TNB bekal 30 set janakuasa ke Pulau Pinang – Nasional


KUALA LUMPUR 5 Nov. – Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah membekalkan 30 set janakuasa bergerak ke kawasan banjir di Pulau Pinang.

Dan setakat pukul 10 malam ini, sebanyak 12 daripada set yang dibekalkan itu telah sedia dipasang untuk digunakan.

Menurut Pengurus Besar Kanan (Distribution Network) TNB, Wan Nazmy Wan Mahmood, atas aspek keselamatan, pihaknya telah turut menghentitugas sementara 38 daripada 4852 pencawang elektriknya di negeri itu atas faktor keselamatan.

“Bekalan akan dipulihkan sebaik keadaan mengizinkan.

“Kami sedang memantau pepasangan di kawasan yang terjejas akibat banjir bukan sahaja di Pulau Pinang, malah di Kedah,” katanya dalam satu kenyataan, malam ini.

Wan Nazmy berkata, TNB telah turut membantu pasukan keselamatan melakukan kerja pemindahan mangsa-mangsa banjir ke pusat-pusat pemindahan.

“Bagi sebarang maklumat lanjut mengenai perkhidmatan dan bekalan elektrik, orang ramai boleh menghubungi talian TNB CareLine di 15454,” kata Wan Nazmy yang turut menambah, orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan aspek keselamatan dan  mematuhi arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Pas kerah jentera parti bantu mangsa banjir di P.Pinang



GEORGE TOWN: Pas akan mengerahkan seluruh jentera parti yang terdiri daripada Khidmat Malaysia dan petugas Unit Amal bagi membantu mangsa-mangsa banjir di Pulau Pinang.

Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata semua pihak perlu mengenepikan sebarang sentimen dan memberi fokus bagi menyelamat dan membantu mangsa.

“Pas merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan Pulau Pinang di atas bencana banjir yang melanda.

Semoga semua pihak yang terlibat bersabar dan mengutamakan keselamatan. Kepada Allah kita berserah dan memohon pertolongan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Hampir keseluruhan kawasan Pulau Pinang dilanda banjir kilat setinggi 0.2 meter hingga 1 meter dan puluhan pokok tumbang selepas hujan lebat serta angin kuat sejak 2 petang semalam dan hujan berlarutan hingga pukul 5 pagi ini.

Semua daerah di negeri ini ditenggelami air berikutan hujan lebat berterusan menyebabkan paras air sungai meningkat lalu bertembung dengan kejadian air pasang di laut mengakibatkan limpahan air berlaku dengan pantas.

Antara kawasan yang dilaporkan terjejas di George Town ialah Kampung Masjid, Jalan P. Ramlee, Sungai Pinang, Jalan Kebun Lama, Lebuh Carnavon, Jalan Anson, Halaman Bukit Gambir, Bayan Baru, Bayan Lepas, Batu Ferringghi dan Balik Pulau serta beberapa kawasan di Seberang Perai antaranya Bertam, Pongsu Seribu, Penaga Dua, Butterworth dan Seberang Jaya.

–BERNAMA



Source link

read more

GV4: Liza unggul, Ferhad ucap selamat tinggal – Hiburan


KUALA LUMPUR 6 Nov. – Menepati ramalan, Liza Hanim mengungguli carta minggu kedua Gegar Vaganza musim keempat (GV4) apabila mendapat markah sebanyak 83.8 peratus  meninggalkan 11 pesaing yang lain.

Sementara itu, Ferhad yang memperoleh markah sebanyak 52.5 peratus terpaksa mengucapkan selamat tinggal apabila menjadi peserta pertama disingkirkan. – UTUSAN ONLINE

Berikut adalah kedudukan peserta #GV4 minggu kedua:

1. Liza Hanim – 83.8%

2. Haida – 72.9%

3. Hazami – 71.9%

4. Syura – 67.3%

5. Aishah- 67.3%

6. Tia Jinbara-66.8%

7. Lan Kristal- 64.5%

8. Aqasha – 63.4%

9. Firman- 63.3%

10. Elyana -62.8%

11. Raja Azura-61%

12. Ferhad-52.5%



Source link

read more

Banjir P.Pinang Jabatan Pendidikan akan pastikan tiada calon SPM yang tercicir



KEPALA BATAS: Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang akan memastikan semua calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terbabit dalam bencana banjir di negeri itu  tidak tercicir daripada menduduki peperiksaan itu, esok.

Pengarah Jabatan Pendidikan Pulau Pinang Shaari Osman berkata semua calon  SPM yang terjejas banjir boleh mengambil peperiksaan itu di sekolah lain esok.

Katanya, setakat ini, pihaknya telah mengenalpasti beberapa buah sekolah yang terlibat.

Tambahnya, pihak jabatan menerusi Jawatankuasa Khas Keselamatan SPM yang dianggotai pelbagai agensi sudah bersiap siaga bagi menghadapi bencana alam berkenaan.

Ujarnya , pihak jabatan telah mengambil langkah segera dan membuat persediaan rapi bagi memastikan semua calon SPM dapat menduduki peperiksan kertas Bahasa Melayu esok.

Beliau berkata para pelajar yang akan menduduki SPM diminta sentiasa berhubung dengan pihak sekolah bagi memastikan mereka mendapat maklumat yang tepat.

Dalam masa sama, katanya, pihaknya  telah  mengarahkan supaya tiada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di negeri ini digunakan sebagai pusat pemindahan untuk menempatkan mangsa banjir.

Hujan lebat berterusan lebih 17 jam sejak 12 tengah hari Sabtu memburukkan lagi keadaan banjir yang melanda negeri itu.

Air naik mendadak turut melumpuhkan sebahagian besar kawasan di George Town dan Seberang Perai termasuk menyebabkan kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang serta kesesakan lalu lintas luar biasa di negeri itu.



Source link

read more

Karya Ajai nyanyian Dayang Nurfaizah unggul minggu kedua SFMM32 – Hiburan


SHAH ALAM 6 Nov. – Karya ciptaan sepenuhnya oleh Ajai iaitu Separuh Mati Ku Bercinta nyanyian Dayang Nurfaizah diumumkan sebagai Lagu Terbaik bagi minggu kedua separuh akhir Muzik-Muzik ke-32 (SFMM32) mengetepikan sembilan buah lagu lain yang bertanding.



DAYANG NURFAIZAH

DAYANG NURFAIZAH

Selain Dayang, penyanyi lain yang membuat persembahan sebentar tadi ialah Drama Band & Haiza menerusi lagu Jangan Pernah Berdusta, Sufi Rashid (Aku Sanggup), Tomok & Black Hanifah (Rempuh), Aizat Amdan (Jangan Menangis), Sufian Suhaimi (Harus Aku), Floor 88 (Zalikha), Ara Johari (Warkah Untuk Mu), Aiman Tino (Permata Cinta) dan Siti Nordiana (Terus Mencintai.

Sementara itu, peringkat separuh akhir minggu ketiga akan menampilkan 10 buah lagu lagi pada 5 November ini untuk merebut 12 tempat ke pentas Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32) yang dijangka berlangsung pada 11 Februari depan.

SFMM32 dipancarkan secara terus menerusi TV3 di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Ini kali pertama air bah masuk dalam rumah



KUALA LUMPUR: Berdasarkan pemerhatian Astro AWANI setakat ini, banyak kawasan yang sebelum ini tidak pernah dinaiki air di Pulau Pinang, terjejas dengan bah besar yang melanda kali ini.

Antara kawasan yang terjejas ialah, Taman Markisah di Bukit Minyak, Bukit Mertajam, Kampung Masjid di Ayer Itam dan Kampung Makam, Jelutong.

Ketika Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng merayu supaya bantuan tentera digerakkan ke negerinya, Setiausaha Politik kepada Menteri Pertahanan, Onn Hafiz sedang meredah bah.

Beliau berada di Pulau Mutiara ini sejak semalam, bersiap sedia untuk menyalurkan maklumat kepada Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein selepas meneliti data serta ramalan Jabatan Meteorologi.

“Kebanyakan mangsa beritahu, inilah kali pertama rumah mereka dimasuki air,” ujar Onn.

Tambah Onn, suara bimbang dan resah mangsa banjir itu sudah cukup untuk beliau segera berkomunikasi dengan Hishammuddin untuk tindakan selanjutnya.

Ketika artikel ini ditulis, lebih 200 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia ketika ini sedang bertungkus lumus membantu mangsa banjir di seluruh pelusuk negeri ini.

Menurut maklumat ATM, kesemua anggota terlibat dari Divisyen Kedua Infantri Malaysia.



Source link

read more

Identiti pelakon misteri bertopeng di ASK2017 terbongkar – Berita


KUALA LUMPUR 5 Nov. – Tampil dengan sut merah hitam dan mengenakan topeng muka, kelibat seorang artis lelaki ketika berlangsungnya Anugerah Skrin 2017 (ASK2017) mencuri perhatian umum tidak kira di dalam dewan mahupun penonton di rumah.

Ketika menghadiri majlis penganugerahan tersebut yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Jumaat lalu, identiti artis lelaki berkenaan menjadi tanda tanya setiap empunya mata yang melihat kehadirannya.

Justeru, Utusan Online cuba mendapatkan kepastian gerangan di sebalik topeng hitam berkenaan dan akhirnya bertemu jawapan apabila pelakon tersebut membuat pengakuan di laman Instagram miliknya, @adam_shadan_.

Berkata kepada Utusan Online, Adam Shadan, 26, yang pernah membintangi siri popular Titian Cinta menjelaskan, penampilannya sekadar memenuhi tema dan slogan ASK2017 iaitu glamor sekali gus mencipta fenomena.

“Maka, tercetuslah idea untuk berpakaian seumpama itu bermula dari karpet merah hinggalah ke penghujung majlis. Topeng itu saya buat sendiri untuk dipadankan dengan sut tajaan Taufik Idros Creation.

“Tidak sangka pula pada malam itu ramai yang mendekati bertanyakan nama saya. Malah, saya juga perasan beberapa kali kamera mengambil syot ke arah saya ketika berada di dalam dewan.

“Tiada niat pun untuk meraih publisiti murahan, cuma untuk suka-suka dan mengikut tema ditetapkan penganjur,” katanya yang penah berlakon dalam siri Encik Suami Mat Salih Celup dan Jojie Gigil itu.

Dalam perkembangan lain, Adam memberitahu, selepas ini dua buah drama lakonannya akan menemui penonton iaitu Jurnal Suraya dan Bilo Nogori Jupo Kelate di saluran TV3, manakala telefilem Sekolah Api di Astro Citra menerusi slot Karya 12.



Source link

read more

Membuang dibuang dan terbuang Inilah wanita kemarau belaian ihsan



KUALA LUMPUR: “Akak terpaksa membuang perasaan itu demi mengecapi sedikit rasa bahagia sebagai manusia normal.

“Akak redha, tapi akan ada masa-masanya akak tertekan,” ungkap seorang wanita di awal usia 40-an kepada penulis dalam satu temu bual yang diatur di Jalan Tunku Abdul Rahman baru-baru ini.

Menurutnya, dia terpaksa membuang rasa rindu, sayang dan kasih kepada ibu bapanya.

“Kerana akak hanya mengenali mereka melalui sijil kelahiran akak.

“Sebab itu akak membuang semua itu kerana akak tak tahu apa erti perkataan itu,” sambungnya sayu.

Mariam (bukan nama sebenar) mula dibesarkan di sebuah rumah kebajikan di Cheras, Kuala Lumpur sekitar 30 tahun lalu.

Apabila mencapai usia 18 tahun, timbul rasa berdikari dalam dirinya dan beliau membuat keputusan untuk keluar dari rumah tersebut dengan harapan untuk menempa jalan kehidupan baharu.

“Akak dibuang oleh ibu bapa hinggakan akak lupa pada usia berapa akak mula menginap di rumah kebajikan itu.

“Hasil didikan daripada warga rumah kebajikan sahaja yang jadi pedoman untuk akak mencari kehidupan di luar.

“Jauh di sudut hati akak sering bertanya, kenapa akak ditinggalkan begitu sahaja,” katanya.

Mariam memulakan jalan hidup baharunya pada lewat 90-an dengan bekerja sebagai pembantu kedai kerana keputusan peperiksaan peringkat menengah tidak begitu memberangsangkan.

“Macam-macam kedai makan akak dah kerja masa tu.

“Duit gaji akak, buat bayar sewa bilik.

“Ada rasa menyesal juga sebab tak sambung belajar tapi iyalah, siapa nak nasihatkan akak,” keluhnya.

‘Cinta’ yang gagal

Ketika berusia 26 tahun, Mariam bertemu dengan kekasih hatinya dan ia tidak berakhir dengan baik.

“Akak muda dan mudah tertipu masa itu.. akak ikut sahaja apa kata lelaki itu.

“Akak tinggalkan kerja akak demi nak bersama dia, akak rasa bahagia sangat sebab akak sangat perlukan kasih sayang.

“Dia sangat baik dengan akak, tetapi apabila masa berlalu, dia mula dingin dan meninggalkan akak,” imbasnya kecewa.

Menurut Mariam, sejak detik itu dia seakan-akan hilang arah dan mula mendiami kaki-kaki lima ibu kota kerana tiada pekerjaan untuk membayar sewa bilik.

“Itulah nilai sebuah kehidupan dik, akak terbuang kerana kasih sayang.

“Apa salah akak pada dunia ni? Akak jauh dari semua perkara apatah lagi agama,” keluhnya dalam pengakuan yang jujur namun pahit.

Pada tahun 2009, Mariam bertemu dengan insan senasibnya dan menjalinkan hubungan kasih sayang yang sangat ditagihnya sehingga saat ini.

“Akak memang tiada pedoman daripada sesiapa untuk menasihatkan akak dengan siapa perlu berkawan dan bagaimana untuk ada sebuah keluarga.

“Akhirnya akak terlanjur dan sekarang hasil hubungan itu akak ada dua budak lelaki ini.

“Akak tidak berkahwin pun dengan dia dan budak-budak ini berbinkan nama-nama Allah sahaja,” jelasnya sambil menunjukkan kepada dua orang anak lelakinya berusia 8 tahun dan 5 tahun.

Penghuni jalanan

Kini pada setiap malam, Mariam menjadi sebahagian daripada penghuni jalanan di Chow Kit.

Mariam sedar bahawa dia tidak mampu bekerja, dan kerana itu dia mengambil bantuan dan mengemis simpati orang awam di jalanan.

“Bukan akak tidak mahu bekerja, tetapi akak tidak mahu ‘teman lelaki’ akak menjaga anak-anak, sebab dia sering menagih.

“Akak sayang anak-anak akak, biarlah dia nakal macam mana sekalipun, biarlah akak bersama dengan mereka setiap masa.

“Betul, akak telah membuang perasaan sayang kerana dibuang ibu bapa satu masa dahulu, tapi akak tidak mahu mereka turut merasa terbuang hanya kerana kehidupan akak sekarang,” tuturnya, diiringi genangan air mata.

“Cukuplah apa yang akak rasa selama ini, tapi akak bertekad untuk sentiasa ada bersama mereka.

“Akak mahu mereka berjaya, punya pendidikan, punya kerjaya dan punya rumah untuk mereka akan datang.

“Kalau mereka buang akak pun, akak tidak kisah. Sebab itulah pengorbanan akak untuk mereka.

“Akak dipandang hina di jalanan ini, dik. Tidak hanya ibu bapa akak, malah akak juga berasakan masyarakat umum turut membuang akak kerana kehidupan akak sekarang ini.

“Kalau adik? Adik sanggup duduk di jalanan macam akak?” tanyanya kepada penulis.

Tidak punya sesiapa

Bagi Mariam, perasaan malu atau tidak selesa ditolak ke tepi. Dia sanggup duduk di situ kerana dia perlu memberi makan kepada anak-anaknya.

“Akak hanya perempuan yang tidak punya sesiapa.

“Pada siapa harus akak meminta tolong. Betul, ada badan-badan yang bagi bantuan, tapi di sini, kos kehidupan tinggi.

“Orang lain mungkin akan kembali ke kampung halaman atau meminta bantuan daripada ahli keluarga, tapi bukan akak,” ungkapnya sambil mengesat air mata yang dari tadi mengalir membasahi pipinya.

Anak Mariam yang berusia 5 tahun menghampiri kami dan mendakap ibunya sambil cuba menyapu air mata yang gugur daripada pipi seorang ibu yang melahirkannya.

“Mak kenapa menangis, adik dan abang kan ada dengan mak.

“Mak lapar yer,” tanya anak kecil itu lagi kepada Mariam.

“Apa akak boleh buat lagi, dik?” Mariam sekali lagi melontarkan soalan maha dalam kepada penulis.

Temu bual bersama wanita teguh hati itu dihentikan kerana penulis juga bingung apa harus dilakukan bagi membantu Mariam.

Benar, makanan dan pakaian bagai jualan murah berlambakan di jalanan setiap malam untuk golongan gelandangan. Namun, adakah peluang untuk meningkatkan taraf hidup dan mengubah kehidupan mereka kepada yang lebih baik, sebanyak taburan ihsan di jalanan itu?



Source link

read more

Disebalik kecaman, Pas sedia bantu Pulau Pinang – Politik


KOTA BHARU 5 Nov. – Disebalik pelbagai kecaman oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng terhadap kerajaan Pas Kelantan sebelum ini namun Pas tidak pernah mengambil sikap berdendam apabila Pemuda parti itu sedia menghantar bantuan ke negeri tersebut yang dilanda banjir teruk.

Ketua Pemuda Pas negeri, Ahmad Fadhli Shaari berkata, pihaknya dengan segala kekuatan barisan pemuda serta unit amalnya sedia menghantar bantuan bagi membantu mangsa banjir di Pulau Pinang.

Katanya yang juga Naib Ketua Dewan Pemuda Pas, pada masa ini, pemuda masih menunggu arahan daripada pucuk pimpinan parti dan Jabatan Amal peringkat pusat.

“Kita akan segera membantu selepas mendapat arahan daripada Pas Pusat,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Guan Eng  dalam kenyataan menerusi video secara langsung Facebook beliau berkata, kerajaan negeri yang dipimpin DAP itu terpaksa memohon bantuan daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi  membantu pasukan penyelamat sedia ada yang kini sedang bertungkus lumus menyelamatkan  mangsa banjir di negeri tersebut.

Guan Eng sebelum ini pernah mendakwa Kelantan adalah sebuah negeri gagal dan muflis kerana ditadbir oleh sebuah parti yang gagal iaitu Pas sekali gus menyebabkan rakyat hidup dalam kemiskinan.

Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatan itu juga mendakwa Kerajaan Pas Kelantan gagal menyelesaikan isu rumah mangsa banjir 2014, selain terpaksa menebang kira-kira 100,000 hektar hutan kerana tidak mempunyai wang untuk mentadbir. –  UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Banjir P.Pinang ATM atur gerak kerja seawal 5 pagi – Hishammuddin



KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mengatur gerak kerja dan menghantar 200 pegawai dan anggota lain-lain pangkat untuk membantu mangsa banjir di Pulau Pinang, awal pagi ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata ia melibatkan Divisyen Kedua Infantri Malaysia termasuk aset seperti trak Tatra seberat enam tan, trak seberat tiga tan, pacuan empat roda dan bot.

Tegas Hishammuddin, dalam aspek memberi bantuan, ATM sentiasa bersedia menghulurkan bantuan tanpa mengira fahaman politik.

“Kita tidak mengira mana-mana negeri, semua kita akan bantu. Aturan gerak kerja telah disusun bermula dengan kumpulan-kumpulan tentera darat yang telah pun turun ke Pulau Pinang seawal pukul 5 dan 6 pagi ini.

“Jadi, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng jangan bimbang, seperti yang kita lakukan pada Terengganu dan Kelantan ketika banjir besar dahulu, kita juga serius untuk membantu mereka di Pulau Pinang.

“Ini adalah prosedur operasi standard (SOP) ATM dan sebagai Menteri Pertahanan, saya bukan hanya bangga tapi yakin dalam hal begini anggota dan pegawai saya tidak melihat kepada politik.

“Mereka tidak tunggu arahan daripada saya, sebaliknya mereka mengetahui tanggungjawab masing-masing,” katanya selepas mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meninjau persiapan Hospital Medan di Hospital Tentera Tuanku Mizan di sini hari ini. 

Sementara itu, Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berkata pihaknya akan memberi fokus kepada krisis semasa banjir dan pasca banjir.

“Kita melihat dua perkara iaitu bantuan untuk tindakan semasa banjir dan kedua untuk pasca itu nanti.

“Pasca (menjadi fokus) kerana itu yang diinginkan oleh Menteri Pertahanan di mana beliau sentiasa menegaskan, bukan sahaja banjir tetapi juga pasca banjir,” katanya.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons