JDT salur wang kemenangan Piala Malaysia pada mangsa banjir Pulau Pinang – Bola Sepak


KUALA LUMPUR 6 Nov. – Juara Piala Malaysia 2017, Johor Darul Ta’zim (JDT) akan menyalurkan wang hadiah kemenangan kejohanan berprestij itu kepada mangsa bencana banjir di Pulau Pinang.

JDT

Perkara tersebut diumumkan oleh Presiden JDT, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook rasmi kelab itu, JOHOR Southern Tigers hari ini.

“Menjunjung titah DYAM Tunku Mahkota Johor, antara polisi kelab bola sepak JDT adalah untuk memberi bantuan dan sumbangan kepada yang memerlukan seperti mana sebelum ini kepada mangsa bencana banjir di Pahang dan Kelantan serta mangsa bencana gempa bumi di Sabah.

“Banyak bantuan yang telah kami berikan kepada kerajaan negeri, dan JDT akan terus melakukan perkara yang sama.

“Kelab JDT dan para pemain telah membuat keputusan untuk memberi duit kemenangan Piala Malaysia yang kami menangi kepada mangsa bencana banjir di Pulau Pinang,” maklum kenyataan tersebut.

JDT dinobat sebagai juara Piala Malaysia musim ini selepas menewaskan Kedah 2-0 dalam saingan akhir di Stadium Shah Alam, Sabtu lalu.- UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Rayuan Anwar cabar pelaksanaan Akta MKN ditolak



PUTRAJAYA: Bekas pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi gagal dalam rayuannya untuk mencabar pelaksanaan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Rohana Yusuf menolak rayuan yang difailkan Anwar.

Panel itu juga sebulat suara bersetuju bahawa saman Anwar itu mengemukakan isu yang sama iaitu mempersoalkan mengenai kompetensi legislatif Parlimen.

Sehubungan itu, mahkamah mengekalkan keputusan hakim Mahkamah Tinggi pada 14 Okt 2016, berhubung isu yang sama.

Panel hakim Mahkamah Rayuan itu turut dianggotai Hakim Datuk Ahmadi Asnawi dan Datuk Dr Badariah Sahamid.

Anwar diwakili peguam Gopal Sri Ram manakala peguam kanan persekutuan Datuk Amarjeet Singh mewakili kerajaan Malaysia dan MKN selaku responden.

Pada 14 Okt 2016, Mahkamah Tinggi menolak saman yang difailkan Anwar selepas membenarkan bantahan awal yang dikemukakan responden atas alasan tiada bidang kuasa untuk mendengar saman berkenaan kerana ia membabitkan kompetensi legislatif oleh Parlimen untuk menggubal undang- undang.

Pada 2 Ogos 2016, Anwar memfailkan saman itu selepas mendakwa pelaksanaan Akta MKN 2016, yang berkuat kuasa pada 1 Ogos 2016, adalah tidak berperlembagaan dan tidak sah.

Dalam saman itu, Anwar turut memohon deklarasi Seksyen 12 Akta Perlembagaan, Perkara 66 (4) dan Perkara 66 (4A) Perlembagaan Persekutuan adalah tidak berperlembagaan, batal dan tidak sah selain turut memohon injunksi bagi menghalang MKN daripada mengambil sebarang tindakan mengikut akta itu.

— BERNAMA



Source link

read more

MRA hantar bantuan bencana ke utara – Nasional


KUALA LUMPUR 6 Nov. – Malaysian Relief Agency (MRA) telah menggerakkan bantuan kemanusiaan ke bahagian utara negara melalui operasi bersama oleh MRA Kedah dan MRA Pulau Pinang bagi membantu mangsa bencana banjir dan ribut, mulai semalam.

Presiden MRA, Dr. Mohd. Daud Sulaiman berkata, pihaknya yang terdiri daripada dua pasukan bantuan MRA Pulau Pinang dengan sokongan 12 kenderaan pacuan empat roda daripada Kumpulan Wildtrucker dan sukarelawan Soul Foundation Penang telah mengagihkan bantuan makanan kering, air mineral dan kit kebersihan ke sembilan pusat pemindahan banjir di Pulau Pinang. 

“Bantuan kemanusiaan amat diperlukan untuk mangsa banjir di negeri terlibat khususnya bantuan kecemasan, keperluan asas, logistik dan gerak kerja serta bantuan pemulihan pasca banjir,” katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Online.

Bencana banjir di Pulau Pinang dan Kedah telah menyebabkan kehilangan banyak nyawa dan kerugian harta benda awam. Laporan terkini  menunjukkan hampir 10,000 penduduk telah dipindahkan ke 102 pusat pemindahan sementara di kedua-dua negeri.

Kepada rakyat Malaysia yang ingin menghulurkan bantuan kepada Tabung Bencana Banjir MRA yang telah diwujudkan, Mohd. Daud mempelawa agar menghulurkan sumbangan ikhlas ke akaun Public Bank Berhad 398891608 atas nama Malaysian Relief Agency Foundation

Maklumat lanjut juga boleh diperoleh dengan melayari laman sesawang rasmi MRA di www.mra.my atau hubungi Sekretariat MRA di 03-91744672.

“Semoga bantuan anda semua dapat meringankan penderitaan mereka,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

SPAD minta orang ramai jadi mata dan telinga



KUANTAN: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) meminta orang ramai untuk menjadi ‘mata dan telinga’ mereka dengan melaporkan kesilapan yang dilakukan kenderaan berat ketika di jalan raya.

Ketua Jabatan Penguatkuasanya Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata kerjasama itu diperlukan memandangkan SPAD tidak boleh memantau kesalahan yang dilakukan pemandu lori atau bas di jalan raya pada setiap masa.

“Kita minta pengguna jalan raya yang melihat kesalahan yang dilakukan itu terus membuat aduan kerana talian aduan beroperasi 24 jam. Nombor talian aduan juga dipamerkan kenderaan itu. Bagaimanapun aduan itu hendaklah lengkap dengan butiran tarikh, masa, di mana dan apa yang berlaku.

“Kita perlukan maklumat ini untuk memudahkan siasatan. Bukan mudah kita hendak menuduh orang melakukan kesalahan. Sebagai contoh seperti bas, jika ada aduan lengkap kita boleh memeriksa sistem pengesan global (GPS) secara terus dan mereka tidak boleh tipu,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menyertai operasi bersepadu Op Hippo antara SPAD dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap lori di Jalan Kuantan-Tanjung Lumpur dan Jalan Kuantan-Pekan berhampiran Inderapura di sini, hari ini.

Che Hasni berkata SPAD juga menerima aduan daripada mereka yang merakamkan kejadian dengan menggunakan kamera jenis ‘dashcam’ serta melakukan siasatan terhadap kejadian yang tular dalam media sosial.

Selain itu, beliau mengingatkan pengusaha dan pemandu lori untuk mematuhi undang-undang kerana kemalangan melibatkan kenderaan itu lebih berisiko mendatangkan kecederaan parah atau kematian.

“Keselamatan pengguna jalan raya perlu menjadi tumpuan utama mereka, bukannya mahu mengejar keuntungan hingga melakukan kesalahan seperti membawa lebih muatan atau muatan tidak sepatutnya.

“Patuhi permit muatan yang dikeluarkan. Jika permit tidak dikeluarkan untuk membawa batu, jangan bawa kerana keadaan lori yang tidak sesuai menyebabkan batu mudah keluar dan boleh mendatangkan kecederaan pada kenderaan di belakang,” katanya.

Che Hasni juga mengingatkan pengusaha atau pemilik lori agar tidak mengupah pekerja asing tanpa lesen yang sah untuk memandu lori mereka atau berhadapan dengan risiko lesen syarikat digantung selain akan menyukarkan mereka semasa diaudit oleh SPAD atau jika berlaku kemalangan.

Sebanyak 31 lori ditahan kerana melakukan 66 kesalahan menerusi operasi lima jam itu yang diadakan bermula 7 pagi melibatkan empat pegawai dan 38 anggota SPAD dan PDRM.

“44 kes berkaitan SPAD antaranya membawa lebih muatan dan muatan yang tidak dibenarkan manakala 22 lagi kes bawah bidang kuasa PDRM iaitu tidak memiliki alat pemadam api, kesalahan berkaitan nombor pendaftaran dan cukai jalan tamat tempoh,” katanya.

— BERNAMA



Source link

read more

Bukan takut peminat serbu- Aqasha – Hiburan


KUALA LUMPUR 6 Nov.- Penyanyi dan pelakon, Aqasha menepis dakwaan dia takut diserbu peminat kerana hanya sering ditemani pengawal peribadi semasa menyertai Gegar Vaganza musim keempat.

AQASHA nafikan guna pengawal peribadi.

Jelasnya, semua ‘pengawal peribadi’ itu sebenarnya adalah sebahagian daripada kru-kru yang menguruskan dia sepanjang program itu berlangsung.

“Sebenarnya mereka adalah pasukan The A Team yang menguruskan saya termasuk sesi bertemu peminat dan keperluan saya sepanjang program.

“Mereka sengaja menjiwai karakter pengawal peribadi. Bukan sebab takut peminat serbu atau menakut-nakutkan peminat.

“Bila mereka ada, lebih senang untuk kita menguruskan sesi bertemu peminat,” katanya.- UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Banjir P.Pinang Siap siaga 100 peratus hadapi amaran merah – TPM



KEPALA BATAS: Semua pihak digesa bersiap siaga dalam berdepan perubahan cuaca serta amaran merah gelombang kedua dan ketiga di utara tanah air bermula petang ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perubahan cuaca itu bukan sahaja melibatkan negeri di Semenanjung tetapi kawasan-kawasan di Sabah dan Sarawak sehingga Februari depan.

Sehubungan itu, beliau menggesa Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menyalurkan maklumat secara menyeluruh termasuk amaran berkaitan perubahan cuaca itu sebagai persediaan operasi menyelamat selain pemindahan segara dapat dilakukan.

“Apa yang berlaku di Pulau Pinang boleh dijadikan pengajaran dan bukan untuk menuding jari kepada mana-mana pihak. Namun, jika MetMalaysia dapat menghebahkan ramalan ini lebih awal, usaha pemindahan segera boleh dilakukan.

“Kesiapsiagaan 100 peratus ini perlu dilaksanakan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara dan jawatankuasa ini akan menggunakan acuan Pelan Pengurusan Banjir Kemaman kerana acuan ini mengunjurkan seminggu sebelum berlaku untuk kesiapsiagaan dilakukan. Pemindahan secara fizikal dilakukan tiga hari sebelum ia berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Bertam Indah, di sini hari ini.

Timbalan Perdana Menteri menambah, Majlis Keselamatan Negara (MKN) sedang membuat persiapan akhir berdepan amaran merah gelombang kedua dan ketiga di beberapa kawasan di seluruh negara.

Ujar beliau, kemudahan dan bantuan untuk mangsa banjir pula berada pada skala tujuh daripada 10 serta pihaknya akan memastikan semua barangan keperluan dan peralatan dapat disalurkan kepada mangsa dengan segera.

Katanya, beliau turut mengarahkan pendaftaran segera mangsa-mangsa banjir yang telah dipindahkan dapat disiapkan sebelum pukul 10 pagi esok kerana tidak mahu kelewatan bantuan kewangan kepada mangsa.

Selain itu, Ahmad Zahid berkata usaha kerajaan membantu Kerajaan Pulau Pinang jelas membuktikan bahawa perbezaan politik bukan menghalang mereka dan akar umbi untuk menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir.



Source link

read more

Rasuah: Bekas inspektor polis dipenjara 3 tahun, denda RM15,000 – Jenayah


KOTA BHARU 6 Nov. – Seorang bekas inspektor polis dikenakan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah menerima suapan bernilai RM2,000 daripada seorang lelaki, dua tahun lalu.

Hakim Adli Abd. Ghalib menjatuhkan hukuman tersebut selepas tertuduh, P. Kavikumar, 27,  yang pernah bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir pembelaan kes berkenaan.

Adli juga memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara 12 bulan lagi sekiranya dia gagal membayar denda.

P. Kavikumar didakwa menerima suapan berjumlah RM2,000 daripada Mohd Zulhafizi Wan Mohd Zulkefly, sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan kononnya atas kesalahan merogol di Jalan Bukit Bakar, Machang pada pukul 6 petang, 13 Januari 2015.

Dia didakwa mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) 2009 (Akta 694) yang boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan didenda tidak kurang lima kali ganda daripada jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana yang lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya SPRM negeri, Shahidah Muslimah Roslan mencadangkan supaya hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh sebagai pengajaran.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya  memohon supaya hukuman dikurangkan atas alasan bekerja sebagai pemandu teksi dan perlu menyara keluarga termasuk tiga adiknya yang masih belajar.

Adli kemudiannya menetapkan hukuman penjara tiga tahun bermula hari ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Pulau Pinang mungkin dilanda banjir lebih buruk – Pakar saliran



KUALA LUMPUR: Pakar saliran dari Universiti Sains Malaysia (USM) memberi amaran bahawa banjir yang lebih buruk berkemungkinan besar boleh melanda Pulau Pinang, walaupun kadar taburan hujan tidak setinggi yang dialaminya pada hujung minggu lalu.

Pengarah Pusat Penyelidikan Kejuruteraan Sungai dan Saliran Bandar USM, Profesor Dr. Nor Azazi Zakaria berkata lumpur dan keladak yang dibawa turun oleh hujan lebat pada hujung minggu lalu sudah menyebabkan semua saliran di Pulau Pinang menjadi sempit dan cetek.

Sambil melahirkan rasa bimbang, beliau berkata situasi itu akan menyebabkan paras air mudah naik hingga berlaku banjir sekiranya negeri itu sekali lagi berhadapan dengan hujan lebat.

Pulau Pinang mencatatkan taburan hujan tertinggi pada 300 ml hujung minggu lalu sekali gus menyebabkan banjir besar di lima daerah di negeri berkenaan.

Beliau turut menjelaskan banjir yang melanda Pulau Pinang pada Ahad adalah banjir kilat dan bukan banjir monsun seperti yang diperkatakan orang ramai.

“Banjir yang berlaku di Pulau Pinang pada hujung minggu lalu adalah banjir kilat berskala besar dan bukanlah banjir monsun seperti yang biasa berlaku di Pantai Timur.

“Ekoran kesan buruk, ramai yang menganggap apa yang terjadi di Pulau Pinang adalah sebahagian daripada monsun walaupun ianya hanya banjir kilat,” katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.

Tambahnya pembangunan yang tidak terkawal dan terancang memburukkan lagi kemampuan Pulau Pinang untuk menampung jumlah taburan hujan yang tinggi.

Rekod Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyebut Pulau Pinang sudah dilanda 119 banjir kilat sejak 2013.

Sementara itu Setiausaha DAP Pulau Pinang Lim Hui Ying menerusi kenyataan medianya memberi bayangan banjir sudah surut dan tumpuan kini terarah kepada usaha pembersihan.

“Dari tinjauan di lapangan, mangsa menyatakan mereka tidak lagi memerlukan bantuan makanan. Mereka kini memohon bantuan berupa alatan pembersihan, lori dan sukarelawan untuk membantu proses pembersihan selain wang tunai,” katanya.

Bagaimanapun Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi hari ini memberi amaran supaya semua pihak bersiap siaga menghadapi gelombang kedua dan ketiga banjir.

“Kesiapsiagaan 100 peratus ini perlu dilaksanakan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara untuk membolehkan usaha memindahkan mangsa banjir dibuat sebelum berlaku hujan lebat atau paras air meningkat,” katanya.



Source link

read more

Laman sesawang MIND dinaik taraf – Nasional


KUALA LUMPUR 6 Nov. – Malaysian Information Network on Disabilities (MIND) membuat pembaharuan pada laman webnya dengan menaik taraf beberapa elemen termasuk penambahan maklumat berkaitan autisme supaya masyarakat dapat mengetahui perkembangan terkini berkaitan perkara itu.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, elemen baharu itu turut meliputi perkhidmatan intervensi awal dan prasekolah khas kepada kanak-kanak autisme di samping maklumat berkaitan Pusat Permata Kurnia, laman web Permata Kurnia, iKurnia Asas Autisme, iKurnia LIVE, dan Pusat iKurnia Asas Intervensi.

“Objektif utama kita adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta program dan masyarakat tentang Permata Kurnia selain membolehkan maklumat itu diperoleh secara digital.

“Kita juga mahu masyarakat sedar tentang kepentingan intervensi dan pendidikan awal kepada kanak-kanak autisme,” katanya dalam ucapan sempena Pelancaran Laman Web MIND dengan kandungan Permata Kurnia di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pentadbir Bangunan Bakti Siti Hasmah, Toh Puan Dr. Aishah Ong; Setiausaha Bahagian Permata, Datuk Saidatu Akhma Hassan dan Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Dr. Salimah Othman.

Tambah Rosmah, laman web MIND sentiasa dikemas kini dan dirombak untuk penambahbaikkan isi kandungnya sejajar dengan perkembangan teknologi digital.

Difahamkan, penambahbaikkan itu merupakan usahasama antara Projek Bakti MIND dan Permata Kurnia. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Tikam rakan hingga mati gara-gara hilang telefon bimbit



SIPITANG: Angkara mabuk, seorang lelaki menikam rakan sekerjanya sehingga mati selepas tidak puas hati kerana dituduh mencuri telefon bimbit milik mangsa dalam kejadian di sebuah rumah kongsi berhampiran ITC daerah Sipitang, semalam.
 
Dalam kejadian jam 11.30 malam itu, mangsa lelaki berusia 21 tahun disahkan meninggal dunia di Hospital Sipitang  akibat kecederaan parah di bahagian diperutnya.
 
Ketua Polis Daerah Sipitang Deputi Superintendan Sabarudin Rahmat berkata, hasil siasatan awal mendapati berlaku perselisihan faham dan pertengkaran mangsa dengan rakannya sekerja.
 
“Mangsa dan suspek dikatakan mabuk, lalu mangsa mencari telefon bimbitnya di rumah suspek dan berlaku pertengkaran sebelum suspek menikam mangsa menggunakan sebilah pisau diperut.
 
“Akibat kejadian itu, mangsa tidak sedarkan diri dan dibawa ke Hospital Sipitang oleh rakannya dan didapati mangsa meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
  
Sabarudin berkata, bertindak atas maklumat, jam 1.30 pagi tadi, polis berjaya menahan suspek dan merampas sebilah pisau yang disyaki digunakan ketika kejadian itu.
 
“Suspek lelaki tempatan berusia 36 tahun direman bagi membantu siasatan.
 
“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons