Afghanistan moves to block WhatsApp Telegram messaging services



KABUL: Afghanistan’s telecoms regulator wrote to internet service providers this week ordering them to block the messaging services WhatsApp and Telegram but it was not immediately clear whether they had complied.

Use of social media and mobile instant messaging services has exploded in Afghanistan over recent years. Social media users and civil rights groups reacted with outrage to initial reports of the move and the letter sent by telecoms regulator ATRA was widely shared on social media.

Some media reports, citing unidentified sources, said the move had been ordered by the National Directorate for Security to thwart the use of the encrypted messaging services by the Taliban and other insurgent groups.

It was not immediately possible to confirm the reports.

The acting minister for telecommunications, Shahzad Aryobee, posted a message on Facebook saying that the telecoms regulator had been ordered to put a gradual block on the services to improve their functioning after complaints had been received.

“The government is committed to freedom of speech and knows that it is a basic civil right for our people,” he wrote.

The letter by telecoms regulator ATRA, dated Nov. 1 and signed by an official of the regulator, directed internet companies to block Telegram and Facebook Inc’s WhatsApp services “without delay” for a period of 20 days.

However, the service worked normally this week and still appeared to be working normally on Saturday on both state-owned operator Salaam and private service providers.

On Friday, there were reports of interruptions but it was not clear whether they were caused by a deliberate shutdown or by the unrelated issues with WhatsApp services that were experienced in several countries.

Mobile phone services have been one of the big success stories in Afghanistan since the Taliban were ousted from power by a U.S.-led campaign in 2001, but there are also frequent complaints from users about quality and coverage.

WhatsApp and similar services, including Facebook Messenger and Viber, are widely used by Afghan politicians and members of the government as well as by the Taliban, which has a sophisticated social media operation of its own.

The movement’s main spokesman, Zabihullah Mujahid, wrote to reporters this week giving his Viber number “in case WhatsApp is not working”.



Source link

read more

Selangor peruntukkan RM7.8 juta bagi program pembangunan wanita usahawan



SHAH ALAM: Kerajaan Selangor memperuntukkan RM7.8 juta bagi program pembangunan masyarakat maju dan progresif khusus untuk golongan wanita.

Sehubungan itu, dalam Bajet Selangor 2018 yang dibentangkan Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini, jumlah berkenaan akan disalurkan melalui inisiatif program seperti Institut Wanita Berjaya dan Pusat Wanita Berdaya.

Bagi kesinambungan pembangunan usahawan di negeri itu, Mohamed Azmin turut mengumumkan tambahan RM3 juta kepada RM8.35 juta bagi pembangunan usahawan pada 2018.

“Antaranya RM2.25 juta bagi Dana Usahawan Mikro di sembilan daerah di negeri itu. Bagi pembangunan infrastruktur luar bandar, Selangor memperuntukkan RM48.95 juta,” katanya ketika membentangkan Bajet 2018 Selangor di Shah Alam pada Jumaat.

Mohamed Azmin turut mengumumkan pembentukan pelan tindakan khas bagi pembangunan kampung di dalam bandar dengan bajet RM5 juta.

Katanya, perkara itu bertujuan membangun kampung baru, kampung bagan dan kampung tersusun di beberapa daerah.

“Bagi pengangkutan awam, RM30 juta diperuntukkan bagi mempertingkatkan sistem pengangkutan awam bandar dan luar bandar,” katanya.



Source link

read more

Shila Amzah bertunang rancang langsung perkahwinan tahun depan



PENYANYI terkenal, Shila Amzah dilaporkan selamat mengikat tali pertunangan dengan pemuda pilihan hati pada Jumaat.

Artis berusia 27 tahun itu mengumumkan pertunangannya dengan Haris Idraki, 28, di kediaman keluarga Shila di Cheras, semalam, lapor The Star.

Haris kini bekerja di sektor kewangan di kota London selain pernah menjadi wartawan.

Khabar angin tentang pertunangan Shila bertiup kencang di media sosial apabila artis yang mencipta nama di negara China itu memuat naik gambar-gambar di Instagram.

Pasangan Shila dan Haris dilapor bakal melangsungkan perkahwinan tahun depan.



Source link

read more

Cabaran peluncur ombak tempatan | Astro Awani



Atlet luncur air (surfing) tempatan bergelut untuk menaikkan nama negara dalam sukan itu dan masih berusaha untuk layak ke Olimpik.

Namun kekurangan sokongan dan tumpuan menyebabkan mereka terpaksa bergerak sendiri tanpa sokongan badan korporat mahupun kerajaan.

Ikuti temubual bersama dua ikon luncur air, Mohamad Didaqt Mussaddiq dari Cherating dan Moena Rashid dari Kuantan dalam usaha mencari bakat baru sukan itu menerusi program Safari Grom Search (SGS).

Program yang akan diadakan di Cherating dari 1-3 Disember 2017 mendapat sokongan penuh Tourism Negeri Pahang, jenama sukan luncur air Rip Curl dan turut mendapat pengiktirafan Kejohanan Luncur Air Asia (ASC).

Dianjurkan Safari Kids Club yang berpangkalan di Shah Alam, program SGS menyaksikan Yang Mulia Tengku Puteri Illisha Ameera Tengku Abdullah sebagai penaung.

SGS dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang, Datuk Seri Haji Mohd Sharkar Haji Shamsudin pada Khamis (2 November 2017).



Source link

read more

Kerajaan jamin stok ikan mencukupi pada musim tengkujuh – Nasional


ALOR SETAR 4 Nov. – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memberi jaminan bekalan ikan pada musim tengkujuh mencukupi untuk pasaran tempatan.

Timbalan menterinya, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, pihak Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menyediakan kira-kira 200 tan metrik stok ikan bagi memenuhi permintaan pengguna ketika musim tengkujuh.

“Selain stok tersebut, kita juga akan mengimport ikan dari Bangladesh, Indonesia, Thailand dan Vietnam bagi mengelakkan krisis bekalan ikan.

“Pihak kementerian mempunyai polisi import yang sangat fleksibel yang mana kita mahu melindungi pengeluaran tempatan dan pada masa sama, memastikan keperluan pengguna dapat dipenuhi dengan menyediakan bekalan ikan yang mencukupi dalam pasaran,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program Majlis Ramah Mesra Bersama Nelayan Kuala Kedah dan Penyampaian Bantuan Sara Hidup di Kompleks LKIM, di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, beliau turut mengumumkan pembinaan semula Jeti Nelayan Kampung Hulu, di sini dan penambahbaikan pusat pengumpulan dan pengedaran ikan (CCDC) miliki Persatuan Nelayan Negeri Kedah (Nekad) yang menelan kos RM1.35 juta.

“Pembinaan semula jeti nelayan itu bagi melancarkan lagi aktiviti perikanan seterusnya menjamin bekalan makanan negara khususnya dalam sektor perikanan.

“Penambahbaikan CCDC di Kompleks LKIM Kuala Kedah juga sebagai langkah untuk menyediakan kemudahan tempat penyimpanan dan pengedaran ikan seterusnya dapat menampung keperluan ikan dalam negara,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

BAPA ANGGAP ANAK BUKAN LAGI ISLAM YANG NORMAL!!! ~ SEMUT HITAM


Asiah Abd Jalil, yang dikatakan menjadi rakan kepada Mak Lampir Liberal DAPigs itu bukan lagi seorang Muslim yang normal kerana telah dengan sengaja meninggalkan solat fardhu.

Bapa kandung kepada wanita itu juga meminta agar mereka yang mengikuti laman sosial anaknya sudi mendoakan agar puterinya itu kembali menunaikan solat fardhu secepat mungkin.

Sebelum ini wanita telah mengumumkan untuk tidak lagi melaksanakan solat fardhu dan mahu menuntut cerai daripada suaminya kerana menuduhnya murtad berkawan dengan Siti Kasim.

Abdul Jalil Abd Rahman berkata, “Dalam keluarga Muslim yang setiap ahli keluarganya menjaga solat fardu 5 waktu sehari, jika salah seorang darinya cuma solat Maghrib dan Isya’ sahaja, maka ahli ini adalah dikira tidak normal.”

“Oleh itu bila Asiah meninggalkan kesemua solat fardu setiap hari maka itu adalah simptom bahawa beliau bukanlah lagi seorang Muslim yang normal,” menurutnya lagi.

Mendapati terdapat ramai yang tergamak menghasut anaknya untuk meneruskan niatnya untuk bercerai, Abdul Jalil menasihati mereka agar tidak lagi meneruskan perbuatan sedemikian.

Beliau berkata, “Membina sebuah masjid bukan satu kerja mudah. Tetapi nak meruntuhkannya walaupun masjid berjaya kekal 1000 tahun amatlah mudah. Contohnya, lihatlah apa yang berlaku di Syria.”

“Apa salahnya jika sama-sama berusaha menjaga agar masjid yang telah terbina dan telah mempunyai ahli jemaah yang agak ramai itu terus makmur.

“Acik yang terlibat cara langsung membina masjid tersebut tentulah amat menghargai setiap sentuhan yang ikhlas untuk mengukuhkan lagi masjid itu.”

“Kalau pun tak mampu memberi sentuhan positif semoga janganlah pula meniupkan udara negatif ke atas masjid tersebut,” katanya lagi.

Menurutnya lagi, suami kepada anaknya itu adalah dianggap seorang anak, suami dan ayah yang cemerlang, tidak sepertimana yang digambarkan oleh orang yang mempunyai “akal yang tak normal”.

Beliau juga menasihati agar mereka yang mengikuti tulisan anaknya di laman sosial agar bersikap rasional dan tidak terus menerima bulat-bulat segala dakwaan yang Asiah hamburkan di laman Facebooknya.




Source link

read more

Datuk Seri dituduh serang cederakan tiga anggota Rela



KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan yang mengaku dirinya bergelar ‘Datuk Seri’ dihadapkan di Mahkamah Sesyen Ampang di sini, hari ini bagi empat pertuduhan berhubung kes memukul tiga anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) ketika bertugas di sebuah tokong di Kampung Baru Ampang, minggu lepas.

Liow Soon Hee, 29, yang memakai kemeja putih mengaku tidak bersalah bagi semua pertuduhan terhadapnya yang dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Azrul Darus.

Bagi pertuduhan pertama, Liow didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera parah ke atas Lee Weng Poh, 27, di perkarangan Tokong Kou Ong Yah, Jalan Merdeka, Kampung Baru Ampang, di sini pada 6.30 pagi, 27 Okt lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, lelaki itu dituduh dengan niat menyerang penjawat awam, Melvin Cheong Mun Khai, 21, yang sedang menjalankan tugasnya sebagai anggota Rela di tempat, waktu dan tarikh sama mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan ketiga dan keempat, Liow didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Leong Jun Jie, 21, dan Melvin di tempat, waktu dan tarikh sama mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nadiah Malek Fauzie menawarkan ikat jamin sebanyak RM10,000 untuk pertuduhan pertama, RM5,000 bagi pertuduhan kedua dan masing-masing RM5,000 bagi pertuduhan ketiga dan keempat dengan seorang penjamin.

Beliau turut memohon mahkamah menetapkan syarat tambahan iaitu tertuduh dilarang mengganggu mangsa atau saksi pendakwaan.

Peguam Datuk Geethan Ram Vincent yang mewakili tertuduh memohon mahkamah mengurangkan jumlah jaminan dengan alasan kesemua kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah kesalahan yang boleh dijamin.

“Jaminan hanya untuk menjamin kehadiran tertuduh ke mahkamah. Pohon jaminan yang munasabah,” kata peguam itu.

Hakim Azrul membenarkan Liow diikat jamin RM7,000 untuk pertuduhan pertama, RM4,000 bagi pertuduhan kedua dan masing-masing RM3,000 untuk pertuduhan ketiga dan keempat dengan seorang penjamin.

Mahkamah turut menetapkan syarat tambahan iaitu Liow dilarang mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan.

Hakim Azrul menetapkan 14 Dis ini untuk sebutan semula bagi kesemua kes itu.

Dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi itu, Melvin, Lee dan Leong masing-masing mengalami kecederaan di kepala, mata dan perut selepas mendakwa dipukul dan ditendang Liow setelah mereka memintanya mengalihkan kenderaan jenis Toyota Vellfire yang diletakkan di tepi jalan besar kerana menghalang lalu lintas.

— BERNAMA



Source link

read more

Siti Nurhaliza disenarai 500 Muslim Paling Berpengaruh



PENYANYI nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa syukur dan berbesar hati apabila disenaraikan sebagai antara 500 umat Islam paling berpengaruh di dunia buat kali ketiga. “Alhamdulillah kerana tahun ini saya tersenarai bagi tahun yang ketiga. Ia tentu saja penghormatan besar buat diri saya.
 
“Saya yakin, setiap individu mempunyai peranan dan sumbangan mereka tersendiri. Begitupun, setiap perkara dilakukan itu bukan semata-mata untuk mendapat penghargaan atau pengiktirafan.
 
“Sebagai seorang Muslim dan anggota masyarakat, saya berasa perlu terbabit sama, tidak kira apa jenis pekerjaan, bidang diceburi mahupun komitmen terhadap agama, bangsa dan negara.
 
“Dengan kemampuan yang ada, saya sedaya upaya mahu mengambil bahagian dalam apa juga pembangunan dan aktiviti yang merapatkan kita sebagai Muslim seluruh dunia, mengukuhkan agama serta memperlihatkan contoh terbaik buat semua,” kata Siti.
 
Kali pertama disenaraikan bagi edisi 2016, The Muslim 500: The World’s 500 Most Influential Muslims bagi edisi terbaharu sekali lagi meletakkan nama penyanyi “Aku Bukan Malaikat” itu dalam kategori seni dan budaya.
 
Tambah Siti lagi, semua pengiktirafan dan kejayaan yang diraihnya adalah berkat usaha serta sokongan insan yang menyayanginya, termasuk peminat.
 
Penyenaraian namanya sekali lagi sebagai Muslim berpengaruh menjadi pencapaian terbaharu Siti sejak mendedahkan kehamilannya, baru-baru ini.
 
Sehari selepas mengumumkan hamil empat bulan, 13 Oktober lalu, Siti diumumkan sebagai pemenang kategori Duo Terbaik, Anugerah Planet Muzik (APM) 2017 di Singapura menerusi lagu Dirgahayu (duet bersama Faizal Tahir).
 
Pada Anugerah Silet 2017 di Jakarta, 16 Oktober, lagu duetnya bersama Cakra Khan, Seluruh Cinta, pula diumumkan sebagai pemenang kategori Lagu Tema Sinetron Tersilet. Ia meraih kemenangan atas kapasiti lagu tema drama Cahaya Hati yang disiarkan di Indonesia.
 
Sementara itu, menyentuh kehamilannya kini yang memasuki usia lima bulan, Siti bersyukur apabila dirinya diberikan kesihatan yang baik.
 
“Saya tidak mengidam yang bukan-bukan sangat. Alhamdulillah,” katanya ringkas.
 
Foto: Instagram @ctdk
Sumber: Berita Harian

 



Source link

read more

10 jelitawan mara ke peringkat akhir Gadis Panca 2017 – Nasional


KUALA LUMPUR 3 Nov. – Selepas 10 bulan berlangsung, akhirnya 10 finalis mara ke peringkat akhir Gadis Panca 2017 yang dijangka berlangsung pada awal tahun hadapan.

Memulakan persaingan sejak Januari lalu, kira-kira 2,000 penyertaan diterima dan hanya 40 sahaja yang dipilih ke peringkat separuh akhir yang diadakan di Dewan Utusan, di sini hari ini.

Peserta yang terpilih ialah Asfika Mohamad, Nurul Hanynaa Harizal, Nur Ainaa Azhari, Nelissa Edreena Nizam dan Musalmah Ab. Rahman.

Selain itu, lima lagi yang turut tersenarai ialah Nur Khalida Balqis Irwan Fahmi, Silfeny Mohd. Osman, Azlin Abdul Aziz, Nasreen Hajibeigy dan Nashra Nasharuddin Shah.

Dalam pertandingan yang ditaja oleh Nona Roguy itu peserta dinilai menerusi  persembahan bakat seperti nyanyian, lakonan, tarian dan pengacaraan di samping bijak berkomunikasi.

Pertandingan anjuran Pancaindera (Mingguan Malaysia) itu turut mendapat tajaan bersama A. Aida Production, Aspire Travel dan Epie Temerloh & Team. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

RM3.12 bilion diperuntukkan untuk Bajet Selangor 2018



SHAH ALAM: Kerajaan Selangor memperuntukkan RM3.12 bilion untuk belanjawan negeri itu bagi tahun 2018.

Daripada jumlah tersebut RM1.46 bilion diperuntukkan bagi belanja mengurus pembangunan.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata sehingga Oktober 2017, kerajaan negeri telah menyumbang kenaikan rizab negeri kepada RM3.24 bilion banding RM3.05 bilion pada 31 Disember 2016.

“Berdasarkan sambutan baik pada 2017, kerajaan negeri meningkatkan pembiayaan Skim Smart-Sewa 10 kali ganda kepada RM100 juta,” katanya ketika membentangkan Bajet 2018 Selangor di Shah Alam pada Jumaat.

Pembentangan itu dibuat di Persidangan Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor yang Ke-13 2017 di Bangunan Dewan Undangan Negeri Selangor di sini hari ini.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons