10 juta penduduk dunia tiada kerakyatan – Nasional


GENEVA 3 Nov. – Kira-kira 10 juta orang di seluruh dunia tidak mempunyai kerakyatan, termasuk tiga juta yang dinafikan status identiti, hak dan pekerjaannya secara rasmi, menurut Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) hari ini.

Muslim Rohingya di Myanmar, merupakan minoriti tanpa kerakyatan terbesar di dunia, dengan kira-kira 600,000 orang melarikan diri daripada penindasan dan kekejaman yang berlaku sejak Ogos lalu.

Jurucakap UNHCR, Adrian Edwards, berkata kira-kira 3.2 juta orang di 75 buah negara yang diketahui tidak memiliki status negara telah didaftarkan oleh kerajaan. – REUTERS



Source link

read more

PM Najib kagum acara lelongan kumpul RM122063 dalam seminit



SEPANG: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tertarik dengan acara lelongan yang dibuat secara langsung pada majlis pelancaran Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) Malaysia Go Lives di sini, pada Jumaat.

Pada majlis itu, Najib dan Pengasas/ Pengerusi Eksekutif Alibaba Group Jack Ma melelong replika kapal ‘Sail of Fortune’ diperbuat daripada emas 24 karat menerusi tmall.com, sebuah anak syarikat di bawah Alibaba.

Replika itu berjaya dijual pada harga RM122,063 dengan 80 bidaan dalam tempoh seminit.

Dana yang dikumpul daripada lelongan itu akan diserahkan kepada pertubuhan kebajikan.

Sementara itu, dalam satu sesi sembang yang diadakan kemudian, Najib menegaskan bahawa beliau mahu meneruskan legasi bapanya, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, untuk memajukan negara dan memacu Malaysia ke arah mencapai antara 20 negara terkemuka dunia.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata allahyarham bapanya adalah insan yang banyak memberi inspirasi kepadanya untuk terus membangunkan Malaysia.

“Allahyarham bapa saya mahu memodenkan Malaysia dan membangunkan kawasan luar bandar serta membawa masuk industri-industri baharu ke negara ini.

“Malangnya, beliau tidak hidup lama apabila meninggal dunia pada usia 54 tahun. Sekarang, Allah merahmati saya dengan peluang ini. Saya mahu memainkan peranan utama dalam membawa Malaysia menjadi 20 negara terkemuka dunia.

“Saya yakin dengan sokongan rakyat, Insya-Allah,” kata beliau.

Terdahulu, Najib merasmikan majlis pecah tanah KLIA Aeropolis DFTZ Park di Litar Antarabangsa Sepang.

–BERNAMA



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons