KOTA BHARU 5 Nov. – Disebalik pelbagai kecaman oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng terhadap kerajaan Pas Kelantan sebelum ini namun Pas tidak pernah mengambil sikap berdendam apabila Pemuda parti itu sedia menghantar bantuan ke negeri tersebut yang dilanda banjir teruk.

Ketua Pemuda Pas negeri, Ahmad Fadhli Shaari berkata, pihaknya dengan segala kekuatan barisan pemuda serta unit amalnya sedia menghantar bantuan bagi membantu mangsa banjir di Pulau Pinang.

Katanya yang juga Naib Ketua Dewan Pemuda Pas, pada masa ini, pemuda masih menunggu arahan daripada pucuk pimpinan parti dan Jabatan Amal peringkat pusat.

“Kita akan segera membantu selepas mendapat arahan daripada Pas Pusat,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Guan Eng  dalam kenyataan menerusi video secara langsung Facebook beliau berkata, kerajaan negeri yang dipimpin DAP itu terpaksa memohon bantuan daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi  membantu pasukan penyelamat sedia ada yang kini sedang bertungkus lumus menyelamatkan  mangsa banjir di negeri tersebut.

Guan Eng sebelum ini pernah mendakwa Kelantan adalah sebuah negeri gagal dan muflis kerana ditadbir oleh sebuah parti yang gagal iaitu Pas sekali gus menyebabkan rakyat hidup dalam kemiskinan.

Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatan itu juga mendakwa Kerajaan Pas Kelantan gagal menyelesaikan isu rumah mangsa banjir 2014, selain terpaksa menebang kira-kira 100,000 hektar hutan kerana tidak mempunyai wang untuk mentadbir. –  UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: