kosong. Tetapi kerusi dikalangan puak Pakatan Haprak tu juga memperlihatkan takde orang yang duduk. Kesian!

Tapi yang kelakarnya, puak Pakatan Haprak tu dok meroyan tak tentu arah dalam laman media sosial bercerita pasal takde orang di kerusi Kerajaan. Yang dekat tempat diorang sendiri, tak nak pulak diorang komen.

Nampak sangat ketunggulan kayu Si Wan Azizah ni semakin kian terserlah sehingga pemimpin puak Pakatan Haprak seperti Lim Kit Siang dan Muhyiddin Yassin pun tak sanggup nak dengar dia membebel tak tentu arah!!!




Source link

read more

At least two dead in shooting inside suburban Denver Walmart



THORNTON: At least two people were killed and one wounded in a shooting inside a Walmart store in suburban Denver on Wednesday, police said.

Police in Thornton, Colorado, did not immediately release any information about the circumstances of the shooting or who was responsible for the gunfire.

In a Twitter post about 90 minutes after the shooting, police said investigators had confirmed that two men were dead and a woman was taken to a local hospital, but no further details were given.

The situation appeared potentially ominous from authorities’ initial reports.

“We’ve got multiple parties down, we’re still trying to ascertain what their conditions are,” Officer Victor Avila of the Thornton Police Department told Reuters by telephone not long after police arrived on the scene.

About an hour after the initial alert, police said on Twitter that the threat of gunfire had ended at the store, which was surrounded by police and fire crews.

“At this time this is NOT an active shooter. Active crime scene. We will update as info becomes available,” the police department said in that tweet. Confirmation of the two fatalities came about 20 minutes later.

Thornton is city of about 120,000 people roughly 10 miles (16 km) northeast of downtown Denver.

Avila said police were called to the store at about 6:30 p.m. Mountain time (8:30 p.m. ET) and that the gunshots had ceased by the time the first officers arrived at the scene.

A Walmart customer, Aaron Stephens, 44, of Thorton, told Reuters he was inside paying for groceries at a self-checkout stand when he heard gunshots and the sound of ricocheting bullets.

“The employees started screaming and the customers started screaming” as people began to flee the store, he recounted. “I ran out, too, because I didn’t want to get shot.”

Stephens said he did not see where the shooting had come from and did not see anyone struck by bullets.

Local NBC television affiliate 9NEWS reported that a woman whose son was in the Walmart had told her that he had heard about 30 gunshots and was still inside.

A video posted on Twitter showed the Walmart, which is situated in a large complex of big-box stores and other retail outlets adjacent to U.S. Interstate 25, apparently empty except for police officers with guns drawn.



Source link

read more

MCKIP bukan closed city seperti dakwaan pembangkang



KUANTAN: Dakwaan pembangkang mengatakan Projek Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan (MCKIP) ialah ‘closed city’ dan melindungi koloni pekerja China menyebabkan rakyat tempatan tidak dibenarkan memasuki kawasan berkeluasan 1,214 hektar itu, adalah tidak benar.

Mengikut kenyataan dikeluarkan Sekretariat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), tembok konkrit yang dibina bukannya memagari keseluruhan kawasan berkenaan, tetapi hanya kawasan kilang keluli Alliance Steel (M) Sdn Bhd dengan keluasan 287.3 hektar.

“Alliance Steel (M) Sdn Bhd, sebuah anak syarikat Guangxi Beibu Gulf Iron and Steel Co Ltd dari China, melabur sebanyak RM4.2 bilion untuk membina sebuah kilang keluli bersepadu moden di lokasi seluas 710 ekar di MCKIP.

“Ia akan menghasilkan keluli karbon tinggi dan keluli berbentuk H dengan kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak 3.5 juta tan.

“Kawasan binaan Alliance Steel itu merupakan kawasan persendirian dan tembok berkenaan dibina untuk menghalang pekerja bahagian pentadbiran daripada memasuki kawasan pembinaan kilang berkenaan,” menurut kenyataan itu yang dikeluarkan, di sini, pada Rabu.

Katanya ia merupakan sebahagian peraturan yang ditetapkan Bahagian Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar (HSE) untuk memastikan keselamatan di tapak kilang berkenaan

Dalam kenyataan media setebal tiga muka surat itu, MMKN turut memperjelaskan tentang beberapa isu lain yang digembar-gemburkan pihak pembangkang termasuk soal peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan.

Menurut kenyataan itu, dakwaan mengatakan anak tempatan tidak memperoleh peluang pekerjaan daripada projek berkenaan dan terdapat hanya 3,000 pekerja asing yang sedang bekerja di kawasan itu juga tidak tepat.

“Pada masa kini separuh daripada pekerja Alliance Steel merupakan rakyat tempatan dan kesemua pekerja asing berkenaan mempunyai permit kerja yang dibenarkan untuk berada di tapak dalam tempoh pembinaan.

“Mereka akan kembali ke China selepas kilang itu siap pada akhir tahun depan (2018) dan sebaik kolang itu beroperasi nanti dianggarkan nisbah pekerja akan menjadi 70 peratus pekerja rakyat tempatan manakala 30 peratus sahaja dari China.

“Dianggarkan lebih 4,00 peluang pekerjaan akan dibuka kepada rakyat tempatan sebaik kilang ini beroperasi kelak dan syarikat ini juga telah beberapa kali mengadakan ekspo pekerjaan di Kelantan, Terengganu dan Pahang sejak beberapa bulan lalu,” katanya.

Selain itu, kenyataan turut menafikan dakwaan kononnya kesemua bahan pembinaan diimport dari China dan kontraktor-kontraktor tempatan langsung tidak terbabit dalam pembinaan kilang berkenaan.

“Bukan semua bahan pembinaan diimport kerana mengikut rekod, Alliance Steel mengeluarkan belanja RM200 juta untuk membeli atau menyewa bahan-bahan untuk kerja pembinaan daripada syarikat tempatan, malah mereka juga mengadakan kerjasama dengan syarikat kontraktor tempatan untuk turut sama terlibat dalam pembinaan kilang itu melibatkan kontrak bernilai RM530 juta,” katanya.

Pada masa yang sama, tidak dinafikan terdapat pasar raya dan restoran di dalam kawasan binaan berkenaan bagi menampung keperluan lebih 3,000 perkerja di kawasan itu, memandangkan kawasan MCKIP terletak lebih 30 kilometer dari bandar Kuantan.

“Pasar raya dikendalikan dalam kawasan Alliance Steel itu milik usahawan tempatan dari Pahang, Tunas Manja Group dan dianggarkan setiap bulan urus niaga barangan keperluan harian termasuk sayur-sayuran, buah-buahan, dan makanan laut yang dibekalkan dari kawasan sekitar mencecah RM4 juta,” katanya.

Kesemua urus niaga itu, beliau berkata menggunakan ringgit Malaysia dan bukannya mata wang China, Yuan seperti didakwa pihak pembangkang.

Kenyataan itu turut menjelaskan MCKIP dilaksanakan di kawasan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) untuk meningkatkan ekonomi di Pantai Timur kerana kawasan tersebut juga kaya dengan hasil bumi seperti minyak dan gas serta mineral lain.

— BERNAMA



Source link

read more

Fattah, Fazura berteka-teki soal tunang – Hiburan


KUALA LUMPUR 02 Nov. – Sekalipun semakin tersebar luas berita yang mereka bakal mengikat tali pertunangan pada 13 November ini, namun pasangan pelakon Fattah Amin dan Fazura terus berteka-teki dengan media.

Dalam pertemuan dengan wartawan semalam, pasangan yang popular menerusi drama Hero Seorang Cinderella itu tidak mengiya mahupun menafikan perkara tersebut.

Sebaliknya, pasangan pelakon itu meminta semua pihak supaya mendoakan yang terbaik buat mereka.

“Kami sendiri tidak tahu macam mana cerita tersebut boleh timbul. Mungkin ia salah satu strategi untuk mempromosikan supertelefilem yang kami jayakan.

“Apa yang boleh saya katakan, doa yang baik-baik untuk kami. Kalau ada berita baik, kami pasti akan berkongsi dengan pihak media dan peminat.

“Tambahan pula saya dan Fazura masing-masing sangat sibuk bekerja dalam masa terdekat ini. Saya hanya mampu meminta anda semua mendoakan yang terbaik,” jelas Fattah ketika ditemui dalam majlis tayangan perdana supertelefilem Wanita Terindah di sini semalam.

Bercerita mengenai ikatan persahabatan mereka, Fazura pula mengakui, ada pihak lain yang cuba memecah belah hubungan yang terbina lebih tujuh bulan lalu ini. 


Namun, mereka menganggap ia perkara biasa dan sentiasa berfikiran positif.

“Kami sangat menghargai setiap doa yang baik daripada peminat. Tetapi dalam masa yang sama, kami tidak dapat lari daripada pihak yang cuba merosakkan persahabatan kami.

“Bagi saya, ia merupakan perkara biasa dalam dunia seseorang artis. Saya dan Fattah tidak melayan perkara tersebut dan sentiasa positif.

“Saya sendiri sudah lama dalam industri, jadi boleh dikatakan saya sudah masak dengan perkara seperti ini,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Six charged with being members of criminal group



ALOR SETAR: Six people were charged in the Sessions Court here today over their alleged involvement in a criminal group suspected to be the Pak Su Gang.

However, no plea was recorded from Jamal Muhammad Shafian Jamaluddin, 24, Mazlan Ahmad, 48, Akhmal Firdaus Ahmad, 22, Muhd Shafiz Ibrahim, 29, Muhamad Mizan Ismail, 39, and Mohd Azhar Muei, 20, after the charge was read out to them before Judge Azman Abu Hassan.

All of them were charged with joining the organised criminal group between Jan 1, 2015, and Oct 8, 2017, in the Kubang Pasu district.

They were charged under Section 130V (1) of the Penal Code that carries a maximum jail term of 20 years upon conviction.

The accused were denied bail and the court fixed Nov 20 for mention.

Deputy Public Prosecutor Mohd Izhanudin Alias appeared for the prosecution while the accused were not represented.

— BERNAMA



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons