Jangan panik ketika banjir – Nahas & Bencana


KEPALA BATAS 5 Nov. – Orang ramai dinasihatkan tidak panik ketika bencana banjir berlaku di negeri ini malah perlu melaporkan segera kepada pihak polis sekiranya terperangkap atau kediaman terjejas.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti negeri, Datuk Mohamad Anil Shah berkata, pihaknya kini menggerakkan kekuatan anggota maksimum bagi membantu mangsa banjir terutama mereka yang perlu berpindah.

Menurut beliau, pihaknya juga akan bersedia 24 jam di semua daerah serta membekukan cuti semua anggota yang terlibat bagi memberi perkhidmatan kepada mangsa.

“Polis juga bekerjasama dengan beberapa agensi lain bagi membantu operasi menyelamat antaranya Jabatan Bomba dan Penyelamat;  Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM); Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan pihak berkuasa tempatan.

“Beberapa jalan utama juga telah ditutup selepas ditenggelami air seperti laluan Lebuhraya Butterwoth Kulim, Jalan Bertam  Indah, Jalan Siakap dan banyak lagi,” katanya kepada pemberita di ibu pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) di sini hari ini.

Tambahnya, polis sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi bencana seperti ketika ini dan akan menggerakkan segala aset seperti lori, bot dan pacuan empat roda.

Jelasnya, terdapat empat kematian sepanjang bencana ini berlalu iaitu melibatkan dua warga emas di Georgetown dan seorang warga asing yang lemas selepas pokok tumbang menghempapnya di Kampung Perlis, Bagan Dalam sini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Mayat tiga lelaki terjatuh dalam tangki minyak ditemui



RAWANG: Kesemua mayat tiga lelaki, yang terjatuh ke dalam sebuah tangki minyak selepas satu letupan berlaku di sebuah kilang di Rawang, ditemui hari ini.

Mayat mangsa terakhir T. Baskaran, 49, ditemui pada 6.09 petang ini, kata Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul.

Beliau berkata sebelum itu, pihaknya menemui mayat Mohd Ziehafizan Abd Rahman, 28, dan Zamri Adenan, 35.

“Kesemua mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak kilang berkenaan untuk tindakan selanjutnya,” kata hari ini.

Beliau berkata mayat Mohd Ziehafizan, yang merupakan penyelia kawasan, serta mayat Zamri dan Baskaran yang bekerja sebagai juruteknik, akan dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak ACP Ali Ahmad berkata isipadu minyak diesel yang banyak sehingga 725,000 liter menyukarkan proses membawa keluar mayat ketiga-tiga mangsa itu.

Beliau berkata kira-kira 13 lori tangki digunakan untuk mengeluarkan minyak diesel yang terdapat di dalam tangki setinggi 4.26 meter itu.

“Usaha mengeluarkan minyak mula dilakukan pada kira-kira 10 malam tadi. Kesemua mangsa itu ditemui petang ini dan punca letupan itu masih lagi disiasat,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Dalam kejadian kira-kira 4 petang semalam, ketiga-tiga mangsa sedang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan di tangki minyak itu sebelum berlaku letupan yang mengakibatkan mereka terjatuh ke dalam tangki berkenaan.

— BERNAMA



Source link

read more

Semua masalah kewarganeraan di Sarawak perlu diselesaikan selewatnya 1 Disember depan – TPM – Nasional


KUCHING 5 Nov. – Semua permasalahan berkaitan kewarganegaraan di negeri ini perlu diselesaikan selewat-lewatnya 1 Disember nanti.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan serius dalam menyelesaikan perkara tersebut yang telah berlaku berpanjangan menyebabkan ada anak-anak lahir di negeri ini tiada dokumen pengenalan diri.

Katanya, ketiadaan dokumen itu menyebabkan mereka tidak dapat meneruskan persekolahan seterusnya gagal mendapat pekerjaan dan menghadapi masa depan yang gelap.

“Saya sudah memberi tarikh sasaran bahawa mana-mana permohonan berkelayakan dan memenuhi semua dokumen serta pensyaratan bagi mendapat kad pengenalan atau sijil kelahiran harus diselesaikan pada atau sebelum 1 Disember tahun ini.

“Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sarawak sudah arahkan menubuhkan pasukan petugas khas menyelesaikan masalah ini,  di samping pasukan di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Joseph Entulu Belaun yang menjalankan tugas sama di kawasan pedalaman,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di sini petang ini.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas; Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Masir Kujat dan Timbalan Pesuruhjaya Polis negeri, Datuk Pahlawan Mohd. Dzuraidi Ibrahim.

Beliau mengulas isu terdapat masih ramai penduduk berbilang kaum termasuk Penan dilahirkan di Sarawak yang layak mendapat warganegara tetapi masih tidak mempunyai kad pengenalan atau sijil lahir. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

7 perkongsian menarik Konvensyen Media Sosial UMNO Peringkat Kebangsaan



KUALA LUMPUR: Konvensyen Media Sosial UMNO yang diadakan buat pertama kalinya menjadi platform penting dalam memberi penerangan tentang kepentingan, etika media sosial serta gerak kerja yang lebih berkesan untuk semua penggiat media sosial UMNO seluruh negara.

Ini sebagai persediaan penting dalam memperkuat jentera bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang dijadual bakal diadakan dalam masa terdekat.

Menurut Pengerusi Biro IT UMNO Malaysia, Datuk Ahmad Maslan, kehadiran peserta konvensyen kali ini amat memberangsangkan selepas berjaya mencatatkan lebih 3,800 peserta.

Berikut ialah antara amanat penting yang dikongsikan sepanjang konvensyen berlangsung pada Ahad:

1. Sejak diambil alih oleh Datuk Ahmad Maslan, 149 bahagian UMNO diaktifkan semula Biro IT dan Media sosial.

2. Pimpinan utama UMNO seperti Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengakui, kegagalan Barisan Nasional memenangi majoriti dua per tiga dalam dua pilihan raya umum lalu adalah diakibatkan oleh kegagalan memenangi ‘perang’ di alam maya.

3.”Sebarang isu harus dijawab dengan segera agar persepsi negatif rakyat dapat dihapuskan secepat mungkin. Kita kena jawab ketika isu itu timbul bukan ketika ia dibawa ke mahkamah. Tuduhan melalui berita palsu yang lambat dijawab menyebabkan persepsi masyarakat ke atas kita rosak sama sekali.” – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Naib Presiden UMNO ketika berucap merasmikan pembukaan Konvensyen.

4. ”Tuhan dah uji kita beberapa kali, kalau gagal kali ni, kita tinggal sejarah.” – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

5. Presiden UMNO mahu setiap penggiat media sosial UMNO untuk menyemarakkan semangat positif serta mengamalkan etika media sosial yang baik bagi menjawab sebarang fitnah mahupun isu yang timbul.

6. “Ingat! Musuh kita ialah pembangkang. Jangan ada ‘friendly fire‘ ke atas pihak kita biarpun kita menyampah dengan dia.” – pesan Datuk Seri Najib Razak ketika berucap merasmikan penutupan Konvensyen

7. “Kandungan kita di media sosial kena tulen dan elakkan daripada menyerang peribadi individu.” – Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.



Source link

read more

Tok Pa anggap Ambiga penakut – Politik


RANTAU PANJANG  4 Nov. – Bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S. Ambiga disifatkan sebagai keras kepala dan penakut kerana tidak berani berterus terang terhadap maklumat yang diberikan kepada Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown mengenai dakwaan pemimpin Pas menerima wang daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Ambiga perlu bertanggungjawab kerana dakwaanya itu telah mencemarkan imej Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selain berlaku kerosakkan dalam parti tersebut.

“Tindakan Ambiga yang tidak berterus- terang jelas menunjukkan dia mengada-adakan cerita bahawa Abdul Hadi menerima RM90 juta daripada Perdana Menteri.

“Apabila dia (Ambiga)  membuat dakwaan  dan tidak mahu menjelaskan perkara sebenar jelas menunjukkan dia tidak ada bukti. Sebab itu dia takut dan tidak mahu berterus-terang.

“Apa yang pasti dakwaan tidak berasas itu telah mencemarkan imej Pas,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Sepetang Bersama Pemimpin di Dewan Serbaguna Perkampungan Felcra Bukit Tandak di sini hari ini.

Dalam dokumen mahkamah bertarikh 11 Oktober lalu, Brown menjelaskan Pengerusi Bersih itu memberitahu mengenai Najib, Pas dan isu 1MDB kepadanya pada Julai tahun lalu.

Menurut Brown, Ambiga me­nyatakan kepadanya bahawa sumbernya itu boleh dipercayai dan menjangkakan jumlah yang dibayar berjumlah kira-kira RM90 juta.- UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Police record Raja Petras statement in United Kingdom



KUALA LUMPUR: Police have recorded a statement made by Raja Petra Kamarudin following a police report lodged by Attorney-General Tan Sri Mohamed Apandi Ali who claimed the blogger had defamed him.

Inspector-General of Police Tan Sri Mohamad Fuzi Harun said Raja Petra’s statement was taken in United Kingdom on Wednesday by an investigating team comprising three police officers from the Bukit Aman Police Headquarters.

“Yes, the investigating team has recorded his statement,” said Mohamad Fuzi when contacted by Bernama.

He said the case was being investigated under Section 500 of the Penal Code for defamation and under the Communications and Multimedia Act 1998.

On Tuesday, Mohamed Apandi said he would initiate legal action against Raja Petra if the blogger refused to apologise over the two articles pertaining to allegations of corruption.

Mohamed Apandi was reported to have said he would not give Raja Petra a long time to do so as signals and reminders had been communicated through the media.

On Oct 22, Mohamed Apandi lodged a police report against Raja Petra on alleged defamation charges following the two articles published on Oct 20 and Oct 21 by the Malaysia Today blog.

— BERNAMA



Source link

read more

Siasatan kebakaran maut dijalankan secara menyeluruh – Lafarge Malaysia



KUALA LUMPUR: Siasatan menyeluruh sedang dijalankan bagi memahami punca letupan yang menyebabkan tiga pekerja terbunuh semasa melakukan kerja-kerja penyelenggaraan sebuah tangki minyak setinggi 4.26 meter di kilang Lafarge Malaysia di Rawang, semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif Lafarge Malaysia, Thierry Legrand, berkata syarikat simen dan bahan binaan itu bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan dalam melakukan siasatan itu.

“Dengan rasa dukacita, kami ingin memaklumkan bahawa mayat tiga rakan sekerja kami telah ditemui dalam tangki minyak yang musnah itu.

“”Kami berasa amat sedih dengan tragedi ini dan keutamaan kami kini adalah terhadap pekerja itu dan keluarga mereka,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat yang dijalankan dengan pihak polis serta Jabatan Bomba dan Penyelamat dimulakan sejurus selepas kebakaran itu dipadamkan kira-kira 5 petang semalam, dan ia berterusan sepanjang malam tadi.

Mayat pertama ditemui kira-kira 3.45 petang, diikuti mayat kedua pada 5 petang dan ketiga pada 6 petang.

Mayat-mayat itu sedang dikenal pasti oleh pihak berkuasa,” kata Legrand.

Dalam kejadian kira-kira 4 petang semalam, Mohd Ziehafizan Abd Rahman, 28, Zamri Adenan, 35, dan T. Baskaran, 49, sedang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan di tangki minyak itu apabila tiba-tiba berlaku letupan, dan mereka dipercayai terjatuh ke dalam tangki yang terbakar itu.

Susulan kejadian itu, pasukan penyelamat perlu mengeluarkan 725,000 liter diesel daripada tangki berkenaan bagi mencari mangsa tersebut.

— BERNAMA



Source link

read more

Alhamdulillah- Rody Kristal syukur selamat bertunang dengan penjaga gol



GITARIS kumpulan Kristal, Rody selamat bertunang dengan teman wanitanya iaitu penjaga gol skuad futsal wanita kebangsaan, Nur Izwani Azman.
 
Pasangan ini selamat melangsungkan pertunangan mereka di kediaman keluarga Niena di Kulai, Johor semalam.
 
Rody dan Niena memberitahu berita gembira itu menerusi akaun Instagram (IG) mereka dengan memuat naik beberapa foto pertunangan mereka pada hari tersebut.
 
Dalam pada itu, Rody atau Mohd Rodi Baharudin, 31 juga melahirkan rasa syukur kerana majlis tersebut berjalan dengan lancar.
 



Source link

read more

Hujan lebat, beberapa kawasan di P. Pinang mula dilanda banjir kilat – Terkini


PULAU PINANG 4 Nov. – Beberapa kawasan di negeri ini dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat sejak awal pagi tadi.

Jurucakap Pasukan Penyelamat dan Bomba negeri berkata, lebih 10 kawasan di bahagian Seberang Perai dan pulau ketika ini dilaporkan dinaiki air dengan puluhan rumah penduduk terjejas.

Katanya, antara kawasan terlibat adalah di Bukit Tengah; Sungai Pinang; Relau: Sungai Nibong dan beberapa kawasan di sekitar Jalan Masjid Negeri.

Menurutnya, selain taburan hujan tinggi, bencana banjir kilat turut berpunca daripada pertembungan air pasang sekali gus menyebabkan air beberapa batang sungai melimpah.

“Bagaimanapun buat masa ini, belum ada pusat pemindahan dibuka dan kita sedang berjaga-jaga terhadap sebarang kemungkinan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam pada itu, hujan lebat pada amaran tahap jingga ini dijangka berterusan sehingga pagi esok dan menjejaskan semua negeri di wilayah utara. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Lim receives commonwealth award for uniting students in education



CYBERJAYA: Limkokwing University founder and president Tan Sri Lim Kok Wing was tonight honoured with the Commonwealth Champions Award for uniting youth from 54 countries through education.

He received the award at the Commonwealth Youth Summit gala dinner at the university here last night, which was attended by 300 participants.

Lim’s daughter, Limkokwing University of Creative Technology vice-president (Brand, Creativity and Talent Development) Datuk Tiffanee Marie Lim received the awards on his behalf from Deputy Secretary-General for Political Affairs of the Commonwealth of Nations, Dr Josephine Ojiambo.

“I am honoured and humbled by the awards and am proud of my father’s achievement,” said Tiffanee at the event.

Also present was Commonwealth Youth Council (CYC) chairman Kishva Ambigapathy.

In his opening remarks, Ambigapathy said Lim was the eighth recipient of the awards in its history.

“I met Tan Sri many times to discuss creating opportunities and empowerment for young people. I am fascinated with his uncompromising vision for the future in human building capacity.

“He (Lim) is not an ordinary man but a super talented man to inspire, galvanise and transform communities in developing countries,” he added.

On the three-day summit which kicked off yesterday, Ambigapathy said it aimed to further advance the youth development agenda by integrating young people into the development work of the Commonwealth at national, regional and Pan-Commonwealth levels.

Yesterday, Prince Charles, the Prince of Wales who is currently on an official visit to Malaysia was the guest-of-honour at the summit which took place at the University of Nottingham Malaysia campus in Semenyih, just outside the federal capital.

Prince Charles and his wife, Camilla, the Duchess of Cornwall, arrived in Malaysia on Thursday for an official visit to commemorate the 60th anniversary of bilateral relations between Malaysia and the United Kingdom.

— BERNAMA



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons