Pasar Besar Gombak bakal dinaik taraf bersama Rumawip – KL & Putrajaya


KUALA LUMPUR 7 Nov. – Kerajaan bakal membangunkan semula Pasar Besar Gombak, di sini bersama projek Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (Rumawip) dalam usaha menaikkan taraf hidup serta meningkatkan tahap sosio ekonomi penduduk setempat.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, projek berkenaan hanya akan bermula selepas proses pengosongan bangunan iaitu pada Mac 2018 dan disiapkan dalam tempoh 42 bulan.

“Program pembangunan semula ini melibatkan bangunan komersial berketinggian sembilan tingkat yang akan menempatkan kedai dan lot perniagaan, pasar basah, mini Pusat Transformasi Bandar (UTC), pejabat kesihatan, pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), surau serta dewan serbaguna.

“Pada masa sama, pemaju akan turut membina satu blok kediaman Rumawip berketinggian 44 tingkat dan menempatkan 900 unit yang dikenali sebagai Residensi Inspira,” katanya ketika berucap merasmikan projek berkenaan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Enakmen Hiburan Kedah akan dipinda – Exco



ALOR SETAR: Kerajaan negeri Kedah akan meminda Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan Kedah 1997 bagi mengikut keperluan semasa berikutan terdapat beberapa perkara yang perlu diperbaharui termasuk dari segi penguatkuasaan.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga negeri Datuk Badrol Hisham Hashim berkata cadangan pindaan itu antara lain bertujuan membanteras penyalahgunaan lesen hiburan bagi aktiviti yang berunsur perjudian.

“Enakmen ini memang perlu dipinda mengikut keperluan semasa kerana enakmen sedia ada sekarang sudah tidak relevan antaranya melibatkan jumlah caj mesin yang rendah iaitu sebanyak RM50 sebuah jika berbandingkan dengan negeri-negeri lain iaitu RM3,000 sebuah.

“Penguatkuasaan juga perlu dikaji semula bagi membolehkan tindakan tegas diambil terhadap pemilik premis yang menyalahgunakan lesen dan sebab itu kerajaan negeri akan bekerjasama dengan polis bagi mengatasi perkara ini,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Pemantauan Lesen Hiburan Peringkat negeri di sini hari ini.

Turut menyertai mesyuarat itu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah SAC Mior Farid Al Atrash Wahid.

Badrol Hisham berkata pada tahun ini, terdapat 73 premis hiburan yang masih beroperasi di Kedah dan daripada jumlah itu, polis telah mencadangkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk membatalkan 38 lesen sedia ada.

“Polis telah mencadangkan kepada PBT untuk membatalkan 38 lesen premis hiburan yang masih beroperasi kerana telah melanggar syarat-syarat lesen antaranya menyalahgunakan mesin simulator dengan menjadikan ia sebagai mesin perjudian.

“Kita juga dapati ada premis yang membenarkan kanak-kanak bawah umur masuk ke dalam premis dan menjalankan operasi lebih masa. Kita sentiasa memantau dan sama sekali tidak akan berkompromi dengan perkara ini dan akan mengambil tindakan yang tegas,” katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri juga mula tidak mengeluarkan lesen baharu sejak tahun lepas dengan hanya membenarkan urusan memperbaharui lesen sedia ada namun premis yang melanggar syarat, lesen mereka tidak akan diperbaharui atau akan terus dibatalkan.

Sementara itu, Mior Farid berkata polis telah mengenal pasti beberapa daerah yang mempunyai kes tertinggi dalam penyalahgunaan lesen membabitkan perjudian antaranya di Kota Setar, Kuala Muda dan Kulim.

“Kita menjalankan serbuan sekiranya menerima laporan berhubung perkara ini jadi saya minta pemilik premis supaya jangan menjalankan kegiatan haram atau mereka akan dikenakan tindakan undang-undang. Saya juga minta masyarakat untuk terus menyalurkan maklumat bagi membolehkan tindakan dijalankan,” katanya.

— BERNAMA



Source link

read more

TNB terus pulihkan bekalan elektrik di Pulau Pinang – Nasional


KUALA LUMPUR 7 Nov. – Tenaga Nasional Berhad (TNB) masih meneruskan kerja-kerja memulihkan bekalan, termasuk menggunakan set janakuasa bergerak (genset) ke kawasan-kawasan yang teruk dilanda banjir di Pulau Pinang.

Pengurus Besar Kanan (Sistem Pembahagian) TNB, Wan Nazmy Wan Mahmood, berkata anggota-anggota kerja teknikal TNB seramai 160 orang termasuk dari luar Pulau Pinang bertungkus-lumus bekerja tanpa henti untuk menyambung semula bekalan sejak Ahad lalu.

“Sehingga pukul 3 petang hari ini, sebanyak 38 buah set janakuasa bergerak (genset) telah dipasang di kawasan-kawasan yang dikenal pasti selamat dan strategik.

“Bagi kawasan-kawasan lain, bekalan elektrik akan disambung semula sebaik keadaan mengizinkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Wan Nazmy berkata, selain faktor akses ke pencawang elektrik (PE), pemasangan genset juga mengambil kira faktor keselamatan melibatkan pepasangan, warga kerja TNB serta para pengguna.

“Sementara itu atas faktor-faktor keselamatan terutama kepada para pengguna bekalan, 16 pencawang masih dihentitugas daripada 4,852 pencawang elektriknya di negeri terbabit.

“Kami berharap para pengguna yang masih belum mendapat bekalan elektrik dapat bersabar sementara anggota kerja kami terus berusaha memulihkan bekalan secepat mungkin,” katanya.

Menurutnya, bagi kawasan yang telah pulih apabila banjir telah surut namun bekalan elektrik masih tidak dapat dibekalkan kepada para pengguna, ini disebabkan TNB perlu melakukan kerja-kerja pembersihan di sub-sub stesen yang ditenggelami banjir sebelum ini.

“Mungkin di kawasan lain, air banjir telah surut atau kering tetapi didapati air banjir masih ada di sub-sub stesen dan kerja-kerja pembersihan dan pemeriksaan teliti perlu dilakukan sebelum bekalan elektrik dapat dibekalkan semula,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Malaysia perlukan sistem amaran taufan – Hartono



KUALA LUMPUR: Malaysia memerlukan sistem amaran taufan bagi mengenal pasti lebih awal jika berlaku ancaman taufan sekali gus membolehkan persiapan dibuat semua pihak.

Pakar Perlindungan Kilat Hartono Zainal Abidin berkata setakat ini, negara tidak mempunyai sistem amaran taufan untuk memberi amaran kepada orang ramai sebelum berlaku taufan.

“Saya pernah memberi cadangan mengenai kepentingan negara untuk mempunyai sistem amaran taufan sejak tahun 1998 dan 2002 lagi selepas negeri Johor dilanda bencana alam pada Disember 2001.

“Setakat ini, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hanya mempunyai sistem amaran berkaitan hujan lebat dan jabatan itu tidak mempunyai sistem amaran taufan,” katanya dalam temubual bersama Astro AWANI di sini hari ini.

Hartono memberitahu, pakar meteorologi wajar peka bahawa ancaman taufan jauh lebih bahaya kerana keadaannya berpusing dengan kelajuan angin yang lebih tinggi dari biasa.

Katanya, sekiranya MetMalaysia mempunyai sistem amaran taufan, ia mampu membantu kesiapsiagaan awal semua agensi dan masyarakat.

“Banjir di Pulau Pinang pada Ahad lalu disebabkan oleh taufan kecil. Laman web MetMalaysia menunjukkan corak hujan berbentuk spiral yang berada betul-betul di atas pulau pada 6.20 petang, Sabtu.

“Jika taufan ini bergerak pada arah selari maka ia hanya akan berada di Pulau Pinang selama beberapa jam dan tidak akan menyebabkan banjir yang begitu serius.

“Namun taufan ini telah berpatah balik ke pulau dan berlegar selama 12 jam sehingga menyebabkan lebih dari 300ml air hujan membanjiri Pulau Pinang. Ini merupakan banjir yang paling teruk pernah berlaku di negeri itu sejak 30 tahun lepas,” katanya.

Hartono berkata taufan itu wujud sejak seminggu lalu dan berada di laut China Selatan selain bergerak ke arah barat menuju ke semenanjung Malaysia sebelum ke Pulau Pinang pada Sabtu.

“Anda boleh lihat dalam diagram pergerak taufan itu yang memasuki Kedah kemudian berpatah balik ke Pulau Pinang dan meninggalkan Semenanjung melalui Kelatan. Taufan ini walaupun kecil menyebabkan banyak pokok tumbang.

“MetMalaysia tidak dapat meramalkan perjalanan taufan ini tapi mereka mengetahui pergerakkannya beberapa hari sebelum kejadian,” katanya.



Source link

read more

Anis Al-Idrus tak kisah jadi tempat luah perasaan Hafiz Hamidun



BAKAL muncul dengan single terbaharu ciptaan sepenuhnya Hafiz Hamidun, pelakon Anis Al-Idrus akui sedia terima apa jua kontroversi yang akan timbul.
 
Anis memberitahu single keduanya berjudul “Tak Guna” itu mengisahkan mengenai luahan hati seseorang kepada kekasihnya dalam percintaan.
 
“Lirik itu ditulis sepenuhnya oleh Hafiz, saya tahu ia akan timbul pelbagai persoalan mengenai kisahnya.
 
“Apa yang saya tahu, ia merupakan luahan hati seseorang kepada kekasihnya yang menghadapi konflik dalam percintaan.
 
“Kisah selanjutnya, saya harap peminat boleh tunggu bila ia dilancarkan pada penghujung tahun ini.
 
“Saya sudah bersedia apa sahaja kontroversi yang mungkin akan terpalit kepada saya.
 
“Lagu itu sudah dirakamkan dan saya harap boleh diterima ramai,” katanya kepada Astro Gempak.
 
Single pertama Anis berjudul “Mengapa” telah dilancarkan tahun lalu.
 
Mengulas mengenai bidang nyanyian, Anis memberitahu dia serius dalam bidang tersebut dan mahu ia seiring dengan kerjaya seninya yang lain.
 
“Kalau tanya sekarang apa yang saya fokus, saya sedang fokus dalam semua bidang iaitu lakonan, pengacaraan, nyanyian dan perniagaan.
 
“Saya seorang yang kuat bekerja dan saya tidak boleh duduk diam tanpa membuat apa-apa.
 
“Menyanyi ini salah satunya, selepas ini mungkin ada lagi lagu terbaharu daripada saya dalam bidang ini,” katanya lagi.
 
Anis kini sedang sibuk di set penggambaran “Dia Pertama” yang menampilkannya sebagai pengacara yang akan menemuramah mereka yang telah memberi sumbangan kepada masyarakat dalam bidang tertentu

 



Source link

read more

Pencarian Ratu Ais pada 18 November ini – KL & Putrajaya


KUALA LUMPUR 7 Nov. – Program Ekspedisi Wanita ke Antartika (AWETA) 2018 merupakan langkah mencari protege untuk membawa balik kapsul masa yang berada di sana sejak 13 tahun lalu.

Menurut kenyataan AWETA, penyertaan tersebut terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

“Kapsul masa itu telah ditanam oleh Ekspeditor Negara, Dr. Sharifah Mazlina Abd. Kadir pada 2004. Oleh itu, mereka berminat boleh hadir ke sesi penerangan dan saringan awal di Kuala Kubu Bharu pada 18 November ini.

“Program ini dijalankan serentak dengan Karnival Sihat Selangor yang dianjurkan oleh Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS),” demikian menurut kenyataan itu hari ini.

Sebarang pertanyaan boleh layari www.mdhs.gov.my dan maklumat lanjut berkaitan pencarian Ratu Ais boleh hubungi sekretariat AWETA di talian 03-5511 1670. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

INFOGRAFIK Banjir Pulau Pinang Bagaimana boleh seburuk ini


BANJIR yang melanda Pulau Pinang kini masih berada di tahap merah.

Fenomena ini diakibatkan oleh ‘Taufan Fujiwara’ iaitu dua taufan berbeza melanda kawasan berdekatan dikenal pasti sebagai punca hujan lebat berterusan yang mengakibatkan banjir di Pulau Pinang pada Sabtu lalu.

Pakar Oceonagrafi Universiti Malaya, Profesor Datuk Dr Azizan Abu Samah berkata dua taufan tersebut adalah Taufan Damrey yang melanda Vietnam dan taufan yang lebih kecil di Teluk Siam.

Infografik berikut merungkai penjelasan Sains dan tahap keberkesanan sistem pengurusan bencana bagi menghadapi gelombang kedua dan ketiga fenomena cuaca ini.

Nasrul Shazli



Source link

read more

Tak pernah pun cerita tentang tiada siapa nak sponsor baju – Aishah



BINTANG Gegar Vaganza 4 (GV4) Aishah menafikan dakwaan yang mengatakan tiada pihak sudi menaja pakaian untuk persembahannya dalam program tersebut.
 
Menurut Aishah, 52, dia juga tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara tersebut.
 
“Jadi viral pula cerita baju saya untuk GV4 ini. Tidak benar cerita mengenai tiada sesiapa nak sponsor baju untuk saya.
 
That is not true lah dan saya juga tidak pernah pula bercerita tiada sesiapa nak sponsor, uish biar betul,” katanya menerusi status laman sosial Facebooknya, Wan Aishah Wan Ariffin pada Isnin.
 

Selain menjelaskan mengenai isu baju, Aishah juga turut memberitahu dia lebih selesa menghadiri program berkenaan dengan hanya ditemani oleh suaminya sahaja.
 
“Saya memang tidak bawak entourage yang besar, cukup sekadar suami yang mengiringi. Saya juga ada kawan-kawan dan peminat yang organize untuk peminat.
 
“Solekan pun saya guna make-up artist Astro, setakat ini okey sahaja. Saya memang tidak suka ramai-ramai orang di sekeliling saya, rimas. Dari dulu saya memang begini,” jelasnya.
 
Terdahulu, penampilan Aishah yang menggayakan busana berwarna merah telah mendapat perhatian netizen.
 
Rata-ratanya meluahkan rasa tidak puas hati dan berpendapat busana itu tidak sesuai digayakan Aishah yang dianggap sebagai penyanyi legenda negara.
 
Mereka juga meminta supaya pereka fesyen lebih peka terhadap rekaan baju yang ingin diberikan kepada Aishah dan bukan hanya sekadar tangkap muat sahaja.
  Teks oleh: Mya Amri

 



Source link

read more

Hina Bugis Jusuf Kalla desak Tun Mahathir mohon maaf



JAKARTA: Wakil Presiden Indonesia Jusuf Kalla hari ini mendesak bekas perdana menteri Malaysia Mahathir Mohamad memohon maaf atas kata-kata penghinaan terhadap suku Bugis  seperti yang disebut dalam satu ceramah politik pada 14 Oktober lalu.

Portal berita Republika melaporkan, Jusuf terkejut apabila ceramah Mahathir diselitkan dengan kenyataan menghina yang mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai lanun kerana berasal dari suku Bugis.

“Pertama, sebagai orang Bugis, saya membantah (kenyataan itu). Maka, Mahathir harus minta maaf. Kerana orang Bugis itu bukan hanya ada di Sulawesi Selatan, tapi di seluruh Indonesia, bahkan di Malaysia,” kata Jusuf  di Jakarta, pada Selasa.

Tambahnya, Mahathir perlu menarik balik kenyataannya yang dianggap telah melukai seluruh orang Bugis.

“Mahathir harus perbetulkan. Jangan lagi dikaitkan soal suku,” tegasnya.

Selain mencetuskan kemarahan di Indonesia, kata-kata Mahathir juga telah mendapat bantahan daripada Persatuan Perpaduan Rumpun Bugis Melayu Malaysia (PPRBMM) di Yayasan Kepemimpinan Perdana pada 18 Oktober lalu.



Source link

read more

Mahdzir Khalid lawat sekolah terjejas akibat banjir – Nasional


KUALA LUMPUR 7 Nov. – Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid hari ini melawat sekolah-sekolah di Seberang Prai Utara yang terjejas akibat banjir.

mahdzir khalid banjir 3
 

Beliau yang diiringi Pengarah Pendidikan Pulau Pinang, Shaari Osman menggunakan kesempatan itu untuk meninjau kerosakan yang dialami sekolah-sekolah terbabit selain bertanya khabar kepada guru-guru yang terbabit.

Banjir yang melumpuhkan Pulau Pinang sejak Sabtu lalu menyebabkan hampir 10,000 mangsa di pindahkan dan beberapa buah sekolah terjejas teruk selain dijadikan pusat pemindahan.

mahdzir banjir
 

Jurucakap bilik gerakan banjir polis berkata setakat pukul 12 tengah hari ini, kesemua mereka ditempatkan 50 pusat pemindahan yang terdapat di empat daerah di negeri itu.

Sejumlah 4,032 mangsa banjir ditempatkan di 22 pusat pemindahan di daerah Seberang Perai Utara (SPU) dan 3,163 orang di 26 pusat pemindahan di Seberang Perai Tengah (SPT).

Bagi daerah Seberang Perai Selatan (SPS) setakat tengah hari ini, terdapat enam mangsa dan 21 orang di daerah Timur Laut masing-masing hanya tinggal satu pusat pemindahan.

Beberapa jalan di SPU yang ditutup pada pagi tadi masih belum dibuka kepada lalu lintas. Antara jalan terlibat ialah Jalan Lahar Yooi-Sungai Dua, Lahar Yooi-Padang Menora, Jalan Pokok Tampang dan Jalan Padang Tonsun.

mahdzir khalid banjir 2
 



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons