Tiada pelepasan air berlebihan di Empangan Hidro TNB Perak



IPOH: Tiada pelepasan air berlebihan berlaku di mana-mana empangan hidroelektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Perak, kata Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air Negeri Datuk Zainol Fadzi Paharudin.

Beliau berkata berdasarkan laporan pengurusan TNB Stesen Janakuasa Sungai Perak yang diterima, pelepasan air dijalankan adalah secara normal dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) sedia ada.

“Pelepasan (arus) air itu memang perkara biasa dan mereka akan kemas kini dan beritahu dari semasa ke semasa.

“Cuma saya minta berjaga-jaga sebab masa ini keadaan cuaca buruk walaupun ketika ini paras air empangan masih jauh daripada paras bahaya,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Ahad.

Pada masa ini, banjir melanda Lawin dan Lenggong di daerah Hulu Perak.

Zainol Fadzi menjelaskan paras Empangan Tasik Temenggor di Banding kini adalah 239.26 meter, masih di paras normal manakala paras air di Sungai Perak di Kuala Kenderong, Gerik adalah 111.80 meter, berbanding tahap kritikal 112.50 meter.

Beliau turut memberi jaminan TNB sentiasa bersedia bagi keadaan tertentu untuk memberi makluman dan bekerjasama dengan semua pihak.

Justeru, beliau berharap orang ramai hentikan tular berita berkaitan pelepasan air berlebihan kerana laporan itu tidak benar dan hanya menimbulkan panik terhadap masyarakat setempat.

— BERNAMA



Source link

read more

Banjir: Henti politikkan – Nasional


KUALA LUMPUR 5 Nov. – Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan semua pihak supaya tidak mempolitikkan musibah banjir yang berlaku di Pulau Pinang ketika ini.

Menerusi akaun Twitter beliau, Perdana Menteri menegaskan fokus utama ialah untuk membantu rakyat di negeri itu.

“Semua agensi kerajaan dan jentera parti perlu sama-sama bantu,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Banjir P. Pinang Kerajaan negeri diminta tubuh pasukan khas atasi banjir



GEORGE TOWN: Pemuda UMNO Pulau Pinang hari ini meminta Kerajaan DAP Pulau Pinang menubuhkan dengan segera sebuah pasukan petugas khas untuk mengkaji dan melaksanakan sistem perparitan lebih sistematik serta terancang bagi mengelak banjir daripada berulang.

Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Rafizal Abd Rahim berkata kejadian banjir di negeri ini, kini seperti acara bulanan dan kewujudan pasukan berkenaan adalah diperlukan bagi mengatasi masalah tersebut.

“Banjir di Pulau Pinang sekarang menjadi acara bulanan dan amat mendukacitakan. Ia berlaku akibat kerakusan dan ketamakan Kerajaan Pulau Pinang yang terlalu mementingkan keuntungan dalam rancangan pembangunan yang terlalu pesat dan tidak terkawal lagi,” katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.

Beliau turut meminta kerajaan negeri supaya memberi bantuan setimpal kepada mangsa banjir dan ribut yang melanda negeri ini, semalam.

Katanya bantuan RM400 yang dijanjikan kepada setiap keluarga mangsa banjir pada September lepas, juga harus disegerakan dan pengecualian pembayaran bil air untuk November kepada mereka yang terlibat dengan bencana banjir dan ribut itu.

“Belum pun mangsa banjir merasai RM400 yang dijanjikan kerajaan Pulau Pinang, kini mereka sekali lagi terpaksa menghadapi keadaan yang lebih teruk,” katanya.

Angin kencang dan hujan lebat melanda Pulau Pinang sejak Sabtu, menyebabkan banjir yang tidak pernah berlaku di beberapa kawasan mengakibatkan lima kematian dan lebih 2,000 orang dipindahkan.

Hampir keseluruhan kawasan di Pulau Pinang terjejas akibat banjir dengan beberapa kawasan ditenggelami air antara 0.2 dan satu meter, diikuti angin kencang dan hujan lebat sejak 2 petang semalam, yang turut menumbangkan puluhan pokok.

— BERNAMA



Source link

read more

Anak terima ijazah Umie Aida bangga jadi ibu seawal usia 20 tahun



PELAKON Datin Seri Umie Aida akui berbangga dengan pencapaian anak angkatnya, Mohd Daniel Firdaus, 24,  yang menerima Ijazah Pengurusan Pengurusan di hari Konvokesyen Universiti Selangor (UNISEL) ke-12, pada Sabtu.

Umie Aida menerusi akaun instagram(IG), meluahkan rasa terharu apabila anak angkatnya itu berjaya dalam pelajaran meskipun dibesarkan oleh seorang ibu yang baru berusia 20 tahun ketika Daniel diserahkan kepadanya.

Menerusi entri tersebut Umie memberitahu, satu tanggungjawab besar menjadi ibu di usia muda.

Namun susah senang yang dilalui menjadi kisah terindah dalam hidupnya.
 



Source link

read more

Malaysia ambil bahagian DSA Thailand – Nasional


BANGKOK 5 Nov. – Malaysia turut menyertai Pameran Pertahanan dan Keselamatan 2017 yang akan berlangsung di sini esok. 

Pengurus Besar DSA Exhibition & Conference Sdn. Bhd., Anita Jacobson berkata, pihaknya selaku penganjur Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2018 yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur pada 16 hingga 19 April tahun depan, akan menjadikan platform tersebut untuk mempromosikan DSA 2018.

Menurutnya, Pameran Pertahanan dan Keselamatan 2017 esok dijadual akan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pertahanan Thailand, Jeneral Prawit Wongsuvon.

“Hari ini para pempamer industri pertahanan seluruh dunia masih meneruskan kerja-kerja akhir persiapan menjelang pameran itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, wakil Kementerian Pertahanan iaitu Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohd. Johari Baharum; Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jeneral Tan Sri Affendi Buang juga akan menghadiri pameran itu. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Concept cars dominates Tokyo Motor Show



TOKYO: The Japanese car industry is poised to again after a series of scandals hitting several car makers in 2017. Unlike other motor shows, the Tokyo Motor Show has always been a concept-car driven exhibition. And this year, it did not stray away from the theme of presenting concept cars to the public.

But the need for Japanese car makers to look ahead to the future is more pertinent now, since currently, a host of Japanese car makers are under hot water due to the various scandals hitting the industry. Nissan Motor Co. has announced plans to suspend local car production and is under regulatory scrutiny after admitting it has used unauthorized safety inspectors to sell cars in the country.

Kobe Steel lost billions in market share after reports emerged that the steel strength it provided to its customers do not match up to the bill. Toyota is a customer of Kobe Steel and doubts on whether their cars are as strong as advertised are now rife amongst consumers.

Even periphery industries, like airbags and brakes have had their shares in 2017 auto-scandals. Takata airbags are famously under fire due to their safety feature failures and is up for debate on whether the company will survive next year.

So the need for the Japanese auto industry to stay above the scandals are clear.

Hence the Tokyo Motor Show 2017 is predominantly focused on the future, with plenty of concept cars, and newer models of famous brands are taking center stage. Mitsubishi is focusing its new Evo line, Subaru is looking towards its Impreza series, and Toyota is losing its voice shouting about the virtues of its latest Yaris assembly.

In an industry billions, plenty are at stake.

CHINA RIVAL

As China is ramping up production of auto vehicles by the year, and improving sales distribution by the month, it becomes clear that Japanese auto makers are sweating it out trying to gain back the trust it has lost amongst consumers.

A November 2017 report by Global Insight marks electric motors industry is worth RM 100 billion (USD 36 billion) by 2024. And with China superceding other markets in supplying electric cars at lowest prices to the public, the demand and growth is clear that the Chinese are really upping their game in trying to wrestle market dominance away from the Japanese.

Germany too is making a comeback to earn the passenger market. And so are the Americans. The fight will be tough, but the resistance amongst Japanese car makers are strong too.

Can the Japanese car industry set itself for another renaissance in the auto industry? The cars displayed at the Motor Show exhibits their clear desire to achieve just that.

Watch the full coverage of the Tokyo Motor Show on Smart Money and Viva with Ibrahim Sani, next week on November 12th onwards. Only on 501 Astro AWANI.



Source link

read more

Banjir P.Pinang Dua lagi mayat mangsa banjir ditemukan



GEORGE TOWN: Mayat dua lagi lelaki dipercayai mangsa banjir di Pulau Pinang ditemukan semalam menjadikan keseluruhannya tujuh individu terkorban akibat bencana alam itu setakat ini, kata Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Anuar Omar.

Beliau berkata mayat seorang daripada lelaki itu dikenali sebagai Tan Ah Peow, 45, ditemukan oleh jirannya pada pukul 2 petang di dalam rumahnya yang dipenuhi air banjir di Jalan Mata Kucing, Air Itam.

“Mayat ketujuh ditemukan pada kira-kira 2.40 petang oleh orang awam tersangkut di pintu jualan tiket Stadium Bandaraya di sini dan identitinya belum diketahui dan polis meminta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga untuk tampil membuat pengecaman,” katanya di sini, malam tadi.

BACA: Hujan berterusan dan angin kencang dijangka melanda enam negeri

BACA: Banjir P. Pinang: Soal kemanusiaan, tanggungjawab kerajaan pusat – PM Najib

BACA: Cuaca buruk, banjir kilat ragut 3 nyawa di Pulau Pinang

BACA: Banjir Pulau Pinang: ‘Ya Allah, selamatkan kami’ – Netizen

BACA: Banjir P.Pinang: ATM atur gerak kerja seawal 5 pagi – Hishammuddin

Beliau berkata mayat kedua-dua lelaki itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.

Terdahulu, dua lelaki dan dua wanita warga emas ditemukan mati lemas dalam rumah masing-masing pada Ahad selepas dipercayai gagal menyelamatkan diri ketika berlaku banjir di kediaman mereka manakala seorang warga Bangladesh maut dihempap pokok yang tumbang di rumahnya berikutan angin kencang.

Hampir keseluruhan kawasan Pulau Pinang dilanda banjir kilat setinggi 0.2 meter hingga 1 meter dan puluhan pokok tumbang selepas hujan lebat serta angin kuat sejak 2 petang semalam dan paras air sungai yang tinggi bertembung dengan kejadian air pasang di laut menyebabkan limpahan air.

— BERNAMA



Source link

read more

Paradise Papers dedah skandal cukai golongan atasan pemimpin negara



LONDON: Selepas pendedahan skandal Panama Papers, satu lagi skandal mengelak cukai melibatkan golongan atasan di United Kingdom didedahkan media negara berkenaan.

Pendedahan itu, yang dinamakan Paradise Papers mengandungi dokumen dari sebuah firma kewangan pesisir pantai.

Antara yang disebut dalam dokumen itu adalah Setiausaha Perdagangan Kabinet presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, Wilbur Ross yang didakwa mempunyai kepentingan dalam firma Rusia yang dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat.

Turut disebut dalam pendedahan itu adalah pembantu  utama perdana menteri Kanada, Justin Trudeau yang dikaitkan dengan skim luar pesisir yang melibatkan kerugian cukai jutaan dolar  kepada negara itu.

Di rantau Asia, turut disebut dalam skandal itu adalah anak bekas presiden Indonesia, Suharto, Tommy Suharto dan bekas jeneral Tentera Republik Indonesia, Prabowo.



Source link

read more

Kata kesat Safiq mampu undang padah – Nasional


KUALA LUMPUR 5 Nov. – Sebagai kapten pasukan, tindakan Safiq Rahim mengeluarkan kata-kata kesat kepada pengkritiknya sejurus tamat final Piala Malaysia semalam bukan sahaja memberi contoh tidak baik, malah mampu mengundang padah, kata legenda bola sepak Malaysia, Dali Omar. 

Menurut Dali, beliau amat terkejut apabila menonton rakaman video yang kini tular di media sosial dan menganggap perbuatan tersebut tidak sepatutnya terlepas daripada tindakan disiplin Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) biarpun ia berlaku selepas tamat perlawanan.

Dali juga mencadangkan supaya lilitan kapten skuad kebangsaan perancang utama Johor Darul Ta’zim (JDT) itu dilucutkan kerana dia menunjukkan contoh yang buruk, selain gagal mengawal emosi dalam keadaan tertekan.

Dalam video yang berdurasi hampir seminit itu, Safiq dilihat seperti melepaskan geram kepada pengkritik yang dianggap membenci JDT apabila secara tiba-tiba menjerit dengan mengeluarkan kata-kata kesat: “…all the haters…..! Gua champion sekarang…****. Lepas ini kau tengoklah!”.

“Dia bukan sahaja kapten JDT, malah kapten skuad kebangsaan. Tindakannya itu memberi contoh yang amat tidak baik kepada peminat bola sepak.

“Saya juga pernah menjadi pemain bola sepak dan berdepan banyak maki hamun peminat. Semua itu perkara biasa dan asam garam sebagai pemain. Dia patut membalas segala makian dengan menunjukkan prestasi baik di atas padang, bukan dengan mengeluarkan kata-kata yang begitu kesat.

“Sebagai seorang pemain profesional, kita sepatutnya tidak menunjukkan reaksi sebegitu negatif disebabkan kritikan penyokong. Lagi pun saya pelik, apa yang hendak dimarahkan sangat malam itu, JDT menang bukan kalah dan mereka mencatat keputusan baik sepanjang musim ini,” kata Dali ketika dihubungi Utusan Online.

JDT dinobat sebagai juara Piala Malaysia selepas menewaskan Kedah 2-0 dalam final di Stadium Shah Alam semalam menerusi tandukan Mohd. Aidil Zafuan Radzak dan Gonzalo Cabrera. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Paradise Papers U.S. Commerce chief Ross kept holdings in Russian-tied firm – reports



WASHINGTON: U.S. Commerce Secretary Wilbur Ross has kept investments in a shipping firm with significant business ties to Russian President Vladimir Putin’s inner circle, U.S. media reported on Sunday, citing leaked documents from an offshore law firm.

Partnerships used by Ross, a billionaire investor helping to shape President Donald Trump’s trade policy, have a 31 percent stake in Navigator Holdings, which the New York Times said earns millions of dollars a year transporting gas for Russian petrochemical firm Sibur.

Gennady Timchenko, a Russian oligarch and Putin associate subject to U.S. sanctions, and Putin’s son-in-law, Kirill Shamalov, are Sibur stakeholders, said the Times, which based its report on files from Appleby, a prominent offshore law firm.

Reuters was unable to independently confirm the findings.In an emailed statement, a Department of Commerce spokesman said Ross “was not involved in Navigator’s decision to engage in business with Sibur … has never met the Sibur shareholders referenced in this story and, until now, did not know of their relationship.”

He added that Sibur had not been under sanctions when Navigator began its relationship with the publicly-traded firm and still was not.

According to the Times, Sibur said in a statement that any negotiations with Navigator over the years were carried out by its executives, not its major shareholders, and that “no meetings were held with Mr. Ross.”

Neither Navigator nor Appleby were immediately available for comment Sunday evening. Reuters could not immediately reach Timchenko and Shamalov for comment.

The Appleby files are part of the so-called Paradise Papers, a trove of leaked offshore investment documents. They were obtained by Germany’s Sueddeutsche Zeitung newspaper and shared with the International Consortium of Investigative Journalists and some media outlets.

NBC also used the documents to report on Ross’s investments.

Scrutiny of Trump administration officials’ possible ties to Russia has intensified as a result of probes into alleged Russian interference in the 2016 U.S. election.

U.S. special counsel Robert Mueller is investigating whether Trump campaign officials colluded with Moscow. Putin’s government has denied interfering in the election and Trump has denied any collusion with Russia.

In its report, the Times said Ross had kept the investment in Navigator, which increased its business dealings with Sibur even as Western nations sought to punish Russia’s energy sector over Putin’s incursions into Ukraine.

Navigator was mentioned in Ross’s 57-page public financial disclosure report filed in December, before he officially joined the Trump administration. The Times said the latest batch of documents provided more insight into his financial holdings.

“The Secretary recuses himself from matters focused on transoceanic shipping vessels,” the Commerce Department spokesman’s statement said, adding that Ross works closely with officials to ensure the “highest ethical standards.”

QUEEN’S TAXES

Citing the Appleby documents, Britain’s Guardian newspaper said millions of pounds from Queen Elizabeth’s private estate, the Duchy of Lancaster, had been invested in a Cayman Islands fund as part of an offshore portfolio never before disclosed.

Reuters could not independently confirm the Guardian report.

The newspaper said the Duchy had used offshore private equity funds designed to shield investors in the United Kingdom from having to pay U.S. tax on their holdings.

A spokesman for Buckingham Palace declined to comment.

A spokeswoman for the Duchy of Lancaster said: “We operate a number of investments and a few of these are with overseas funds. All of our investments are fully audited and legitimate.”

The spokeswoman also said the Queen voluntarily pays tax on any income received from the Duchy.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons