Pelakon lelaki bersama dua rakan ditahan disyaki miliki dadah



KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang pelakon lelaki berusia 25 tahun bersama dua lagi rakannya kerana disyaki memiliki ganja seberat 5.97 gram yang disembunyikan di dalam keretanya di Jalan Bukit Setiawangsa, di sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mazlan Lazim berkata dalam kejadian pada pukul 1.30 pagi itu, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Wangsa Maju telah menahan kereta jenis Honda Jazz milik pelakon terbabit di sebuah stesen minyak di sini.

“Pemeriksaan lanjut menemui satu bekas tin aluminium yang di dalamnya terdapat satu paket plastik lutsinar berisi ketulan mampat dan leraian daun-daun kering disyaki ganja bersama alat menghisap ganja yang disembunyikan di bawah kerusi pemandu.

“Pelakon itu bersama dua rakannya yang berusia 20 dan 24 tahun ditahan dan ujian saringan air kencing mendapati kesemua mereka positif dadah jenis THC (Tetra Hydrocannibol),” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mazlan berkata ketiga-tiga individu yang ditahan didapati tiada rekod jenayah lampau dan kes disiasat mengikut Seksyen 37A(1)(b) Akta Dadah Berbahaya 1952.

— BERNAMA



Source link

read more

P Diddy tukar nama lagi kini dikenali sebagai Brother Love



PENYANYI rap dan penerbit muzik Sean ‘Diddy’ Combs sekali lagi mengumumkan menukar nama.

Dalam satu video dimuat naik di akaun Twitter rasminya, Sean Combs kini mahu dikenali sebagai ‘Love’ atau ‘Brother Love’.

“Saya berkeputusan untuk menukar nama saya sekali lagi. Nama baharu saya ialah Love atau Brother Love,” katanya.

Kata penyanyi itu, dia enggan lagi dipanggil sama ada dengan nama Puffy, Diddy, Puff Daddy atau nama-nama lain.

Penyanyi itu turut maklumkan tindakan tukar nama adalah sejajar dengan perubahan dirinya yang bukan lagi individu sama seperti sebelum ini.

Sementara itu, ‘pemilik sebenar’ gelaran Brother Love, Bruce Prichard membantah tindakan itu dan meminta Sean Combs mencari nama lain.

Personaliti gusti WWE itu dalam satu tweet yang membalas tweet Combs, mendakwa dialah yang mencipta nama tersebut.

“Cari gimik lain. Saya yang mencipta dan menyempurnakan Brother Love. Saya yang asli dan kamu bukan. Ingat North Carolina,” katanya.



Source link

read more

Banjir kilat di Pulau Pinang jejas teruk kehidupan penduduk – Nasional


KUALA LUMPUR 6 Nov. – Banjir kilat berikutan hujan dan ribut yang melanda Pulau Pinang sejak awal pagi Sabtu lalu telah menjejas teruk kehidupan rakyat negeri itu.

 

Paling terkesan dengan musibah tersebut adalah warga emas serta para peniaga makanan di negeri yang digelar syurga makanan jalanan itu.

Masa depan para calon Sijil Pelajaran Malaysia di negeri berkenaan juga hampir terjejas akibat bencana alam berkenaan.

Namun, mujur bantuan dari seluruh negara dan paling utama, pasukan Tentera Diraja Malaysia tiba tepat pada waktunya.

Utusan Online, mengumpulkan gambar-gambar kesengsaraan warga Pulau Pinang untuk paparan dan sebagai dorongan para pembaca terus menghulurkan kepada mereka yang terjejas dalam kejadian banjir yang dikatakan antara yang paling teruk pernah melanda negeri ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Berita tarif elektrik terpaksa dinaikkan adalah palsu – KeTTHA



KUALA LUMPUR: Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) menafikan kenyataan ‘Tarif Elektrik Terpaksa Dinaikkan Bagi Melindungi Tenaga Nasional Berhad (TNB) Daripada Kerugian – Najib Razak’ seperti yang tular dalam media sosial baru-baru ini.

Ketua Setiausaha KeTTHA, Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang, dalam kenyataan hari ini, berkata berita tersebut adalah tidak benar dan telah menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat umum.

“KeTTHA juga ingin memaklumkan bahawa kenyataan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu adalah kenyataan lama bertarikh 16 Mei, 2014.

Justeru, kementerian telah menghubungi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk mengambil tindakan selanjutnya dengan serta-merta, katanya.

— BERNAMA



Source link

read more

Ketua Pemuda UMNO cawangan maut ditikam adik – Jenayah


SEREMBAN 6 Nov. – Pemuda UMNO Cawangan Kampung Nyatoh maut dipercayai akibat ditikam adik sendiri dalam kejadian di rumah ibu mereka di Taman Bukit Sejati di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi itu, mangsa, Norhaidi Mat Yusop, 40, dan adiknya dipercayai terlibat dalam satu pertengkaran sebelum dia ditikam oleh suspek di bahagian belakang badan.

Mangsa dipercayai meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh berkata, pihaknya akan memaklumkan pihak media mengenai kejadian itu dalam tempoh terdekat. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Charles Camilla tiba di Pulau Pinang untuk lawatan sehari



GEORGE TOWN: Prince of Wales, Putera Charles dan isteri Camilla, Duchess of Cornwall tiba di sini malam ini, sebagai sebahagian daripada lawatan rasmi sehari sempena ulang tahun ke-60 hubungan dua hala antara Malaysia dan United Kingdom.

Pesawat Tentera Udara Diraja yang membawa pewaris takhta British dan isteri itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada 8.10 malam.

Pasangan diraja itu diiringi Menteri Pengiring Datuk Seri S. K. Devamany yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Ketibaan baginda berdua disambut oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan barisan exco kerajaan negeri.

Baginda berdua dijadual melawat beberapa tempat ibadat di kawasan warisan di sini esok termasuk Gereja St George, Masjid Kapitan Keling, Tokong Pusaka Han Jiang dan Kuil Sri Mahamariamman.

Pasangan itu juga dijangka bersiar-siar di sekitar kawasan warisan pada tengah hari sebelum Putera Charles melawat Muzium Sun-Yat Sen di Armenian Street manakala Camilla ke Teochew Puppet and Opera House untuk melihat pertunjukan kebudayaan.

Sementara Camilla berehat pada sebelah petang, Prince of Wales itu akan melawat Pusat Perikanan Dunia, sebuah organisasi penyelidikan antarabangsa yang memanfaatkan perikanan dan akuakultur bagi mengurangkan kebuluran dan kemiskinan, berpusat di Batu Maung, di bahagian selatan Pulau Pinang.

Selepas lawatan ke pusat perikanan itu, Putera Charles akan ke pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia di Butterworth, Seberang Perai atau dahulunya dikenali sebagai Province Wellesley, untuk Perjanjian Pertahanan Lima Negara.

Pada sebelah malam pula, pasangan Diraja British itu akan menghadiri Resepsi Alumni Sandhurst di Hotel Eastern and Oriental sebelum mengakhiri lawatan dengan menghadiri Resepsi Muzium Peranakan Pulau Pinang di Church Street.

Ini merupakan lawatan pertama pasangan diraja itu ke Malaysia.

Lawatan oleh keluarga Diraja British sebelum ini ialah Ratu Elizabeth II dan Duke of Edinburgh yang menghadiri pembukaan rasmi Sukan Komanwel ke-16 di Kuala Lumpur pada 1998 dan kunjungan Putera William dan Kate Middleton, Duke dan Duchess of Cambridge pada September 2012.

Hubungan antara Malaysia dan United Kingdom merangkumi pelbagai bidang termasuk perdagangan, pertahanan dan keselamatan, pendidikan, ekonomi digital, teknologi hijau, tenaga boleh diperbaharui, budaya dan pelancongan.

Malaysia adalah pasaran eksport kedua terbesar negara itu di ASEAN dan United Kingdom adalah rakan dagang ketiga Malaysia di Eropah, manakala dalam bidang pendidikan, terdapat lebih daripada 18,000 rakyat Malaysia belajar di negara itu pada masa ini.

Sebelum tiba di Pulau Pinang, Putera Charles dan Camilla melawat Kuching, Sarawak yang mana mereka dipersembahkan dengan pertunjukan kebudayaan negeri Bumi Kenyalang itu yang penuh warna-warni.

— BERNAMA



Source link

read more

Mangsa banjir di Kedah menurun – Nahas & Bencana


ALOR SETAR 6 Nov. – Jumlah mangsa banjir di Kedah setakat pukul 4 petang ini menurun kepada 2,616 orang berbanding 2,790 yang direkodkan tengah hari tadi.

Pengarah Pertahanan Awam Negeri, Lt. Kol. (PA) Mohd. Zul Khairi Shamsuddin berkata, kesemua mangsa yang terdiri daripada 686 keluarga ditempatkan di 24 pusat pemindahan di Kuala Muda, Yan, Kulim, Baling dan Pendang.

Di Kuala Muda, 12 pusat pemindahan masih dibuka iaitu di Dewan Kampung Tengah Padang Temusu yang menempatkan 70 orang, Dewan Kampung Bukit Belah Batu Dua (19), Dewan Kampung Lebai Ali (171), Dewan Taman Bedong Jaya (72), Surau Taman Malinja (50) dan Dewan Kampung Segantang Garam (38).

Selain itu, Surau Kampung Jawa (155), Dewan Kampung Bujang (86), Dewan Kampung Sungai Pial (174), Surau Kampung Jilid 4/5 (70), Dewan Taman Setia Budi (61) dan Surau Kampung Lebai Ali dengan 298 mangsa.

Sementara itu, di Kulim pula, sembilan pusat pemindahan dibuka iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Selasih yang menempatkan 46 mangsa, Surau Al-Haq (30), SK Permatang Tok Dik (563), Surau Al-Ikhlas Karangan (231), SK Sungai Karangan (30), Masjid Selarong Panjang (28), Surau Kampung Baru Jemerli (20), SK Merbau Pulas (88) dan SK Selama seramai 30 mangsa.

Sebuah pusat pemindahan dibuka masing-masing di Yan iaitu di Surau Kampung Kepala Bukit yang menempatkan 75 mangsa, dan di Baling di Masjid Kuala Bakong (114), dengan di Pendang di Dewan Seminar seramai 72 orang.

Dalam pada itu, 19 pusat pemindahan ditutup selepas mangsa banjir dibenarkan pulang berikutan air banjir mulai surut dan keadaan cuaca cerah. – BERNAMA



Source link

read more

Pesanan Majlis Peperiksaan Malaysia kepada calon STPM berdepan bencana alam



KEPADA calon-calon peperiksaan STPM yang terlibat dengan banjir;

Sukacita dimaklumkan bahawa peperiksaan Penggal 3 Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2017 telah bermula pada 6 November 2017 di 683 buah pusat peperiksaan di seluruh negara.

Sepanjang tempoh berlangsungnya peperiksaan STPM ini, jika sekiranya berlaku sebarang bencana alam, seperti banjir atau tanah runtuh, dan calon mendapati sukar untuk sampai ke pusat peperiksaan STPM, calon dinasihati supaya pergi ke pusat peperiksaan yang berdekatan dan melaporkan diri kepada Ketua Pengawas di pusat peperiksaan yang berkenaan bagi menduduki kertas peperiksaan pada hari tersebut.

Bagi menghadapi sebarang kemungkinan tersebut semasa peperiksaan STPM berlangsung, Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah membuka Bilik Gerakan yang boleh dihubungi melalui telefon di talian 03-61261668. Bilik Gerakan ini beroperasi dari jam 7:00 pagi hingga 5:00 petang.

Talian telefon lain yang boleh dihubungi ialah 03-61261600 (Am)/03-61261650/03-61261651/03-61261653/03-61261661/03-61261662.

Calon juga dinasihati agar sentiasa menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing untuk mengetahui status semasa di negeri masing-masing.

Selain daripada itu, calon juga dinasihati supaya sentiasa membawa kad pengenalan. Bagi calon persendirian individu, mereka hendaklah juga membawa slip Laporan Pendaftaran Kemasukan Calon (LPKC) bagi peperiksaan STPM semasa hadir menduduki peperiksaan ini.

Calon boleh mencetak LPKC masing-masing melalui portal MPM http://www.mpm.edu.my. Calon juga dinasihati agar menyemak nama pusat peperiksaan yang akan diduduki bagi mengelak daripada hadir di pusat peperiksaan yang salah.

Saya dan MPM mendoakan yang terbaik kepada semua calon dan Petugas Peperiksaan.

Didoakan keadaan kembali pulih di negeri-negeri yang dilanda banjir.

Profesor Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak
Pengerusi
Majlis Peperiksaan Malaysia
Naib Canselor
Universiti Utara Malaysia



Source link

read more

Bekas jurutera eksport serbuk ketum ke Eropah bernilai RM209,921 – Jenayah


PADANG BESAR 6 Nov. – Polis membongkar kegiatan licik seorang bekas jurutera mesin pengeluaran wang automatik (ATM) yang menjadikan benua Eropah sebagai pasaran serbuk ketum yang dihasilkan sendiri sehingga melibatkan transaksi ke akaunnya berjumlah RM209,921 dari Januari hingga Oktober lalu.

Ketua Polis daerah, Superitenden Ghazani Abdul Ghani berkata, suspek berusia 42 tahun yang berkelulusan Diploma Kejuruteraan Elektronik dari sebuah institusi pengajian awam ini telah ditahan kira-kira pukul 4 petang pada 2 November lalu di sebuah rumah tidak bernombor di Jalan Kaki Bukit, Kampung Alor Sena, Paya dekat sini.

“Semasa serbuan itu, turut dirampas sebuah kotak khidmat pos laju mengandungi 30 peket plastik lutsinar berisi serbuk ketum dan sebuah lagi kotak mengandungi 22 peket plastik lutsinar yang berisi bahan sama,” katanya semasa sidang akhbar di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) di sini hari ini.

Ghazani berkata, suspek telah ditahan reman selama empat hari yang berakhir hari ini, dan telah disambung lagi sehingga 9 November ini untuk siasatan di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Tambah beliau, suspek yang menggunakan perkhidmatan pos laju itu telah mengisytiharkan serbuk ketum itu sebagai ‘serbuk inai rambut’. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

BILA SIFAT RETORIK NURUL IZZAH TERSERLAH!!! ~ SEMUT HITAM


Kalau dibaca semula status yang dimuat-naik oleh Si Nurul Izzah ni dalam laman Instagramnya sebelum ini, ianya jelas menonjolkan sifat retorik Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai itu sendiri.

Antara lainnya, Si Nurul Izzah menekankan soal pembangunan seimbang yang mengambil kira infrastruktur yang berpatutan – khusus dalam menghadapi fenomena banjir kilat yang berlaku baru – baru ini.

Kenyataan Si Nurul Izzah tu merujuk kepada isu banjir kilat di Kuala Lumpur. Namun , jika dilihat dari satu sudut, kenyataan Si Nurul Izzah itu juga boleh ditujukan kepada Rejim DAPigs Pulau Pinang.

Realitinya, fenomena banjir kilat yang melanda negeri itu pada ketika ini adalah disebabkan keengganan Rejim DAPig itu mendengar serta mengambil kira infrastruktur yang berpatutan.

Dek kerana kegagalan Rejim DAPigs mengutamakan keperluan dan suara rakyat  itu yang membuatkan kejadian banjir kilat sering berlaku dan akhirnya mengakibatkan Pulau Pinang lumpuh.

Tapi hakikatnya, Si Nurul Izzah tu juga perlu sedar bahawa dia juga turut mengabaikan pembangunan infrastruktur yang lebih baik untuk rakyat dikawasan yang diwakilinya sendiri.

Kalau tidak, takde la orang dari kawasan Parlimennya tampil membuat bantahan dan mendesak agar dia mengambil berat soal perobohan surau Balai Islam Kampung Kerinchi baru – baru ini.

Dengar katanya, Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai itu digesa supaya tidak hanya pandai sehingga tidak mengendahkan permasalahan utama umat Islam khususnya melibatkan isu perobohan surau kerana kerakusan pembangunan.

Secara tidak lansung, bantahan dan desakan itu membuktikan bahawa Si Nurul Izzah tu hanya sekadar berlagak ‘SUCI’ seperti seorang pejuang yang bersih sedangkan realitinya dia hanya setakat pandai bercakap tak tentu arah dan suka menabur fitnah!!!




Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons