Jovian Mandagie bakal dedah nama anak sulungnya


Kuala Lumpur: Pereka fesyen terkenal tempatan Jovian Mandagie bakal mendedahkan nama anak perempuannya selepas berusia tujuh hari.

Perkara itu diberitahu Jovian menerusi akaun Instagramnya pada Jumaat.

Jovian dan Nina Ismail Sabri menimang cahaya mata pada Rabu turut meminta pengikut IGnya untuk meneka nama anaknya yang bermula dengan huruf ‘J’.

Menerusi entri tersebut juga, Jovian memberitahu buat masa ini dia menggelarkan anaknya dengan nama ‘Princess Mandagie’.

Pasangan itu, berkahwin pada Disember 2013 yang lalu.

Anak perempuan sulung bermula dengan huruf J.



Source link

read more

Wartawan veteran Omar Manan dikebumikan selepas solat Jumaat – Nasional


KUALA LUMPUR 03 Nov. – Jenazah bekas wartawan akhbar Utusan Malaysia, Omar Sudi Abdul Manan atau lebih dikenali sebagai Omar Manan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Selayang Baru selepas solat Jumaat.

Allahyarham yang berusia 70 tahun menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang, dekat sini akibat komplikasi penyakit kencing manis kira-kira pukul 12.40 pagi hari ini. 


Allahyarham Omar meninggal dunia di sisi isterinya, Fauziah Rauf, yang juga seorang wartawan veteran serta anak bongsu pasangan itu, Firhat Yasir.


Selain Fauziah Rauf, 69 dan Firhat. Allahyarham turut meninggalkan tiga orang lagi anak serta 13 orang cucu.


Omar merupakan antara pelakon yang banyak membintangi drama terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada era 1980-an dan awal 1990-an.


Allahyarham juga pernah menjadi ketua pengarang penerbitan majalah dan akhbar tabloid antaranya Pesta, Pentas Dunia dan majalah kewanitaan iaitu Hawa pada 1990-an.


Selain itu, beliau antara individu yang turut memainkan peranan dalam mewujudkan Festival Filem Malaysia (FFM) yang dikelolakan oleh Persatuan Wartawan Hiburan Malaysia (EJA).

Antara rakan seangakatan Omar dalam bidang kewartawanan hiburan ialah Allahyarham Aimi Jarr, Allahyarham Ahmad Idris dan Allahyarham Bahyah Mahmood. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

iPhone X mula dijual di lebih 50 negara



SYARIKAT teknologi terkemuka Apple Inc mula menjual edisi terbaharu telefon bimbitnya iPhone X (dibaca iPhone 10) di pasaran hari ini.

Model terkini telefon pintar oleh Apple itu boleh didapati mulai hari ini di lebih 50 negara termasuk Amerika Syarikat, China, United Kingdom, Singapura, Australia, Jepun dan India.

Pelancaran rasmi iPhone X di Malaysia walau bagaimanapun masih belum diumumkan.

Ia dijangka dijual pada harga RM5,149 untuk storan 64GB dan RM5,899 bagi storan 256GB.

Apple sebelum ini membuka pra-pesanan untuk pembelian model itu pada 27 Oktober lalu.

Versi unik yang diperkenalkan sempena ulang tahun ke-10 ini mempunyai skrin menyeluruh berpaparan Super Retina, pengecasan tanpa wayar dan Animoji iaitu revolusi emoji baharu.

BACA: 8 perkara anda perlu tahu mengenai iPhone X

Ia juga boleh didapati dalam dua warna iaitu Space Grey dan Silver.

Buat pertama kalinya, Apple menampilkan iPhone tanpa butang ‘home’.

Berbanding dengan iPhone 8 atau sebelumnya, iPhone X mempunyai skrin 5.8 inci dan boleh diakses melalui ciri baharu “face ID” iaitu pengesanan wajah.

Edisi ini turut menggunakan paparan Super Retina yang menyokong HDR dalam Dolby Vision dan HDR10.



Source link

read more

Kenderaan bertembung lori bawa lembu, 3 beranak terselamat – Nahas & Bencana


SARATOK 3 Nov. – Tiga beranak berdepan detik cemas apabila kenderaan pacuan empat roda (4WD) dinaiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori membawa muatan lembu di Jalan Saratok-Sarikei di sini pagi ini.

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Tiong Ling Hii berkata, kemalangan berlaku kira-kira pukul 10.40 pagi apabila 4WD jenis Toyota Hilux dipandu mangsa, Tang Chung Kian, 29, hilang kawalan lalu bertembung dengan lori yang datang dari arah bertentangan.


“Toyota Hilux tersebut dikatakan dalam perjalanan dari arah Saratok ke Sarikei, manakala lori menuju ke Kuching. 


“Chung Kian bersama isteri, Wong Min Goin, 30, dan anak lelaki, Ryan Tang berusia setahun 6 bulan bernasib baik kerana tidak tersepit ketika kemalangan berlaku,” katanya ketika dihubungi di sini petang ini.


Katanya, selain tiga beranak itu, pemandu lori berusia 40 tahun juga tidak mengalami kecederaan.




Source link

read more

Kerajaan akan bayar pampasan tol RM110 juta kepada PLUS – Johari



KUALA LUMPUR: Kerajaan akan membayar pampasan sebanyak RM102 juta kepada PLUS Malaysia Bhd (PLUS) susulan pemansuhan bayaran tol di Plaza Batu Tiga dan Sungai Rasau di Selangor.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata ia susulan penstrukturan tol itu yang dijadual sehingga 2038.

Jelasnya, kerajaan juga akan membayar pampasan sebanyak RM8 juta di tol Bukit Kayu Hitam, Kedah selain penyelesaian pertindihan bayaran di Lebuhraya Penyuraian Trafik Johor Timur (EDL), Johor.

“Dua tol tersebut iaitu di Batu 3 dan Sungai Rasau sebanyak RM102 juta, kemudian di Bukit Kayu Hitam pula RM8 juta.

“Di Lebuhraya Penyuraian Trafik Johor Timur (EDL) Johor, kerajaan sudah kenakan road charges, tol itu sudah redundant kita akan offset dengan road charges,” katanya semasa sidang media selepas merasmikan Seminar Percukaian Kebangsaan 2017, di sini, hari ini.

Seminar yang bermula hari ini hingga 16 November diadakan di 24 lokasi seluruh negara bertujuan memberi pemahaman yang lebih jelas berkaitan cadangan pindaan dalam Akta Cukai Pendapatan 1967 serta akta-akta berkaitan yang dibentangkan melalui Bajet 2018.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini dilaporkan berkata pampasan akan dibayar ke atas baki 20 tahun kontrak yang sepatutnya berakhir pada 2038.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemansuhan bayaran tol tersebut semasa pembentangan Bajet 2018 Jumaat lepas.

Kadar tol yang dikenakan di Plaza Tol Batu Tiga dan Plaza Tol Sungai Rasau masing-masing bernilai RM1.10 dan RM1.



Source link

read more

[VIDEO] Puteri UMNO perlu bangkit pertahankan parti – Politik


KOTA BHARU 3 Nov. – Seluruh ahli Puteri UMNO khususnya di peringkat akar umbi perlu bangkit dan menjadi barisan hadapan mempertahankan parti daripada serangan pembangkang.

Ketuanya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, ketika ini, pembangkang dilihat terus agresif melontarkan pelbagai fitnah dan menanamkan sifat kebencian khususnya dalam kalangan anak muda terhadap kerajaan


“Jadi, kita harap lebih 400,000 Puteri UMNO di seluruh negara bangkit menjadi benteng dan bantu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan menepis segala tohmahan daripada pembangkang.


“Kita tidak boleh mengambil sikap berdiam diri, sebaliknya setiap isu yang dimainkan perlu ditepis secepat mungkin menggunakan laman sosial termasuk Facebook dan Instagram.


“Selain itu, Puteri UMNO perlu sentiasa menguar-uarkan program yang dilaksanakan parti bagi membolehkan rakyat mengetahui apa yang dilakukan,” katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Himpunan Puteri UMNO Cawangan Seluruh Kelantan di Bangunan UMNO negeri di sini hari ini.


Yang turut hadir, Bendahari UMNO negeri merangkap Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO negeri, Marzuani Ardila Ariffin. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

PAS DAKWA TUN M PUNCA PERPECAHAN MELAYU!!! ~ SEMUT HITAM


PAS secara terbuka mendakwa bahawa mereka tidak pernah lupa peristiwa pertelingkahan dalaman UMNO dan perpecahan dikalangan orang Melayu yang menandai zaman Tun Mahathir.

Menjawab tuduhan pengerusi Pakatan Harapan terhadap Presiden PAS, Naib Presiden PAS, Idris Ahmad mendakwa Tun Mahathir sebagai punca sebenar perpecahan dikalangan orang Melayu.

“Zaman dialah kita tengok Melayu berpecah. Tiga timbalan Perdana Menteri, 3 Timbalan Presiden UMNO terpelanting, lahir Semangat 46, Umno diharamkan, PKR dilahirkan, itu semua sewaktu zaman beliau,” kata Idris kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul.

Selain itu, Idris menambah bekas Perdana Menteri itu cuba mengitar semula “benda” yang sama dan dia selaku seorang negarawan tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan seperti itu.

“Dia sebagai negarawan kadang-kadang pun bercakap tak macam seorang negarawan. Bercakap tentang Bugis, perompak, yang tak sepatutnya keluar dari mulut seorang negarawan.

“Kita sedia dikritik tapi biarlah dalam bentuk fakta, tidak ada emosi, jangan fitnah. PAS bukan maksum,” kata Idris, dan menambah partinya sedia menjawab kritikan berdasarkan prinsip Islam.

Tun Mahathir di blognya kelmarin menggesa agar Hadi Awang menarik balik amanat yang dikaitkan dengannya yang didakwa telah menyebabkan orang Islam di negara ini berpecah dan berpuak.

Antara lain, Tun Mahathir mendakwa perpecahan yang berlaku dikalangan orang Melayu Islam di Malaysia amat mendalam sehingga ada yang menafi keislaman ibu bapa mereka disebabkan Amanat Hadi.

“Ada yang sembahyang berasingan, dengan imam lain; yang tidak sanggup dikebumi di kubur biasa kerana kononnya kubur itu kubur orang kafir.

“Ada yang bangunkan masjid berasingan sehingga sekarang ini pun. Inilah hasil Amanat Hadi. Ia adalah satu dosa besar. Kerana ini sahaja pun ia perlu bertaubat,” kata Dr Mahathir.

Pengerusi gabungan Pakatan itu membuat dakwaan sedemikian selepas Presiden PAS, Abdul Hadi Awang mendesak supaya bekas Perdana Menteri itu kembali bertaubat kerana telah menjadi punca kepada kerosakan Negara pada ketika ini.




Source link

read more

Spanish judge orders custody for Catalan leaders pending trial



MADRID: A Spanish judge ordered nine Catalan secessionist leaders to be held in custody on Thursday pending a potential trial over the region’s independence push.

The lawyer for ousted Catalan President Carles Puigdemont said a warrant had also been issued for his client’s arrest – though the statement was dismissed by a senior official in Spain’s High Court. The reason for the differing accounts was not immediately clear.

In an short address broadcast by Catalan regional television TV3, Puigdemont called for the release of “the legitimate government of Catalonia”, a call echoed by hundreds of people gathered outside the Catalan parliament.

Prime Minister Mariano Rajoy sacked Puigdemont and his government last week, hours after the Catalan parliament made a unilateral declaration of independence – a vote boycotted by the opposition and declared illegal by Spanish courts.

Puigdemont later travelled to Belgium with four associates and ignored an order to appear before the High Court to answer charges of rebellion, sedition and misuse of public funds relating to the region’s secessionist drive.

“Mr. Puigdemont will stay here. He has said that he will fully cooperate with Belgian authorities during the procedure,” lawyer Paul Bekaert told Belgian state broadcaster VRT.

He said Puigdemont had told him a European arrest warrant has been issued, though the court source said that would most likely happen on Friday.

The detention of the secessionist leaders and Puigdemont’s flight to Belgium make it difficult for leading figures from the independence movement to stand in a snap election in the wealthy region called by the Spanish government for Dec. 21.

Puigdemont said on Tuesday he would go back to Spain only if given unspecified guarantees by the Spanish government. His flight appears to have cost some support for his cause at home.

“President, enough is enough,” the influential Catalan newspaper el Peridico, which has been sceptical of the case for independence, said on its front page on Wednesday.

Ebelio Ramos, a pensioner from the pro-independence town of Berga said: “I don’t know what they’re thinking about but when someone does what he did and declares independence and then flees… A president has to fulfil the law and if he doesn’t, it is better that he stays calm, because if he starts doing something outside the law, he is going to lose everything.”

“CAREFULLY DESIGNED SECESSIONIST PROCESS”

Following a tumultuous month, attention is gradually turning to the December vote. Protests taking place in central Barcelona on Thursday to support secessionist leaders as they testified in Madrid failed to attract a big crowd.

Several hundred people took part in another protest called after the nine leaders were ordered held in custody, many fewer than the hundreds of thousands who staged several demonstrations for independence over the last two months.

Cracks have appeared within the pro-independence coalition of centre-right and far-left parties as well as inside Puigdemont’s own PdeCat (Democratic Catalan Party) where some of his allies are now pushing for a negotiated solution with the central government.

The struggle has divided Catalonia itself and caused deep resentment across the rest of Spain.

In Madrid, 20 secessionist leaders had been summoned by two separate courts to testify over their role in holding a banned Oct. 1 referendum on secession and later proclaiming independence from Spain. With Puigdemont and four others in Belgium, only 15 turned up.

All the members of the dismissed Catalan cabinet but one declined to answer questions from the state prosecutor and the High Court judge, who opened an investigation that could take several years before any potential trial.

“The defendants have played an active role by propelling the carefully designed secessionist process and overcoming all kinds of obstacles that could make them deviate from their final objective,” the judge said in the ruling that sent the defendants to jail.

She said the defendants, who could face jail sentences of up to 50 years, must be held in custody because they were a flight risk and could destroy evidence.

One of them, Santi Vila, who stepped down from the Catalan cabinet before a unilateral declaration of independence last Friday and has since then been pushing for a negotiated solution with the government, was granted bail of 50,000 euros (44,633.29 pounds).

A lawyer for several of the jailed Catalan leaders said they would appeal against the judge’s decision.

“The decision to hold them in custody is absolutely disproportionate as we consider the charges of rebellion and sedition lack any ground, no matter how much the prosecution insists on affirming it,” lawyer Jaume Alonso-Cuevillas said.

Five senior regional lawmakers and the speaker of the Catalan parliament, Carme Forcadell, were summoned by the Supreme Court, which handles the cases of people who enjoy parliamentary immunity.

The Supreme Court agreed on Thursday to give one more week to Forcadell and the Catalan lawmakers to prepare their defence and a new hearing will take place on Nov. 9.

The courts have already told the Catalan secessionist leaders to deposit 6.2 million euros ($7.2 million) by Friday to cover potential liabilities.



Source link

read more

Kuwait mampu bantu pulih hubungan Qatar dan Negara-Negara Teluk – Hishammuddin



KUALA LUMPUR: Malaysia memberi keyakinan penuh kepada Kuwait sebagai orang tengah dalam menyelesaikan konflik dalaman antara Qatar dan Negara-Negara Teluk.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata keyakinan kerajaan seiring ketetapan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang mana Kuwait dilihat mampu memainkan peranan dalam meredakan ketegangan di antara negara berkenaan.

“Usaha untuk memastikan pendamaian telah dikenal pasti yang mana Kuwait mampu memainkan peranan selain Turki dan Amerika Syarikat bersedia untuk membantu ke arah itu (pendamaian) memandangkan isu krisis di Qatar bukan mudah serta cukup kompleks.

“Kita kena beri peluang kepada Kuwait untuk meredakan ketegangan antara Negara-Negara Teluk ini,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Ahmad Nazlan Idrin (BN-Jerantut) yang meminta kementerian menyatakan apakah kesan lawatan Emir Qatar ke Malaysia daripada segi hubungan dua hala dan kesannya terhadap Malaysi dengan negara-negara Liga Arab yang berselisih dengan negara Qatar termasuk Arab Saudi.

Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata setakat ini hubungan Malaysia dengan negara-negara Liga Arab lain tidak terjejas berikutan hubungan baik kerajaan dengan Qatar.

“Hubungan Malaysia dengan Qatar bukan hubungan baharu, ia sudah terjalin sejak sekian lama. Hubungan ini melibatkan hubungan perdagangan dan ekonomi dua negara yang sudah mencecah 43 tahun,” katanya.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons