Terminal Bersepadu Melaka dijangka dibina menjelang 2026 – Nasional


MELAKA 2 Nov. – Kerajaan negeri bercadang mewujudkan sebuah terminal bersepadu yang mempunyai rangkaian lengkap menghubungkan sistem pengangkutan awam di seluruh negeri ini di tapak lama Pasar Besar Melaka di Melaka Sentral di sini menjelang tahun 2026.

Perancangan mewujudkan terminal tersebut dibuat dengan kos anggaran kira-kira RM300 juta merangkumi pembinaan sebuah kompleks tujuh tingkat yang mempunyai kemudahan laluan keluar masuk bas awam dan ekspres, pasar raya, pasar basah dan kering serta premis beli-belah.

Menurut Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron, idea mewujudkan terminal bersepadu itu timbul bagi menaiktaraf tapak lama bangunan Pasar Besar Melaka yang terpaksa ditutup berikutan struktur bangunannya yang diisytihar sebagai tidak selamat, baru-baru ini.

“Kita akan robohkan bangunan di tapak Pasar Besar Melaka Sentral dan menguji semula kekuatan dan keutuhan struktur tanah sama ada sesuai untuk membina pasar lebih moden.

“Kerajaan negeri mengambil contoh konsep moden terminal bersepadu yang digunakan di Taiwan apabila ia menyediakan laluan bas keluar masuk tetapi hanya untuk menurunkan dan mengambil penumpang dalam tempoh tiga minit saja di terminal itu dan ia bakal mengurangkan kesesakan kerana kecepatan sistem pengangkutan itu,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di Seri Negeri di sini sebentar tadi.

Idris berkata, perancangan itu akan turut merangkumi laluan pengangkutan awam mengelilingi bangunan kompleks itu yang menghubungkan pusat bandar raya Melaka, stesen Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) menghubungkan Kuala Lumpur-Singapura, Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka di Batu Berendam dan pelabuhan antarabangsa Melaka di Melaka Gateway.

“Semua ini sedang dirancang dan saya tidak nampak perancangan kerajaan negeri salah kerana ia untuk kegunaan generasi akan datang. Jika rakyat memberikan mandat untuk kerajaan Barisan Nasional (BN) terus memerintah, kita akan buat sistem terminal ini dan saya masih menunggu maklumat lanjut mengenai perancangan ini,” katanya sambil memberitahu projek itu melibatkan usahasama antara pihak awam dan swasta melalui perjanjian perkongsian pintar.

Dalam pada itu menurut Idris, lebih 300 peniaga di Pasar Besar Melaka mula berpindah secara berperingkat-peringkat ke pasar baharu sementara di Bachang, yang sudah siap dengan kos pembinaan kira-kira RM8 juta.

“Pasar sementara ini diharap dapat memudahkan para peniaga yang sebelum ini terpaksa berniaga di luar tapak yang panas. Kita akan perbaiki segala kelemahan dari semasa ke semasa dan harap mereka bersabar,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

WOW! TOL PUNYA PASAL SAMPAI AZMIN NAK KE MAHKAMAH??? ~ SEMUT HITAM


Heh! Herankan dengan Si Azmin Ali ni. Dia punya meroyan memang lain macam. Sampai tahap nak dibawa ke mahkamah bila isu konsesi tol yang dimiliki oleh Rejim Pakatan Selangor dibangkitkan?

IRONIKnya, yang bersuara tu bukannya orang lain. Tapi dikalangan rakyat Selangor sendiri. Pun Si Azmin tu nak bawa mereka ke mahkamah? Di mana slogan Peduli Rakyat yang dibanggakan oleh Azmin?

Kot kalau selama hari ini, puak Pakatan Haprak tu meroyan macam orang hilang akal pasal isu tol, takde pun orang ambik tindakan sampai nak mengheret mereka sehingga ke mahkamah. 

Kalau nak diikutkan, pihak konsesi tol yang nak didesak oleh puak Pakatan Haprak tu boleh je ambik tindakan sedemikian. Tapi bezanya diorang ni mempunyai akal dan fikiran yang waras.

Tak macam Si Azmin Ali ni yang secara terang – terangan mudah melatah tak tentu arah bila pelbagai pihak tampil mempertikaikan tindakan Rejim Pakatan yang enggan memansuhkan tol.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini, Si Azmin Ali tu beri alasan kononnya Rejim Pakatan Selangor tu hanya memiliki saham minoriti dalam konsesi tol KESAS dan SPRINT. 

Bagi sesetengah pihak, alasan yang diberikan oleh Si Azmin Ali tu hanya sekadar retorik semata – mata. Malah tindak balas puak Pakatan Haprak tu mengenai isu tol pun dianggap ironik.

Perkara itu dapat dilihat dengan jelas apabila puak Pakatan Haprak tu meroyan tak tentu arah membuat dakwaan yang bukan – bukan bila YAB Perdana Menteri umum pemansuhan 4 buah tol baru – baru ini.

Puak Pakatan Haprak tu cuba memberikan gambaran kononnya pemansuhan tol itu hanya akan membebankan rakyat apabila mereka didakwa akan menanggung kos pembayaran konsesi tol terbabit.

Padahal, dalam pembentangan Bajet Khayalan puak Pakatan Haprak tu secara terbuka menyebut kononnya diorang nak menghapuskan tol sekiranya diorang dapat memerintah kelak.

Tambah memalukan ialah apabila puak Pakatan Haprak tu mendakwa Bajet Khayalan itu akan dijadikan sebagai Manifesto Pilihan Raya Umum yang akan datang. Belum pun dapat berkuasa, dah menipu. Kalau dah dapat memerintah kelak, alamat jahanam la Negara jawabnya!!!




Source link

read more

Nonchalant suspect arrested after Colorado Walmart triple-slaying



THORNTON: Police in Colorado on Thursday captured a man accused of walking calmly into a suburban Denver Walmart and fatally shooting three people at random before driving away.

Scott Ostrem, 47, was taken into custody without incident a day after the shooting following a tip from the public, the Thornton Police Department said.

Police said they have yet to establish a motive for the rampage and that Ostrem had only “a minimal criminal history.”

Video broadcast from CBS affiliate KCNC-TV showed the suspect being handcuffed by police against the side of an SUV as FBI agents carrying rifles and wearing body stood by.

KCNC-TV said police SWAT team officers had ringed his last known address in suburban Adams County on Thursday morning when Ostrem drove past. He was followed by law enforcement and journalists, KCNC-TV reported, and was arrested in the nearby suburb of Westminster after a “quick pursuit.”

Police had earlier released a surveillance camera photograph of a middle-aged white man wearing a black jacket and blue jeans. They also published a photo of the red four-door Mitsubishi hatchback he was believed to be driving.

Ostrem “nonchalantly” entered the store in Thornton, about 10 miles (16 km) northeast of downtown Denver, and opened fire on shoppers and employees shortly after 6 p.m. (8 p.m. EDT) on Wednesday, police spokesman Victor Avila told reporters.

Two men were killed in the shooting and a woman who was shot was taken to a hospital where she died, according to police. No one else was wounded.

“What we have determined is that it is random as of right now,” Avila told reporters. “As witnesses stated, the person came in and just shot towards a group.”

The Walmart had been quickly surrounded by police and fire crews. Avila said there was no indication the shooting was an act of terrorism and no one had claimed responsibility.

“We can’t rule anything out,” he said.

Ostrem is due to appear on Friday morning in Adams County District Court, where he will be advised of the charges against him.

The victims were identified as Pamela Marques, 52, Carlos Moreno, 66 and Victor Vasquez, 26.

Walmart customer Aaron Stephens, 44, of Thornton told Reuters he was buying groceries at a self-checkout stand when he heard gunshots and ricocheting bullets.

“The employees started screaming and the customers started screaming” as people began to flee, he said. “I ran out, too, because I didn’t want to get shot.”

Early accounts of multiple casualties had revived painful memories for the Denver area, where a gunman killed 12 people in 2012 at a midnight screening of the Batman movie “The Dark Knight Rises” at a theatre in the suburb of Aurora. The shooter, James Holmes, is serving a dozen consecutive life sentences without the possibility of parole.

In 1999 two 12th-graders fatally shot 12 fellow students and a teacher at Columbine High School in suburban Jefferson County. The pair, Eric Harris and Dylan Klebold, then committed suicide in the campus library.



Source link

read more

KPT pastikan penuntut luar negara tulen sahaja di IPT tempatan



KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Tinggi akan menjalankan saringan ketat ke atas penuntut luar negara bagi memastikan mereka benar-benar layak diberikan visa sebelum ditempatkan di institusi pengajian tinggi tempatan (IPT).

Timbalan Menterinya, Datuk Mary Yap Kain Ching berkata pihaknya juga menjalinkan kerjasama dengan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bagi proses saringan tersebut.

Malah, menurutnya kerajaan turut membangunkan sistem saringan yang mampu mengesan cubaan menipu daripada warga asing untuk mendapatkan kelulusan visa penuntut.

“Kementerian sentiasa bekerjasama dengan PDRM dan Jabatan Imigresen bagi memastikan hanya penuntut antarabangsa yang benar-benar layak dan mematuhi syarat sahaja yang boleh melanjutkan pengajian di IPT tempatan.

“Kementerian turut membangunkan sistem saringan yang dinamakan Student Application and Registration System dan Multinasional Academy Recomandation System sejak tahun 2013 bagi mengesan cubaan menipu daripada warga asing untuk mendapat kelulusan visa pelajar,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Datuk Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam) yang meminta kerajaan supaya memberikan jumlah pelajar antarabangsa yang sedang mengikuti pengajian di IPT di seluruh negara serta langkah mengawal selia penglibatan penuntut warga asing dalam aktiviti selain pendidikan.

Jelasnya, sehingga 30 Jun lalu, sejumlah 137,406 penuntut luar negara sedang menuntut di IPT tempatan seluruh negara yang melibatkan 29,134 penuntut menuntut di universiti awam manakala 108,272 penuntut pula menuntut di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).

Katanya, kementerian juga membuat beberapa tindakan lain bagi mengekang kegiatan jenayah dalam kalangan penuntut luar negara seperti melakukan pemantauan di IPTS bersama agensi penguat kuasa lain.

Selain pemantauan, pihaknya sentiasa bertemu dengan pihak pengurusan IPTS di seluruh negara untuk mengetahui perkembangan semasa penuntut luar negara, walaupun mereka tinggal di luar kampus.



Source link

read more

Bekas pemimpin Catalan dipenjara penduduk adakan tunjuk perasaan



MADRID: Beribu rakyat Sepanyol adakan tunjuk perasaan di ibu kota Barcelona bagi membantah penahanan sembilan anggota kerajaan Catalan yang disingkirkan.

Penahanan itu diarah oleh seorang hakim Sepanyol sementara menunggu siasatan lanjut berhubung peranan mereka dalam usaha mendapatkan kemerdekaan di wilayah itu.

Antara bekas anggota kerajaan yang dijatuhkan hukuman penjara tanpa jaminan itu termasuk Timbalan Ketua Pemimpin paksi Catalonia, Oriol Junguera dan pemimpin Pemisah Catalan, Carles Puigdemont.

Puigdemont kini berada di Belgian dan waran tangkap ke atasnya dilaporkan telah dikeluarkan menyebabkan dia enggan kembali ke Madrid.

Pendakwa juga cuba mendapatkan waran tangkap Eropah terhadap empat lagi bekas anggota kerajaan Catalan yang gagal hadir ke mahkamah.

Dua puluh bekas anggota kerajaan diarah hadir ke dua mahkamah Madrid berasingan namun hanya 15 yang tampil.

Salah seorang daripada mereka yang ditahan akan dibebaskan selepas membayar bon sebanyak 50,000 euro (RM250,000).



Source link

read more

Kehilangan kereta Nabil masih disiasat – Jenayah


KUALA LUMPUR 2 Nov. – Polis masih belum menemukan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire berwarna putih milik pelawak popular, Nabil Ahmad, 34, di Taman Tun Dr Ismail di sini yang dilaporkan hilang pada Ahad lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mazlan Lazim berkata, pihaknya masih menyiasat kehilangan kenderaan tersebut dan memburu penjenayah yang terlibat.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, MPV milik Nabil dengan nombor pendaftaran JRP46 didakwa hilang ketika isterinya, Nazira Ayob atau Zira menggunakan kenderaan itu ke tabika anaknya, Naira Mikayla, 4, di Taman Tun Dr Ismail, di sini untuk menghadiri satu majlis anjuran pihak sekolah.

MPV itu yang diletakkan di tepi jalan disedari hilang semasa Zira selesai menghadiri majlis tersebut dan laporan kehilangan kenderaan berkenaan dibuat di Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail di sini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Isu Bugis lanun Sultan Selangor murka kenyataan Tun M



SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah memandang serius, murka dan amat kecewa dengan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini yang dilihat cuba menghasut rakyat Malaysia untuk membenci, menghina dan memandang serong terhadap bangsa Bugis.

Setiausaha Dewan di-Raja Selangor Hanafisah Jais berkata berdasarkan rakaman klip video ucapan Pengerusi Pakatan Harapan itu yang tular di media sosial, Sultan Selangor menyifatkan tohmahan serta kenyataan Dr Mahathir tersebut jelas menghina dan menggolongkan bangsa Bugis kononnya berusul daripada golongan lanun, perompak serta penjenayah.

“Ahli-ahli Dewan di-Raja Selangor menganggap ucapan berkenaan amatlah keterlaluan dan boleh mencetuskan perasaan benci dan prasangka buruk rakyat terhadap bangsa Bugis sehingga boleh mencetuskan kekecohan serta huru-hara.

“Tohmahan ini secara tidak langsung menghina salasilah dan keturunan Kesultanan Selangor yang berasal daripada Bugis,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Menurut Hanafisah, fakta sejarah membuktikan Kesultanan Selangor berketurunan Bugis merupakan pahlawan yang memperjuangkan dan mempertahankan agama serta keamanan di seluruh kepulauan Melayu Nusantara.

Katanya Dr Mahathir sebagai seorang bekas Perdana Menteri yang menerajui pemerintahan negara selama 22 tahun seharusnya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan dan seharusnya juga lebih mengetahui tentang fakta sejarah keturunan bangsa Bugis.

“Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor juga mengingatkan kepada semua pihak terutama orang-orang politik untuk tidak mempersendakan isu bangsa dan keturunan sebagai modal politik kerana ia boleh menggugat keharmonian dan perpaduan rakyat negara ini.

“Ahli-ahli Dewan di-Raja Selangor menjunjung segala titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku berkaitan isu ini dan berpandangan supaya satu siasatan serta tindakan undang-undang di bawah Akta Hasutan 1948 atau apa jua undang-undang berkaitan wajar diambil ke atas Tun Dr Mahathir,” katanya.

Dr Mahathir ketika berucap dalam satu perhimpunan anjuran parti-parti pembangkang di Petaling Jaya pada 14 Okt lepas cuba mengaitkan keturunan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai mungkin berasal daripada lanun Bugis.

Perkara itu turut mendapat reaksi Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla yang mengaku tersinggung dan berasa terhina dengan kenyataan tersebut.

Beberapa pihak yang mewakili masyarakat Bugis di Malaysia sebelum ini turut menuntut Dr Mahathir membuat permohonan maaf secara terbuka.

— BERNAMA



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons