Jambatan sementara Pulau Setelu tenggelam buat kali ke-23 – Nahas & Bencana


GUA MUSANG 6 Nov. – Jalan Gua Musang-Jeli masih lagi ditutup kepada kenderaan selepas jambatan sementara Pulau Setelu di sini sekali lagi ditenggelami air akibat hujan le­bat.

Jambatan sementara itu teng­gelam mulai pukul 6.30 petang apabila hujan lebat berterusan di kawasan hulu sejak petang semalam.

Seorang pengguna jalan raya, Saiful Azam Mohamad, 35, berkata, air Sungai Nenggiri itu masih belum surut dan melimpahi jambatan sementara menyebabkan berpuluh-puluh kenderaan terkandas serta urusan penduduk kampung tergendala.

Katanya, pengguna jalan raya yang ingin melalui jambatan itu untuk ke Jeli terpaksa  berpatah balik dan menggunakan jalan alternatif lain.

“Sisa kayu dilihat turut melekat pada jambatan sementara itu setiap kali air sungai naik.

“Kita berharap penduduk bersabar dan tidak bergadai nyawa untuk menyeberangi jambatan tersebut,” katanya.

Sementara itu, Pentadbir Mukim Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Ahmad Kamizi Jalil berkata, pada tahun ini sahaja sudah 23 kali jamba­tan itu ditenggelami air sungai.

Katanya, penduduk di 10 buah kampung sentiasa cemas setiap kali hujan lebat.

“Setiap kali hujan lebat jambatan sementara ini tenggelam  dan memberi masalah kepada penduduk sejak jambatan kekal runtuh pada banjir besar penghujung Disember 2014 lalu.

“Masalah itu menyukarkan kami untuk ke bandar Gua Musang dan juga kepada pengguna jalan raya Gua Musang-Jeli,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Bekas inspektor polis dihukum penjara denda RM15000 akibat terima rasuah



KOTA BHARU: Seorang bekas inspektor polis dijatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun dan denda sebanyak RM15,000 di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini selepas didapati bersalah menerima suapan berjumlah RM2,000, dua tahun lalu.

Hakim Adli Abd Ghalib menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, P Kavikumar, 27, gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menerima suapan berjumlah RM2,000 daripada Mohd Zulhafizi Wan Mohd Zulkefly, sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan kononnya atas kesalahan merogol di Jalan Bukit Bakar, Machang pada jam 6 petang, 13 Januari 2015.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) 2009 (Akta 694) yang boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan didenda tidak kurang lima kali ganda daripada jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya SPRM Kelantan, Shahidah Muslimah Roslan mencadangkan supaya hukuman setimpal dikenakan kepada tertuduh sebagai pengajaran.

Beliau berkata, tertuduh sebagai anggota polis sepatutnya memberi perlindungan kepada orang awam, namun mengambil kesempatan atas perkara berkenaan.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memohon supaya hukumannya dikurangkan atas alasan bekerja sebagai pemandu teksi dan perlu menyara keluarga termasuk tiga adik yang sedang belajar serta ayahnya yang berstatus orang kelainan upaya (OKU).

Adli kemudiannya menetapkan hukuman penjara tiga tahun bermula hari ini dan denda RM15,000. Sekiranya gagal, hukuman penjara ditambah selama 12 bulan.



Source link

read more

Tiket harga RM10 temui Rajinikanth Kamal Hassan



KUALA LUMPUR: Dengan membeli tiket berharga hanya RM10, orang ramai berpeluang bertemu bintang filem India, Rajinikanth dan Kamal Hassan dalam satu program khas yang menghimpunkan artis-artis terkenal dari negara berkenaan.

Program dikenali sebagai ‘Natchathira Vizha 2018’ itu akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 6 Jan tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MyEvents International, Shahul Hameed Dawood berkata harga tiket yang rendah antara RM10 dan RM30 itu adalah bagi memberi peluang kepada peminat di negara ini, hadir ke majlis bakal menghimpunkan lebih 300 artis terkemuka dari India Selatan itu melibatkan pelakon, penyanyi dan pengarah muzik filem Tamil, selain penglibatan artis India tempatan.

“Nachathira Vizha 2018 merupakan pesta artis yang menampilkan persembahan nyanyian, tarian serta perlawanan kriket dan bola sepak oleh artis India serta artis tempatan,” katanya kepada Bernama.

Beliau menjangkakan lebih 30,000 peminat tanah air akan hadir memeriahkan acara tersebut.

Shahul Hameed menjelaskan acara melibatkan artis India yang terbesar di Asia itu akan mengeratkan hubungan antara artis dari India dengan artis tempatan serta mewujudkan platform bagi artis negara ini untuk bergerak ke peringkat antarabangsa dalam bidang hiburan.

Selain barisan pelakon terkenal India seperti Surya, Vishal, Karthi, Sivakarthikeyan, Vijay Sethupathi, Nayanthara, Tamanna, Mohal Lal, Nagarjuna dan Mammooty, enam pengarah muzik terkenal — Harris Jayaraj, Anirudh Ravichandran, Srikanth Deva, GV Prakash, Tamman dan Imman serta penyanyi Karthik, Haricharan, Swetha Mohan, Ranjith, Naresh Iyer dan Chinmayee akan turut memeriahkan majlis tersebut.

Acara mega itu dianjurkan Persatuan Artis India Selatan dengan kerjasama MyEvents International serta mendapat sokongan sepenuhnya oleh Malaysia Major Events, anak syarikat di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.

— BERNAMA



Source link

read more

Orang ramai perlu jadi ‘mata dan telinga’ SPAD – Nasional


KUANTAN 6 Nov. – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) meminta orang ramai untuk menjadi ‘mata dan telinga’ mereka dengan melaporkan kesilapan yang dilakukan kenderaan berat ketika di jalan raya.

Menurut Ketua Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad, kerjasama itu diperlukan memandangkan SPAD tidak boleh memantau kesalahan yang dilakukan pemandu lori atau bas di jalan raya pada setiap masa.

“Kita minta pengguna jalan raya yang melihat kesalahan yang dilakukan itu terus membuat aduan kerana talian aduan beroperasi 24 jam. Nombor talian aduan juga dipamerkan kenderaan itu. Bagaimanapun aduan itu hendaklah lengkap dengan butiran tarikh, masa, di mana dan apa yang berlaku.

“Kita perlukan maklumat ini untuk memudahkan siasatan. Bukan mudah kita hendak menuduh orang melakukan kesalahan. Sebagai contoh seperti bas, jika ada aduan lengkap kita boleh memeriksa sistem pengesan global (GPS) secara terus dan mereka tidak boleh tipu,” kata selepas menyertai operasi bersepadu Op Hippo antara SPAD dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Jalan Kuantan-Tanjung Lumpur dan Jalan Kuantan-Pekan berhampiran Inderapura, di sini hari ini.

Che Hasni berkata, SPAD turut menerima aduan daripada mereka yang merakamkan kejadian dengan menggunakan kamera jenis ‘dashcam’ serta melakukan siasatan terhadap kejadian yang tular dalam media sosial.

Selain itu, beliau mengingatkan pengusaha dan pemandu lori untuk mematuhi undang-undang kerana kemalangan melibatkan kenderaan itu lebih berisiko mendatangkan kecederaan parah atau kematian.

“Keselamatan pengguna jalan raya perlu menjadi tumpuan utama mereka, bukannya mahu mengejar keuntungan hingga melakukan kesalahan seperti membawa lebih muatan atau muatan tidak sepatutnya,” kata Che Hasni.

Dalam operasi selama lima jam yang melibatkan empat pegawai dan 38 anggota SPAD dan PDRM itu, sebanyak 31 lori ditahan kerana melakukan 66 kesalahan. – BERNAMA



Source link

read more

Pendakwah perlu belajar bijak raikan kepelbagaian agama dan etnik – Musa



KENINGAU: Golongan pendakwah di negeri ini perlu belajar dan bijak meraikan kepelbagaian agama dan etnik di Sabah bagi mengelak salah faham yang menjurus kepada lahirnya golongan pelampau dan ekstremis agama seperti Daesh, kata Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman.

Beliau berkata golongan pendakwah juga perlu mengambil pendekatan sederhana ketika menjalankan aktiviti mereka, sesuai dengan ajaran mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Syiar Islam perlu disebarkan dengan penuh kasih sayang di antara sesama manusia…dengan pendekatan seperti ini, saya percaya semua lapisan masyarakat dapat menerima dengan hati terbuka serta dapat meleraikan salah faham terhadap agama Islam,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Konvokesyen Institut Pengajian Islam dan Dakwah (IPDS) Kali Ke-13 di sini hari ini.

Teks ucapan Musa disampaikan Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Datuk Mohd Arifin Mohd Arif. Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Tan Sri Othman Mustapha, Mufti Kerajaan Negeri Sabah Datuk Bongsu Aziz Jaafar, Timbalan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah Ustaz Sidek Hadi, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Masri Razali dan Pegawai Daerah Keningau Yusof Osman.

Musa berkata sebagai pendakwah mereka merupakan ejen yang dapat menyatupadukan ummah agar perpaduan, kemakmuran dan keharmonian di negara ini akan terus kekal dikecapi.

Seramai 343 graduan masing-masing menerima sijil tamat pengajian daripada institut itu.

Sementara itu, Musa berkata kejayaan yang dikecapi para graduan IPDS hari ini tidak bermakna proses mereka menuntut ilmu sudah tamat sebaliknya ia perlu terus berjalan bagi mencapai aspirasi Tranformasi Tahun 2050 (TN50).

“… Para garaduan perlu menjadikan kejayaan hari ini sebagai batu loncatan untuk terus berusaha memantapkan ilmu pengetahuan bagi memajukan diri dari semasa ke semasa kerana pendakwah yang hebat sentiasa meletakkan ilmu sebagai agenda sangat penting,” katanya.

Mengenai majlis konvokesyen itu, Musa merakamkan penghargaan kepada IPDS kerana berjaya melahirkan ilmuan Islam yang berkualiti dan berharap institusi itu akan terus melahirkan lebih ramai daie dan bakal pemimpin agama pada masa hadapan.

Musa mengajak jabatan kerajaan serta syarikat swasta untuk bersama-sama membantu dan berganding bahu membangunkan IPDS yang merupakan satu-satunya institusi yang dikendalikan kerajaan negeri yang menawarkan kursus di peringkat Diploma Pengajian Dakwah di negeri itu.

Katanya, bantuan bukan sekadar untuk keperluan akademik tetapi keperluan lain seperti penyediaan bilik kuliah lebih kondusif, auditorium, bangunan perpustakaan dan sebagainya seiring dengan pembangunan daerah Keningau yang kian pesat.

— BERNAMA



Source link

read more

Netherlands sentiasa diancam banjir tapi ada kaedah untuk uruskan air


HANYA 50 peratus daripada tanah Netherlands berada di atas paras laut dan kejadian banjir yang besar sering berlaku sejak beratus-ratus tahun dahulu.

Dengan mengambil kira aspek penerimaan hujan yang semakin banyak dan kenaikan paras air laut dunia akibat pemanasan global, orang Belanda kini mendahului dari aspek kejuruteraan pengurusan air, lapor portal PRI.org.

Seorang profesor dalam sistem urbanisasi dan pengurusan banjir dari IHE Delft Institute, Chris Zevenbergen berkata, Netherlands sedang dalam fasa transisi.

“Kita sedang berdepan dengan ketidakpastian dalam aspek perubahan iklim dan pembangunan sosioekonomi,” ujarnya yang menambah bahawa manusia tidak akan sentiasa dapat mengawal aturan alam semula jadi.

Sepuluh tahun lalu, Netherlands membangunkan konsep ‘ruang untuk sungai’.

Konsep yang disifatkan sebagai anjakan paradigma itu adalah dengan  memberi ruang yang lebih banyak untuk air dan membenarkan sungai untuk berkembang apabila air memasuki negara itu.

Sebelumnya, mereka hanya membina banyak sekatan sungai dan mengukuhkan benteng sepanjang sungai.

Maka, pendekatan terbaharu adalah ‘hidup bersama air, bukannya berlawan dengan air’.

Selain pembinaan sistem pintu masuk air, orang Belanda telah lama memikirkan kaedah terbaik dalam pelan tindak balas umum sekiranya berlaku banjir. - Foto: rijkswaterstaat.nl

Tanah rendah

Sebahagian besar Netherlands adalah kawasan tanah rendah yang ditambak dari laut dan dilindungi benteng penahan air. Kawasan-kawasan seumpamanya merangkumi bandar-bandar besar di negara itu.

Negara itu kini mempertimbangkan cara-cara untuk memperlahankan proses pembangunan di kawasan tanah rendah, seterusnya membangunkan sistem amaran yang lebih berkesan supaya orang awam serta pihak bertanggungjawab lebih bersedia sekiranya berlaku banjir sebenar.

“Kami sifatkan langkah itu sebagai perlindungan, pencegahan dan persediaan,” ujar Zevenbergen.

Bandar-bandar dunia kini menggunakan taman-taman dan ruang awam sebagai kawasan takungan setiap kali menerima hujan lebat. Bagi kenaikan air laut pula, mereka mengubah pendekatan – daripada sistem pertahanan, kepada kaedah yang bersedia untuk menampung kegagalan sistem-sistem awal itu.

Ia dinamakan sebagai ‘perlindungan pelbagai peringkat’.

Peringkat pertama adalah sistem perlindungan banjir yang meliputi sistem benteng pertahanan awal. Peringkat kedua adalah perancangan tindak balas umum.

Perancangan tindak balas umum digunakan orang awam dan sektor swasta untuk mempengaruhi pengurusan pergerakan penduduk dan aktiviti di ruang-ruang berskala besar. Secara ringkas, ia adalah koordinasi amalan dan polisi.

Netherlands telah membina sistem perlindungan banjir hingga ke tahap peluang kegagalan adalah satu dalam 10,000. Itu disifatkan Zevenbergen sebagai sistem paling ketat di planet ini.

Menurutnya, walaupun kemungkinannya agak rendah, namun kesannya amat besar memandangkan dua per tiga ekonomi Netherlands terletak di kawasan rendah yang boleh ditenggelami air tersebut.

Senario antarabangsa

Zevenbergen juga telah mengembara ke seluruh dunia, memberi khidmat nasihat kepada bandar-bandar utama dunia tentang kaedah menghadapi banjir. Begitupun, beliau mengenal pasti dua cabaran besar.

Pertama adalah memikirkan cara untuk melindungi bandar-bandar berpopulasi tinggi yang sedia wujud.

Sebagai contoh, di China, sementara kawasan baharu yang dibina semuanya berdepan masalah banjir, mereka mengembangkan mekanisme atau kaedah yang peka pada air. Ini memandangkan usaha transformasi ketahanan banjir di kawasan-kawasan urban yang sedia ada boleh mengambil tempoh sekurang-kurangnya satu hayat generasi.

Cabaran kedua terletak pada bandar-bandar bersaiz kecil dan sederhana di Afrika dan Asia.

“Semua bandar-bandar itu sedang membangun dengan pesat, namun tidak mempunyai kapasiti untuk membangun secara mampan, iaitu menumpukan tentang ancaman daripada sungai-sungai, kenaikan paras air laut dan curahan hujan,” jelas Zevenbergen.

Nasihat terbaik Zevenbergen untuk bandar-bandar yang berdepan ancaman banjir akibat hujan lebat, kenaikan air laut mahupun impak ribut adalah: “Beri perhatian serius pada situasi semasa dan sistem perlindungan.”

Ternyata di Netherlands, mereka tidak bertindak balas hanya apabila bencana banjir sudah berlaku. Sebaliknya, mereka membuat persiapan sepanjang masa untuk menjangkakan kejadian banjir.



Source link

read more

Banjir: Calon STPM perlu hubungi MPM – Nahas & Bencana


KUALA LUMPUR 6 Nov. – Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) membuka bilik gerakan bagi membantu calon-calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang menghadapi kesukaran ke 683 pusat peperiksaan akibat bencana alam termasuk banjir dan tanah runtuh.

Pengerusinya, Prof. Datuk Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, calon terbabit diminta pergi ke pusat peperiksaan terdekat dan melaporkan diri ke Ketua Pengawas di sana jika sukar ke pusat peperiksaan yang telah ditetapkan.

“Mereka juga boleh menghubungi bilik gerakan yang beroperasi dari pukul 7 pagi hingga 5 petang di talian 03-61261668 atau 03-61261600 (Am) / 03-61261650 / 03-61261651 / 03-61261653 / 03-61261661 / 03-61261662 untuk memaklumkan situasi yang mereka hadapi akibat bencana alam itu jika gagal ke pusat-pusat peperiksaan terdekat.

“Calon juga dinasihatkan sentiasa menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing untuk mengetahui status semasa di negeri masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Mati dalam tahanan Tiada hak tuntut ganti rugi teladan



PUTRAJAYA: Keluarga orang yang meninggal dunia semasa dalam tahanan tidak mempunyai hak untuk menuntut ganti rugi teladan, demikian diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan hari ini.

Keputusan majoriti 4-1 itu dicapai oleh panel lima hakim selepas membenarkan rayuan yang dikemukakan oleh polis dan kerajaan terhadap jumlah ganti rugi yang diperoleh oleh tiga keluarga orang yang meninggal dunia semasa dalam tahanan.

Keputusan itu dicapai oleh Tan Sri Ahmad Maarop, Tan Sri Suriyadi Halim Omar, Tan Sri Azahar Mohamed dan Tan Sri Zaharah Ibrahim manakala penghakiman menentang dibuat oleh Tan Sri Zainun Ali.

Hakim Zaharah, yang membaca keputusan majoriti itu, berkata mahkamah berpendapat bahawa pemberian ganti rugi teladan di bawah Seksyen 7 Akta Undang-Undang Sivil 1956 adalah bertentangan dengan niat perundangan dalam menggubal seksyen tersebut.

Beliau berkata Mahkamah Tinggi telah terkhilaf dalam mengambil pendirian bahawa had yang ditetapkan oleh Seksyen 8 (2) Akta Undang-Undang Sivil 1956 terhadap pemberian ganti rugi teladan tidak terpakai apabila kematian itu adalah hasil pelanggaran hak mangsa untuk hidup di bawah perlembagaan.

Dalam kes A. Kugan, yang mati semasa dalam tahanan polis pada 2009, Mahkamah Persekutuan mengetepikan RM300,000 sebagai ganti rugi teladan dengan ibu Kugan, N. Indra, 50, kini menerima jumlah RM401,700 berbanding RM701,700.

Pada 13 Jan 2012, Indra, memfailkan saman RM100 juta menuntut ganti rugi kerana mendakwa pihak-pihak terbabit melakukan kecuaian, serangan, salah penahanan dan salah laku pegawai awam serta melanggar tanggungjawab statutori.

Kugan, 22, ditahan di Puchong pada 14 Jan 2009 kerana didakwa terlibat dalam sendiket mencuri kereta. Beliau ditahan satu malam di lokap Balai Polis Puchong Jaya sebelum polis mendapatkan perintah reman.

Beliau kemudiannya dibawa ke Balai Polis Taipan USJ, Subang Jaya dua hari kemudian untuk disoal siasat dan kemudian ditemui mati pada 20 Jan 2009.

Dalam kes kedua membabitkan seorang penarik kereta, Abdul Jaffar Abdul Mutalib, 38, yang mati ditembak polis pada 2008, mahkamah tersebut mengetepikan RM300,000 sebagai ganti rugi teladan dan kini ketiga-tiga anak perempuan Abdul Jaffar hanya berhak mendapat ganti rugi berjumlah RM51,000 atas kehilangan tempat bergantung.

Nurasmira Maulat Abdul Jaffar, Siti Asma dan Siti Fatimah, memfailkan saman terhadap polis dan kerajaan Malaysia dengan menuntut ganti rugi atas dakwaan kecuaian polis menembak mati bapa mereka.

Dalam kes ketiga, mahkamah mengetepikan RM100,000 sebagai ganti rugi teladan kepada M. Gaur Chandram selepas anaknya, Uthayachandran, mati semasa ditahan reman bagi kes dadah di Penjara Sungai Buloh, pada 18 Mei 2008.

Susulan keputusan itu, bapanya kini diberikan ganti rugi kira-kira RM105,000.

Hakim Zainun, dalam keputusannya, berkata kematian seseorang individu semasa dalam tahanan polis adalah pelanggaran yang jelas terhadap asas kebebasan termaktub dalam Perkara 5 (1) Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak untuk hidup.

Beliau berkata ganti rugi teladan boleh dituntut oleh keluarga si mati apabila punca tindakan berkenaan melanggar hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

“Kematian dalam tahanan sama sekali tidak boleh menjadi perkara normal yang baharu…kesalahan serius dalam masyarakat jika ia tidak mencari punca kehilangan nyawa yang tidak masuk akal,” katanya.

Katanya, mahkamah mempunyai kewajipan untuk mengubah suai Akta Undang-Undang Sivil, sebagai undang-undang praMerdeka, untuk dibaca selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

— BERNAMA



Source link

read more

Gaya hidup sihat cegah penyakit kardiovaskular – Wilayah


KUALA KRAI 6 Nov. – Penyakit kardiovaskular iaitu serangan jantung dan strok adalah punca utama kepada kematian di seluruh dunia khusunya di hospital kelolaan Kementerian Kesihatan.

Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr. Ahmad Razin Datuk Ahmad Mahir berkata, justeru, masyarakat diseru agar mengamalkan gaya hidup sihat dari aspek pemakanan; bersenam dan sentiasa melakukan ujian saringan kesihatan.

“Kita juga perlu mencegah penyakit ini melalui beberapa amalan lain seperti tidak merokok; menangani stress dengan baik dan mengambil pemakanan secara seimbang.

“Risiko serangan jantung bagi lelaki lebih tinggi jika dibandingkan dengan wanita, namun golongan wanita turut berdepan risiko yang sama selepas mereka mencapai peringkat menopause.

“Oleh itu,  kita sarankan agar semua peringkat umur supaya mengambil berat tentang isu ini dan sentiasa menjaga kesihatan dengan amalan hidup sihat bermula dari awal agar ianya dapat dicegah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Hari Jantung Sedunia Peringkat Negeri di Klinik Kesihatan Manek Urai, Kuala Krai di sini hari ini.

Dalam pada itu,  Ahmad Razin berkata, pada tahun 2013 sebanyak 24.71 peratus kematian di negara ini adalah berpunca daripada penyakit kardiovaskular. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Pemandu ditahan polis tidak pernah berdaftar dengan syarikat – Grab Malaysia



KUALA LUMPUR: Jumaat lalu, Astro AWANI menyiarkan satu artikel berjudul Pemandu GrabCar ditahan polis yang disyaki ditahan polis kerana disyaki merogol dan menyamun seroang pelanggan yang didakwa penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) pada Khamis.

Ini respon dari Ketua Negara Grab Malaysia, Sean Goh kepada Astro AWANI hari ini.

“We would like to clarify that the person arrested is not a GrabCar driver and was never registered on our Grab platform.”  (Kami ingin menjelaskan individu yang diberkas itu bukan pemandu GrabCar dan tidak pernah berdaftar dengan platform Grab),” kata Goh dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pemandu GrabCar itu didakwa menjadi suspek rogol dan samun bersenjata seorang pelajar sebuah universiti awam pada Rabu ditahan dalam satu tangkapan di Pelabuhan Klang, Selangor pada Jumaat.

Suspek berusia 27 tahun yang mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes pecah rumah itu ditahan pada pukul 4 pagi.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons