Pemuda parah rempuh MPV polis – Nahas & Bencana


KUALA LUMPUR 5 Nov. – Seorang pemuda parah selepas motosikal yang ditungganginya merempuh kenderaan Unit Kereta Peronda (MPV) polis dalam kemalangan di Lebuh Raya Persekutuan berdekatan susur keluar ke Subang, dekat sini pagi tadi.

Kemalangan pukul 6.20 pagi bemula apabila kenderaan MPV polis sedang membantu  sebuah kereta Perodua  Myvi mengalami kerosakan di lorong tengah lebuh raya berkenaan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd.  Zani Che Din berkata, ketika anggota membuat kawalan di lokasi, sebuah motosikal jenis Bimota telah melanggar bahagian belakang kenderaan MPV tersebut.

“Akibat kemalangan itu lelaki berusia dalam lingkungan 30-an itu mengalami kecederaan di anggota badannya akibat merempuh kenderaan MPV tersebut.

“Mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk menerima rawatan,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Hospital Medan Malaysia di Coxs Bazar beroperasi 1 Disember – PM Najib



KUALA LUMPUR: Hospital medan tajaan Malaysia yang akan dibina pada jarak perjalanan kira-kira 10 hingga 15 minit dari kem pelarian wilayah Cox’s Bazar, Bangladesh akan beroperasi selewat-lewatnya 1 Disember depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata hospital medan itu bakal dilengkapi bilik bedah, x-ray, unit rawatan rapi (ICU), bilik kecemasan dan bilik bersalin dengan kapasiti maksimum 100 katil.

“Hospital ini akan didirikan ATM (Angkatan Tentera Malaysia) tetapi pengendaliannya oleh Kementerian Kesihatan dan orang perseorangan sebagai sukarelawan.

“Ini adalah usaha secara bersama dan manifestasi kepada kesungguhan kerajaan dan rakyat Malaysia untuk terus memperjuangkan kebajikan dan kepentingan pelarian Rohingya,” katanya selepas meninjau pembinaan hospital medan itu di Hospital Tentera Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini hari ini.

Datuk Seri Najib berkata hospital tersebut akan beroperasi sekurang-kurangnya untuk tempoh tiga bulan di Bangladesh.

Turut hadir Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Nor dan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdulah.

Katanya, Malaysia memang mendahului isu pelarian Rohingya dari semua sudut termasuk diplomasi, forum dan bantuan kemanusiaan.

“Kita cadang menerbangkan kargo hospital medan itu ke Bangladesh pada 20 November ini. Pada 21 November kumpulan pertama (doktor dan petugas) akan berlepas dan mendarat di Chittagong dan hospital medan ini akan didirikan berhampiran kem pelarian,” katanya.

Datuk Seri Najib turut berterima kasih kepada kerajaan, tentera dan pihak berkuasa di Bangladesh kerana memberikan kerjasama dan sokongan bagi pembinaan hospital medan itu selepas Malaysia menjadi negara asing pertama menghantar bantuan kemanusiaan ke Cox’s Bazar pada 9 September lalu.

Mengikut rekod, terdapat dua hospital medan di Cox’s Bazar yang dibangunkan Palang Merah Norway dan Bulan Sabit Merah Bangladesh bagi menampung keperluan ribuan pelarian Rohingya yang melarikan diri ke Bangladesh.



Source link

read more

Beberapa kumpulan ATM telah turun ke Pulau Pinang pagi ini – Perak


KUALA LUMPUR 5 Nov. – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mengatur gerak kerja dan menghantar beberapa kumpulan untuk membantu mangsa banjir di Pulau Pinang, awal pagi ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, dalam aspek memberi bantuan, ATM sentiasa bersedia menghulurkan bantuan tanpa mengira fahaman politik.

Jelasnya, antara aset-aset yang digunakan dalam operasi membantu mangsa banjir di negeri tersebut adalah trak Tatra seberat enam tan, trak seberat tiga tan, pacuan empat roda dan bot.

“Kita tidak mengira mana-mana negeri, semua kita akan bantu. Aturan gerak kerja telah disusun bermula dengan kumpulan-kumpulan tentera darat yang telah pun turun ke Pulau Pinang seawal pukul 5 dan 6 pagi ini.

“Jadi, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng jangan bimbang, seperti yang kita lakukan pada Terengganu dan Kelantan ketika banjir besar dahulu, kita juga serius untuk membantu mereka di Pulau Pinang.

“Ini adalah prosedur operasi standard (SOP) ATM dan sebagai Menteri Pertahanan, saya bukan hanya bangga tapi yakin dalam hal begini anggota dan pegawai saya tidak melihat kepada politik. Mereka tidak tunggu arahan daripada saya, sebaliknya mereka mengetahui tanggungjawab masing-masing.” katanya kepada pemberita selepas mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meninjau persiapan Hospital Medan di Hospital Tentera Tuanku Mizan di sini hari ini.  

Yang turut hadir,  Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.

Semalam, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng  dalam kenyataan menerusi video secara langsung Facebook beliau berkata, kerajaan negeri yang dipimpin DAP itu terpaksa memohon bantuan daripada ATM bagi  membantu pasukan penyelamat sedia ada yang kini sedang bertungkus lumus menyelamatkan  mangsa banjir di negeri tersebut. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Saudi billionaire Prince Alwaleed detained in corruption inquiry



RIYADH: Saudi authorities detained one of the kingdom’s most prominent businessmen and the head of the National Guard in a sweeping anti-corruption inquiry that gives Crown Prince Mohammed bin Salman more authority.

Billionaire Prince Alwaleed bin Talal, who owns investment firm Kingdom Holding 4280.SE, was among 11 princes, four ministers and tens of former ministers detained, two senior Saudi officials told Reuters on Sunday.

A top security official, Prince Miteb bin Abdullah, was detained and replaced as minister of the powerful National Guard by Prince Khaled bin Ayyaf, consolidating Prince Mohammed’s control of security institutions which had previously been headed by separate branches of the ruling family.

News of the purge came in the early hours of Sunday after King Salman decreed the creation of a new anti-corruption committee chaired by his 32-year-old son Prince Mohammed, who has swiftly amassed power since rising from obscurity less than three years ago.

The new body was given broad powers to investigate cases, issue arrest warrants and travel restrictions and freeze assets.

“The homeland will not exist unless corruption is uprooted and the corrupt are held accountable,” the royal decree said.

Many analysts said the goal of the purge went beyond corruption and aimed to remove any potential for opposition to Prince Mohammed as he pushes an ambitious and controversial reform agenda.

In September he announced that a ban on women driving would be lifted and he is trying to break decades of conservative tradition by promoting public entertainment and visits by foreign tourists. In economic policy, he has slashed state spending in some areas and plans a big sale of state assets.

“The most recent crackdown breaks with the tradition of consensus within the ruling family whose secretive inner workings are equivalent to those of the Kremlin at the time of the Soviet Union,” wrote James Dorsey, a senior fellow at Singapore’s S. Rajaratnam School of International Studies.

“Nonetheless, the dismissals and detentions suggest that Prince Mohammed rather than forging alliances is extending his iron grip to the ruling family, the military, and the National Guard to counter what appears to be more widespread opposition within the family as well as the military to his reforms and the Yemen war.”

Slideshow (4 Images)
An economist at a big Gulf bank, declining to be named because of political sensitivities, said nobody in Saudi Arabia believed corruption was at the root of the purge.

“It’s about consolidating power and frustration that reforms haven’t been happening fast enough,” the economist said.

Other people detained in the probe include former finance minister Ibrahim al-Assaf, a board member of national oil giant Saudi Aramco; economy minister Adel Fakieh, who once played a major role in drafting reforms; former Riyadh governor Prince Turki bin Abdullah; and Khalid al-Tuwaijiri, who headed the Royal Court under the late King Abdullah.



Source link

read more

Kampung Budaya Sarawak bersiap sedia sambut Charles dan Camilla



KUCHING: Kampung Budaya Sarawak (SGV) yang dikenali sebagai ‘Muzium Hidup’, yang terletak di kaki bukit Gunung Santubong, kira-kira 35km dari sini menawarkan cara terbaik bagi menerokai negeri Sarawak di kepulauan Borneo ini dalam masa sehari.

Sarawak yang dikenali sebagai Bumi Kenyalang, merupakan negeri terbesar di Malaysia, meliputi kawasan seluas 124,000 km persegi di barat laut Borneo, pulau ketiga terbesar di dunia, menjadikannya mustahil bagi seseorang untuk menimba pengalaman menarik yang ditawarkan dalam tempoh yang singkat.

Dengan konsep asas untuk melihat Sarawak dalam masa sehari, dan diringkaskan kepada hanya lingkungan tujuh hektar, SCV ditubuhkan dalam tahun 80an, membuka tujuh rumah kepada pengunjung dan tujuh kebudayaan etnik, selain beberapa rumah panjang Borneo yang terkenal.

Putera Charles dan isteri baginda, Camilla dijangka berkunjung ke sini, ‘kawasan yang mesti dilawati’, pada Isnin, untuk mendapat pengalaman secara langsung perpaduan masyarakat berbilang etnik yang unik, hidup dalam suasana harmoni, atau pada asasnya untuk kepelbagaian etnik Sarawak, secara sekilas pandang.

Jurucakap SCV ketika dihubungi berkata semua persiapan siap disusun bagi mengalu-alukan lawatan sulung pasangan diraja itu, bagi memastikan lawatan itu menjadi satu majlis yang tidak dapat dilupakan, bukan sahaja untuk pasangan diraja itu tetapi juga untuk SCV.

Beliau berkata pewaris takhta Britain itu dijangka meneroka beberapa rumah tradisional seperti ‘Rumah Iban” dan “Rumah Melanau”, dan juga terlibat dalam sesi dialog ringkas dengan beberapa golongan belia pelbagai etnik.

Katanya SCV akan cuba memasukkan pelbagai unsur kebudayaan kumpulan etnik Sarawak dalam setiap persembahannya, mulai daripada upacara sambutan sebaik ketibaan pasangan itu sehingga kepada atur acara lawatan ke model rumah-rumah tradisional, dan sehingga mereka berangkat pulang.

Beliau berkata SCV menempatkan tujuh rumah tradisional, selain beberapa tarikan seperti Rumah Muzik Hutan Hujan, Persada Alam di kawasan air terjun, Jejak Alam Semula jadi dan juga teater di mana para penari dan pemuzik akan mempersembahkan persembahan kebudayaan mereka yang terkenal.

— BERNAMA



Source link

read more

Aliff Aziz beri amaran kepada Afifah – Berita


KUALA LUMPUR 5 Nov. -Drama antara Aliff Aziz, Bella Astillah dan Afifah Nasir nampaknya kembali panas apabila pelakon lelaki tersebut menempelak adik kepada Anzalna Nasir itu di laman sosialnya Instagram.



AFIFAH NASIR

AFIFAH NASIR

Menerusi kapsyen dalam gambar baharu yang dimuat naik, Aliff mahu Afifah tidak lagi menipu dan menasihatkan pelakon itu supaya lebih baik mendiamkan diri daripada mengeluarkan kenyataan yang tidak benar.

Kata Aliff, dia sudah mengakui kesilapan dan meminta maaf daripada semua pihak termasuk isterinya, Bella namun Afifah pula dilihat terus-menerus mengeluarkan kenyataan yang menjengkelkan.

“Kenapa babitkan isteri saya lagi dalam kenyataan dia? Apa yang ingin Afifah buktikan? Adakah untuk membuktikan yang awak tidak bersalah dan sekarang semua sudah kembali baik dan normal?

“Macam saya cakap, adalah agak mustahil untuk awak mengeluarkan kenyataan yang benar. Apa kata selepas ini, bila berdepan dengan soalan, cakap sahaja perkara benar atau diam.

“Kalau betul awak dan Bella sudah berbaik, kenapa tidak tunjuk petikan perbualan kamu berdua kepada pihak media?” tegas Aliff.

Afifah sebelum ini membuat kenyataan dia dan Bella sudah berbaik selepas dia menghubungi dan membuat penjelasan terhadap insiden yang pernah menggemparkan industri seni beberapa bulan lepas.

Afifah juga berkata, dia tidak kisah untuk digandingkan dengan Aliff kerana menganggap kontroversi yang pernah melanda mereka sudah lama berlalu.

Bagaimanapun, Aliff menerusi kapsyennya menegaskan, dia tidak akan menerima sebarang tawaran yang menggandingkan mereka berdua kerana berhati-hati dengan Afifah yang disifatkan Aliff sebagai penipu.

“Kepada semua, ini kali terakhir saya akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkara ini. Tetapi, saya lantang bercakap untuk Afifah sedar yang lebih baik dia diam jika sukar untuk bercakap benar,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Wujud unsur dakyah perlekeh insitusi Diraja – Zambry



KUALA KANGSAR: Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir hari ini berkata wujud unsur dakyah yang memperlekehkan keutuhan institusi kesultanan di negara ini.

Beliau berkata berkata penghinaan yang dibuat terhadap institusi kesultanan itu dibayangi dan diwarnai siasah yang melampau dalam cubaan untuk memansuhkan institusi raja-raja daripada pemerintahan.

“Sehubungan itu, pentadbiran patik serta seluruh jajarannya akan mempertahankan kemuliaan dan pemerintahan Perak Darul Ridzuan yang bersultan sesuai dengan pegangan Negeri Bersultan, Rakyat Beraja,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sembah ucapan bersempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-61 Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah di Istana Iskandariah di sini, pada Ahad.

Dalam ucapannya, Zambry berkata sepanjang lima tahun kebelakangan ini, pelbagai pencapaian dan pembangunan ikthisas berjaya diraih seiring dengan pertumbuhan negeri iaitu pada kadar 4.1 peratus bagi tahun 2016.

Beliau berkata antara pencapaian itu termasuk pembangunan 40,000 unit rumah mampu milik melalui kerajaan dan swasta, peluang pekerjaan kepada anak negeri melalui program pemadanan kerja Pusat Kerjaya Amanjaya (PeKA) dan program dermasiswa yang membantu golongan berpendapatan rendah melanjutkan pelajaran di peringkat lebih tinggi.

“Pertama kali juga dalam sejarah pentadbiran negeri ini, apabila 15 daripada 20 agensi negeri dikurniakan taraf lima bintang, iaitu tahap kecekapan pentadbiran tertinggi dalam perkhidmatan awam.

Bagi memastikan prinsip keterangkuman dilaksanakan dalam negeri, Dewan Belia Negeri dan Majlis Perundingan Mahasiswa menjadi pentas buat anak muda mencerna idea dan melontarkan cadangan untuk memperkasakan negeri.

“Selain itu, melalui Dialog Pangkor juga, kalangan ilmuan dan berkepakaran dihimpunkan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) sebagai antara forum yang membicarakan Matlamat Pembangunan Mapan di dunia,” katanya

– BERNAMA



Source link

read more

Bantuan segera RM50,000 untuk Pulau Pinang – Pulau Pinang


KOTA BHARU 5 Nov. – Kerajaan Pas Kelantan menyalurkan bantuan segera sebanyak RM50,000 bagi membantu Pulau Pinang yang dilanda banjir teruk.



AHMAD YAKOB

AHMAD YAKOB

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, selain bantuan kewangan, pihaknya juga akan menghantar pasukan sukarelawan ke negeri tersebut.

Dalam masa sama, beliau juga menyeru semua pihak agar mengenepikan sentimen politik dengan bersama-bersama membantu mangsa banjir di Pulau Pinang.

“Pagi tadi saya menerima berita berkenaan keadaan banjir di Pulau Pinang yang semakin membimbangkan.

“Kita akan turut membantu mangsa-mangsa banjir dengan menghantar sukarelawan dan meluluskan sejumlah RM50,000 sebagai bantuan segera ke Pulau Pinang.

“Dalam situasi sebegini, saya menyeru semua pihak agar dapat membantu mangsa-mangsa banjir di sana dengan mengenepikan sebarang sentimen politik,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Awal pagi ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng  dalam kenyataan menerusi video secara langsung Facebook beliau berkata, kerajaan negeri pimpinannya terpaksa memohon bantuan daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi  membantu pasukan penyelamat sedia ada yang kini sedang bertungkus lumus menyelamatkan  mangsa banjir di negeri tersebut.

Guan Eng sebelum ini pernah mendakwa Kelantan adalah sebuah negeri gagal dan muflis kerana ditadbir oleh sebuah parti yang gagal iaitu Pas sekali gus menyebabkan rakyat hidup dalam kemiskinan.

Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatan itu juga mendakwa Kerajaan Pas Kelantan gagal menyelesaikan isu rumah mangsa banjir 2014, selain terpaksa menebang kira-kira 100,000 hektar hutan kerana tidak mempunyai wang untuk mentadbir.

Dalam pada itu, Ahmad yang juga Timbalan Mursyidul Am Pas turut mengajak seluruh rakyat berdoa supaya keadaan banjir di Pulau Pinang beransur pulih.

“Bersabarlah di atas ujian Allah yang menguji rakyat di sana melalui  musibah banjir. Hanya dengan kuasa dan ketentuan Allah jua kita bermohon,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Calon SPM di Pulau Pinang terjejas banjir boleh duduki peperiksaan di sekolah lain



KEPALA BATAS: Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Pulau Pinang yang terjejas banjir dan sekolah mereka dinaiki air boleh menduduki peperiksaan di sekolah lain.

Peperiksaan SPM akan bermula Isnin.

Pengarah Jabatan Pendidikan Pulau Pinang, Shaari Osman berkata pihaknya telah mengenal pasti beberapa buah sekolah yang terjejas.

“Saya telah arahkan pengetua sekolah yang terlibat dalam banjir untuk memaklumkan kepada pelajar mereka supaya mengambil peperiksaan di sekolah berhampiran yang tidak terjejas.

“Kami juga telah mengambil langkah segera dan membuat persediaan rapi bagi memastikan semua calon SPM dapat menduduki peperiksaan kertas Bahasa Melayu esok,” katanya kepada Bernama.

Shaari berkata para calon juga diminta sentiasa berhubung dengan pihak sekolah bagi memastikan mereka mendapat maklumat yang tepat dan betul supaya mereka tidak tercicir dari peperiksaan.

Sementara itu seorang calon dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bertam Indah, Muhammad Alif Syazwan Nor Azli, 17, berkata selain sekolah, rumahnya turut dinaiki air.

Namun dia bernasib baik kerana sempat menyelamatkan buku serta peralatan alat tulisnya untuk menduduki peperiksaan.

“Cikgu dah beritahu, esok kalau air tak surut juga di sekolah, kami kena ambil peperiksaan di sekolah berhampiran,” katanya.

Seorang lagi pelajar SMK Bertam Indah, Mohd Firdaus Naim Hasni, 17, berkata rumahnya di Taman Bertam Indah turut dinaiki air banjir hingga paras pinggang, namun dia sempat menyimpan keperluan peperiksaannya sebelum dihanyutkan air.

“Kami juga dibenarkan hadir untuk mengambil peperiksaan SPM esok dengan memakai baju sukan sekolah kerana ada di antara kami yang baju sekolah basah dan kotor kena air banjir.

“Ada juga kawan-kawan saya yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Bertam Indah kerana rumah mereka dinaiki air, sementara saya sekeluarga tumpang rumah nenek di Bertam,” katanya.

— BERNAMA



Source link

read more

Kanak-kanak 7 tahun maut jatuh kondominium – Nahas & Bencana


KUALA LUMPUR 5 Nov. – Seorang kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh dari tingkat enam sebuah kondominium di Kondo Bayu, dekat Ampang, di sini, petang semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintenden Mohd. Zaid Hassan berkata, kanak-kanak berusia tujuh tahun tersebut disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala.

Menurut Mohd. Zaid, kejadian berlaku kira-kira pukul 6.45 petang dan disedari orang awam yang kemudian menghubungi polis.

“Kedua ibu bapa mangsa tiada di rumah ketika kejadian kerana bekerja dan kanak-kanak malang itu tinggal bersama kakaknya berusia 10 tahun dijaga ibu saudara mereka yang berusia 29 tahun.

“Siasatan awal mendapati, mangsa sedang bermain dengan kakaknya di balkoni sebelum dikatakan tiba-tiba memanjat pagar balkoni tersebut lalu terjatuh,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Ampang untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons