Kolej Komuniti perlu kreatif cari jalan pasarkan produk – Nasional


TANAH MERAH 4 Nov. – Warga Kolej Komuniti perlu melakukan pembaharuan bagi memastikan produk yang dihasilkan mampu dipasarkan secara meluas sehingga ke peringkat antarabangsa.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, langkah lebih agresif perlu dilakukan supaya produk yang dihasilkan warga kolej itu dapat menambat hati pembeli sekali gus mampu bersaing di pasaran terbuka.


“Kolej Komuniti selama ini memainkan peranan penting dalam memberi kemahiran kepada penduduk setempat. Sebagai contoh, Kolej Komunit Tanah Merah memberi tumpuan melatih masyarakat berkaitan pembuatan pastri.


“Dengan kemahiran ini, lakukanlah sesuatu yang baharu dan kreatif seperti mencari jalan untuk memasarkan kuih jala emas, ayam percik dan sebagainya ke luar negara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kolej Komuniti Tanah Merah di sini hari ini.


Yang turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Prof Datuk Dr. Mohd. Ismail Abdul Aziz dan Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abd. Aziz.


Pembukaan Kolej Komuniti Tanah Merah itu menjadikan negeri ini telah memiliki empat Kolej Komuniti. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Pulau Pinang dilanda banjir kilat lagi



GEORGE TOWN: Hujan lebat sejak jam 2 petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di  bandar raya George Town dan Seberang Perai dinaiki air.

Di George Town, antara kawasan terlibat ialah Kampung Masjid, Jalan P. Ramlee, Sungai Pinang, Jalan Kebun lama, Lebuh Carnovan, Jalan Anson, Halaman Bukit Gambir dan beberapa kawasan lain.

Menurut laporan jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Timur Laut, paras air sungai di Sungai Pinang, Sungai Air Itam dan Sungai Dondang mencecah paras bahaya dengan masing-masing mencecah 2.83 meter, 6.58 meter dan 21.88 meter.

Tinjauan di sekitar Jalan P. Ramlee mendapati rumah penduduk di kawasan itu dinaiki air.

Manakala gerai di sekitar Astaka Jalan Perak juga dilaporkan dinaiki air menyebabkan sebahagian besar peniaga tidak dapat beroperasi kerana bimbang air semakin meninggi.

Beberapa batang jalan, antaranya Jalan Magazine, Lebuhraya Mayang Pasir dan Jalan Sungai Pinang ditutup sementara.

Selain itu, kejadian runtuhan bongkah batu dilaporkan berlaku di Jalan Tun Sardon namun difahamkan tiada lorong terhalang dan lalu lintas masih dibuka kepada pengguna.

Sementara itu, di Seberang Perai Tengah (SPT), lebih 20 kawasan dinaiki air termasuk Taman Siakap, Permatang Rawa, Taman Senangin dan Padang Lalang.

Laporan dikeluarkan JPS Daerah SPT menunjukkan, banjir berpunca daripada hujan lebat yang berterusan serta paras air sungai tinggi yang bertembung dengan kejadian air pasang, menyebabkan limpahan air berlaku dengan cepat.

Selain itu, sistem perparitan kampung dan taman yang dipenuhi sampah sarap menyebabkan air tidak dapat mengalir dengan baik dan melimpah.

Turut dinaiki air ialah beberapa kawasan di Seberang Perai Utara (SPU) iaitu di Mak Mandin, Taman Bagan dan Taman Cantek yang melibatkan 10 buah rumah.

Sehingga jam 6 petang, tiada mangsa yang dipindahkan.

Pada September, hujan lebat yang berterusan menyebabkan beberapa kawasan sekitar George Town dinaiki air pada ketinggian antara 0.2 dan 0.3 meter.

Antara yang turut terjejas ialah di Bayan Baru, Bayan Lepas, Sungai Pinang, Batu Feringghi, termasuk beberapa kawasan di Seberang Perai.



Source link

read more

Apa yang boleh saya buat – Zul komen isu Zahirah Kamal Emma



PELAKON filem “Tombiruo: Penunggu Rimba”, Zul Ariffin, 31, enggan mengulas lanjut mengenai kontroversi yang berlaku antara kekasihnya, Zahirah Macwilson yang didakwa menjadi orang ketiga dalam percintaan Emma Maembong dan Kamal Adli.
 
“Saya tak tahu. Apa yang boleh saya buat? Satu soalan yang saya ingin tanyakan kepada mereka bertiga. Apa yang anda semua sudah buat? Ini semua untuk apa?
 
“Adakah perkara ini terjadi untuk mengeratkan silaturrahim? Adakah perkara ini terjadi untuk mempromosikan drama atau ada sebab-sebab lain? Saya sendiri tak pasti,” kata Zul.
 
Ketika ditanyakan mengenai status hubungan cintanya bersama Zahirah, Zul mempunyai jawapan tersendiri.
 
“Status saya sekarang ialah saya tak mahu terlibat dengan sebarang drama. Kalau saya okay pun, apa yang boleh saya buat? Saya tak okay pun, apa yang boleh saya lakukan?
 
“Bagi saya, jika perkara itu benar-benar terjadi atau sebaliknya, saya kena terima dan ‘move on’. Tiada perkara lain yang boleh saya lakukan,” katanya yang ditemui di Anugerah Skrin 2017 pada Jumaat.
 
Tambah Zul, perkara yang terjadi sedikit sebanyak mengganggu perjalanan kariernya.
 
“Perkara yang terjadi ini sedikit sebanyak mengganggu perjalanan karier saya yang sedang berada dalam tempoh promosi filem serta drama dan ia tidak bagus.
 
“Kepada mereka bertiga, terima kasih banyak-banyak. Untuk saya pula, saya akan terus ‘move forward’ dan meneruskan kerjaya,” katanya mengakhiri perbualan.
 
Teks oleh: Kamaruddin Razal



Source link

read more

Satu daripada tiga mayat ditemukan – Nahas & Bencana


RAWANG 4 Nov. – Pasukan Bomba dan Penyelamat menemukan dan mengeluarkan mayat pertama daripada tiga mangsa yang terjatuh dalam tangki diesel terbakar di sebuah kilang, dekat Rawang yang dipercayai Norhafizam Ab. Rahman, 28, kira-kira pukul 2.50 petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi dan Penyelamat Bomba Selangor, Mohd. Sani Harul berkata, identiti mayat berkenaan dikenal pasti sebagai seorang lelaki berusia 28 tahun.


“Paras minyak di dalam tangki masih berbaki 1.2 meter dan usaha mencari dua lagi mangsa masih dijalankan,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

MEMANG RAMAI YANG MAHU TUN M MASUK PENJARA!!! ~ SEMUT HITAM


Heh! Ini bukannya perkara baru. Tapi benda ini dah lama menjadi hasrat bagi sesetengah pihak yang sehingga ke hari ini mahu bekas Perdana Menteri itu dimasukkan ke dalam penjara.

Malah bukan hanya kerana isu menggelarkan bangsa Bugis itu sebagai lanun sahaja yang menjadi alasan untuk memasukkan Tun Mahathir ke dalam penjara seperti mana yang dinyatakan.

Menurut kata Tun Mahathir, kelantangan dia mengkritik kepimpinan Perdana Menteri hari ini telah menyebabkan pelbagai pihak yang mahu melihat dirinya dimasukkan ke penjara.

“Kalau polis buat siasatan, saya mungkin kena pakai kuning itu, puas hatilah ramai orang. Dewan yang buat keputusan ini mungkin berminat untuk lihat gambar saya pakai baju lokap,” katanya dipetik menerusi rakaman tersebut.

Kenyataan itu dibuat, susulan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang dikeluarkan oleh Dewan Diraja Selangor yang murka terhadap tindakan Tun Mahathir yang menghina bangsa Bugis.

Namun bekas Perdana Menteri itu lupa bahawa ramai lagi pihak lain yang masih mahu melihat dia dipenjarakan diatas kesalahan yang telah dilakukan selama memegang jawatan sebelum ini.

Bahkan, dikalangan rakan sekutu PPBM dalam Pakatan Haprak tu pun masih lagi mengharapkan agar bekas Perdana Menteri itu dihukum diatas kesalahan yang telah dilakukannya.

Sehingga ke hari ini, kepimpinan tertinggi PKR masih belum membuat pengampunan terbuka terhadap kesalahan yang telah dilakukan oleh Tun Mahathir terhadap Si Ketua Penipu tu.

Bagi mereka, Tun Mahathir masih dianggap sebagai seorang pemimpin Diktator yang bertindak Zalim dan Kejam dengan memecat Si Ketua Penipu dari jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Malah DAPigs juga masih tidak mengakui bahawa parti itu sedia memaafkan Tun Mahathir diatas tindakan yang telah dilakukan terhadap pemimpin parti itu selama 22 tahun dia memerintah.

Dalam erti kata lainnya, rakan sekutu Tun Mahathir dalam Pakatan hari ini juga masih menyimpan hasrat untuk melihat bekas Perdana Menteri itu dipenjara diatas kesalahan yang dilakukan. Itu satu hakikat yang Tun Mahathir sendiri pun tidak dapat menafikannya!!!




Source link

read more

AirAsia inks deal with top MMA promotion UFC



KUALA LUMPUR: World largest mixed martial arts (MMA) promotion, UFC announced today a new multi-territory partnership with Asia’s leading low-cost carrier, AirAsia, to serve as the global brand’s first-ever “Official Airline” sponsor.

In a statement on Saturday, UFC revealed that the partnership, which encompasses Asia and Australia, will begin on Saturday, November 4, during the promotion upcoming event, UFC 217: Bisping vs. St-Pierre at Madison Square Garden, New York.

UFC Vice President of Asia-Pacific Kevin Chang described the deal as an indication of how much UFC and the sport of mixed martial arts have grown in Asia and around the world.

“AirAsia is an innovative and fast-growing brand, we thank them for the support and we’re looking forward to creating engaging branded content for fight fans and AirAsia customers to enjoy,” he said.

Meanwhile, AirAsia Group CEO Tan Sri Tony Fernandes said UFC’s rapid rise as a global phenomenon parallels AirAsia’s growth.

“The UFC expanded from their first event in Denver to the rest of the US and then to Asia-Pacific and the world, while AirAsia grew from a small domestic airline into Asia’s largest low-cost carrier that now flies to the US.

“Opposite directions but chasing the same dream, and we are thrilled to team up with a brand that shares our drive and vision,” he said.

AirAsia will begin its international activations during UFC’s historic inaugural event in mainland China at UFC Fight Night: Silva vs. Gastelum on November 25 at Mercedes-Benz Arena in Shanghai.

As part of this collaboration, AirAsia will obtain rights to signage and branding inside UFC’s world-famous Octagon during the event in Shanghai and select international UFC events in 2018.

Through the partnership, AirAsia will also serve as presenting sponsor of select UFC Fan Experiences throughout the region and promote a national sweepstakes campaign where two fans will win a UFC VIP Experience during an event in 2018.

The airline brand will also be integrated across multiple UFC-based social and digital platforms, as well as having a presence during live-event broadcasts and on UFC.com. UFC and AirAsia will also jointly sponsor content featured on Weibo and WeChat platforms in China.

Along with integration during international UFC events, this sponsorship will also deliver exciting co-branded content to Asian fight fans via AirAsia and UFC’s media platforms. These initiatives include monthly training sessions featuring UFC athletes and members of the UFC Performance Institute’s staff. 

UFC and AirAsia will also make history by selecting the first-ever UFC scholarship program recipient. As part of this program, one Asia-based athlete will be awarded an all-expenses paid scholarship that includes travel to the United States and training at the UFC Performance Institute in Las Vegas, Nevada.



Source link

read more

[VIDEO]Penyokong bola sepak Kedah naik lori ke Shah Alam – Bola Sepak


KUALA LUMPUR 4 Nov.- Walaupun boleh menggunakan pengangkutan yang lebih selesa, namun penyokong Kedah sekali lagi mengambil keputusan menaiki lori ke Shah Alam untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia Kedah menentang JDT di Stadium Shah Alam akhir malam ini.

Dimaklumkan,  16 bas dinaiki lebih 700 penyokong skuad Helang Merah dan konvoi tersebut merupakan sebahagian daripada 250 buah bas yang membawa penyokong Kedah bagi menyaksikan aksi final Piala FA tersebut.

Antara rombongan yang menyertai konvoi tersebut adalah anak muda yang dikenali sebagai ‘Changlun Mai’ dari Kedah, ‘Alog Staq Mai’ dari Alor Setar, ‘Langkawi Mai’ dari Langkawi dan ramai lagi.

Sebelum ini, salah satu daripada rombongan tersebut iaitu ‘Changlun Mai’ menjadi tular di media sosial sejak tahun lalu apabila semua ahlinya mengenakan kostum bertemakan pasukan Kedah selain keunikan hiasan pada kenderaan berkenaan.

Menurut ketua rombongan Changlun Mai, Khairul Hamie Affan, imej hijau kuning negeri Kedah dan warna bendera merah yang dipasang pada lori sebagai simbolik kesetiaan dan cintakan negeri dan pasukan bolasepak Kedah iaitu Lang Merah. – UTUSAN ONLINE

Video oleh MEDIA SOSIAL 



Source link

read more

Netflix cuts ties with Kevin Spacey after sexual misconduct allegations



LOS ANGELES: Netflix severed ties with Kevin Spacey on Friday, saying it will not be involved in any production of “House of Cards” if the actor, who faces allegations of sexual misconduct, continues to appear in the show.

Netflix suspended production of the upcoming sixth and final season of “House of Cards,” in which the Oscar-winning Spacey plays U.S. president Frank Underwood, earlier this week.

“Netflix will not be involved with any further production of ‘House of Cards’ that includes Kevin Spacey,” the company said in a statement.

The suspension was reported earlier by Hollywood trade publication Variety.

Spacey apologized last weekend to actor Anthony Rapp, who had accused him of trying to seduce him in 1986 when Rapp was 14. CNN reported on Thursday that eight current and former employees of “House of Cards,” who were not identified, alleged sexual misconduct against Spacey.

“House of Cards” has streamed on Netflix and has been produced by the company Media Rights Capital (MRC).

“We will continue to work with MRC during this hiatus time to evaluate our path forward as it relates to the show,” the Netflix statement said.

Netflix also said on Friday it would not release the film “Gore,” which was in post-production and was produced by Spacey. The film was about the late writer Gore Vidal, with Spacey playing him.

Spacey’s publicist cut ties with the actor on Thursday and it was not known who currently represents him.



Source link

read more

Tren tergelincir: Laluan Kempas Baru-JB Sentral ditutup – Nahas & Bencana


JOHOR BAHRU 4 Nov. – Laluan kereta api Kempas Baru-JB Sentral ditutup sementara ekoran kejadian tren shuttle KTM Intercity tergelincir, malam tadi.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam satu kenyataan sebentar tadi memaklumkan, kejadian itu berlaku pada pukul 11.15 malam.

Kerja baik pulih sedang dijalankan dan dijangka pulih Isnin ini.

“Penumpang yang ingin membatalkan perjalanan layak mendapat pulangan tambang penuh atau membuat pertukaran tarikh perjalanan bergantung kepada kekosongan tiket.

“Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi talian Pusat Panggilan KTM Berhad di 03-2267 1200,” demikian menurut kenyataan itu. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons