KUALA LUMPUR 3 Nov.- Pelakon Zul Ariffin memberitahu dia masih keliru dengan kontroversi yang membabitkan kekasihnya Zahirah Macwilson, Kamal Adli dan Emma Maembong.

Jelasnya, walaupun sudah menemui ketiga-tiga mereka namun dia hanya bertindak sebagai saksi dalam pertemuan itu dan masih tidak tahu apa yang berlaku.

“Apa yang keluar di akhbar, memang itu yang saya dengar dari mereka. 

“Persoalan saya kepada mereka “apa yang korang buat adakah ini untuk undian, untuk publisiti atau untuk mengeratkan silaturahim,” soalanya ketika ditemui Utusan Online pada majlis Anugerah Skrin 2017 di sini malam tadi.

Bercakap mengenai kontroversi itu juga, tegas Zul, walau apa juga yang berlaku dia akan tetap menerimanya dengan hati terbuka dan meneruskan kehidupan seperti biasa.

“Akhirnya apa juga yang berlaku sama ada ini kesilapan atau apa sahaja, saya akan tetap menerimanya.

“Apa yang boleh saya buat kalau saya okey atau tidak,” jelasnya.

Diminta memberi nasihat sebagai seorang “dewasa” kepada ketiga – tiga pelakon itu, Zul berharap Zahirah, Kamal dan Emma mengambil berat akan kerjaya sebagai pelakon.

“Saya sudah melalui ini dan apa yang boleh saya kata perkara ini tidak baik untuk karier anda.

“Bila diberi peluang jayakan drama kawal diri di dalam set dan ketika berada di luar set. Jangan buat drama di luar set,” kata Zul menitipkan pesanan.

Sementara itu, ditanya mengenai desas-desus yang mengatakan dia bakal bernikah dengan Zahirah tahun hadapan, ini jawapan ringkas dari Zul.

“Tanya lah bapak dia,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: