KUALA LUMPUR 4 Nov. – Filem Hanyut arahan U-Wei Hj. Saari dinobatkan sebagai Filem Terbaik, manakala drama Pesan Dari Tuhan yang diarahkan Erma Fatima diiktiraf menerusi trofi Drama Terbaik pada malam penganjuran Anugerah Skrin 2017 (ASK2017) malam tadi.

Sementara itu, aktres filem Adiwiraku, Sangeeta Krishnasamy merangkul pengiktirafan ketiga tahun ini sebagai Pelakon Wanita Terbaik Filem dan Pelakon Lelaki Terbaik Filem pula dimenangi oleh Khir Rahman menerusi filem Rock Bro.

Bagi kategori drama pula, Hasnol Rahmat yang membintangi telefilem Kapcai Ayah mengungguli anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Drama, manakala Fasha Sandha buat pertama kali memenangi trofi Pelakon Wanita Terbaik Drama menerusi naskhah Terima Kasih Ramadan. – UTUSAN ONLINE

Berikut merupakan senarai penuh pemenang ASK 2017: 

1. Rancangan Majalah Terbaik: TV3: Majalah 3 (Perisai Keamanan Bandar)

2. Rancangan Realiti Terbaik: TV3: Mentor Milenia 2017 (Akhir)

3. Rancangan Anugerah Terbaik: TV3: Anugerah Juara Lagu 31

4. Pelakon Komedi Terbaik: Ellie Suriaty (Papa Sayang-HyppTV)

5. Drama Komedi Terbaik: Budak Ijat (TV3)

6. Lakon TV Terbaik: Pesan Dari Tuhan (TV2)

7. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem: Diana Danielle (Hanyut)

8. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem: Khalid Salleh (Hanyut)

9. Lakon Layar Terbaik: Hanyut  (U-Wei Hj Saari)

10. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama: Azizah Mahzan (Terima Kasih Ramadan)

11. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama: Remy Ishak (Pesan Dari Tuhan)

12. Pengarah Terbaik Drama: Eirma Fatimah (Pesan Dari Tuhan)

13. Pengarah Terbaik Filem: Hanyut (U-Wei Hj Saari)

14. Pelakon Wanita Terbaik Filem: Sangeetha Khrisnasamy (Adiwiraku)

15. Pelakon Lelaki Terbaik Filem: Khir Rahman (Rock Bro)

16. Pelakon Wanita Terbaik Drama: Fasha Sandha (Terima Kasih Ramadan)

17. Pelakon Lelaki Terbaik Drama: Hasnul Rahmat (Kapcai Ayah)

18. Drama Rantaian Terbaik: My Sweet Lavender

19. Filem Terbaik: Hanyut

20. Drama Terbaik: Pesan Dari Tuhan



Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: