SIPITANG: Angkara mabuk, seorang lelaki menikam rakan sekerjanya sehingga mati selepas tidak puas hati kerana dituduh mencuri telefon bimbit milik mangsa dalam kejadian di sebuah rumah kongsi berhampiran ITC daerah Sipitang, semalam.
 
Dalam kejadian jam 11.30 malam itu, mangsa lelaki berusia 21 tahun disahkan meninggal dunia di Hospital Sipitang  akibat kecederaan parah di bahagian diperutnya.
 
Ketua Polis Daerah Sipitang Deputi Superintendan Sabarudin Rahmat berkata, hasil siasatan awal mendapati berlaku perselisihan faham dan pertengkaran mangsa dengan rakannya sekerja.
 
“Mangsa dan suspek dikatakan mabuk, lalu mangsa mencari telefon bimbitnya di rumah suspek dan berlaku pertengkaran sebelum suspek menikam mangsa menggunakan sebilah pisau diperut.
 
“Akibat kejadian itu, mangsa tidak sedarkan diri dan dibawa ke Hospital Sipitang oleh rakannya dan didapati mangsa meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
  
Sabarudin berkata, bertindak atas maklumat, jam 1.30 pagi tadi, polis berjaya menahan suspek dan merampas sebilah pisau yang disyaki digunakan ketika kejadian itu.
 
“Suspek lelaki tempatan berusia 36 tahun direman bagi membantu siasatan.
 
“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.



Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: