Hadiah RM150,000 sempena Karnival Kewangan Sarawak – Wilayah


KUCHING 6 Nov. – Hadiah bernilai lebih RM150,000 disediakan pada Karnival Kewangan Sarawak yang julung kali diadakan di negeri ini.

Pengurus Pejabat Bank Negara Malaysia Kuching, Rosnani Mohammad Zain berkata, karnival tersebut akan diadakan di Pusat Pameran Cityone selama tiga hari dari 24 hingga 26 November nanti.

“Karnival ini dianjurkan dengan kerjasama industri kewangan bertemakan ‘Utamakan Keperluan Kewangan Anda’.

“Kita mahu menyampaikan maklumat kewangan seperti perancangan dan pengurusan kewangan secara berhibur yang mudah dan berkesan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Program Taklimat Bersama Media sempena Karnival Kewangan Sarawak di Bank Negara Malaysia Pejabat Wilayah Kuching hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Persatuan Bank Sarawak, Nasir Khan dan Ketua Wilayah Malaysia Timur Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam), Abdul Malek Abdullah.

Mengulas lanjut, beliau berkata, segala maklumat berkaitan perbankan, produk dan perkhidmatan disediakan di bawah satu bumbung.

“Semua golongan masyarakat di negeri ini diseru untuk hadir bagi bersama meningkatkan pengurusan kewangan diri mahupun keluarga.

“Pelbagai aktiviti disediakan seperti permainan kuiz bersama selebriti, cabutan bertuah, pertandingan swafoto, konsert mini dan penampilan wira Sarawak,” jelasnya.

Beliau berkata, orang ramai juga boleh mendapat maklumat lanjut melalui laman web www.karnivalkewangan.com.my. – UTUSAN ONLINE

 



Source link

read more

Muzium Hidup Sarawak gamit pasangan diraja Britain



KUCHING: Ketenangan suasana nyaman dan damai di Kampung Budaya Sarawak (SCV) berubah berbanding hari biasa apabila ‘Muzium Hidup’ di kaki bukit Gunung Santubong itu buat julung kali menerima kunjungan tetamu yang sangat istimewa dari Britain.

Pasangan diraja, Putera Charles dan isteri baginda, Camilla dapat melihat kepelbagaian etnik Sarawak secara dekat apabila menjejak kaki di perkampungan yang terletak kira-kira 35km dari sini, hari ini.

Suasana amat berbeza sekali bagi warga SCV apabila Putera Wales dan Duchess of Cornwall, diiringi oleh Menteri Pengiring, Datuk Seri S.K. Devamany, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana, dan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah tiba pada jam 2.30 petang.

Sebaik tiba, rombongan diraja Britain itu disambut oleh Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC), Tan Sri Abdul Aziz Hussain, Pengurus Besar SCV, Jane Lian Labang sebelum disajikan dengan persembahan tarian oleh penari SCV yang berpakaian tradisional berwarna-warni.

Pasangan diraja itu kemudian berjalan di laluan kayu untuk menerokai landskap kampung yang ditawarkan di situ dengan harapan baginda berdua dapat berkongsi pengalaman Sarawak dengan dunia luar dengan semuanya dalam tempoh sehari.

Persinggahan pertama baginda berdua adalah Rumah Iban atau rumah panjang Iban bagi mengamati suasana pemandangan dalaman rumah tradisional suku etnik terbesar di Bumi Kenyalang.

Keunikan kediaman rumah panjang dan menjadi adat untuk pengunjung disambut oleh gadis dan pemuda rumah panjang melakukan tarian tradisional serta memainkan alat muzik ‘gong’ sebagai tanda ‘selamat datang’ ke kediaman mereka.

Putera Charles kemudian mengadakan sesi dialog tertutup dengan enam pemimpin komuniti dari suku kaum Bidayuh, Iban, Orang Ulu, Melanau, Cina dan Melayu di Persada Alam manakala Camilla pergi ke Dewan Lagenda untuk menyaksikan pameran kraftangan tempatan.

Sesi tersebut memakan masa 15 minit sebelum pasangan diraja itu pergi ke Rumah Penan dengan Putera Charles begitu teruja apabila mencuba kemahiran baginda menggunakan sumpitan.

Baginda berdua kemudian dibawa ke tasik berhampiran di tengah-tengah perkampungan itu untuk pengalaman menaiki rakit buluh yang menjadi mod pengangkutan harian bagi penduduk di kawasan terpencil di negeri itu.

Pasangan diraja itu kemudian meninggalkan SCV pada jam 3.40 petang untuk meneruskan lawatan di bandaraya Kuching sebelum berlepas ke Pulau Pinang.

— BERNAMA



Source link

read more

INTEGRITI kecam tindakan salah guna dana mangsa wabak ebola di Afrika Barat



KUALA LUMPUR: Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) terkejut dengan pendedahan Persekutuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa (IFRC) yang mendapati pekerja-pekerja badan itu dan beberapa pihak yang lain telah menyalahguanakan dana AS$6 juta (RM25 juta) yang diperuntukkan untuk melawan wabak Ebola di rantau Afrika Barat.

Menurut maklumat media, jumlah itu sebahagian daripada lebih AS$124 juta (hampir RM500 juta) yang disediakan, meliputi tempoh dari 2014 hingga 2016, bagi menangani wabak yang telah meragut lebih 11,000 orang di Sierra Leone, Liberia dan Guinea.

Pada pandangan INTEGRITI, pendedahan kemungkinan wujud ‘kolusi’ dan bersubahat, Sebagaimana disebutkan oleh Setiausaha Agung Persekutuan Palang Merah dan Persatuan Bulan Sabit Merah Antarabangsa, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood, dengan sendiri menunjukkan lemahnya budaya berintegriti dalam kalangan pihak-pihak yang terbabit dalam proses pengagihan dana yang diperuntukkan khusus untuk membantu mangsa wabak Ebola.

Ia dengan jelas menunjukkan ada pihak yang lebih mengutamakan kepentingan peribadi berbanding dengan kepentingan kumpulan sasaran yang sebenar.

Kes melibatkan dana wabak Ebola ini satu contoh di mana dana untuk tujuan kemanusiaan tidak sampai kepada kumpulan sasaran sepenuhnya dan secara menyeluruh. Perkembangan ini sesuatu yang menyedihkan kerana ia melibatkan nyawa manusia.

Menyalahgunakan dana yang disalurkan untuk membantu mangsa wabak merupakan satu tindakan yang keji dan tidak wajar dilakukan oleh mana-mana pihak.

Dalam hal ini, INTEGRITI menyambut baik ketegasan kepimpinan Persekutuan Palang Merah dan Persatuan Bulan Sabit Merah Antarabangsa yang memutuskan untuk mengambil tindakan tegas bagi membendung isu ini.

Sebagaimana disebutkan oleh Dr Jemilah, dana yang disalurkan oleh pelbagai pihak termasuk orang perseorangan seharusnya digunakan untuk tujuan kemanusiaan yang ditetapkan, dan jika tidak, ia akan memusnahkan kepercayaan orang ramai dan para penderma terhadap badan-badan seperti IFRC.

INTEGRITI percaya satu pendekatan menyeluruh bagi menangani salah guna dana perlu dikuatkuasakan oleh pertubuhan-pertubuhan ternama seperti IFRC. Ini termasuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika persekitaran malapetaka.

Selain itu pemupukan budaya berintegriti tinggi dalam kalangan pekerja dan sukarelawan serta pihak institusi kewangan dan kakitangan kerajaan yang terlibat dalam pengagihan dana amat penting.

INTEGRITI menyambut baik usaha dan pendekatan yang diumumkan oleh Dr Jemilah bagi mengatasi isu ini.

INTEGRITI sedia berkongsi pengalaman dan amalan-amalan baik bagi mewujudkan persekitaran bebas salah guna kuasa, penipuan dan penyelewengan dalam soal pengagihan dana kemanusiaan.

Pihak berkuasa negara-negara yang dihimpit masalah kemanusiaan, seperti dalam kes wabak Ebola, juga sangat penting. Mereka yang terlibat dalam salah guna kuasa harus dikenakan tindakan undang-undang tegas yang sewajarnya.



Source link

read more

Ibu Kugan gagal peroleh RM300,000 – Mahkamah


PUTRAJAYA 6 Nov. – Ibu A. Kugan gagal memperoleh ganti rugi teladan RM300,000 ekoran kematian lelaki itu dalam tahanan polis, lapan tahun lalu selepas Mahkamah Persekutuan hari ini membenarkan rayuan akhir Kerajaan Malaysia dan pasukan polis.

N. Indra hanya memperoleh kira-kira RM401,700 melibatkan pelbagai ganti rugi lain yang dikekalkan oleh kuorum berkenaan.

Keputusan majoriti 4-1 itu dimuktamadkan oleh panel lima hakim bersidang diketuai oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Ahmad Maarop.

Hakim Ahmad bersama-sama Tan Sri Suriyadi Halim Omar, Tan Sri Azahar Mohamed dan Tan Sri Zaharah Ibrahim membenarkan rayuan pihak kerajaan manakala Tan Sri Zainun Ali mencapai keputusan menentang.

Pada 8 Ogos 2014, Mahkamah Rayuan memerintahkan kerajaan dan pasukan polis membayar pelbagai ganti rugi mencecah RM701,700 (termasuk ganti rugi teladan RM300,000) kepada ahli keluarga Kugan.

Mahkamah Rayuan berpendapat, bekas Ketua Polis Selangor, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan para pegawainya bertanggungjawab atas kematian Kugan.

Indra mengemukakan saman ekoran kematian anaknya dalam lokap di balai polis Taipan USJ pada 20 Januari 2009. Kugan, 22, ketika itu ditahan sebagai suspek kes curi kereta mewah.

Indra menamakan Khalid, bekas konstabel, V. Navindran, bekas Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner (ACP) Zainal Rashid Abu Bakar (sudah meninggal dunia), Ketua Polis Negara ketika itu dan Kerajaan Malaysia. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

MRSM komited objektif penubuhan buat Bumiputera berpendapatan rendah – Ansara



KUALA LUMPUR: Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) kekal relevan khususnya dalam menyediakan kemudahan pendidikan kepada Bumiputera yang berpendapatan rendah, selain berpegang pada objektif melahirkan pelajar terbaik kepada negara ini.

Presiden Persatuan Bekas Pelajar MRSM Se-Malaysia (Ansara) Datuk Kamarul Redzuan Muhamed berkata, semenjak ia ditubuhkan pada 1972, graduan MRSM sehingga 2016 mencecah 212,000 orang.

“MRSM masih kekal dengan objektif asal ketika penubuhannya iaitu menambah bilangan Bumiputera profesional yang mampu bersaing dalam bidang sains, teknologi dan keusahawanan.

“MRSM telah dikhususkan kepada golongan kurang berkemampuan dan dari luar bandar sejajar dengan keperluan Akta Majlis Amanah Rakyat Bil. 20 tahun 1966 yang menjadikan MRSM sebagai usaha MARA untuk mencapai matlamat di dalam bidang latihan dan pendidikan,” katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.

BACA: MARA utamakan pelajar B40, M40 luar bandar masuki MRSM

BACA: 

Petronas bantu pembangunan infrastruktur Sabah, bina MRSM dan asrama

Kamarul berkata demikian ketika mengulas khabar angin di media sosial yang mengatakan MRSM tidak lagi memfokuskan objektif asal penubuhan khususnya mengenai pengambilan pelajar Bumiputera dari keluarga berpendapatan rendah.

Jelasnya, setelah 47 tahun penubuhan MRSM, perbezaan demografi, peratus kemiskinan di luar bandar dan bandar memungkinkan pelajar di bandar diambil kira untuk kemasukan pelajar ke di dalam 53 MRSM seluruh negara.

“Juga diambil kira adalah golongan berpendapatan rendah dan miskin tegar tidak lagi berada di dalam kelompok ekonomi yang sama.

“Penambahan bilangan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) sebagai alternatif selain daripada MRSM bagi pengambilan pelajar dari golongan sasar juga membolehkan pelajar dari bandar memasuki MRSM,” ujarnya,

Kamarul yang melalui sistem pendidikan yang berprestij itu pada tahun 1985 menambah, Ansara akan berkerjasama dengan Majlis Amanah Rakyat (Mara) melalui pelbagai cara bagi mengenal pasti ketepatan maklumat tidak benar yang tersebar di media sosial menganai MRSM.

“Persepsi negatif terhadap MRSM bakal mengundang keresahan masyarakat terutama golongan bumiputera berpendapatan rendah.

“Saya yakin kemampuan MRSM melahirkan lebih ramai golongan profesional bumiputera di negara ini bagi meneruskan agenda pembangunan negara,” katanya.



Source link

read more

Raja Muda Perlis bimbang kerapuhan jati diri Melayu – Nasional


KUALA LUMPUR 6 Nov. – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bimbang dengan kerapuhan jati diri dalam kalangan bangsa Melayu sehingga membenarkan budaya negatif barat menghakis nilai murni masyarakat itu.


Baginda bertitah budaya barat kini menjadi ancaman terhadap penghakisan tradisi dan budaya melalui kecelaruan pemikiran yang hadir dalam bangsa Melayu tanpa disedari.


“Usaha memperkasa jati diri semakin terhakis apabila anak jati Melayu sendiri menolak Melayunya, tidak mahu berbahasa Melayu, memperlekeh nilai dan hati budi Melayu, dan akhir ini, atas nama kebebasan bersuara, ada sanggup meninggalkan agama Islam yang sinonim dengan Melayu,” titah baginda pada “Majlis Titah Diraja” di sini hari ini.


Turut berangkat ke majlis itu ialah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.


Majlis itu dianjurkan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) serta Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs).


Baginda bertitah perilaku bebas persis negara barat dianggap mereka sejajar dengan peredaran zaman sehingga sanggup meniru gaya hidup barat serta menerap nilai pemikiran yang bertentangan dengan kemurnian budaya bangsa.


Begitulah gambaran betapa rapuhnya jati diri dan goyahnya iman kita apabila mendepani dunia globalisasi, titah baginda yang juga merupakan Yang Dipertua MAIPs.


Baginda turut menyarankan bangsa Melayu menghayati sejarah bangsa dan mencadangkan setiap keluarga menyimpan sekurang-kurangnya sebuah buku sejarah Melayu untuk rujukan.


Ini kerana penghayatan sejarah yang akan memperkasa jati diri Melayu tidak hanya bermula di sekolah tetapi juga di dalam keluarga, titah baginda.


Sempena majlis itu, Anggota Lembaga Pengelola DBP dan penyair Datuk Dr Rahman Shaari mendeklamasikan sebuah puisi, selain turut diadakan majlis pra pelancaran buku ‘Salasilah Perlis’. – BERNAMA

 





Source link

read more

Pencarum KWSP lega dengan keputusan kerajaan tidak jual PLUS



KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan untuk tidak melupuskan pegangannya dalam syarikat konsesi lebuh raya, PLUS Malaysia Berhad (PLUS), telah memberi kelegaan besar khususnya untuk jutaan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Reaksi terhadap berita yang begitu dinantikan itu mungkin disimpulkan secara terbaik oleh Anggota Parlimen Sekijang, Anuar Abdul Manap apabila berkata: “Saya hampir dapat mendengar 14.5 juta ahli KWSP menarik nafas lega apabila pelaburan KWSP tetap dikekalkan.

“Kerajaan membuat keputusan tepat dalam mengekalkan pemilikan lebuh raya PLUS semata-mata kerana ia merupakan aset negara yang strategik dan dividen daripada operasi lebuh raya itu dibayar kepada ahli KWSP,” katanya kepada Bernama di sini.

Dua entiti berkaitan kerajaan iaitu Kumpulan UEM menguasai 51 peratus kepentingan dalam PLUS manakala baki 49 peratus dikuasai KWSP.

Bulan lepas, pengendali tol, Maju Holdings Sdn Bhd telah mencetuskan sensasi dalam pasaran tempatan apabila mengumumkan tawaran bernilai RM36 bilion untuk membeli keseluruhan aset dan liabiliti PLUS daripada UEM dan KWSP.

PLUS memiliki lima konsesi lebuh raya bertol sepanjang 772km di Semenanjung Malaysia.

Maju Holdings turut memaniskan perjanjian itu dengan tawaran menarik untuk tidak menaikkan kadar tol PLUS selama 20 tahun sehingga akhir tempoh konsesi semasa yang akan berakhir pada 2038.

Bagaimanapun, minggu lepas, Kementerian Kewangan, dalam jawapan bertulis di Parlimen, berkata kerajaan menolak cadangan pengambilalihan pegangan dalam PLUS yang dicadangkan oleh Maju Holdings yang dimiliki oleh pengerusi eksekutifnya, Tan Sri Abu Sahid Mohamed.

Maju Holdings ketika ini mengendalikan Lebuhraya Maju (MEX) yang beroperasi sejak lapan tahun lalu, iaitu sepanjang 29 kilometer menghubungkan pusat bandar Kuala Lumpur ke Putrajaya.

Pendirian tegas kerajaan itu menunjukkan bahawa ia tidak yakin mengenai tawaran pengambilalihan, yang dinyatakan harus disokong dengan punca pendanaan yang jelas dan kukuh.

Namun satu lagi faktor yang perlu dipertimbangkan ialah keupayaan pengendali baharu untuk menguruskan PLUS memandangkan kedudukannya sebagai tulang belakang sistem lebuh raya negara dan aset negara yang strategik.

Selain itu, kerajaan menyatakan keupayaan operasi untuk memastikan pengendali aset strategik negara ini tidak berdepan dengan pemasalahan kewangan sekiranya berlaku kejutan ekonomi, mahupun keteruapan pertukaran mata wang asing.

“Kerajaan juga memandang serius kedudukan kewangan entiti swasta seperti Maju Holdings dalam pembiayaan pelaksanaan korporat ini,” demikian Parlimen diberitahu.

Keazaman politik kerajaan jelas sebagai pemacu perubahan dengan sendirinya berdasarkan pengajaran daripada pengalaman yang dilaluinya terutamanya masalah penswastaan syarikat pengeluar besi keluli nasional, Perwaja Steel dan Malaysia Airlines, lebih 20 tahun lalu.

Dalam kedua-dua kes itu, kerajaan terpaksa menyuntik jumlah dana yang besar beberapa kali untuk menyelamatkan syarikat berkenaan daripada insolvensi.

Beberapa pakar ekonomi turut menyatakan keraguan berhubung ganjaran mengenai ‘tiada kenaikan tol’ yang ditawarkan dalam pengambilalihan tersebut.

Prof Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali berkata pengalaman pahit masa lalu ketika kerajaan memutuskan untuk melepaskan aset-aset strategik negara tidak harus diulangi.

Dr Noor Azlan, yang juga Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), berkata sebagai tulang belakang sistem perhubungan negara dengan peranan penting dalam persekitaran ekonomi yang lebih besar, PLUS harus tetap berada di bawah pegangan kerajaan dan tidak tertakluk kepada sebarang usaha pengambilalihan oleh pihak ketiga.

Dalam pada itu, Anuar turut menyentuh langkah kerajaan mengumumkan pemansuhan kutipan tol di empat lebuh raya dengan tiga daripadanya milik PLUS pada pembentangan Bajet 2018, 27 Okt lepas.

“Ini adalah langkah amat berani oleh Perdana Menteri. Ini dapat dilakukan kerana PLUS milik kerajaan menerusi UEM, anak syarikat milik penuh Khazanah Nasional Berhad dan KWSP.

“Malah, walaupun pampasan yang akan dibayar untuk pemansuhan kutipan empat tol itu, ia tetap akan disalurkan balik kepada 14.5 juta pencarum KWSP dalam bentuk dividen,” katanya.

Pada pembentangan Bajet 2018, kerajaan bersetuju untuk memansuhkan kutipan tol di Batu Tiga, Shah Alam dan Sungai Rasau di Selangor, Bukit Kayu HItam, Kedah dan Eastern Dispersal Link, Johor.

— BERNAMA



Source link

read more

Pemborong, pembekal dibenar simpan stok sepanjang musim tengkujuh – Nasional


PASIR MAS 6 Nov. – Pemborong dan pembekal barangan keperluan di negeri ini dibenarkan untuk menyimpan stok bekalan lebih 30 peratus daripada kebiasaan sepanjang musim tengkujuh.

 Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri, Datuk Ab.Ghani Harun berkata, penyimpanan stok itu bagi membolehkan pengguna mendapatkan bekalan barangan dengan lebih mudah dan cepat.

 “Kita benarkan mereka menyimpan stok tambahan ini sehingga 28 Febuari tahun hadapan.

 “Bukan itu sahaja, kita turut memberikan kebenaran kepada pemborong atau pembekal untuk menyimpan stok ini di kawasan lebih tinggi bagi mengelakkannya ditenggalami banjir,” katanya.

 Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pelancaran Jualan Akhir Tahun 2017 di sebuah pasar raya di Tendong, di sini hari ini.

 Turut hadir, Pengerusi Penyelaras Pengguna Pasir Mas, Datin Seri Shuhanie Deraman.

 Antara barangan yang dibenarkan untuk menyimpan lebih banyak stok ialah telur, minyak masak, tepung gandum, susu, ikan kering, susu, ikan sardin dan pelbagai lagi keperluan harian lain.

 Abd. Ghani memberitahu, pengguna tidak perlu khuatir kerana stok bekalan makanan yang ada mencukupi untuk menghadapi musim tengkujuh. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Banjir P. Pinang Agensi pelancongan diharap ambil langkah berjaga-jaga



JOHOR BAHRU: Agensi pelancongan diharap dapat mengambil tindakan segera berhubung insiden banjir di Pulau Pinang dengan memastikan tiada rombongan pelancong yang berada dalam seliaan mereka mendapat musibah daripada kejadian itu.

Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata ini penting kerana terdapat kemungkinan kawasan-kawasan pelancongan di negeri itu terjejas sedikit akibat bencana berkenaan.

“Mereka harus memikirkan kaedah untuk memastikan perkara ini. Salah satunya, mungkin boleh mendapatkan maklumat terperinci daripada pusat khidmat banjir supaya rombongan-rombongan ini tidak melawat tempat-tempat yang terkena banjir.

“Selain itu, kalau boleh, pindahkanlah mereka ke tempat yang lebih selamat,” kata beliau kepada pemberita selepas melawat Kompleks Kraf Johor di sini, hari ini.

Beliau mengulas isu sama ada insiden banjir terbabit akan turut menjejaskan tempat pelancongan di Pulau Pinang.

Menurut Mas Ermieyati, sebagai Ketua Puteri UMNO, beliau melahirkan rasa simpati kepada seluruh mangsa terlibat dan berharap mereka terus tabah dalam menghadapi ujian tersebut.

Pada masa sama, beliau juga sudah mengarahkan Skuad Puteri Peduli Malaysia untuk sama-sama turun padang dengan Puteri UMNO dan juga Barisan Nasional Pulau Pinang bagi mencari serta menjadi sukarelawan bagi membantu mangsa banjir.

“Sukarelawan ini berkhidmat semasa musim bah dan juga selepas musim bah bagi membersihkan kawasan-kawasan terjejas.

Kita mensasarkan kira-kira 1,000 sukarelawan akan menyertai usaha ini bagi memberi bantuan makanan kepada 14 kawasan Parlimen di negeri itu,” katanya.

Hujan lebat dan angin kuat kira-kira lima jam sejak 2 petang semalam mengakibatkan hampir keseluruhan kawasan rendah di negeri itu dinaiki air setinggi 0.2 hingga 1 meter.

Puluhan pokok turut tumbang selain menyebabkan kerosakan harta benda kepada penduduk setempat.

Antara kawasan yang terjejas adalah Kampung Masjid, Jalan P. Ramlee, Sungai Pinang, Lebuh Carnarvon, Jalan Anson, Halaman Bukit Gambir di George Town, Bayan Baru, Bayan Lepas, Batu Feringghi, Balik Pulau dan beberapa kawasan di Seberang Perai.

–BERNAMA



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons