Banjir P. Pinang Soal kemanusiaan tanggungjawab kerajaan pusat – PM Najib



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan isu banjir kilat di Pulau Pinang pada ketika ini adalah soal kemanusiaan.

Justeru katanya, menjadi tanggungjawab kerajaan pusat untuk menyalurkan bantuan sewajarnya walaupun negeri tersebut di bawah pentadbiran pembangkang.

Tegasnya, Panglima Angkatan Tentera (PAT), Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor akan berlepas ke Pulau Pinang petang ini untuk membantu koordinasi bantuan yang diketuai oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

BACA: Guan Eng rayu bantuan ATM bantu mangsa banjir kilat Pulau Pinang

“Memang tidak perlu kerajaan negeri minta (bantuan). Kalau ada musibah di mana-mana, walaupun negeri dikuasai oleh pembangkang, kita (kerajaan pusat) memang menyalurkan bantuan atas soal kemanusian dan tanggungjawab kita sebagai kerajaan pusat.

“Jadi pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan membantu dan PAT akan berlepas petang ini untuk melihat keadaan.

“Segalanya akan dikoordinasi oleh MKN dan kita akan membantu mangsa-mangsa banjir dan keperluan mereka itu akan kita tentukan dan kita akan beri bantuan-bantuan yang diperlukan oleh mangsa banjir,” kata beliau pada sidang media selepas meninjau Hospital Medan ATM di Hospital ATM Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini hari ini.

Tambah beliau, MKN juga telah mengeluarkan arahan sekaligus menyelaraskan bantuan bersama agensi-agensi lain.

“MKN sudah keluarkan arahan dan MKN akan selaraskan di mana kita ada ATM termasuk Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) yang khusus untuk membantu dalam kejadian-kejadian musibah yang seperti ini,” tambah beliau.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons