BIARPUN DIKECAM, PAS KELANTAN SALUR 50 RIBU BANTUAN!!! ~ SEMUT HITAM


Biapun saban hari dikecam dan diserang oleh DAPigs dan konco – konconya, namun sifat keprihatinan pemimpin Rejim PAS Kelantan terhadap Lim Guan Eng tidak pernah berubah.

Perkara itu dapat dilihat dengan jelas apabila Rejim PAS Kelantan tampil memberikan bantuan sebanyak RM 50,000 kepada Pulau Pinang yang kini sedang dilanda musibah banjir besar.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yakob, berkata dia sedia maklum keadaan banjir di Pulau Mutiara itu sangat membimbangkan pada ketika ini.

“Kerajaan negeri akan turut membantu mangsa-mangsa banjir dengan menghantar sukarelawan dan meluluskan sejumlah RM50,00 sebagai bantuan segera ke Pulau Pinang,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Semalam, Pulau Pinang sekali lagi dilanda banjir kilat akibat hujan lebat yang berterusan sejak tengahari. Hujan lebat yang mula turun sejak jam 2 petang turut menyebabkan beberapa kawasan rendah dinaiki air mencecah paras sehingga kira-kira satu meter.

Ketua Menterinya, Lim Guan Eng sebelum ini mengesahkan ada menghubungi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi awal pagi tadi bagi mendapatkan bantuan.

Sementara itu, Ahmad Yaakob juga turut berkata, dalam situasi sedemikian semua pihak agar wajar membantu mangsa-mangsa banjir di sana dengan mengetepikan sentimen politik.

“Marilah sama-sama kita mendoakan agar keadaan banjir semakin baik dan tiada kemalangan jiwa yang berlaku.

“Bersabarlah atas ujian Allah SWT yang menguji rakyat di sana melalui musibah banjir. Hanya dengan kuasa dan ketentuan Allah jua kita bermohon,” katanya yang juga Timbalan Mursyidul Am PAS.

IRONIKnya sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang itu pernah memperlekehkan Rejim PAS Kelantan yang didakwa tidak tahu menguruskan pentadbiran Negeri sehingga berlakunya banjir.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Guan Eng ketika rakyat di Negeri Kelantan dilanda banjir besar beberapa tahun yang lalu sebagai tanda retaliasi terhadap PAS yang bertindak keluar dari gabungan Pakatan Haprak yang didominasikan oleh DAPigs!!!




Source link

read more

Sukarelawan Darul Tazim bantu mangsa banjir Pulau Pinang



JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor akan menggerakkan kira-kira 200 anggota Sukarelawan Darul Ta’zim dalam masa terdekat bagi membantu mangsa banjir di Pulau Pinang.

Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata arahan sudah dikeluarkan kepada Jabatan Belia dan Sukan negeri untuk menggembleng sukarelawan bagi menghulurkan bantuan secepat mungkin.

“Kita (Johor) melihat musibah di Pulau Pinang ini dan kita percaya bencana ini, tanpa mengira ideologi dan sebagainya, kita berasa bertanggungjawab dan prihatin untuk menyumbang dan membantu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perjumpaan bersama Puteri UMNO Cawangan-Cawangan Seluruh Johor dan pelancaran Jentera IT Pergerakan Puteri UMNO Johor di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Pergerakan Puteri UMNO Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Johor Rohaizah Ahmad.

Mohamed Khaled berkata persiapan sedang dilakukan bagi penghantaran rombongan pertama sukarelawan dan kerajaan negeri akan melihat dari semasa ke semasa perkembangan banjir tersebut.

Mengenai ganjaran kepada pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) atas kejuaraan merangkul Piala Malaysia, malam tadi, beliau berkata ia akan diumum selepas diperincikan Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri, Rabu ini.

Sambil mengucapkan tahniah atas kemenangan tersebut, beliau berkata Johor amat berbangga dengan pasukan JDT dan percaya kemenangan tersebut disumbangkan oleh penyokong setia bermula daripada Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hingga ke rakyat jelata.

“Tidak dinafikan juga peranan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai penggerak JDT,” katanya.

Dalam perlawanan akhir Piala Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, Selangor, malam tadi, JDT menewaskan juara bertahan, Kedah 2-0, sekali gus mengakhiri penantian 26 tahun pasukan itu untuk menjulang piala yang kali terakhir dimenangi Johor FA pada 1991.

— BERNAMA



Source link

read more

4 sekeluarga tunggu 6 jam atas bumbung sebelum diselamatkan – Pulau Pinang


PULAU PINANG 5 Nov. – Empat beranak terpaksa menyelamatkan diri di atas bumbung rumah mereka di Jalan Perak di sini selama enam jam akibat banjir awal pagi tadi, sebelum diselamatkan pasukan Penyelamat dan Bomba.


Yeu Ah Guat, 54, berkata, dia dan suami, Ong Chong Yee, 55, serta dua anak lelakinya berusia 15 dan 17 tahun memanjat ke bahagian bumbung rumah dua tingkat mereka selepas air di kawasan rumah naik mendadak.

Tambahnya, rumah mereka mula dilanda banjir kilat kira-kira pukul 1 pagi tadi dan hanya berjaya diselamatkan pukul 6 pagi ini.

“Dengan pakaian sehelai sepinggang, tanpa kasut dan cuaca sejuk, kami berdepan detik cemas itu namun tetap bersyukur kerana kami terselamat,” katanya ketika ditemui di pusat pemindahan Masjid Jamek Hashim Yahya di sini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Pasukan perubatan sedia digerakkan ke pusat pemindahan mangsa banjir



ALOR SETAR: Kementerian Kesihatan sentiasa bersiap siaga menghadapi sebarang bencana banjir dengan menghantar pasukan perubatan ke setiap pusat pemindahan untuk memastikan mangsa mendapatkan bekalan makanan dan minuman yang bersih.

Menterinya Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, selain mempunyai pengalaman luas berhadapan keadaan itu pihaknya turut memiliki Prosedur Operasi Standard (SOP) sedia ada yang diguna pakai di pusat pemindahan seperti berperanan menjamin sumber air dan makanan sentiasa bersih.

“Khusus untuk pusat pusat pemindahan banjir, kita akan hantar pasukan kesihatan kepada tiap-tiap pusat pemindahan untuk memastikan air yang mereka minum dan makanan adalah (dari sumber) yang sihat dan bersih.

“(Selain memastikan) kawasan itu selamat daripada penyakit-penyakit yang boleh berjangkit,” ujar Subramaniam.

Beliau berkata kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Bersalin Berisiko Rendah (LRBC) Alor Setar Low Risk Birthing Centre di sini, siang tadi.

Turut hadir Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Norhizan Ismail.

Dalam pada itu, setakat ini kemudahan kesihatan tidak terjejas akibat banjir yang sedang berlaku di Pulau Pinang dan Kedah, dan semua kemudahan itu masih boleh berfungsi secara optimum.



Source link

read more

Ular sawa batik 3 meter yang kekenyangan ditangkap Bomba – Selangor


SABAK BERNAM 5 Nov. – Seorang remaja terjatuh daripada motosikal ditunggangnya gara-gara terkejut melihat kelibat seekor ular sawa batik sepanjang lebih tiga meter yang melintas jalan masuk ke rumahnya, di Kampung di Parit 8, Sekinchan, semalam.

 

Bagaimanapun dalam kejadian kira-kira pukul 8.15 malam itu, Khairul Ikhwan Roslan, 17, tidak mengalami sebarang kecederaan dan dia seterusnya memaklumkan penemuan ular sawa tersebut kepada ibunya, Hakimah Sawal, 53.

Menurut Hakimah, sebaik anaknya memaklumkan kejadian itu, dia segera menghubungi pihak bomba untuk meminta khidmat bantuan menangkap reptilia berkenaan.

“Sementara menunggu kedatangan bomba, kami terus memerhatikan ular sawa itu namun reptilia tersebut tidak melarikan diri.

“Ular itu mungkin kekenyangan kerana baru lepas membaham habuannya. Mungkin ayam ternakan penduduk berhampiran,” katanya.

Menurut Hakimah, ini kejadian kali pertama seekor ular sawa sebesar itu ditangkap di kawasan rumahnya.

“Kalau ular jenis tedung selar atau ular senduk sudah banyak kali ditangkap tapi ular sawa, ini kejadian pertama,” katanya.

Sementara itu, Komander operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sekinchan, Pegawai Kanan Bomba II Zulkafli Mayas berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 8.23 malam.

Katanya, seramai tujuh anggota digerakkan ke lokasi dan operasi menangkap ular sawa itu hanya menggambil masa kurang 10 minit berikutan reptilia terbabit tidak bertindak agresif kerana kekenyangan.

“Ular yang ditangkap itu kemudiaannya dilepaskan semula ke habitat asalnya yang jauh daripada kawasan penempatan,” tambahnya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Dua beranak maut kemalangan libatkan tiga kenderaan



SEREMBAN: Dua beranak maut dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di KM9 Jalan Bahau-Kemayan, Jempol dekat sini, pada 11.47 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol Supt Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata mangsa yang maut dikenali sebagai Mohammad Aliff Azmi, 24, yang merupakan pemandu Proton Wira, dan ibunya Amaisah Mohamad Azid berumur 54 tahun.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila Proton Wira yang datang dari arah Bahau ke Kemayan bertembung dengan sebuah lori dari arah bertentangan.

“Akibat perlanggaran itu, Proton Wira berkenaan tercampak ke bahu kiri jalan lalu bergesel dengan sebuah lagi kereta jenis Honda Jazz yang kebetulan berada di laluan kiri jalan tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata dua beranak yang maut itu, masing-masing mengalami kecederaan parah di kepala manakala pemandu lori dan Honda Jazz tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Dua beranak ini beralamat di Serting Hilir 5, Bandar Seri Jempol dan mayat dihantar ke Hospital Jempol untuk bedah siasat,” katanya.

— BERNAMA



Source link

read more

Puteri UMNO hantar 1,000 sukarelawan bantu mangsa banjir Pulau Pinang – Nahas & Bencana


JOHOR BAHRU 5 Nov. – Pergerakan Puteri UMNO akan menghantar seramai 500 hingga 1,000 sukarelawan Skuad Puteri Peduli bagi membantu mangsa banjir di Pulau Pinang. 

Ketuanya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, sukarelawan berkenaan akan digerakkan secara berperingkat-peringkat mengikut keperluan.

Menurutnya, misi bantuan itu melibatkan Puteri UMNO Pulau Pinang, Perlis dan Perak.

“Antara tempoh yang paling mencabar adalah semasa menghadapi bah dan selepasnya. Oleh itu, sukarelawan berkenaan akan digerakkan mengikut fasa tertentu,” katanya ditemu selepas melawat Kompleks Kraf Johor di Larkin, di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

AKHIRNYA GUAN ENG MERAYU BANTUAN DARI BN!!! ~ SEMUT HITAM


Hahaha!!! Akhirnya kesombongan Si Tokong DAPigs ni berjaya dipecahkan apabila dia terpaksa merayu bantuan dari Kerajaan Barisan Nasional yang selama ini dikutuk dan diperlekehkan.

Semuanya akibat keangkuhan dan kesombongan yang dipamerkan oleh Si Lim Guan Eng yang kerap kali mendabik dada membanggakan dirinya mentadbir Rejim DAPigs Pulau Pinang.

Selama ini, Si Lim Guan Eng sering kali mendakwa kononnya dia berjaya mentadbir Rejim Pulau Pinang tanpa meminta sebarang bantuan dari Kerajaan Pusat pimpinan Barisan Nasional.

Tambah memalukan ialah apabila Si Lim Guan Eng tu tampil memperlekehkan pentadbiran Rejim PAS di Kelantan kerana mendakwa parti itu gagal menyelesaikan isu banjir sebelum ini.

Tapi Guan Eng terlupa, keangkuhan dan kesombongannya selama hari ini telah dibalas secara tunai apabila Pulau Pinang hari ini sedang menghadapi banjir kilat yang paling buruk.

Kata Si Guan Eng, dia terpaksa meminta bantuan dari ATM dengan menghubungi YAB Timbalan Perdana Menteri pada jam 3.30 pagi tadi untuk menghadapi keadaan yang semakin buruk.

“Saya berjaya menghubungi Timbalan Perdana Menteri bagi mendapatkan bantuan. Terima kasih kerana jawab panggilan saya hampir jam 3.30 pagi.

“Keadaan semakin genting. Air masih naik, angin masih kuat, air naik antara tiga hingga 3.6 meter melepasi bumbung di Pulau Pinang. Pusat pemindahan tiada bekalan elektrik. Pulau Pinang terpaksa minta bantuan ATM,” katanya dalam kenyataan, pagi tadi.

Secara kesimpulannya, kini rakyat Pulau Pinang sedang menghadapi khifarah dari tuhan akibat kesombongan dan keangkuhan yang sering ditonjolkan oleh Si Lim Guan Eng itu selama hari ini.




Source link

read more

Cuaca buruk di Pulau Pinang tiga penerbangan dilencongkan



GEORGE TOWN: Tiga penerbangan yang sepatutnya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) terpaksa berpatah balik dan dilencongkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) serta Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL) berikutan cuaca buruk hari ini.

Pengurus Kanan LTAPP Ramzi Ahmad berkata tiga penerbangan termasuk satu daripada luar negara itu, tidak dapat mendarat di LTAPP kerana hujan lebat dan angin kuat pada 4.30 hingga 6 petang tadi.

“Satu penerbangan dari KLIA terpaksa berpatah balik manakala dua penerbangan dari KLIA dan Singapura dilencongkan ke LTAL dan selamat mendarat di sana,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata sekurang-kurangnya empat penerbangan dari LTAPP tidak dapat berlepas ke destinasi masing-masing berikutan masalah cuaca itu.

Katanya operasi di LTAPP masih berjalan lancar dan setakat ini lapangan terbang itu tidak dilanda banjir walaupun hujan lebat di Pulau Pinang sejak 2 petang tadi sehingga menyebabkan beberapa kawasan di negeri ini berdepan banjir kilat.

Sehingga 7 petang ini, masih terdapat beberapa penerbangan terpaksa ditangguhkan berikutan keadaan cuaca buruk di Pulau Pinang.

Beberapa kawasan sekitar Pulau Pinang dilanda banjir kilat setinggi 0.2 meter hingga 0.5 meter dan puluhan pokok tumbang selepas hujan lebat serta angin kuat lebih lima jam bermula 2 petang ini.

Sehingga 7.30 malam ini, hampir 80 kawasan di negeri ini ditenggelami air berikutan hujan lebat yang berterusan serta paras air sungai yang tinggi bertembung dengan kejadian air pasang menyebabkan limpahan air berlaku dengan cepat.

— BERNAMA



Source link

read more

Gegar Vaganza 2017 Konsert minggu pertama kini di Raku



KUALA LUMPUR: Fenomena Gegar Vaganza sudah bermula! Di platform Raku-Awani, anda boleh menikmati ‘playlists’ peserta minggu pertama GV2017 musim terbaharu ini.

Program realiti TV ini sudah masuk musim keempat.

Dengarkan lagu-lagu yang dipersembahkan oleh peserta kesayangan anda di sini. Pasti gempak!

GegarVaganza 2017 – Konsert Minggu Pertama



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons