Gangguan bekalan air di Klang Kuala Langat dan Kuala Selangor



KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan di Klang, Kuala Langat dan Kuala Selangor sedang mengalami gangguan bekalan air sementara dan tekanan air rendah akibat masalah teknikal di Loji Rawatan Air SSP 2.

Menurut Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), usaha sedang dipergiat untuk menyelesaikan gangguan teknikal itu.

Ia berkata bekalan air bantuan akan dihantar melalui lori tangki air kepada pelanggan dengan keperluan kritikal.

Permohonan bekalan air bantuan boleh dibuat melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip: tanker, nama, alamat dan dihantar ke 15300.

Di Klang kawasan terlibat ialah Kawasan Perindustrian Bukit Raja, Bandar Bukit Raja, Setia Alam, Aman Perdana, UiTM Puncak Alam, Tok Muda, Rantau Panjang, Telok Kapas, Bandar Sultan Sulaiman Fasa 1, 2 dan 3, Pelabuhan Utara, Tanjung Harapan, Kawasan Perindustrian Sultan Mohamed, Sungai Sireh, Kawasan Perindustrian Sungai Puloh, Bandar Bukit Tinggi 1 dan 2, Bandar Botanik, Ambang Botanik, Bayu Emas, Bandar Parklands, Glenmarie Cove, Bandar Puteri.

Bandar Putera 2, Taman Bayu Perdana, Taman Sentosa, Kampung Budiman, Meru, Kapar, Telok Gong, Laguna Park, Armada Putera, Pulau Indah Fasa 1 dan 2, Kampung Pulau Indah, Pulau Ketam, Kampung Pendamar, Pandamaran dan Taman Seri Andalas.

Di Kuala Langat ia melibatkan Batu 7 dan Batu 8 Sijangkang, Batu 9 Kampung Medan, Taman Sijangkang Jaya, Taman Perwira dan Taman Seri Medan.

Di Kuala Selangor, kawasan terlibat ialah Puncak Alam Fasa 1, 2, 3 dan 5, Alam Suria, Puncak Bistari dan Dataran Suria.

— BERNAMA



Source link

read more

Hujan lebat: Dua pesawat buat lencongan, satu patah balik – Terkini


PULAU PINANG 4 Nov. – Dua pesawat yang sepatutnya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) terpaksa membuat lencongan ke Lapangan Terbang Langkawi, Kedah berikutan hujan lebat.

Jurucakap LTAPP berkata, selain itu, sebuah pesawat jenis MH 1152 yang dijadualkan mendarat pukul 5.30 petang terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Katanya, pesawat jenis AK 6414 sepatutnya mendarat pukul 5 petang dan pesawat jenis MI 352 dijadualkan melakukan pendaratan pada pukul 4.55 petang tetapi kedua-duanya terpaksa membuat lencongan ke Kedah.

“Cuaca buruk yang menganggu operasi pesawat tiba itu bagaimanapun tidak menjejaskan operasi LTAPP yang beroperasi seperti biasa hingga kini,” katanya. – UTUSAN ONLINE.



Source link

read more

Big allocation in 2018 Budget shows govt confidence in Rela



PETALING JAYA: A big allocation to the People’s Volunteer Corps (Rela) announced by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak in the 2018 Budget recently proved the government’s trust and confidence in the agency.

Rela deputy director-general (Operations), Kamaruddin Mohd Rapig, said the RM250 million allocation was also seen as a tribute to Rela that currently served as the second line of the country’s defence, after the military and police.

“As previously mentioned by the Prime Minister, Rela is an agency that provides a platform to translate the transformation of the nation, people first, performance now.

“This shows that the government relies on Rela to safeguard the security of the people and the country, in line with the role of Rela now as a second line of defence after the military and police,” he said in his opening speech at the 2017 National Rela Shooting Skills Test (UKMR-K) prize presentation ceremony at the Rela Northern Region Training Centre, Bukit Selambau, here, on Saturday.

Meanwhile, he said 432 participants comprising 16 teams, including 15 state teams and one Relasis Malaysia team, participated in three categories of weapons contested in UKMR-K 2017, namely M16s, shotguns and 9MM pistols.

Also present were Rela deputy director-general (Management) Hashim Shikh Ab Kadir and Kedah Rela director Ahmad Abdul Wahab.

–BERNAMA



Source link

read more

Esscom harap isu anak Pati diselesaikan



TAWAU: Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) berharap keputusan dan ketetapan dibuat untuk menyelesaikan isu status anak pendatang asing tanpa izin (Pati) yang dilahirkan di Sabah.

Komandernya Datuk Hazani Ghazali, hari ini menggesa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk mengusulkan cadangan atau menghantar memorandum bagi penyelesaian isu itu, sambil menyatakan Esscom akan menyokong.

Beliau berkata demikian pada program Dialog Esscom bersama-sama Jabatan Imigresen Sabah dan Persatuan Cina Tawau di sini.

Hazani berkata kerajaan persekutuan dan negeri amat menekankan isu keselamatan di Sabah sehingga menempatkan 10,000 anggota pasukan keselamatan dan aset bernilai RM100 juta khusus untuk negeri ini.

Sehubungan itu, beliau berkata masyarakat perlu sedar akan tanggungjawab yang perlu dimainkan dalam usaha mengekalkan keamanan dan kedaulatan negeri ini.

— BERNAMA



Source link

read more

Loji Kumbahan Kajang Utama berkapasiti 150,000 PE – KL & Putrajaya


KAJANG 4 Nov. – Loji Rawatan Kumbahan Serantau Kajang Utama milik Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) kini mampu beroperasi pada kapasiti tertingginya iaitu 150,000 PE (Penduduk Setara) selepas siap dinaiktaraf baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif IWK, Faizal Othman berkata, loji berkenaan yang mengguna pakai teknologi Reaktor Kelompok Penjujukan (SBR) mampu merawat air sisa daripada kawasan Kajang 2, Kajang 3 Timur dan Seksyen 5, Bandar Baru Bangi.

Katanya, dengan teknologi baharu merawat itu secara tidak langsung dapat meningkatkan kualiti air yang dilepaskan ke Sungai Langat daripada loji selain meningkatkan kualiti hidup masyarakat setempat dengan penutupan loji lama yang sering bermasalah.

“Ini juga sebagai langkah rasionalisasi bagi mengurangkan kos operasi dan penyelenggaraan melalui penutupan 28 loji rawatan kumbahan awam, enam loji di premis kerajaan dan dua loji persendirian,” katanya selepas merasmikan pembukaan semula operasi loji itu di sini hari ini.

Turut berlangsung serentak Hari Terbuka Loji Rawatan Kumbahan Serantau Kajang Utama yang dihadiri kira-kira 800 penduduk setempat bagi mengikuti taklimat dan pameran sistem pembetungan IWK serta bersantai menyertai acara sukaneka dan cabutan bertuah. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

AZMIN BUKAN BAYAR BONUS PAKAI DUIT POKET DIA!!! ~ SEMUT HITAM


Alahai! Bangga sangat puak Pakatan Haprak tu mempertahankan tindakan Si Azmin Ali tu memberikan bonus 3 bulan kepada kakitangan awam sebelum ini. Sampai hari ini, masih belum habis diorang bercerita.

Padahal, bonus yang diumumkan oleh Si Azmin Ali tu datangnya dari poket rakyat yang membayar hasil cukai dan premium tanah. Kiranya, duit rakyat juga yang dipergunakan oleh Si Azmin ni.

Secara tidak sedar, mereka sendiri telah tertipu dengan tindakan yang dilakukan oleh Si Azmin Ali tu. Dikala orang lain dapat bonus, Si Azmin tu dapat lebih dari kakitangan awam yang lain.

Bayangkan. Kalau kakitangan biasa yang gajinya RM 3,000 sebulan hanya akan dapat bonus RM 3,000 sahaja. Sedangkan Si Azmin Ali tu pulak dapat jauh lebih banyak dari mereka.

Namun puak Pakatan Haprak tu tetap menganggap, pertikaian yang dibangkitkan sebelum ini merupakan luahan rasa dengki dan iri hati terhadap Rejim Pakatan Selangor pimpinan Si Azmin Ali.

Soalnya, kita bukan dengki atau cemburu dengan kemampuan Rejim Pakatan Selangor tu nak memberikan bonus sebanyak mana yang dimahukan. Tetapi kenyataannya, dia menipu rakyat.

Dalam pembentangan Bajet 2018 Selangor, Azmin kata nak bagi Bonus 3 bulan kepada kakitangan awam. Padahal dia hanya bagi SEBULAN kerana dua bulan lagi sudah dibayar pada bulan Jun 2017 yang lalu.

Kalau diikutkan kebiasannya, pembentangan Bajet 2018 adalah unjuran untuk tahun hadapan, bukan tahun sebelumnya. Maka, kalau bagi bonus dalam tahun 2017, bukan Bajet 2018 namanya.

Sebaliknya, Si Azmin tu hanya bijak bermain dengan kata – kata untuk menyedapkan telinga serta mencetuskan sensasi berhubung pembentangan bajet yang telah dilakukan sebelum ini..

Tapi sebab ramai sangat kurang cerdik pasal peraturan, maka senang la untuk Si Azmin ni menipu. Nak pulak dikalangan puak Pakatan Haprak tu sendiri yang teruja menerima habuan dari Rejim Pakatan. 

Namun, perkara itu bukan la satu perkara yang baru. Penyokong Pakatan Haprak tu memang mudah ditipu oleh pemimpin atasan mereka. Maka sebab itu la isu mengenai penyelewengan dana DEIG sebanyak RM 30 billion pun sampai hari ini masih ramai yang tak tau!!!




Source link

read more

Saudi detains four current ministers in anti-corruption campaign



KHOBAR: Saudi Arabia has detained four current ministers as part of its anti-corruption campaign, Saudi-owned Al Arabiya TV reported on Sunday. Arabiya said the number of detained princes had climbed to 11. It reported earlier that 10 princes and dozens of former ministers had been detained through a new anti-corruption committee, headed by Crown Prince Mohammed bin Salman, which was formed by royal decree on Saturday.



Source link

read more

Empat maut kereta bertembung bas



MARANG: Empat maut selepas kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah bas persiaran dalam kejadian di Kilometer 33 Jalan Kuantan-Kuala Terengganu berhampiran penjara Marang pada Sabtu.

Kejadian kira-kira pukul 6.40 petang itu mengorbankan empat beranak yang menaiki kereta jenis Proton Iswara Aeroback.

Difahamkan, kesemua mangsa dalam perjalanan pulang ke Marang selepas menghadiri kenduri di Kemaman.

Pemandu bas Abdul Jalil Awang, 56, memberitahu ketika kejadian dia melihat kereta berkenaan meluncur laju memasuki ke laluan bertentangan.

“Melihat kereta berkenaan memasuki laluan, saya cuba mengelak ke laluan bersebelahan sebelum kereta berkenaan memasuki laluan asal.

“Saya mengawal bas dan membrek kira-kira 500 meter sebelum bertembung dengan kereta itu,” katanya ketika ditemui ditempat kejadian.

Ketika kejadian, bas yang membawa 30 penumpang itu dari arah Kuala Terengganu menghala ke Kuantan.

Kesemua mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk dibedah siasat.



Source link

read more

Hujan tak halang penyokong Lang Merah banjiri skrin gergasi – Bola Sepak


ALOR SETAR 4 Nov. – Hujan yang berterusan sejak awal pagi ini tidak menghalang lebih 300 penyokong Lang Merah berkumpul di Dataran Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) di sini malam ini untuk memberi memberi sokongan kepada Kedah yang bersaing pada aksi final Piala Malaysia menentang JDT.

Pejabat Menteri Besar dengan kerjasama MBAS, Kelab Sukan dan Rekreasi Parlimen Alor Setar dan Pemuda Bahagian Alor Setar memberi peluang kepada penyokong Lang Merah yang tidak dapat ke Stadium Shah Alam, Selangor melihat aksi Lang Merah menerusi paparan skrin gergasi.

Difahamkan selain Dataran MBAS, lebih 80 skrin gergasi ditempatkan di semua 15 kawasan Parlimen di Kedah.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Alor Setar, Muhamad Fahmi Mohd. Fauzi, pihaknya menyediakan dua khemah dan kerusi untuk kira-kira 200 penyokong Lang Merah.

“Bagaimanapun, sambutan yang diterima menggalakkan apabila lebih 300 penyokong Lang Merah datang untuk bersama-sama bersorak memberi sokongan kepada Kedah.

“Malah, bilangan penyokong juga semakin bertambah dari masa ke masa. Selain menonton bola di paparan skrin gergasi ini, pihak kami juga ada menyediakan hadiah untuk mereka yang berjaya menjawab kuiz yang diberikan,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, penyokong Kedah, Wan Azliza Wan Yusoff berkata, pemasangan skrin gergasi itu memberi peluang kepada peminat Lamg Merah yang tidak dapat ke Stadium Shah Alam merasai kehangatan perlawanan akhir tersebut.

“Menonton perlawanan akhir ini di rumah mungkin lebih selesa terutama dalam keadaan hujan berterusan ini tetapi kemeriahannya tidak sama.

“Memberi sokongan kepada pasukan Kedah bersama ratusan penyokong Lang Merah yang lain lebih seronok,” ujarnya .

Bagi Shuhaizam Rozali dari Pendang pula, berkumpul beramai-ramai memberi sokongan kepada pasukan Lang Merah lebih menyeronokkan berbanding menonton bersendirian di rumah. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Amaran hujan lebat peringkat merah di P. Pinang Kedah – MET Malaysia


KUALA LUMPUR: Penduduk di utara Semenanjung Malaysia khususnya di Pulau Pinang dan Kedah perlu berwaspada dengan keadaan cuaca buruk yang melanda negeri-negeri itu, dijangka berlarutan sehingga Ahad, 5 November ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Melaysia) dalam satu kenyataan terkini (9.30 malam, 4 November) memberi amaran mengenai hujan yang sangat lebat dan berterusan berserta angin kencang sedang berlaku di negeri Pulau Pinang dan Kedah (daerah Yan, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu).

Setakat ini, keadaan di George Town memburuk hinggakan tiga penerbangan yang sepatutnya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) terpaksa berpatah balik dan dilencongkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) serta Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL).

Hujan lebat sejak jam 2 petang Sabtu menyebabkan beberapa kawasan di bandar raya George Town dan Seberang Perai dinaiki air.

Infografik menunjukkan kawasan yang dilanda hujan berterusan dan hujan sangat lebat di utara Semenanjung - MET Malaysia



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons