Rakyat dipelawa beri input kepada PPPM – Nasional


LONDON 5 Nov.- Rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang dipelawa memberi input kepada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 supaya penambahbaikan dapat dilakukan mengikut perubahan terkini.

Lebih banyak keterlibatan daripada kalangan profesional, ahli akademik ahli perniagaan, teknokrat dan sebagainya sangat diperlukan ketika PPPM kini melalui gelombang satu, dua dan tiga.

Malah, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, program jerayawara peringkat dalam negara, serantau dan antarabangsa adalah salah satu bentuk keterlibatan pihak luar, selain pembangunan dan pelaksanaan.

“Kita bukanlah hendak berbangga, sehingga menganggap (PPPM) adalah yang terbaik sehingga tidak boleh diubah,” katanya ketika sidang akhbar khas bagi merumuskan kejayaan lawatan kerja yang bermula dengan Persidanan Agung UNESCO di Paris, sehinggalah pertemuan dingan pelajar Malaysia di United Kingdom, di Malaysia Hall di sini, semalam.

“Malam ini kita tutup perjalanan program , bermula pada hari pertama dengan pertemuan dengan badan yang mengawal selia Program Pentaksiran Pelajar Antarabangsa (PISA) iaitu Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD).

“Kemudian pada persidangan dengan UNESCO semalam, saya diberi peluang membuat pernyataan tentang negara berkaitan pembangunan pendidikan negara.

“Selepas itu, dalam perjalanan pulang, saya singgah di London kerana bermesyuarat dengan ahli akademik di University Cambridge tentang dapatan kajian status kajian penilaian pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di kampus University Cambridge.

Pada sebelah malam, Mahdzir bersama-sama Ketua Pengarah pelajaran Malaysia, Datuk Dr. Amin Senin dan Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pelaksanaaan dan Prestasi Pendidikan (PADU) Khadijah Abdullah berdialog pula dengan pelajar-pelajar di United Kingdom bekaitan dengan pembangunan semasa pendidikan.

“Jadi, bolehlah saya rumuskan bahawa kita telah memberi penjelasan tentang perkembangan pendidikan ini, daripada sesi plenari UNESCO sehingga pelajar-pelajar kita di United kingdom,” katanya.

Bagi beliau, selain daripada membangunkan pelan pembangunan pendidikan dan pelaksanaan program, program keterlibatan semua mesti dibuat, sama ada di dalam atau luar negara.

“Sekurang-kurangnya mereka faham bahawa inilah yang telah dibuat oleh kerajaan, bukan kita tinggalkan begitu sahaja. Kita ada arah tuju tentang pendidikan dan kita ada Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) yang hendak dicapai pada tiap-tiap tahun, apa yang perlu dicapai,’’ katanya mengulas PPPM yang kini berada dalam gelombang kedua pelaksanaannya.

Beliau menambah, semua pihak perlu dilibatkan kerana di dalam plan itu disebut perlu campur tangan pemegang saham meliputi pertubuhan bukan kerajaan (NGO), persatuan ibu bapa dan guru (PIBG), alumni sekolah, para pegawai di agensi-agensi atau di kementerian-kementerian lain.

“Kemudian aspek keterlibatan kita lanjutkan ke luar negara dengan memaklumkan kepada pelajar kita di uar negara apa yang kita buat.

“Di peringkat antarabangsa, kita beritahu UNESCO dan Organisasi Menteri-Menteri Pendidikan Asia Tenggara (SEAMEO),’’ ujarnya.

Beliau juga menyeru ahli akademik di universiti tempatan seperti di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) menyatakan pandangan jika merasai ada perkara lain yang hendak ditambah atau diperbetul.

“Contohnya, jika anda tengok cara mengajar di tadika tidak berapa betul, ada perkara patut di tambah, kami tambahlah.

“Bukannya kami hendak berbangga , atau yang ini (PPPM) sudah yang terbaik sehingga tidak boleh ditambah.

“Perkara yang progresif ini perlulah diubah sedikit demi sedikit. Contohnya, bila ada pihak yang mengatakan bidang pengkodan (coding) sangat penting sebagai satu subjek atau sisipan kandungan di mana-mana, kita masukanlah. Penambahbaikan memang kita alu-alukan.” katanya. -UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Najib says will not stoop to immoral politics of former leader



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak said today he does not wish to stoop to the level of what he described as the “immoral and rude” politics of a former national leader.

The Prime Minister said he had to exercise caution and engage in politics of good morals, etiquette and courtesy.

Najib did not name any leader but it was clear that he was referring to Tun Dr Mahathir Mohamad.

“He has done much wrong, but he does not respond (to questions). When asked whether he knows, he says he does not. When asked whether he remembers, he says he cannot.

“He is angry with everyone … angry with the Bugis. The Bugis are warriors. Do not order me to go back. I have not asked him to go back. I do not want to stoop to his level,” the UMNO president said when closing the national-level UMNO Social Media Convention at the Putra World Trade Centre here.

UMNO secretary-general Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, UMNO treasurer Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak and UMNO Information Technology Bureau chairman Datuk Ahmad Maslan were also present at the event.

Najib said there was nothing wrong with having differences of opinion but one must not discredit anyone because it was not the Malaysian way of politics.

“We do not strike in a crude manner. That’s why we do not teach Malaysians to participate in such politics. We are leaders, the elderly, we have to be exemplary.

Najib also said that much false news and baseless accusations were being circulated on social media with the intention of undermining his credibility as a national leader.

“(For example), I did not give PAS any money (as Clare Rewcastle Brown claimed I did). That’s why PAS sued Sarawak Report. Clare is panicky. I cannot comment because it is subjudice,” he said.

Najib called on UMNO members to strengthen the party machinery, saying the circulation of false news on social media would continue to be the capital of the political opposition.

He said UMNO members should be diligent, steadfast and bold in expressing their opinions, including those associated with government policies, on social media.

“If the estimated 3,800 UMNO members in this hall respond every time I tweet or post an entry on Facebook, we will emerge victorious in the cyber war, we will win!

“I am relying on the virtual warriors to win GE14 (14th General Election). If we want to retain the government, we have to work hard to win GE14,” he said.

In a firmer tone, Najib reminded UMNO members against quarrelling among themselves on social media, saying their main adversary was the opposition. 

“Our adversary is the opposition. Let’s not have friendly fire among ourselves. Sometimes, we can be jealous of ourselves.

“I do not like such behaviour. The general election is upon us. Even if we do not like someone, let’s not have friendly fire,” he said.

Najib indicated that GE14 would be the mother of all general elections, particularly with the various successes achieved including the launch of the Mass Rapid Transit (MRT) and the Digital Free Trade Zone launched yesterday.

— BERNAMA



Source link

read more

JBPM siap siaga banjir di Pantai Timur



TUMPAT: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) siap siaga menghadapi banjir di negeri-negeri pantai timur bermula bulan ini berikutan ketibaan musim monsun timur laut.

Ketua Pengarahnya Datuk Seri Wan Mohd Nor Ibrahim berkata pihaknya telah mengeluarkan arahan kesiapsiagaan itu pada Rabu lepas termasuk pembekuan cuti terhadap pegawai dan anggotanya mengikut keperluan sebagai persiapan menghadapi bencana alam, seperti banjir .

“Persiapan menghadapi banjir ini kita lakukan mengikut trend cuaca semasa. Sebelum ini kita memberi tumpuan di bahagian utara semenanjung.

Namun bermula November ini fokus kita kepada negeri-negeri di pantai timur sebelum menganjur ke selatan tanah air seterusnya ke Sabah dan Sarawak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Kesedaran Keselamatan Aktiviti Air Peringkat Negeri Kelantan di Pantai Geting, Tumpat di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah JBPM Kelantan Nazili Mahmood dan Timbalan Setiausaha Bahagian Cawangan Dasar dan Inspektorat Kementerian Kesejahteraan Bandar Perumahan dan Kerajaan Tempatan Khoo Joo Bee.

Program itu dianjurkan untuk meningkatkan kesedaran penyelamatan dan usaha mengurangkan kejadian lemas ketika menjalankan aktiviti di air.

Antara aktiviti yang dilaksanakan termasuk teori dan praktikal belajar berenang, kaedah menyelamat, mengenali simbol dan tanda amaran, program keselamatan komuniti dan resusitasi kardiopulmonari (CPR).

Dalam pada itu Wan Mohd Nor berkata purata kematian akibat lemas di air masih tinggi iaitu kira-kira 590 kes setahun dan lokasi terbanyak melibatkan sungai dan tali air.

Beliau berkata kebanyakan mangsa adalah golongan kanak-kanak dan remaja berumur antara lima hingga 24 tahun.

Katanya menyedari hal itu JBPM selaku agensi penyelamat utama yang dipertanggungjawabkan di bawah Majlis Keselamatan Aktiviti Air (MKAA) akan mempergiatkan usaha menganjurkan pelbagai aktiviti bagi mengurangkan insiden dari semasa ke semasa dengan kerjasama pelbagai pihak.

Beliau turut menasihatkan ibu bapa memainkan peranan dengan melakukan pengawasan terhadap anak-anak terutama di musim tengkujuh.

— BERNAMA



Source link

read more

1 atau 2 orang lemas setiap hari – Nasional


TUMPAT 4 Nov. – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mencatatkan purata kematian akibat lemas di seluruh negara ini mencecah 590 orang setahun.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Wan Mohd. Nor Ibrahim berkata, berdasarkan angka itu, dianggarkan sekurang-kurangnya seorang atau dua orang maut akibat lemas setiap hari.


Sementara itu katanya, bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, jumlah kes lemas direkodkan mencecah 298 kes dengan 253 daripadanya melibatkan kematian.


“Lemas dalam sungai dan tali air mencatatkan angka tertinggi iaitu 152 kes dengan 135 daripada mangsa maut, diikuti lemas di pantai iaitu 88 kes dan 65 daripada mangsa maut,” katanya.


Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Kesedaran Keselamatan Aktiviti Air di Pantai Geting, di sini hari ini. 


Yang turut hadir, Pengarah JBPM Kelantan, Nazili Mahmood dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kubor, Mat Razi Mat Ail. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

LEPAS BAGI BONUS, REJIM AZMIN ROMPAK BALIK DUIT RAKYAT!!! ~ SEMUT HITAM


Tahniah! Sebaik sahaja Si Menteri Besar Selangor tu mengumumkan pemberian bonus 3 bulan (yang sebenarnya hanya SEBULAN), Rejim Pakatan Si Azmin tu kembali merompak duit rakyat.

Dilaporkan sebanyak 30 buah kenderaan peribadi milik penduduk di Taman Indah Perdana telah disaman oleh Majlis Perbandaran Selayang dengan kompoun sebanyak RM1,000 setiap sebuah kereta.

Ini berikutan tindakan penduduk – penduduk di taman berkenaan yang meletakkan kenderaan nombor dua atau tiga mereka di kawasan lapang yang berhampiran dengan taman mereka.

“Langkah MPS ini harus dipuji dan perlu disanjung tinggi. Inilah Kerajaan yang penduduk taman idamkan dan undi merekalah yang memungkinkan kompoun RM1,000 ini dikenakan,” lapor CTS.

Lebih elok kalau kompoun berkenaan dinaikkan lagi. Waima mencecah sehingga RM5,000 pun tidak mengapa. Lagi banyak, lagi ramai yang suka dengan cara Rejim pentadbiran Si Azmin Ali ni.

Inilah salah satu kaedah Rejim Pakatan pimpinan Azmin Ali mengutip hasil agar tahun akan datang kakitangan di Selangor akan dapat menikmati bonus selama 6 bulan dan bukan lagi 3 bulan.

Cara ini baru kena dengan slogan Peduli Rakyat yang seringkali menjadi kebanggaan Rejim Azmin di Selangor. Kalau sebelum ini, duit hasil cukai dan premium tanah dijadikan sebagai sumber. Patutnya Azmin tukar slogan tu dan gantikan dengan “Dari Rakyat Kepada Rakyat”!!!




Source link

read more

Bankruptcy release for 50000 individuals in 5 years – Ahmad Zahid



KUALA LUMPUR: The government aimed to release about 50,000 individuals from bankruptcy status in the next five years.

Deputy Prime Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi said for a start, 20,000 borrowers who had been declared bankrupt on technicality or for being a social guarantor would be free of the status in one year.

“We want to release them from the burden they had to bear as social guarantors. We want this matter to be resolved 100 per cent within five years.

“It may be laborious but not impossible,” he said while closing the Consumer Forum 2017 organised by the Malaysian Islamic Consumer Association (PPIM) here, today.

Also present were Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Azalina Othman Said, PPIM secretary-general Datuk Dr Ma’mor Osman and PPIM chief activist Datuk Nadzim Johan.

Meanwhile, the deputy prime minister hoped PPIM would be inclusive of non-Muslims in their service, to reflect the beauty of Islam.

He also announced a one-off allocation of RM500,000 to PPIM for their activities.

Ahmad Zahid, who is also Home Minister hoped PPIM would play its role in channeling directly to the police or his ministry, any information related to online gambling, illegal moneylenders, white-collar crime and banking account scam syndicates.

Earlier, Azalina said in her speech that the government would negotiate with financial institutions on finding the best mechanism to resolve the bankruptcy issue involving 50,000 borrowers who were mainly Malay.

She said priority would be accorded to the elderly, ailing, and social guarantors.

Dr Ma’amor meanwhile, said PPIM was optimistic that the move could be expedited as hoped by the government.

“Indeed we are committed in seeing this issue through and with the backing of the government, the process would surely be smoother,” he told reporters, adding that the association had been helping bankrupt individuals in settling their cases for more than 10 years.

The forum, held for the seventh time was participated by 1,200 people comprising PPIM members, non-governmental organisations, government agency representatives and students.

Two main topics were discussed, which were ‘Survival Pengguna: Mengadaptasi Kenaikan Kos Sara Hidup’ and ‘Kebangkitan Pengguna: Mencegah Masalah Ah Long dan Muflis’. 

During the forum, PPIM also expressed its desire for a consumerism chair to be created in the senate.

— BERNAMA



Source link

read more

Mayat kedua mangsa terjatuh dalam tangki ditemui



KUALA LUMPUR: Mayat kedua daripada tiga mangsa yang dilaporkan terjatuh ke dalam tangki minyak diesel yang meletup di sebuah kilang simen di Jalan Kuang, Rawang ditemukan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata mayat Zamri Adenan, 35, ditemui pada pukul 4.30 petang tadi.

Sebelum ini mayat Mohd Ziehafizan Abd Rahman, 28, ditemukan pada pukul 2.50 petang.

“Pasukan mencari dan menyelamat giat mencari seorang lagi mangsa yang dikenali sebagai T. Baskaran berusia 49 tahun,” katanya Mohd Sani ketika dihubungi.

Beliau berkata difahamkan kedua-dua mayat akan dibawa ke Hospital Sungai Buloh setelah mayat ketiga dijumpai.

Dalam kejadian kira-kira 4 petang semalam, ketiga-tiga mangsa dilaporkan sedang melakukan kerja penyelenggaraan di tangki minyak itu sebelum berlaku letupan yang mengakibatkan mereka terjatuh ke dalam tangki berkenaan.

Susulan itu lebih 725,000 liter minyak diesel dari tangki setinggi 4.26 meter itu dikeluarkan dalam usaha mencari dan menyelamatkan mereka.

— BERNAMA



Source link

read more

Pendidikan Orang Asli jadi keutamaan kerajaan – Nasional


LENGGONG 4 Nov. – Kerajaan tidak meminggirkan masyarakat Orang Asli sebaliknya sentiasa memberikan peluang sama rata dengan memberikan penekanan kepada soal pendidikan.

Pengerusi Badan Kebajikan UMNO Malaysia (BiKUM), Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, penekanan pendidikan itu cukup jelas dilihat dalam Belanjawan 2018 apabila kerajaan mengumumkan pemberian insentif RM3,000 kepada anak Orang Asli yang berjaya memasuki institusi pengajian tinggi. 


“Sudah sampai waktunya kita gerakkan secara bersungguh-sungguh supaya masyarakat Orang Asli ini diberikan perhatian yang cukup penting.


“Kerajaan serius dalam memberikan bantuan dan tidak tertumpu pada soal pemberian peruntukan asas sahaja,” katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program UMNO Bantu Rakyat 2.0 bersama masyarakat Orang Asli Kampung Air Bah di sini hari ini.


Turut hadir Ketua Setiausaha BiKUM, Datuk Hang Tuah Din.


Pelbagai program dianjur bersama masyarakat Orang Asli seperti pemeriksaan dan bantuan perubatan dan pengunjung turut dihiburkan dengan tarian sewang dan persembahan nasyid dalam suasana santai.


BiKUM turut memberi sumbangan makanan serta kelengkapan lain selain mempertingkat bekalan air bersih di kawasan berkenaan. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Imigresen Sabah kesan PATI guna pasport kosong



TAWAU: Jabatan Imigresen Malaysia Sabah mengesan pendatang asing tanpa izin (PATI) menggunakan ‘pasport kosong’ iaitu pasport yang dikeluarkan kedutaan atau konsulat masing-masing, tetapi tiada rekod pasport itu didaftar keluar atau masuk negara ini dengan jabatan itu.

Pengarah Imigresen Negeri Musa Sulaiman berkata walaupun kes berkenaan tidak begitu serius di negeri ini, namun jabatan itu tidak akan memandang remeh perkara itu.

“Ada juga majikan yang menggaji pekerja asing yang menggunakan pasport kosong ini yang dikeluarkan oleh kedutaan atau konsulat mereka, tetapi tidak masuk ke negara ini secara sah.

Jabatan Imigresen Sabah tidak akan berkompromi dengan sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang atau mengganggu kedaulatan negara, termasuk penggunaan pasport kosong,” katanya pada majlis Dialog Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) dan Jabatan Imigresen Malaysia Sabah dengan Persatuan Cina Tawau di sini.

Musa menjelaskan hanya pasport yang melalui prosedur ditetapkan kerajaan sahaja yang boleh diguna pakai untuk tinggal dan mendapatkan pekerjaan di negeri ini.

IMIGRESEN-PASPORT 2 (AKHIR) TAWAU

Mengulas mengenai sesi dialog itu, beliau berharap lebih banyak sesi seperti itu diadakan dengan para majikan tampil menyuarakan segala isu berkaitan imigresen yang membelenggu mereka.

“Kita berharap daripada sesi ini kita mendapat maklum balas dan dapat memberi perkhidmatan secara efisien dan dalam masa sama kita dapat terus mengingatkan majikan agar sentiasa menggaji pekerja yang memiliki dokumen sah,” katanya.

Musa berkata menggaji pekerja asing yang memiliki dokumen sah dapat mengelak majikan daripada berhadapan tindakan undang-undang sekali gus dapat mengukuhkan aspek keselamatan.

“Kita tidak mahu para majikan ini menggaji pekerja yang kita tidak ketahui identitinya dan jangan hanya memikirkan aspek keuntungan semata-mata tetapi fikir sekali aspek keselamatan,” katanya lagi.

— BERNAMA



Source link

read more

Netflix putus hubungan dengan Kevin Spacey berikutan dakwaan salah laku seksual



LOS ANGELES: Netflix Inc memutuskan kaitan dengan aktor Hollywood, Kevin Spacey, pada Jumaat berikutan siri dakwaan salah laku seksual pelakon itu, lapor Reuters.

Keputusan itu dibuat meskipun Spacey adalah antara bintang terbesar dan pelakon utama dalam drama popular House of Cards.

Syarikat penstriman itu menggantung produksi drama berkenaan awal minggu ini menjelang musim keenam dan terakhir siri drama politik itu.

Dalam siri drama tersebut, Spacey membawa watak sebagai Presiden Amerika Syarikat, Frank Underwood.

“Netflix tidak mahu terlibat dengan produksi lanjutan House of Cards yang membabitkan Kevin Spacey,” ujar kenyataan rasmi syarikat itu.

Buat masa ini, Spacey tidak mempunyai jurucakap atau pegawai perhubungan memandangkan individu yang menguruskan Spacey sebelum ini sudah mengundur diri.

“Sementara siasatan sedang dijalankan berkaitan dakwaan serius melibatkan kelakuan Spacey dalam set penggambaran House of Cards, beliau telah digantung serta-merta,” kata kenyatan daripada penerbit drama, Media Rights Capital (MRC).

Netflix pula akan memikirkan jalan terbaik dengan pihak MRC bagi menentukan masa depan drama berkenaan.

Spacey, yang telah meraih kejayaan dalam kerjaya perfileman, televisyen dan teater, adalah nama besar dalam industri hiburan yang terpalit skandal salah laku seksual selepas perkara yang sama dihadapi oleh penerbit filem, Harvey Weinstein.

Dakwaan salah laku seksual terhadap Spacey didedahkan oleh aktor Anthony Rapp, aktor Mexico Roberto Cavazos, serta pembikin filem Tony Montana.

Spacey telah memohon maaf atas dakwaan Rapp selain membuat pengakuan bahawa dirinya seorang gay, namun itu telah menilbulkan kemarahan pemerhati kontroversi itu, yang menganggap Spacey cuba mengalih perhatian umum.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons