APM Kedah siap siaga hadapi gelombang kedua



ALOR SETAR: Gelombang kedua cuaca buruk diramal melanda Pulau Pinang dan Kedah pada bila-bila masa dalam jangka masa terdekat.

Dalam memastikan tahap kesiapsiagaan menghadapi amaran merah, pihak Angkatan Pertahanan Awam (APM) mengambil langkah-langkah awal bagi menghadapi sebarang kemungkinan seumpamanya.
 
Menurut Penyelaras Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Kapten (PA) Saifuddin Abdullah, selain daripada anggota dan aset, APM juga telah memperkemaskan bilik kawalan sekiranya amaran itu dikeluarkan.

Ia penting supaya sesuatu arahan akan mudah diterima dan diambil tindakan oleh setiap unit yang bertugas.

Selain itu juga pihak APM akan memberi fokus di lokasi yang berisiko tinggi seperti kawasan penempatan mangsa di sepanjang pesisir sungai dan tepi pantai.

Usaha penyelamatan juga perlu dilakukan dengan lebih tangkas dan cepat bagi memastikan keselamatan dan nyawa mangsa.

“Jadi untuk gelombang kedua dan ketiga ini, pihak Pertahanan Awam telah menyediakan tenaga manusia seramai 400 orang yang terdiri daripada pegawai, anggota dan juga sukarelawan untuk bersiap siaga dalam bencana banjir.

“Untuk logistik pula, kita telah menyediakan 15 lori dan tahun ini pihak APM menerima lori-lori yang berkapisiti tinggi dan juga yang terkini daripada model-model yang kita telah dapat daripada perolehan lalu,” ujar Saifuddin.

Selain itu, tambahnya, aspek kepantasan masa menyelamat mangsa juga turut dipertingkatkan, termasuk ketika memindahkan mangsa atau menyalurkan bantuan.

Jelas Saifuddin, ketika ini cuti semua anggota APM di seluruh negeri dibekukan sehingga Mac 2018, bagi memastikan jumlah kakitangan mencukupi dan sentiasa bersedia pada bila-bila masa.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan semua pihak agar sedia berdepan perubahan cuaca serta amaran merah gelombang kedua dan ketiga yang dijangka berlaku di utara Semenanjung.



Source link

read more

Selain menentang kuasa jahat Justice League perlu berlawan dengan pengkritik



LONDON: Jika usaha menyelamatkan Metropolis dan Gotham City daripada cengkaman kuasa jahat sudah cukup memberikan tekanan kepada sekumpulan adiwira, bayangkan pula sekiranya mereka terpaksa berdepan dengan satu lagi ‘musuh hebat’ iaitu golongan pengkritik filem.

Tenaga kerja filem inspirasi komik DC, Justice League, setakat ini masih belum mendapat maklum balas positif yang mencukupi untuk menyaingi filem-filem genre seumpamanya dari pesaingnya, Marvel.

Justice League mengetengahkan watak-watak besar dari dunia DC dan bintang ternama termasuk Ben Affleck sebagai Batman, Gal Gadot sebagai Wonder Woman, Jason Momoa sebagai Aquaman, dan Ezra Miller sebagai The Flash.

Gadot yang sebelum ini menerima pujian atas kejayaan filem Wonder Woman, berkata beliau menggunakan keyakinan tersebut untuk menghidupkan kembali watak itu dalam Justice League.

“Saya hampir tiada ‘rehat’ kerana sehari selepas berakhirnya filem Wonder Woman, saya terus ke set penggambaran Justice League.

“Saya masih dalagi dalam pembawaan karakter dan saya hanya perlu mengikut jalan cerita serta konteks setiap adegan dan hala tuju pengarah,” ujar Gadot kepada Reuters.

Sementara itu, Momoa meletakkan harapan tinggi terhadap prospek filem itu.

“Saya harap peminat akan menikmati apa yang Zack Snyder dan saya lakukan untuk watak Aquaman,” ujarnya.

Tahun lalu, filem Batman Vs. Superman: Dawn of Justice hanya meraih lebih AS$870 juta dalam kutipan box office sedunia, namun hanya mendapat penarafan 27 peratus dalam laman reviu filem, Rotten Tomatoes.

Bagi sebuah lagi francais DC iaitu Suicide Squad, menerima sambutan kurang memberangsangkan dan hanya merngutip kira-kira AS$745 juta di box office.

Lain pula dengan judul-judul filem Marvel seperti The Avengers (2012) dan Avengers: Age of Ultron (2015), yang masing-masing membawa pulang kutipan AS$1.5 bilion dan AS$1.4 bilion.

Penonton pada tahun 2017 bagaimanapun memberi sambutan hangat kepada Wonder Woman, yang meraih AS80 juta lebih tinggi daripada Dawn of Justice, serta menerima maklum balas positif.



Source link

read more

Pencegahan, pemulihan diutama – Nasional


KUALA LUMPUR 7 Nov. – Sebanyak 67 program pencegahan dan pemulihan pelatih Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) dilaksana sehingga kini sebagai satu instrumen memberi penjelasan dan pemahaman kepada pihak yang berkepentingan berkenaan peruntukan di bawah Akta Kanak-kanak (Pindaan) 2016.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd. Dun berkata, konsep PKM telah dilaksanakan melalui tiga elemen iaitu hukuman; pemulihan dan penginsafan bagi memastikan pesalah muda tidak lagi mengulangi kesilapan lampau dan seterusnya boleh kembali menjalani kehidupan normal dalam komuniti.

“ Selain memberi peluang membina semula kehidupan pesalah, sebanyak lapan segmen aktiviti telah dilaksana setakat ini mencakupi berbagai sektor.

“Antara yang aktif dilaksana adalah 15 Program Kerjaya; Program Bersama Ibu Bapa dan Penjaga (15); Program Sehari PKM Bersama Masyarakat (15) dan Kem Jati Diri PKM Kebangsaan serta Kem Kerohanian PKM Kebangsaan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Simposium PKM 2017 di Institut Sosial Malaysia (ISM) di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Camilla kagum saksi persembahan di Teochew Puppet and Opera House



GEORGE TOWN: Sejarah tercipta apabila Camilla, Duchess of Cornwall, menyaksikan buat pertama kali pertunjukan boneka dan opera yang dipersembahkan kumpulan Teochew Puppet and Opera House, di sini hari ini.

Camilla tiba di muzium yang menyaksikan kumpulan berkenaan mengadakan persembahan pada 1 petang dan disambut Pengarah Teochew Puppet and Opera House Ling Goh.

Beliau dihiburkan dengan pertunjukan selama 10 minit berjudul “The Wood Shed” (boneka) dan “Mui Gui Ying Get Married” (persembahan opera).

Selain pertunjukan boneka Teochew dan opera, beliau turut disajikan dengan persembahan wayang kulit.

Wayang Kulit itu dipersembahkan Ketua Pemuzik Kumpulan Wayang Kulit Sri Warisan Pusaka dari Machang, Kelantan, Abdul Rahman Dollah, 60, dan anaknya Ahmad Iryasad Abdul Rahman,15.

Daripada raut wajah, Camilla sangat teruja dan kagum menyaksikan pertunjukan tersebut .

Sementara itu, Ling memberitahu Bernama dia sangat gembira dan terkejut setelah mendapat peluang mengadakan persembahan di hadapan kerabat diraja British itu.

Pertunjukan boneka (Teochew Puppet) sangat popular di Pulau Pinang selama sedekad, dan pada masa ini, persembahan itu masih dipertontonkan sebagai hiburan kepada masyarakat.

Pengunjung juga berpeluang merasai pengalaman menyaksikan pertunjukan opera sebenar yang terkenal sejak beberapa tahun lalu.

Bangunan Opera House dibina di sebuah rumah kedai di zon warisan yang diwartakan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (Unesco), dan ia diwarisi oleh generasi kelima keluarga Kim Giak Low Choon.

Teochew Puppet and Opera House adalah antara 10 muzium terkenal di Pulau Pinang.

Dalam pada itu, Pengarah Kreatif Pusat Budaya Pusaka, Pauline Fan berkata Camilla sangat berminat dengan pertunjukan wayang kulit.

“Baginda menyatakan tidak pernah menyaksikan pertunjukan itu dan berminat mengetahui lebih lanjut mengenai alatan yang digunakan dalam persembahan tersebut,” kata Pauline.

— BERNAMA



Source link

read more

Kembara bermotor kemanusiaan Rohingya mula 1 Disember ini – Nasional


KUALA LUMPUR 7 Nov. – Satu kembara bermotor ke seluruh negara oleh pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan dilaksanakan bermula 1 Disember ini bagi memberi kesedaran berhubung kesengsaraan yang dialami oleh etnik Rohingya di Myanmar.

Kembara yang dijangka disertai 50 motor berkuasa tinggi akan diketuai oleh Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim).

Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, kembara itu diadakan bagi memberi kesedaran dan mengumpul dana untuk membantu etnik Rohingya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran kembara itu di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

WAYANG POLITIK KIT SIANG TUTUP KEMALUAN GUAN ENG!!! ~ SEMUT HITAM


Heh! Pandai juga Si Apek Kit Siang ni ya. Al-maklum la, dia dah lama dalam Politik. Setakat wayang Politik nak menyelamatkan kemaluan anak dia, memang kacang la bagi Si Apek Kit Siang ni.

Tengok perbezaan bila negeri yang ditadbir oleh musuh DAPigs dilanda banjir teruk, dia merebut-rebut ke sana mahu “Selamatkan Kelantan” dan memberi publisiti keadaan teruk di sana.

Tetapi bila negeri Pulau Pinang yang ditadbir oleh anak dia sendiri banjir teruk, Kit Siang buat tak tahu dan tak pernah buat sebarang kenyataan. Sebaliknya, Kit Siang sibuk di Kuala Lumpur untuk selamatkan Si Peliwat!!!




Source link

read more

Warga emas OKU akhirnya dapat tukar MyKad pada usia 68 tahun



TELUK INTAN: Penantian seorang lelaki warga emas orang kurang upaya (OKU) untuk mendapatkan MyKad bakal tercapai apabila Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Perak memberi khidmat bantuan Unit Mobile Ehsan JPN ke rumahnya hari ini.

Ismail Sokri, 68, yang masih memegang kad pengenalan plastik berkata sekumpulan kakitangan jabatan itu datang ke rumahnya bagi memperbaharui kad pengenalan lama yang dimilikinya selepas tidak mampu ke JPN kerana lumpuh.

“Alhamdulillah, hasrat pak cik nak tukar kad pengenalan lama kepada MyKad akhirnya dipermudahkan dengan kedatangan mereka (kakitangan JPN) ke rumah,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Selabak di sini.

Ismail sebelum itu dikunjungi beberapa kakitangan JPN dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jong Datuk Mohd Azhar Jamaluddin.

Ismail yang lumpuh dari pinggang ke kaki setelah ditimpa kayu kira-kira 43 tahun lepas dan kini dijaga kakaknya Maijun, 74, berkata beberapa urusan rasmi termasuk permohonan bantuan kadang kala sukar kerana ketiadaan MyKad.

Bagi Maijun, kali terakhir adiknya membuat kad pengenalan adalah pada tahun 1961, semasa berusia 12 tahun.

Sementara itu, Pengarah JPN Perak Zulazlan Abu Hassan berkata pihaknya mendapat maklumat mengenai Ismail daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Bayaran dan denda kita kecualikan dan kita akan membawa permohonan MyKad beliau ke JPN Putrajaya dan dijangka siap dalam tempoh sebulan,” katanya dan menambah kes seperti ini jarang berlaku kecuali di kawasan-kawasan pedalaman.

Mohd Azhar pula berkata langkah turun padang JPN ke setiap daerah di Perak dan menawarkan perkhidmatan kepada masyarakat merupakan langkah ke hadapan dalam menyelesaikan masalah berkaitan.

— BERNAMA



Source link

read more

Cucu durjana tikam leher datuk sendiri hingga mati



QUEENSLAND: Seorang wanita dari Queensland di Adelaide, Australia dihukum penjara 21 tahun tanpa parol kerana membunuh datuknya sendiri tahun lepas.

Brittney Jade Dwyer, 20 tahun, telah menikam mangsa di leher sebanyak empat kali dan membiarkan warga emas tersebut mati akibat pendarahan teruk pada Ogos tahun lalu, lapor ABC Australia.

Brittney ketika itu dibantu rakannya Bernadette Burns, 22, yang dijatuhi hukuman penjara 13 tahun tanpa parol atas tuduhan bersubahat melakukan pembunuhan.

Mangsa, Robert Whitwell, 81, dilapor sempat membelek gambar zaman kanak-kanak Brittney sebelum ditikam cucunya itu di rumahnya di Craigmore.

Brittney dalam pendakwaan di hadapan Hakim Kevin Nicholson di Mahkamah Agung Australia Selatan mengaku bersalah dan berkata dia bertindak begitu kerana mahu mencuri wang simpanan datuknya sebanyak A$100,000 selain terpengaruh dengan drama bersiri tentang pembunuhan.

Hakim ketika menjatuhkan hukuman berkata masalah personaliti serta ketagihan dadah menjadi penyumbang kepada insiden dan menyifatkan kes berkenaan sebagai kejam dan terancang.



Source link

read more

Moyes jurulatih baharu West Ham – Bola Sepak


LONDON 7 Nov. – Kelab bermasalah Liga Perdana Inggeris, West Ham United hari ini mengumumkan pelantikan bekas jurulatih Everton dan Manchester United, David Moyes sebagai pengurus baharu mereka.

“Kami percaya David adalah orang yang tepat untuk merubah keadaan di sini dan mengeluarkan prestasi terbaik pemain kami,” kata pengerusi bersama kelab, David Sullivan dalam satu kenyataan hari ini.

Kelab London itu memecat pengendali dari Croatia, Slaven Bilic semalam ekoran prestasi hambar pasukan, termasuk menghuni tangga ketiga tercorot liga selepas 11 perlawanan.

Sullivan percaya, Moyes, 54, adalah pilihan yang sempurna untuk memastikan skuad The Hammers mampu kekal dalam kancah Liga Perdana musim depan.

“Kami memerlukan seseorang yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan tentang Liga Perdana serta pemain-pemainnya.

“Dia seorang yang amat dihormati dalam permainan dan mampu membawa idea, organisasi serta semangat yang segar,” kata kenyataan itu lagi.

Moyes tidak membimbing mana-mana pasukan sejak meletak jawatan sebagai pengurus Sunderland pada hujung musim lalu kerana gagal menyelamatkan mereka daripada tersingkir ke Liga Kejuaraan.

Meskipun gagal di Sunderland serta mengharungi musim mengecewakan bersama Real Sociedad di Sepanyol, Sullivan dan pengerusi bersama, David Gold tetap mempertahankan keputusan untuk membawa masuk jurlatih kelahiran Scotland itu. – AFP



Source link

read more

Anwar Ibrahim akan jalani pembedahan bahu



KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) esok untuk menjalani penilaian pra-pembedahan bagi merawat kecederaan di bahu kanannya berikutan kemalangan pada September lalu.

Sehubungan itu, ahli keluarganya iaitu Nurul Nuha, Nurul Ilham dan Nurul Iman menggesa agar pihak kerajaan tidak campur tangan selain beri ruang sepenuhnya pada HKL untuk melakukan pembedahan tersebut.

“Kami menggesa agar kerajaan memberi jaminan bahawa semua rawatan perubatan yang diperlukan Anwar diberikan, tanpa campur tangan serta mendapat akses sepenuhnya kepada kemudahan pemulihan di hospital.

“Ini berikutan akses kepada kemudahan pemulihan itu cukup terhad untuk pencegahan selepas pembedahan di Hospital Sungai Buloh.

“Kami juga menggesa agar badan hak asasi manusia dibenarkan bertemu beliau untuk memantau keadaan sepanjang pembedahan dan pemulihan selepas pembedahan,” katanya ketika sidang media, hari ini.

Pada September lalu, kenderaan Jabatan Penjara yang membawa Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat kemalangan jalan raya.

Peguam Anwar, R Sivarasa berkata, kemalangan berlaku di persimpangan trafik berdekatan Saujana Utama, Sungai Buloh ketika dalam perjalanan dari Hospital Kuala Lumpur ke Penjara Sungai Buloh selepas diwadkan selama empat hari.

Sementara itu, Anwar dijangka akan menjalani pembedahan pada 12 November ini.

“Pembedahan ini amatlah rumit dan penjagaan selepas pembedahan yang rapi sangat diperlukan.

“Kami mempunyai kepercayaan penuh terhadap para doktor HKL untuk menjalankan pembedahan ini dengan penuh profesionalisme,” katanya lagi.

SUMBER SINAR HARIAN



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons