Musibah banjir yang menyatukan biarpun berbeza politik – Salleh



KUALA LUMPUR: Musibah banjir yang melanda utara Semenanjung khususnya negeri Pulau Pinang telah menyatukan pimpinan pusat dan negeri biarpun berbeza fahaman politik demi membantu mangsa banjir di kawasan itu yang disifatkan sebagai terburuk dalam sejarah.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata apa yang menarik perhatiannya daripada musibah itu ialah tanggungjawab pemimpin pusat dan negeri bekerjasama menyelesaikan masalah rakyat yang terjejas dengan banjir.

“Senario ini amat menarik. Politik matang diamalkan. Jauh di lubuk hati, saya berkata: Inilah Malaysia. Perbezaan politik tidak menghalang untuk bersama dalam menyelesaikan masalah rakyat. PM Najib adalah seorang yang budiman,” katanya menerusi catatan terbaru blog beliau di http://sskeruak.blogspot.my/.

Salleh berkata beliau tertarik membaca kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bahawa beliau menghubungi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi awal pagi Ahad meminta bantuan dan panggilan diangkat oleh Ahmad Zahid.

“…dan esok paginya mereka berjumpa dan bekerjasama untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat,” kata Salleh.

BACA: Banjir P. Pinang: Soal kemanusiaan, tanggungjawab kerajaan pusat – PM Najib

BACA: Banjir P.Pinang: TPM lawat kawasan banjir

Salleh berkata beberapa hari lepas banjir teruk telah melanda utara Semenanjung mengakibatkan hampir 7,000 penduduk Pulau Pinang dan 3,000 penduduk Kedah terpaksa dipindahkan.

“Teruk atau tidaknya banjir ini dapat lihat bukan sahaja daripada jalan yang ditenggelami air, tetapi juga rumah yang turut digenangi air,” katanya.

Salleh berkata: “‘Hari ini (Selasa), Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor sendiri pula turun ke Pulau Pinang dan sekali lagi disambut oleh Lim serta diberikan taklimat oleh kerajaan negeri”.

“Saya lihat mereka mesra bersama berbincang mengatasi masalah rakyat,” katanya.

Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di Pulau Pinang meningkat kepada 7,294 orang daripada 1,774 keluarga tengah hari Selasa berbanding 6,080 mangsa membabitkan 1,572 keluarga pada pagi.

Sementara itu, jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan di empat daerah di Kedah setakat 4 petang semalam menurun kepada 442 orang berbanding 982 orang pada 9 pagi.

— BERNAMA



Source link

read more

BTS bakal beraksi di Hollywood BTSxAMAs trending dunia



IMPIAN peminat kumpulan K-Pop terkenal BTS untuk melihat mereka beraksi di Hollywood tercapai.
 
BTS bakal mengadakan persembahan sulung mereka menerusi majlis America Music Awards (AMA 2017) yang akan berlangsung di Los Angeles pada 19 November ini.
 
Menurut laporan Forbes, BTS akan mempersembahankan lagu terbaru mereka berjudul DNA.
 
“Ini merupakan satu penghormatan besar kepada BTS dan juga BigHit Entertainment kerana di jemput membuat persembahan untuk majlis berprestij, American Music Award.
 
“Kami juga berasa teruja untuk menunjukkan persembahan yang terbaik kepada peminat kami, Army ketika menyampaikan lagu DNA secara langsung di U.S,” kata wakil pihak pengurusan BTS, BigHit Entertainment.
 
DNA telah tersenarai dalam carta Billboard 100 dan menduduki tangga ke 67.
 

Dalam pada itu, hashtag #BTSxAMAs menjadi trending sejak beberapa hari lalu selepas sahaja peminat mendapat tahu mengenai berita tersebut.
 
Menerusi hashtag itu, rata-rata peminat menyatakan rasa teruja dan tidak sabar untuk melihat tarian dan persembahan hebat kumpulan tersebut.
 
BTS yang dianggotai oleh Rap Monster, Jin, Suga, J-Hope, Jimin, V dan Jungkook ini merupakan antara kumpulan K-Pop paling terkenal di seluruh dunia.
 
Selain BTS, beberapa lagi nama besar akan mengadakan persembahan pada acara itu adalah Christina Aguilera, Selena Gomez dan penyanyi legenda, Diana Ross.
 
Terdahulu, BTS mencipta sejarah tersendiri apabila album mereka berjudul Wings berjaya tersenarai dalam carta Billboard 200 tahun lalu.
 
BTS juga pernah menerima trofi Top Social Award pada Anugerah Billboard 2017.

Foto: Dispatch
 
Sumber: Forbes, Allkpop

 
 



Source link

read more

Bukit Sireh, Kampung Bedal dinaiki air – Wilayah


KUALA KRAI 7 Nov. – Hujan lebat berterusan selama dua jam menyebabkan kawasan rendah di Bukit Sireh ke Kampung Bedal di sini dilanda banjir kilat.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintenden Abdullah Roning berkata, laluan berkenaan mulai dinaiki air pada pukul 7 petang selepas hujan lebat.

“Jalan Bukit Sireh ke Kampung Bedal kini tidak boleh dilalui kenderaan ringan selepas dinaiki air sedalam satu meter dengan jarak 100 meter,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Selangor catat kes buang bayi tertinggi dalam tempoh dua tahun



KUALA LUMPUR: Selangor mencatatkan jumlah kes buang bayi tertinggi dalam tempoh dua tahun berturut-turut iaitu antara 2016 hingga Jun tahun ini berbanding negeri-negeri lain.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd Dun sehingga Jun 2017 Selangor merekodkan 16 kes pembuangan bayi manakala pada tahun 2016 sejumlah 23 kes.

Menurutnya, berdasarkan rekod Polis DiRaja Malaysia (PDRM), pada 2016 sehingga Jun 2017, sebanyak 115 dan 59 kes pembuangan bayi telah dilaporkan,

“Pada 2016, Selangor menjadi negeri tertinggi dengan dengan 23 kes, diikuti 19 kes (Johor) dan Wilayah Persekutuan sebanyak 16 kes.

“Sementara itu, sehingga Jun tahun ini, Selangor masih mencatatkan kes pembuangan bayi tertinggi dengan 16 kes, diikuti Sabah dan Kuala Lumpur masing – masing sebanyak tujuh kes.

“Manakala tiada kes dilaporkan di Kelantan, Terengganu dan Sarawak bagi tahun 2017 sehingga bulan Jun,” katanya di sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Rozman Isli (BN-Labuan) yang meminta kementerian itu menyatakan statistik terkini kes pembuangan bayi yang direkodkan mengikut negeri-negeri dan apakah langkah jangka panjang kementerian dalam memupuk kesedaran terhadap kesihatan reproduktif serta kesan negatif kehamilan dan kelahiran anak luar nikah yang semakin menjadi isu sosial dan membimbangkan.

Tambah Azizah, kementeriannya melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah melaksanakan pelbagai perancangan jangka pendek dan panjang bagi meningkatkan daya tindak dan daya tahan institusi kekeluargaan khususnya remaja serta ibu bapa dalam memupuk kesedaran terhadap kesihatan reproduktif bagi menangani masalah sosial remaja.

Katanya, melalui dasar dan pelan tindakan reproduktif dan sosial kebangsaan (PEKERTI), pelbagai inisiatif serta program telah dilaksanakan oleh agensi di bawah kementerian termasuk penubuhan pusat remaja [email protected] yang bertujuan meningkatkan akses kepada maklumat serta perkhidmatan kesihatan dan reproduktif dalam kalangan remaja yang berumur 13 hingga 24 tahun.

“Sejak penubuhannya pada 2006 hingga Jun 2017, program outreach [email protected] di sekolah-sekolah dan komuniti setempat telah berjaya mendekati seramai 632,512 orang remaja.

“Sebanyak 434,540 remaja telah mengambil bahagian dalam program-program pendidikan dan pembangunan kemahiran.

“Sebanyak 29,563 remaja telah mendapatkan perkhidmatan kesihatan rawatan reproduktif, manakala 9,097 orang remaja telah mendapatkan perkhidmatan kaunseling sosial,” katanya.



Source link

read more

PM puji surau, masjid lindungi bukan Islam – Nasional


KUALA LUMPUR 7 Nov. – Datuk Seri Najib Tun Razak memuji beberapa surau dan masjid yang menerima mangsa banjir bukan Islam untuk tumpang berteduh dan menganggap tindakan memenuhi tuntutan agama.

Perdana Menteri berkata, perbuatan sedemikian menggambarkan semangat 1Malaysia Negaraku yang patut dicontohi kerana membelakangkan faktor agama dan kaum demi membantu golongan tidak bernasib baik.

“Islam mengajar penganutnya berkasih sayang, dan saya teringat kisah Rasulullah SAW yang memberi perlindungan kepada semua tanpa mengira agama tatkala mereka memerlukan bantuan seperti dalam surah At-Taubah, mafhumnya, ‘Dan jika seorang di antara orang musyrikin itu meminta perlindungan kepadamu, maka lindungilah ia’,” katanya menerusi status di akaun Facebook hari ini.

Perdana Menteri bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini tiba di Pulau Pinang pada kira-kira pukul 10.40 pagi dan disambut oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng bagi meninjau situasi banjir besar yang melanda negeri itu.

Semalam, satu gambar tular dengan beberapa mangsa banjir berketurunan Cina mendapatkan perlindungan di surau Taman Free School, Pulau Pinang selepas pentadbirnya mendapati mereka berada di dalam kesusahan.

Bilal surau berkenaan, Sapno Tukijo, 50, dilaporkan berkata, pentadbir surau menumpangkan mangsa-mangsa keturunan Cina terbabit dengan niat menyelamatkan nyawa mereka daripada banjir yang melanda negeri itu sejak beberapa hari lalu. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Macau Scam Baca ini kalau tak nak ditipu



KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenal pasti empat cara beroperasi sindiket penipuan telekomunikasi atau ‘Macau Scam’ yang memperdaya mangsa dengan panggilan palsu hingga mengakibatkan kerugiaan jutaan ringgit.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Urus Setia KPN, Datuk Asmawati Ahmad berkata, sindiket beroperasi dengan cara menawarkan cabuan bertuah, tipu culik dan minta wang tebusan, spoofing pegawai polis atau agensi kerajaan serta pegawai bank negara atau bank komersial.

“Macau Scam’ didalangi sindiket Taiwan serta China yang menggunakan talian antarabangsa dari Hong Kong juga tempatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

‘Spoofing’ ialah teknik di mana pemanggil akan berkomunikasi menggunakan paltform Voice Over Internet Protocol (VoIP) bagi membolehkan pemanggil meletakkan sebarang nombor telefon untuk memperdaya pemenerima bahawa pemanggil adalah dari nombo yang tertera di skrin.

Modus Operandi (Cara beroperasi)

i) Cabutan bertuah (Lucky Draw)

Pengadu menerima panggilan telefon yang mendakwa mangsa telah memenangi pertandingan cabutan bertuah (lucky draw) bernilai jutaan dollar dari syarikat Hong Kong dan Macau.

Pemanggil kemudiannya memberikan nombor telefon untuk dihubungi sekiranya pengadu mahu menuntut hadiah berkenaan. setelah bersetuju, pengadu dikehendaki membayar cukai dan insuran dengan cara memasukkan wang ke dalam akaun tertentu bagi menuntut hadiah tersebut. setelah transaksi selesai, pemanggil gagal dihubungi dan wang hadiah yang dijanjikan tidak diterima.

ii) ‘Spoofing’ pegawai polis / agensi kerajaan

Pengadu menerima pangilan telefon daripada individu yang mengaku sebagai pegawai mahkamah dan polis serta mendakwa bahawa pengadu terlibat di dalam kegiatan haram (seperti ah long, kongsi gelap dan pengedaran dadah) dan mangsa kemudiannya diminta untuk memindahkan wang dari akaunnya ke dalam akaun tertentu, kononnya bagi mengelakan akaun mangsa dibekukan oleh pihak berkuasa.

iii) ‘Spoofing’ pegawai bank negara atau bank komersil (kad kredit)

Mangsa menerima panggilan daripada seseorang yang mengaku sebagai pegawai bank, dengan dakwaan bahawa mangsa gagal membuat bayaran kad kredit. pengadu kemudiannya diarah untuk menghubungi seseorang, kononnya pegawai dari Bank Negara Malaysia (BNM) bagi mengelakkan nama disenarai hitam atau akaun bank dibekukan. mangsa akhirnya diperdaya untuk membuat pemindahan wang ke nombor akaun tertentu melalui e-banking atau melalui mesin deposit tunai (CDM).

(iv). Tipu culik dan minta wang tebusan

Mangsa menerima panggilan telefon daripada seseorang yang mendakwa anak atau saudaranya diculik. mangsa diperdaya untuk memindahkan wang tebusan ke nombor akaun pihak ketiga yang diberikan oleh pemanggil. (terkesan juga pelbagai helah dan taktik lain yang digunakan oleh ahli-ahli sindiket untuk memperdayakan mangsa, termasuk dakwaan langgar lari dan gagal membayar hutang pinjaman bank / institusi kewangan).

Apa yang perlu dilakukan jika anda berdepan situasi seperti di atas:

i). Sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan muslihat atau tipu helah pihak-pihak tertentu;

ii) Jangan sesekali panik dan mengikut arahan yang diberikan oleh pemanggil, tanpa terlebih dahulu menghubungi pihak polis atau institusi kewangan terbabit;

iii) Jangan hubungi semula nombor telefon yang anda terima. sebaliknya dapatkan nombor telefon rasmi syarikat, organisasi atau institusi terbabit untuk pengesahan lanjut;

iv) Jangan dedahkan nombor akaun bank, nombor kad ATM atau kad kredit anda kepada orang yang tidak dikenali, dan;

v) Layari portal rasmi BNM untuk mendapatkan maklumat dan nasihat terkini berhubung penipuan kewangan (financial fraud) seumpamanya.

Menurut Asmawati, mangsa penipuan sebegini perlu membuat laporan polis agar tindakan lanjut dapat diambil segera.



Source link

read more

Pengurusan balak di Sabah yang terbaik – Sabah


KOTA KINABALU 7 Nov. – Jumlah keluasan hutan yang diletakkan sebagai Kawasan Perlindungan Penuh (TPA) di Sabah ialah 1.9 juta hektar atau 26 peratus daripada keluasan keseluruhan tanah dan nilai itu lebih besar berbanding kadar di negara maju seperti Amerika Syarikat (14 peratus) dan Australia (15 peratus).



ARMIZAN

ARMIZAN

Ketua Pemuda UMNO Papar, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, jumlah tersebut menunjukkan peningkatan drastik berbanding ketika Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman mula mentadbir negeri pada 2003 iaitu hanya 10 peratus atau 850,000 hektar.

Beliau berkata, kerajaan negeri juga telah merizabkan sebanyak 52 peratus kawasan hutan simpan manakala Jabatan Perhutanan pula sedang giat membuat penanaman semula kawasan hutan yang menyaksikan ketika ini seluas 700,000 hektar tanah telah ditanam semula.

“Pada tahun 1972, dalam keadaan di mana negeri bergantung penuh kepada hasil balak, hasil kerajaan hanya RM172 juta setahun sebaliknya pada tahun 2016, hasil Kerajaan negeri telah meningkat berkali-kali ganda mencecah lebih RM3.5 bilion dan hanya 13 peratus datangnya daripada hasil balak.

“Maknanya, Sabah telah berjaya menggerakkan agenda transformasi ekonomi dengan mempelbagaikan sumber pendapatan dan keluar daripada kebergantungan penuh kepada sektor pembalakan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab dakwaan pihak tidak bertanggungjawab kononnya aktiviti pembalakan berlaku secara berleluasa di negeri ini melalui penyebaran video di laman sosial yang menunjukkan beberapa lori balak sarat dengan muatan berada di Jalan Sapulut – Kalabakan baru-baru ini.

Armizan berkata, dakwaan tersebut memberi gambaran yang salah kerana balak-balak berkenaan sebenarnya dikeluarkan secara sah, malah lori-lori balak yang direkodkan di dalam video berkenaan sebenarnya berhenti di Stesen Jabatan Perhutanan untuk pemeriksaan.

Tegas beliau, perkara tersebut sepatutnya mendapat pujian kerana membuktikan pihak berkuasa sentiasa menjalankan tugas memantau perjalanan industri balak negeri bagi memastikan hanya syarikat yang mempunyai lesen diberi kebenaran.

“Ternyata pihak yang ingin menjejaskan kredibiliti kerajaan negeri tersilap kerana realitinya, pengurusan hutan di Sabah pada hari ini adalah yang terbaik di Malaysia dan mendapat pengiktirafan dalam dan luar negara.

“Daripada sebuah negeri yang terkenal dengan ‘politik balak’ dan kadar kebergantungan tinggi kepada hasil balak sehingga mencecah 85 peratus dalam hasil negeri, hari ini pengurusan khazanah hutan di Sabah telah melalui proses transformasi yang amat membanggakan apabila kebergantungan itu telah jauh dikurangkan kepada hanya sekitar 13 peratus,” ujar beliau. – UTUSAN ONLINE




Source link

read more

13 projek jangka panjang bernilai RM1 bilion untuk Pulau Pinang – Najib



TASEK GELUGOR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan 13 projek jangka panjang bagi mengatasi masalah banjir di negeri Pulau Pinang dengan anggaran kos sebanyak RM1 bilion.

Pengumuman itu dibuat Najib ketika membuat lawatan di pusat pemindahan sementara di Sekolah Agama Rakyat Nyior Sebatang dekat Tasek Gelugor dan menegaskan Kerajaan Persekutuan tidak akan membiarkan Pulau Pinang berada dalam kesusahan.

“Hasil perbincangan antara Kerajaan Pusat dan negeri kita akan menjalankan 13 projek bagi menangani masalah banjir di Pulau Pinang di masa depan dengan anggaran kos RM1 bilion,” katanya.

Sementara itu, Najib mengakui bencana banjir yang melanda negeri itu adalah di luar kemampuan namun tidak menolak kemungkinan ia berpunca daripada sikap manusia.

“Saya ingin ingatkan kepada pemaju perumahan bahawa dalam mengejar keuntungan dan pembangunan, faktor alam sekitar perlu diberi perhatian bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

“Penduduk setempat juga diingatkan untuk sentiasa menjaga alam sekitar selain mengelak daripada membuang sampah sesuka hati,” katanya.

Terdahulu, Najib tiba di Pulau Pinang sekitar jam 10.40 pagi dengan ditemani isteri, Datin Seri Rosmah Mansor sebelum di bawa ke Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah di Bukit Mertajam bagi mendengar taklimat.

Najib dalam ucapannya turut memberi jaminan akan terus menyalurkan bantuan kepada Pulau Pinang seperti mana yang dilakukan kepada Kelantan sewaktu berdepan bencana banjir.

Banjir di Pulau Pinang pada 5 November lalu merupakan yang terburuk dalam sejarah negeri itu dengan mencatatkan tujuh kematian.



Source link

read more

Pemuda BN sedia gempur PRU-14 – Politik


KUALA LUMPUR 7 Nov.- Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) hari ini sudah berada dalam keadaan bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang akan datang.

Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin berkata, segala persiapan Pemuda BN sudah berada pada peringkat akhir ketika ini dengan memastikan hak dan suara pengundi-pengundi muda tidak dipinggirkan sama sekali.

“Pemuda BN sudah pun bersiap sedia untuk PRU-14 malah saya telah meminta semua parti-parti komponen supaya mengemukakan sebarang idea yang boleh dimasukkan dalam manifesto BN.

“Pengundi muda adalah segmen terpenting dalam PRU-14 akan datang, jadi dalam masa dua bulan terdekat ini, satu jawatankuasa akan meneliti beberapa cadangan supaya ia boleh dipertimbangkan oleh pucuk pimpinan BN untuk menjadi sebahagian daripada manifesto parti yang akan memberi tumpuan khusus kepada pengundi muda dan pengundi kali pertama,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Exco Pemuda BN di Menara Dato’ Onn di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Pengerusi Pemuda BN, Khairul Azwan Harun. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

CIDB keluar 3093 notis kepada kontraktor sejak Januari



KUALA LUMPUR: Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) mengeluarkan 3,093 notis kepada kontraktor dan personel binaan atas pelbagai kesalahan sejak awal Januari hingga Ogos tahun ini.

Ketua Eksekutif CIDB Datuk Ir Ahmad ‘Asri Abdul Hamid berkata kesalahan itu melibatkan pendaftaran, akreditasi, latihan personel binaan, perakuan pendaftaran kontraktor, tidak mengisytiharkan projek dan kegagalan menjelaskan bayaran levi dalam tempoh yang ditetapkan.

Beliau berkata notis terbanyak dikeluarkan di Sarawak iaitu 540 notis diikuti Johor (325), Selangor (296), Terengganu (281), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (242) dan Sabah (236) manakala selebihnya di negeri lain.

“Kesemua notis berkenaan dikeluarkan hasil daripada operasi bersepadu bersama agensi kerajaan berkaitan serta risikan dan lawatan mengejut penguat kuasa CIDB di seluruh negara ke tapak-tapak binaan yang telah dikenal pasti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata CIDB sentiasa memandang serius pematuhan kerja pembinaan terutamanya yang menyentuh aspek keselamatan awam.

“Oleh sebab itu, CIDB akan terus memantau dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana kontraktor dan personel binaan yang ingkar dalam mematuhi kehendak undang- undang bertulis,” katanya.

— BERNAMA



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons