Piala Malaysia:Cabrera tidak sabar robek kubu Kedah – Bola Sepak


JOHOR BAHRU 3 Nov. – Pemain import Johor Darul ta’zim (JDT), Gonzalo Cabrera tidak sabar untuk merobek kubu pertahanan Kedah pada aksi final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, esok bagi membantu Harimau Selatan menjulang piala berprestij itu buat pertama kali.



GONZALO CABRERA

GONZALO CABRERA

Cabrera, 28, membantu JDT melangkah ke perlawanan akhir sejak 2014 dengan menjaringkan satu gol serta membantu Gabriel Guerra melakukan jaringan ketika menewaskan Perak 3-0 pada semi final kedua di Larkin.

Beliau mahu mengulangi kejayaan itu dengan meletakkan namanya dalam senarai penjaring bagi membantu JDT membawa pulang Piala Malaysia ke Johor.

“Sudah pasti ia menjadi impian buat mana-mana pemain untuk menjaringkan gol penting buat pasukan di perlawanan utama seperti ini bagi menentukan siapa yang layak bergelar juara.

“Kami sudah bersedia sepenuhnya dan akan membuat sehabis baik pada perlawanan akhir esok untuk membawa pulang Piala Malaysia,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Untuk rekod, kali terakhir pasukan dari negeri ini menjulang Piala Malaysia ialah pada 1991 ketika dimenangi Johor FA selepas menewaskan Selangor 3-1.

Penyerang kelahiran Argentina itu berkata, gandingan bersama-sama Mohammad Ghaddar dan Guerra bakal menjadi pemusnah buat Lang Merah untuk mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia dimenangi pada musim lalu.

“Kami tahu pertembungan ini adalah penting buat JDT dan kami yakin dengan kemampuan serta kualiti yang ada pasukan mampu memberi kelebihan kepada kami.

“Tidak dinafikan lawan kami di pentas akhir ini merupakan satu pasukan yang kuat dan kami juga tidak kurang hebatnya dan dibarisi pemain-pemain yang berkualiti. Jadi, kita tengoklah siapa lebih hebat pada perlawanan esok,” katanya. -UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Perlu saring pemandu Grab jangan terus lulus permohonan – Fomca



SERDANG: Mekanisme untuk mengenakan saringan awal terhadap bakal pemandu Grab sebelum diambil bekerja dalam perkhidmatan itu adalah sesuatu yang wajar dan dianggap realistik dalam mengurangkan risiko berlakunya jenayah.

Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Profesor Datuk Marimuthu Nadason berkata menerusi kaedah itu, latar belakang atau rekod individu atau pemohon mampu dikesan lebih awal.

Beliau menambah bahawa tidak sewajarnya semua pemohonan terus diterima dengan mudah tanpa mengambil kira faktor-faktor berkaitan.

“Kena ada saringan, kita perlu periksa latar belakang mereka terlebih dahulu sebab kita perlu pastikan rekod mereka sebelum diterima.

“Kalau seseorang tu mahu jadi pemandu Grab, berapa tahun dia ada pengalaman memandu. Sekarang ini banyak dalam kalangan pelajar pun memandu (Grab). Kita kena tahu kemahiran mereka memandu,” kata Marimuthu.

Dalam pada itu, Marimuthu menganggap beberapa kes jenayah membabitkan pemandu Grab tidak terlalu serius dan hanya berupa kes terpencil.

Malah, menurutnya, jika berlaku sebarang perkara buruk sekalipun, pelaku mudah dijejaki berdasarkan rekod yang ada di dalam sistem perkhidmatan tersebut.

Marimuthu ditemui ketika menghadiri Majlis Penutup Dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Kepenggunaan bersempena Hari Pengguna Malaysia 2017, di sini, hari ini.

Sempena sambutan Hari Pengguna tahun ini, FOMCA menganjurkan 12 jenis pertandingan termasuklah penulisan esei, mewarna, fotografi, dan melukis.

Acara ini mendapat sambutan menggalakkan apabila berjaya menarik minat lebih 125,000 penyertaan dari seluruh negara bagi merebut hadiah wang tunai berjumlah lebih RM300,000 yang ditawarkan.

Seramai 518 peserta diumumkan sebagai pemenang dalam kategori masing-masing.

Pertandingan ini bertujuan untuk memberi kesedaran dan pendidikan terhadap golongan muda untuk menjadi pengguna yang lebih bijak dan berhemah.



Source link

read more

[VIDEO] Pertahan juara Piala Malaysia:Pemain Kedah bakal terima ganjaran RM50,000 – Bola Sepak


SHAH ALAM 4 Nov. – Para pemain pasukan Kedah bakal menikmati ganjaran bonus sebanyak RM50,000 seorang jika berjaya menewaskan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) sekaligus mempertahankan status juara dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 2017 di Stadium Shah Alam, di sini malam ini. 

Ganjaran itu diumumkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah dalam sidang media selepas majlis makan tengah hari bersama barisan pemain pasukan negeri itu di Hotel Acapella, Seksyen 13, di sini hari ini. 


Jumlah ganjaran itu merupakan tambahan sebanyak RM25,000 berbanding musim lalu. 


Selain itu, para pemain juga bakal berpeluang mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan dari kelab luar negara sebagai tambahan kepada ganjaran tersebut. 


Bagaimanapun beliau tidak mengulas lanjut mengenai kelab luar negara yang akan terlibat dalam perlawanan persahabatan itu. 


“Kalau menang, kita (Kedah) akan cuti hari Ahad iaitu esok sebagai cuti peristiwa,” katanya yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA). – UTUSAN ONLINE.



Source link

read more

Jenazah pendaki Ramli selamat dikebumi



KUALA LUMPUR: Jenazah Ramli Abd Majid, pendaki warga Malaysia yang maut di Gunung Damavand, Iran selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 14 di Puchong dekat sini pada kira-kira 2 petang hari ini.

Jenazah, yang dibawa dengan pesawat Mahan Air penerbangan W583 dari Tehran, Iran dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 10 pagi tadi, disembahyangkan di Masjid Asy Syakirin, Puchong Utama.

Sementara itu, anak Allahyarham, Muhammad Fauzi, 17, mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu mencari jenazah bapanya itu.

“Kami semua reda dengan ketentuan Allah SWT, Alhamdulilah kami syukur yang jenazah ayah akhirnya dijumpai. Ibu memang tidak putus-putus berdoa dan buat solat hajat supaya dipermudahkan urusan mencari bapa,” katanya ketika ditemui pemberita.

Ditanya adakah dia akan meneruskan hobi ayahnya, Muhammad Fauzi berkata dia mempunyai hobi lain namun pernah mengikut bapanya mendaki di beberapa gunung.

“Sekarang saya hanya ingin tumpu peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada Isnin ini,” katanya.

Kementerian Luar pada Ahad mengesahkan mayat yang ditemukan pihak berkuasa Iran di kawasan Gunung Damavand pada Jumaat lepas adalah Ramli yang berusia 44 tahun ketika dilaporkan hilang pada 20 Nov 2016.

Ketua jurutera sistem di Ibu Pejabat Proton Holdings Bhd, Shah Alam, Selangor bersama seorang lagi pendaki Kelab Jelajah Alpine (KJA) Syed Redzuan Syed Salim Shatri, 50, dilaporkan hilang selepas terpisah daripada anggota kumpulan pendaki yang lain.

Pada 28 Nov 2016, jasad Syed Redzuan ditemukan di kawasan Yakhar Glacier dan jenazahnya dibawa pulang serta dikebumikan di Malaysia.

— BERNAMA



Source link

read more

Dua daripada tiga mangsa dikenal pasti – Nasional


RAWANG 4 Nov. – Dua daripada tiga mangsa terlibat dalam kejadian kebakaran tangki minyak diesel di sebuah kilang simen di sini dikenal pasti sebagai Zamri Adenan, 37, dari Kampung Surau Haji Daud, Kuala Terengganu dan Norhafizam Ab. Rahman, 28, dari Kampung Batin, Seberang Takir, Kuala Nerus.

Menurut sumber, ahli keluarga kedua-dua mangsa sudah berada di tempat kejadian sejak pagi tadi.


Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Sani Harul berkata, kerja-kerja menyedut keluar 750,000 liter diesel masih lagi berjalan. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Jakarta closes hotel targeted by Islamists for alleged vice



JAKARTA: Indonesia’s capital has shut a hotel and spa complex for alleged vice, city officials said on Monday, after Islamist groups in the Muslim-majority country had urged Jakarta’s governor to act on a campaign pledge to shut the premises.

The Alexis Hotel, whose website describes it as a “dreamland for men”, became embroiled in the city’s recent election when the new governor, Anies Baswedan, promised in a televised debate to shut it and accused his predecessor of only acting against more downmarket venues offering vice and drugs.

Edy Junaedi, head of the Jakarta Capital Investment and One-stop Integrated Services (PTSP) agency, confirmed by telephone on Monday that the hotel’s permit had not been renewed.

In a letter, the city government said it had decided not to extend the permit after “information circulating in media about forbidden activities”, adding that it was required to prevent any immoral and illegal activities.

Islamist groups had previously sent a letter to authorities demanding the hotel be closed, but later called off a proposed protest rally outside the venue for security and technical reasons, state news agency Antara said.

The hotel did not immediately respond to a request for comment and its owner could not be reached.

Media quoted Baswedan as saying the city would take firm action against any businesses conducting “immoral practices”.

The governor faced criticism after winning April’s Jakarta election with the support of Islamist groups who had agitated for months against his opponent and former governor Basuki Tjahaja Purnama – an ethnic Chinese Christian – whom they accused of blasphemy against Islam.

Purnama demolished Jakarta’s sprawling Kalijodo red-light district in 2016 as part of a nationwide crackdown on prostitution and also closed a number of notorious Jakarta nightclubs over drug use.

Though illegal in Indonesia, prostitution is rampant in most cities, and the decision to close the Alexis comes as groups like the hardline Islamic Defenders Front (FPI), which has a history of raiding nightclubs and bars, want Baswedan to impose a more “Islamic lifestyle” on the city of more than 10 million.

Novel Bamukmin, head of FPI’s Jakarta chapter, has said the group would “push” Baswedan’s administration to gradually close down bars and clubs in a city known for a freewheeling nightlife because “It’s immoral and…not Islamic culture”.

Sandiaga Uno, Baswedan’s deputy, has said the administration would consider setting up “sharia-inspired” or sharia-compliant entertainment spots similar to those in Abu Dhabi or Dubai.



Source link

read more

Satu mayat mangsa terjatuh dalam tangki ditemui



RAWANG: Satu mayat daripada tiga mangsa yang dipercayai terjatuh ke dalam tangki minyak diesel yang meletup di sebuah kilang simen di Jalan Kuang di Rawang di sini ditemui petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata mangsa ditemui pada pukul 2.50 petang.

“Buat masa ini identiti mangsa belum dapat dipastikan kerana badannya dipenuhi minyak hitam. Usaha mengesan dua orang lagi mangsa masih giat dijalankan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Dalam kejadian kira-kira 4 petang semalam, tiga lelaki berumur antara 28 hingga 49 tahun sedang melakukan kerja penyelenggaraan di atas tangki minyak itu sebelum berlaku letupan yang mengakibatkan mereka terjatuh ke dalam tangki.

Susulan itu pasukan penyelamat terpaksa mengeluarkan lebih 725,000 liter minyak diesel dari tangki setinggi 4.26 meter itu bagi mencari mangsa terbabit.

— BERNAMA



Source link

read more

Raja Muda Perlis sertai Larian Amal Pink Wig-A-Thon – Perlis


ARAU 4 Nov. – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan mencemar duli untuk bersama-sama dengan 700 peserta dalam Larian Amal Pink Wig-A-Thon di sekitar bandar diraja yang sejauh lima kilometer bermula dan berakhir di pekarangan Sekolah Kebangsaan (SK) Arau pagi ini.

Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan kedua anakanda baginda Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail dan Syed Sirajuddin Areeb Putra.


Pelepasan larian dilakukan oleh Pengerusi program yang juga Bendahari Yayasan Amal Tuanku Hajah Budriah, Datin Seri Sharifah Hishmah Shahabudin.


Sekalipun hujan, para peserta tetap bersemangat menamatkan larian ini di mana masing-masing dikalungkan dengan medal.


Larian ini sebahagian dari aktiviti yang dianjurkan oleh Persatuan Kumpulan Sokongan Kanser Negeri Perlis (Perken), Yayasan Amal Tuanku Hajah Budriah dan Pink Ribbon Wellness (L) Foundation Malaysia.


Kesemua peserta memakai rambut paslu berwarna merah jambu sebagai simbol sokongan kepada pesakit kanser yang kehilangan rambut semasa rawatan kemoterapi.


Sekaligus ini menimbul kesedaran kepada masyarakat mengenai bahayanya penyakit ini yang cuba disampaikan menerusi program larian seperti ini.-UTUSAN ONLINE




Source link

read more

Lebanese PM Hariri resigns attacking Iran Hezbollah



BEIRUT: Lebanon’s prime minister Saad al-Hariri resigned on Saturday, saying he believed there was an assassination plot against him and accusing Iran and its Lebanese ally Hezbollah of sowing strife in the Arab world.

His resignation thrusts Lebanon back into the frontline of Saudi-Iranian regional rivalry and seems likely to exacerbate sectarian tensions between Lebanese Sunni and Shi’ite Muslims.

It also shatters a coalition government formed last year after years of political deadlock, and which was seen as representing a victory for Shi’ite Hezbollah and Iran.

Hariri, who is closely allied with Saudi Arabia, alleged in a televised broadcast that Hezbollah was “directing weapons” at Yemenis, Syrians and Lebanese and said the Arab world would “cut off the hands that wickedly extend to it”.

Hariri’s coalition, which took office last year, grouped nearly all of Lebanon’s main parties, including Hezbollah. It took office in a political deal that made Michel Aoun, a Hezbollah ally, president.

It was not immediately clear who might succeed Hariri, Lebanon’s most influential Sunni politician.

The post of prime minister is reserved for a Sunni Muslim in Lebanon’s sectarian power sharing system. The constitution requires Aoun to nominate the candidate with the greatest support among MPs.

“We are living in a climate similar to the atmosphere that prevailed before the assassination of martyr Rafik al-Hariri. I have sensed what is being plotted covertly to target my life,” Hariri said.

Rafik al-Hariri was killed in a 2005 Beirut bomb attack that pushed his son Saad into politics and set off years of turmoil.

In a statement read from an undisclosed location, Hariri said Hezbollah and Iran had brought Lebanon into the “eye of a storm” of international sanctions. He said Iran was sowing strife, destruction and ruin wherever it went and accused it of a “deep hatred for the Arab nation”.

Aoun’s office said Hariri had called him from “outside Lebanon” to inform him of his resignation.

Hariri flew to Saudi Arabia on Friday after a meeting in Beirut with Ali Akbar Velayati, the top adviser to Iranian Supreme Leader Ayatollah Ali Khamenei. Afterwards, Velayati described Hariri’s coalition as “a victory” and “great success”.

TUSSLE FOR INFLUENCE

Iranian officials denounced the move, noting that it had been made from outside Lebanon, while Saudi officials appeared to crow over it.

“Hariri’s resignation was done with planning by Donald Trump, the president of America, and Mohammed bin Salman, the crown prince of Saudi Arabia, to destabilise the situation in Lebanon and the region,” said Hussein Sheikh al-Islam, adviser to Iran’s supreme leader, in remarks to a state broadcaster.

Saudi Arabia’s influential Gulf Affairs Minister Thamer al-Sabhan, who met Hariri in Riyadh this week, echoed the language of the Lebanese politician saying in a Tweet: “The hands of treachery and aggression must be cut off.”

Saudi Arabia and Iran are locked in a regional power tussle, backing opposing forces in wars and political struggles in Lebanon, Syria, Yemen, Bahrain and Iraq.

A U.N.-backed tribunal charged five Hezbollah members over Rafik al-Hariri’s killing. Their trial in absentia at the Hague began in January 2014 and Hezbollah and the Syrian government, have both denied any involvement in the killing.

In his statement, Hariri said Iran was “losing in its interference in the affairs of the Arab world”, adding that Lebanon would “rise as it had done in the past”.

POLITICAL DEAL

Hezbollah’s close ties to Iran and its support for Syrian President Bashar al-Assad in his war with rebels trying to overthrow him have been a major source of tension in neighbouring Lebanon for years.

The Lebanese government has adopted an official position of “disassociation” from the conflict, but this has come under strain in recent months with Hezbollah and its allies pushing for a normalisation of ties with Assad.

Since taking office, Hariri had worked to garner international aid for Lebanon to cope with the strain of hosting some 1.5 million refugees from neighbouring Syria, seeking billions of dollars to boost its sluggish economy.

Finance Minister Ali Hassan Khalil told Reuters there was no danger to Lebanon’s economy or its currency.

“Over previous decades, Hezbollah was able to impose a reality in Lebanon with the power of its weapons, which it claims is the (anti-Israel) resistance’s weapons, which are aimed at the chests of our Syrian and Yemeni brothers, not to mention the Lebanese,” Hariri said.

He said the Lebanese people were suffering from Hezbollah’s interventions, both internally and at the level of their relationships with other Arab countries.

Hariri has visited Saudi Arabia, a political foe of Iran and Hezbollah, twice in the past week, meeting Crown Prince Mohammed bin Salman and other senior officials.



Source link

read more

Kerajaan tidak teragak-agak batal permit nelayan yang ingkar syarat pelesenan



ALOR SETAR: Kerajaan tidak akan teragak-agak untuk membatalkan permit nelayan tempatan yang sewenang-wenangya menyewakan permit menangkap ikan mereka kepada nelayan asing.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, ini kerana kegiatan sedemikian sudah termaktub menjadi satu kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 kerana tidak mematuhi syarat pelesenan.

“Kalau tidak berminat, serahkan permit itu semula kepada Jabatan Perikanan, tapi kalau sudah salah guna permit kita tak ada pilihan selain tarik balik dan mengenakan kompaun serta mendakwa di mahkamah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Nelayan Kuala Kedah dan Penyampaian Elaun Sara Hidup Nelayan hari ini.

Beliau mengulas laporan sebuah akhbar tempatan yang mendedahkan bahawa terdapat segelintir nelayan dan pengusaha bot nelayan tempatan yang menyewakan permit menangkap ikan mereka kepada nelayan asing sehingga mengakibatkan kerugian hasil laut berbilion ringgit

Katanya, sehingga kini, daripada 1,100 permit nelayan laut dalam yang dikeluarkan, 190 daripadanya sudah dibatalkan kerana kegagalan mematuhi syarat perlesenan.

Sehubungan itu beliau mahu mereka yang terlibat agar menghentikan aktiviti haram itu memandangkan keuntungan yang diperoleh tidaklah sebanyak manapun.

“Kita mahu nelayan menggunakan sebaiknya permit ini, bukannya dengan menyewakannya kepada nelayan asing, perkara ini memang berlaku sedikit sebanyak,” katanya.

Sementara itu beliau memberi jaminan bahawa bekalan ikan sepanjang musim tengkujuh adalah mencukupi untuk kegunaan pasaran tempatan.

Katanya, ini kerana Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) mempunyai stok bekalan ikan sebanyak 200 tan yang ditempatkan di bilik sejuk dengan suhu sehingga -20 darjah celcius yang mampu bertahan sehingga dua tahun.

“NEKMAT turut mengimport bekalan ikan dari luar negara seperti Thailand, Bangladesh, Pakistan sekiranya bekalan ikan dilihat semakin berkurangan,” katanya.

–BERNAMA



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons