Bukan Salah tetapi betul | Astro Awani



BERITA penghijrahan penyerang Mohamed Salah dari kelab Roma ke Liverpool dengan nilai £39 juta (RM216 juta) pada Jun tahun ini dianggap satu pembaziran dan juga jenaka buat sesetengah pihak.

Antara alasan yang diberikan; Salah gagal menyerlah di Chelsea dengan hanya menjaringkan dua gol daripada 13 perlawanan semasa bersama kelab London itu dan liga Inggeris lebih mencabar berbanding liga Itali.

Bagaimanapun Salah yang dilihat sentiasa tersenyum dalam gambar yang diposkan dalam akaun Instagramnya berjaya menutup mulut pengkritik tanpa perlu berbicara.

Statistik aksinya di padang serta larian dan kawalan bolanya di padang digeruni pihak lawan sehingga ada yang menyatakan pembelian Salah adalah satu keputusan yang terbaik dibuat Liverpool selepas Luis Suarez.

Setakat ini, Salah telah menjaringkan tujuh gol daripada 36 percubaan dalam Liga Perdana Inggeris (PL) dan empat gol dari 21 percubaan, selain empat gol dalam aksi liga juara-juara Eropah (UCL).

Pada musim 2013/2014, Suarez menjaringkan 31 gol untuk Liverpool dan sejak perpindahannya ke Barcelona, tiada seorang pemain Liverpool berjaya menjaringkan lebih daripada 14 gol yang dibuat Philippe Coutinho pada musim lepas.

Menurut laporan BBC, Salah sudahpun menjaringkan 12 gol sejak menyertai Liverpool dan jumlah tersebut lebih baik daripada Fernando Torres dan Suarez dalam 17 perlawanan pertama untuk the Reds.

Pada 2007, Torres menjaringkan 11 gol dalam tempoh yang sama sementara Suarez menjaringkan tujuh gol.

Salah juga muncul wira Mesir apabila menjaringkan lima gol dalam kempen kelayakan Piala Dunia termasuk dua gol ke atas Congo yang memastikan Mesir layak ke Rusia 2018 dengan kemenangan 2-1.

Kali terakhir Mesir layak ke Piala Dunia adalah pada 1990.



Source link

read more

Jovian kongsi kegembiraan bergelar ayah di Instagram – Hiburan


KUALA LUMPUR 6 Nov. – Sejak permata hati dilahirkan isterinya, kehidupan pereka fesyen ternama, Datuk Jovian Mandagie berubah sekelip mata.

Kegembiraan Jovian menimang cahaya mata sulungnya hasil pernikahan dengan Datin Nina Sabrina diterjemah dan dikongsi beliau dengan orang ramai di laman sosial Instagram peribadinya, @jmandagie yang mempunyai pengikut seramai 507,000 orang.

Sejak hari pertama dilahirkan pada 1 November lalu, Jovian sudah memuat naik 18 foto berkisar kelahiran puterinya di laman sosial termasuk foto kunjungan rakan-rakan selebriti yang berkongsi kegembiraan dengan pasangan itu.

Seperti juga pasangan suami isteri lain yang baru menimang cahaya mata, Jovian dan Nina yang juga anak kepada Menteri Kemajuan Wilayah dan Luar Bandar, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, detik-detik manis itu tentu sekali mahu diraikan dengan orang-orang tersayang.

Antara selebriti tanah air yang berkunjung ke hospital berkenaan untuk melawat Nina dan bayinya ialah penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin dan suami, Datuk Seri Khalid Mohammad Jiwa, Yusry KRU dan isteri, Lisa Surihani serta Ning Baizura sekeluarga.

Pada masa ini, Jovian dan Nina sepakat untuk merahsiakan nama anak mereka dan hanya mahu bayi yang dilahirkan dengan berat 3.37 kilogram di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur itu dikenali dengan pangkal nama J sahaja.

Istimewanya, J yang baru berusia enam hari sudah mempunyai akaun Instagramnya sendiri iaitu mandagie_jr.

Akaun Instagram mandagie_jr yang memiliki 83 keping foto bagaimanapun berada di mod peribadi dengan jumlah pengikut hanya dua orang sahaja.

Tentu sekali ramai peminat Jovian dan Nina tidak sabar mengumumkan nama si comel itu! – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Lebih 5000 penyokong sambut wira JDT



JOHOR BAHRU: Kejayaan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) merangkul Piala Malaysia musim ini diraikan oleh lebih 5,000 penyokong yang membanjiri Dataran Bandaraya di sini, hari ini.

Kebanyakan penyokong dilihat tiba di dataran itu sejak awal petang bagi menyambut kepulangan pemain dan jurulatih skuad Harimau Selatan yang tiba bersama piala berprestij itu dengan menaiki bas khas tanpa bumbung, kira-kira jam 8.30 malam.

JDT menjulang kejuaraan Piala Malaysia selepas mengalahkan juara bertahan Kedah 2-0 pada perlawanan final di Stadium Shah Alam, semalam.

Sebelum itu, pemain, pegawai serta barisan jurulatih JDT diarak dengan bas berkenaan bermula 7.30 malam dari Plaza Tol Skudai, sebaik tiba dari Petaling Jaya, dengan pemilik kelab JDT, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, turut berada dalam bas tersebut.

Bas khas itu kemudian melalui Lebuhraya Skudai-Johor Bahru dan kemudian bergerak ke kawasan hadapan Istana Bukit Serene melalui jalan di tepian Pantai Lido sebelum berakhir di Dataran Bandaraya dengan pertunjukkan bunga api selama 10 minit.

Ketika bercakap pada majlis itu, Tunku Ismail mengucapkan terima kasih atas sokongan pelbagai pihak terhadap kejayaan JDT membawa pulang piala tersebut khususnya, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan kerajaan negeri.

“Saya bersyukur atas kejayaan JDT beberapa tahun ini. Terima kasih kepada penyokong Harimau Selatan yang sentiasa bersama ketika waktu susah dan senang,” katanya, sambil menyifatkan bola sepak sebagai alat perpaduan.

Tunku Ismail, yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), berkata fokus beliau bukan hanya terhadap JDT tetapi juga kepada pasukan kebangsaan

Sementara itu, kapten JDT, Safiq Rahim, yang turut berterima kasih kepada Tunku Ismail dan penyokong, pula berkata Piala Malaysia merupakan piala yang belum diperolehi sepanjang kariernya.

“Rasa macam hendak menangis pun ada,” katanya ketika berucap pada majlis itu.

Kali terakhir Johor menjulang Piala Malaysia adalah pada 1991 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

— BERNAMA



Source link

read more

Uqasha Senrose perjelas isu berat naik 13kg dalam sebulan



PELAKON Uqasha Senrose mengakui berat badannya naik sebanyak 13 kilogram kerana selera makan yang tinggi.
 
Uqasha Senrose, 25, juga tidak menafikan dirinya yang sedang bahagia juga antara faktor berat badannya bertambah.

“Sejujurnya saya tidak faham kenapa orang perlu mempertikaikan bentuk badan saya.
 
“Dulu bila kurus orang kata saya ada penyakit namun bila berat badan bertambah ramai pula yang mengkritik di media sosial.
 
“Berat badan saya naik sebanyak 13 kilogram daripada 47kg kepada 60 kg sekarang dalam masa satu bulan.
 
“Mungkin kenaikan berat badan ini disebabkan oleh selera makan yang tinggi sehingga saya tidak dapat mengawal berat badan,” katanya kepada Astro Gempak.
 
Uqasha berkata demikian ketika ditemui pada sesi penggambaran Hantu Kak Limah, di Taiping, pada Ahad.
 
Sebelum ini penampilan Uqasha di malam Anugerah Skrin 2017 (ASK 2017), Jumaat, menarik perhatian netizen.
 
Selain penampilan yang agak seksi, perubahan bentuk badan pelakon cantik itu turut menjadi bualan hangat di media sosial.
 
Pelbagai reaksi yang diberikan oleh netizen tidak kira negatif atau positif menerusi ruangan komen foto terbaru yang dimuat naik oleh Uqasha di akaun Instagram (IG)nya.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi



Source link

read more

Piala Malaysia didedikasikan kepada Allahyarham Datuk Suleiman – TMJ – Nasional


JOHOR BAHRU 5 Nov. – Piala Malaysia yang dimenangi pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) malam tadi didedikasikan kepada Bapa Bola Sepak Johor, Allahyarham Datuk Suleiman Mohd. Noor.

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, kemenangan itu sebagai janji beliau kepada allahyarham untuk mengembalikan kegemilangan bola sepak Johor.

Menurut pemilik Kelab Bolasepak JDT itu, Suleiman merupakan individu yang pernah membawa pasukan Johor memenangi Piala Malaysia 26 tahun lalu, iaitu pada tahun 1991.

“Kesetiaan adalah apabila kita meneruskan legasi seseorang bukan hanya ketika mereka masih ada, tetapi juga meneruskan legasi itu ketika mereka sudah tiada lagi di dunia ini.

“Saya dedikasikan piala ini kepada arwah Dato’ Suleiman Mohd. Noor yang baru meninggal dunia pada 7 Ogos yang lalu,” katanya dalam Facebook JOHOR Southern Tigers.

Tunku Ismail berkata, walaupun Piala Malaysia bukan keutamaan, tetapi kejayaan itu satu pencapaian dan ingin mendedikasikan piala itu kepada allahyarham bagi mengenang jasanya selaku Bapa Bola Sepak Johor. 

Pada masa sama, beliau juga mengucapkan tahniah kepada semua penyokong serta keluarga JDT, para pemain, pegawai dan pengurusan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Jambatan Setelu tenggelam lagi | Astro Awani


GUA MUSANG: Pengguna jalan raya Gua Musang-Jeli yang menggunakan jambatan sementara Pulau Setelu di sini sekali lagi terputus hubungan apabila jambatan itu ditenggelami air sungai yang meningkat naik akibat hujan le­bat, petang tadi.

Jambatan sementara itu teng­gelam petang tadi apabila hujan lebat berterusan di kawasan hulu hari ini.

Air Sungai Nenggiri yang semakin naik dan melimpahi jambatan sementara menyebabkan kenderaan terkandas dan terpaksa  berpatah balik dan menggunakan jalan alternatif lain.

Setiap kali hujan lebat jambatan ini sering tenggelam  dan memberi masalah kepada penduduk sejak jambatan kekal runtuh pada banjir besar penghujung Disember 2014 lalu.

Keadaan laluan jambatan yang terputus akibat air sungai yang meningkat. - Astro AWANI



Source link

read more

[VIDEO] Siti Nurhaliza terharu kunjungan Hetty Koes Endang – Nasional


KUALA LUMPUR 5 Nov. – Kasih dan sayangnya biduanita tersohor Indonesia, Hetty Koes Endang terhadap buah hati Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin sukar diungkap dengan kata-kata.



Video oleh SAHARUDIN MUSTHAFA

Lalu, sebaik menerima berita kehamilan penyanyi terkenal Malaysia itu, hati Hetty tidak senang selagi tidak bersemuka dengan Siti Nurhaliza dan mahu memeluk seeratnya kerana terlalu bersyukur dengan anugerah Allah buat artis yang sudah seperti saudara kandungnya.

Sejak mengetahui Siti Nurhaliza hamil, Hetty kerap menghubungi penyanyi itu menerusi telefon atau bertanya khabar melalui kiriman mesej WhatsApp.

Justeru, apabila menerima undangan sebagai juri tetap program Gegar Vaganza 4 terbitan Astro yang memerlukan seniwati hebat Indonesia itu berada di Kuala Lumpur setiap minggu, Hetty mengambil kesempatan untuk mengunjungi Siti Nurhaliza.

Lalu, hari ini sebaik mendarat di ibu kota, Hetty, yang ditemani anaknya, Ameer Mahmed terus berkunjung ke kediaman Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohammad Jiwa di Bukit Antarabangsa, di sini.

Pelukan yang erat diberikan Hetty, 60, kepada Siti Nurhaliza, 38, sebaik bertemu. Mereka saling berbalas kucupan di pipi tanda eratnya persahabatan yang terjalin antara dua bintang tersohor dari dua negara bersaudara itu.

“Selalu saya berbual melalui telefon dan mengirim rakaman audio. Tapi itu seperti orang lain. Saya tak puas hati kalau tidak datang berjumpa dengan beliau (Siti Nurhaliza) sendiri. Saya katakan pada diri saya terserah kalau beliau tidak menerima saya di rumahnya juga tidak mengapa, janji saya datang berjumpa dengan beliau.” kata Hetty ketika ditemui.

Tidak hanya didorong oleh keinginan peribadinya untuk bertemu Siti Nurhaliza yang sedang hamil selepas 11 tahun bernikah, Hetty turut mengakui suaminya, Yusuf Emir Faishal juga sentiasa berpesan padanya agar berkunjung ke kediaman penyanyi berkenaan sebagai tanda kasih dan sayang.

“Suami saya berpesan saya harus datang bertemu Siti Nurhaliza. Tidak manis katanya kerana saya berada di Kuala Lumpur setiap minggu untuk Gegar Vaganza, jadi harus bertemu dengan Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid (suami Siti Nurhaliza),” ujar beliau lagi.

Kehadiran Hetty juga bukan dengan tangan kosong, sebaliknya, legenda industri muzik Indonesia itu turut membawa buah limau dari Jakarta semata-mata untuk diberikan kepada Siti Nurhaliza yang sememangnya mengidam buah berkenaan.

Sementara itu, Siti Nurhaliza menyatakan rasa terharunya kerana menerima kunjungan daripada seniwati yang bukan sekadar sahabat seperjuangan dalam bidang seni, sebaliknya, Hetty sudah dianggap seperti ibu, kakak dan mentornya.

“Syukur Alhamdulillah, kerana ibu Hetty begitu prihatin dan begitu mengambil berat keadaan saya yang sedang hamil. Beliau sering menelefon dan mengirim WhatsApp bertanya khabar saya. Kehadirannya amat saya hargai dan saya ingin rakamkan terima kasih yang tidak terhingga,” kata Siti Nurhaliza yang kandungannya kini memasuki usia lima bulan.

Dalam pertemuan itu juga, Hetty jelas Siti Nurhaliza, sekali lagi menitipkan pesanan agar berhati-hati dalam kehamilan, menjaga pemakanan dan yang paling utama menjaga pantang larang.

Turut serta dalam pertemuan itu ialah suami Siti Nurhaliza, Datuk Seri Khalid Mohammad Jiwa serta pengurus yang juga kakak ipar Siti Nurhaliza, Rozi Abd. Razak. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Banjir P.Pinang 6000 anggota polis bantu bersihkan kawasan terjejas



BUTTERWORTH: Kira-kira 6,000 anggota polis kontinjen Pulau Pinang akan membantu membersihkan kawasan dilanda banjir termasuk rumah mangsa, masjid serta rumah ibadat di negeri ini, kata Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Roslee Chik.

Beliau berkata langkah itu bagi membantu meringankan beban mangsa banjir selain membolehkan mereka dapat pulang cepat ke rumah apabila banjir surut nanti.

Katanya polis turut menjalankan pemantauan dan rondaan 24 jam di kawasan terjejas banjir bagi memastikan tidak berlaku kejadian jenayah dan setakat ini tiada kes membabitkan jenayah terutama curi dan samun di rumah mangsa banjir dilaporkan.

“Anggota polis juga ditempatkan di kawasan jalan raya yang berlaku kesesakan dan ditutup kepada lalu lintas bagi memastikan kelancaran dan mengelak kejadian tidak diingini.

“Antara jalan yang masih ditutup sehingga pukul 8 malam ini (Ahad) ialah Jalan Seri Serdang-Taman Rupawan, Bertam Indah, simpang tiga Lahar Yooi-Padang Menora, Jalan Ara Kuda, Jalan Sungai Lokan-Sungai Dua, Jalan Permatang Pauh dan Taman Bagan manakala Jalan Tok Kangar di Juru ditutup kepada kenderaan ringan,” katanya katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan makanan kepada mangsa banjir di dewan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Chong Hwa 2 di Taman Bagan, di sini pada Ahad.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Anuar Omar berkata semua laluan ke Bukit Bendera membabitkan kereta api dan laluan trek menggunakan kenderaan telah ditutup kerana berlaku kejadian tanah runtuh di kawasan berkenaan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Pulau Pinang Shaari Osman berkata proses pembersihan pusat peperiksaan telah dijalankan dengan bantuan pihak sekolah dan syarikat pembersihan hari ini bagi membolehkan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berjalan lancar.

Katanya sehingga pukul 9 malam semalam, semua berada dalam keadaan bersedia dan dua peperiksaan itu akan diteruskan seperti yang dijadualkan.

“Bagaimanapun, terdapat dua pusat peperiksaan yang akan dipindahkan kerana paras air banjir masih berada di tahap yang menyukarkan calon untuk hadir iaitu calon di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mak Mandin, Butterworth dekat sini akan mengambil peperiksaan di SMK Seberang Jaya manakala calon di SMK Jit Sin akan mengambil peperiksaan di Sekolah Menengah Jit Sin Persendirian.

“Sementara Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Keow Keong akan ditutup pada Isnin,” katanya.

Katanya seramai 2,232 calon STPM akan menduduki peperiksaan di 28 pusat membabitkan 2,004 calon sekolah kerajaan, calon swasta (210) dan 18 calon persendirian manakala bagi SPM seramai 23,114 calon akan menduduki peperiksaan di 159 sekolah manakala calon swasta sebanyak 250 orang.

— BERNAMA



Source link

read more

Warga Malaysia jadi Emir daish baharu Asia Tenggara – Laporan



MANILA: Seorang warga Malaysia berusia 31 tahun kini mengetuai kumpulan militan daish di rantau Asia Tenggara.

Lapor portal The Straits Times, polis Filipina, mengesahkan Mohammad Amin Baco yang berasal dari Sabah dinamakan sebagai ‘Emir’ Asia Tenggara menggantikan Isnilon Hapilon yang terbunuh dalam pertempuran di Marawi.

Mohamad Amin dikatakan sebagai anggota militan paling berpengalaman dan bertanggungjawab membawa masuk pejuang militan ke Marawi sebelum ini.

Hasil risikan menyatakan, Mohamad Amin sebelum ini dilatih seorang lagi anggota militan warganegara Malaysia, Zulkifli Hir.

Ketika pertempuran selama lima bulan di Marawi, Mohammad Amin bersembunyi di kawasan pedalaman di Mamasapano, dalam wilayah Mindanao.

Selain operasi memburu Mohammad Amin, pihak berkuasa Filipina turut memburu seorang lagi rakyat Malaysia, Muhammad Joraime Awang Raimee berusia 42 dan seorang warga Indonesia.

Mereka dipercayai terbabit membantu Mohammad dalam merancang serangan.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons