946 cerun diklasifikasi Berisiko Sangat Tinggi – Fadillah



KUALA LUMPUR: Sehingga Februari 2017, sebanyak 946 cerun di Semenanjung Malaysia telah diklasifikasikan sebagai Berisiko Sangat Tinggi oleh Kementerian Kerja Raya (KKR).

Jumlah tersebut diperoleh dari sejumlah 16,453 cerun yang telah didaftarkan sehingga Februari 2017 di sepanjang Jalan Persekutuan di Semenanjung Malaysia.

Sejumlah 1,551 cerun pula diklasifikasikan sebagai Berisiko Tinggi; 2,307 berisiko sederhana; 5,122 berisiko rendah; dan 6,528 diletakkan sebagai Berisiko Sangat Rendah.

“KKR melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) telah melantik syarikat Pintas Utama Sdn Bhd (PUSB) sebagai konsesi untuk mengambil tindakan penyenggaraan pembaikan cerun dan juga tindakan pencegahan untuk
jangka masa panjang.

“Pada masa yang sama, PUSB turut dikerah untuk membantu pihak konsesi jalan raya tempatan untuk membersihkan jalan raya yang terjejas akibat sisa runtuhan berpunca daripada kegagalan cerun bagi
memberikan laluan yang selamat kepada para pengguna.,” kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof dalam satu kenyataan media hari ini.

Dalam usaha menyebar luas maklumat berkaitan cerun seperti tanda-tanda awal tanah runtuh, JKR turut mengambil langkah edukatif dengan menyediakan klip video yang diedarkan kepada semua stesen televisyen untuk disiar secara berkala.

Iklan berinformasi dalam Bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin dan Tamil turut dihasilkan dan dihebahkan melalui akaun rasmi twitter Cawangan Kejuruteraan Cerun, JKR iaitu @CerunJKR.

“Sebagai usaha dalam memastikan pemantauan cerun yang berkesan, penglibatan pihak lain seperti Pihak Berkuasa Tempatan adalah dimohon untuk memastikan semua saluran longkang terutamanya
berhampiran cerun, bebas daripada sebarang sampah yang boleh menghalang aliran.

“Pembaikan awal terhadap longkang bermasalah berhampiran cerun dan tembok penahan dapat mengelakkan kejadian lebih teruk seperti kegagalan cerun, tanah runtuh dan sebagainya terutamanya pada
musim hujan,” katanya lagi.



Source link

read more

[VIDEO] Najib ke Vietnam hadiri APEC 2017 – Nasional


VIETNAM 8 Nov. – Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan lawatan kerja ke Danang di sini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) APEC 2017 mulai esok hingga 12 November ini.

Perdana Menteri yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor mempunyai jadual padat sepanjang berada di bandar peranginan ini termasuk mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Vietnam Tran Dai Quang setibanya di sini esok.

Duta Malaysia ke Vietnam, M. Zamruni Khalid berkata, selain menghadiri mesyuarat yang telah diatur sepanjang sidang, Perdana Menteri juga akan mengadakan pertemuan dua hala dengan pemimpin tertinggi Australia, New Zealand dan Papua New Guinea.

“Dalam sidang kali ini, tidak ada isu khusus yang akan dibangkitkan kerana keutamaan negara anggota APEC termasuk Malaysia ialah memastikan Matlamat Bogor dalam pelaburan dan perdagangan bebas dapat direalisasikan pada tahun 2020,” katanya.

Beliau bercakap kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatan kerja Perdana Menteri ke sini dan sidang APEC 2017 di Hotel Sheraton Danang hari ini. 

APEC 2017 bertemakan, “Mencipta dinamisme baharu, memupuk masa depan bersama”.

Menurut Zamruni, kesemua 21 ketua kerajaan anggota APEC telah mengesahkan kehadiran masing-masing ke sidang kali ini yang bakal menentukan hala tuju perdagangan dan dasar globalisasi rantau Asia Pasifik.

Asia Pasifik menguasai separuh daripada  perdagangan dunia dan menyumbang 60 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) global.

Selain Malaysia dan Vietnam,  APEC dianggotai Australia, Amerika Syarikat, Brunei, Hong Kong, Indonesia, China, Chile, Filipina, Jepun, Korea, Kanada, Mexico, New Zealand, Papua New Guinea, Peru, Rusia, Singapura, Taiwan dan Thailand. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Siasatan kes kematian konsul kehormat Malaysia ke Madagascar belum selesai – Liow



KUALA LUMPUR: Kes kematian Konsul Kehormat Malaysia ke Madagascar Zahid Houseinaly Reza yang dipercayai dibunuh pada 24 Ogos lalu, masih dalam proses siasatan pihak berkuasa negara berkenaan.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kerajaan bagaimanapun sentiasa memantau perkembangan siasatan kes itu bagi memastikan punca sebenar kematian Zahid Houseinaly.

“Kita memang nak hantar pasukan pegawai ke sana (Madagascar) tetapi dinasihatkan pihak kerajaan di sana supaya (beri peluang) mereka jalankan siasatan dahulu, sebab itu kita tangguhkan pasukan yang nak dihantar itu.

“Kes ini merupakan kes undang-undang jenayah dan perlu disiasat di bawah undang-undang negara tersebut. Kita tak boleh masuk menyiasat kerana ia di bawah tanggungjawab kerajaan itu dan mereka telah mengambil tindakan untuk membuat siasatan,” katanya semasa menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2018 peringkat dasar bagi kementeriannya di Dewan Rakyat hari ini.

Mengulas mengenai serpihan yang dipercayai milik pesawat MH370, Liow berkata serpihan tersebut juga menjadi bahan kes dalam siasatan kes pembunuhan tersebut, menyebabkan ia tidak dapat dibawa pulang ke Malaysia.

“Apabila kita nak ambil (serpihan), mereka kata ia ‘under investigation’, (jadi) kita perlu hormati undang-undang negara berkenaan. Tapi kita akan bekerjasama dengan negara itu untuk pastikan kita dapat bawa balik semua serpihan yang ditemui,” katanya, sambil menambah, perkembangan mengenai siasatan kes itu akan dimaklumkan kemudian.

Dalam satu kenyataan pada 30 Ogos, Wisma Putra juga memaklumkan mengenai kematian Allahyarham Houseinaly yang dilantik sebagai Konsul Kehormat Malaysia ke Madagascar pada Disember 2013 untuk tempoh tiga tahun.

Kerajaan Malaysia telah memperbaharui kontraknya untuk jawatan tersebut bagi tempoh tiga tahun lagi sehingga Disember 2019.

Dalam perkembangan lain, Liow berkata kerajaan sedia menimbang sebarang permohonan syarikat penerbangan komersial negara untuk melalui laluan Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS) di Sabah dan Sarawak.

“Bagaimanapun ia tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan kerajaan. Sekiranya laluan itu dibuka kepada penerbangan komersial, kerajaan tidak boleh lagi memberi subsidi di bawah obligasi perkhidmatan awam, Akta 771 Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom),” katanya.

Selain itu, beliau berkata MASwings juga akan menghentikan penerbangan di enam laluan di kedua-dua negeri tersebut berikutan saingan dengan syarikat penerbangan komersial mulai tahun depan.

— BERNAMA



Source link

read more

Skuad Sukarelawan TTB ke Pulau Pinang – Nahas & Bencana



KUALA TERENGGANU 8 Nov. – Kerajaan negeri mengerahkan 350 orang anggota Skuad Sukarelawan Tranformasi Terengganu Baharu (SSTTB) ke Pulau Pinang esok bagi membantu mangsa banjir memulihkan kehidupan mereka.



Muhammad Ridzuan

Muhammad Ridzuan

Pegawai Eksekutif SSTTB, Muhammad Ridzuan Hashim berkata,  penghantaran kumpulan pertama itu terdiri daripada  sukarelawan dari Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Persatuan Anak Terengganu (Permata) yang akan bergerak dengan empat buah bas dan empat buah pacuan empat roda

Katanya, kumpulan tersebut itu akan diketuai oleh Timbalan Pegawai Eksekutif SSTTB, Armi Irzan Mohd. dan Penolong Pegawai Khas Operasi SSTTB, Mohd Rosdi Mohd Zain yang akan berada di Pulau Pinang sehingga Sabtu ini.

“Bersama rombongan tersebut, pelbagai peralatan untuk kerja-kerja pembersihan akan turut dibawa ke lokasi-lokasi  yang akan ditetapkan bagi mempercepatkan proses gerak kerja,’’katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, SSTTB turut dibantu pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu yang turut menyediakan waterjet dan lori untuk mengangkut keperluan lojistik.

 

Seramai 20 anggota termasuk dua pegawai akan turut menyertai SSTTB yang akan bergerak pagi esok.

 

Dalam operasi selama tiga hari di negeri itu, Menteri Besar; Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dijangka turut serta  pada hari terakhir.-UTUSAN ONLINE

 



Source link

read more

36 kes kesalahan Akta Jenayah Seksual Kanak-kanak



KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini diberitahu terdapat sebanyak 36 kes yang disabit dengan kesalahan di bawah Akta Jenayah Seksual Kanak-kanak sejak akta itu diwartakan pada 10 Julai lepas.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Azizah Mohd Dun berkata kementerian bekerjasama dengan beberapa agensi lain bagi melaksanakan pelbagai program dan inisiatif ke arah mengurangkan berlakunya kes sumbang mahram.

“Program tersebut termasuk kempen Keselamatan Kanak-Kanak di Sekolah iaitu Sahabat B.I.J.A.K yang dilaksanakan dengan agensi kerajaan seperti Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Kesihatan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menyebar luas maklumat berkaitan aspek keselamatan kanak-kanak termasuk aspek keselamatan diri daripada sebarang ancaman seksual termasuk daripada anggota keluarga sendiri.

“Pelan Tindakan Kesihatan Reproduktif dan Sosial Kebangsaan (Pekerti) 2009 turut diperkenalkan bertujuan melahirkan individu yang berpengetahuan dan mempunyai sikap positif dalam bidang kesihatan reproduktif dan sosial,” katanya ketika sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyathari ini.

Beliau menjawab soalan Alice Lau Kiong Yieng (DAP-Lanang) mengenai jumlah kes yang disabitkan kesalahan di bawah Akta Jenayah Seksual Kanak-kanak sejak diwartakan pada 10 Julai lepas serta apakah rancangan kementerian untuk mengurangkan kes sumbang mahram.

Azizah berkata melalui Talian Kasih 15999 dan Childline, masyarakat boleh melaporkan sebarang isu sosial termasuk berkaitan kes sumbang mahram.

Katanya talian itu bertujuan memastikan sebarang laporan kes sosial dapat diajukan kepada agensi berkaitan seperti Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Menurutnya kementerian turut menyediakan perkhidmatan sokongan kaunseling kepada mangsa dan anggota keluarga yang terkesan dengan perlakuan kes sumbang mahram.

Dalam pada itu, Azizah berkata bagi memastikan kesedaran masyarakat terhadap jenayah seksual termasuk kes sumbang mahram, kementerian turut bekerjasama dengan beberapa agensi seperti Permata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Cyber Security dengan mengadakan seminar seperti seminar Jenayah Seksual : HENTIKAN dan seminar Cyber Safe : Memelihara Kesejahteraan Kanak-Kanak dan Wanita.

— BERNAMA



Source link

read more

[VIDEO] Lelaki tendang wanita diburu – Jenayah


KUALA LUMPUR 8 Nov.- Polis memburu seorang lelaki yang bertindak kejam menendang seorang wanita di jejantas Bank Negara pada Isnin lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 tengah hari itu, mangsa yang merupakan pekerja di Bank Negara telah ditendang dari arah belakangnya oleh suspek ketika sedang berjalan di jejantas itu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner,Shaharudin Abdullah berkata, satu laporan polis dibuat oleh mangsa berhubung kejadian dan gerakan memburu suspek giat dilakukan.

Ujarnya, lelaki berkenaan merupakan suspek yang sama pernah ditahan tahun lalu atas kesalahan sama dan dikatakan baru sahaja dibebaskan dari penjara Julai lalu. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Tiada tol bagi Lebuh raya CSR – Rosnah



KUALA LUMPUR: Lebuh raya Central Spine (CSR) sepanjang 411 kilometer yang menghubungkan Pahang ke Kota Bharu, Kelantan tidak akan dikenakan tol, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata ia turut merangkumi Lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai, melibatkan laluan sepanjang 61.36 km yang merupakan sebahagian daripada projek CSR.

“Alhamdulillah, ingin saya menyatakan Lebuh raya Central Spine Road dan juga Lebuh raya Kota Bharu yang menghubungkan Kuala Krai tidak akan dikenakan tol,” katanya ketika sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Kamarudin Jaffar (PKR-Tumpat) yang ingin tahu adakah kerajaan merancang untuk mengenakan tol apabila Lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai siap kelak.

Menjawab soalan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali (BN-Bagan Serai) mengenai penyelenggaraan lebuh raya itu, Rosnah berkata peruntukan bagi kos penyelenggaraan dibuat oleh kerajaan sebagaimana penyelenggaraan bagi jalan raya persekutuan.

Rosnah berkata projek Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai itu dilaksanakan secara berperingkat bermula daripada Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10).

Beliau berkata pakej 1B iaitu dari Pasir Hor ke Kadok sepanjang 7 km yang bermula April 2014 dijangka siap Februari 2018, pakej 2A dari Kadok ke Ketereh sepanjang 6.85 km pula akan siap pada November 2018 dan pakej 2B dari Ketereh ke Kok Lanas sepanjang 6.2 km telah pun dikeluarkan surat setuju terima pada 3 Nov lalu.

“Pelaksanaan fizikal projek pakej-pakej lain dijangka dilaksanakan secara berperingkat dalam RMK11, tertakluk kepada kelulusan agensi pusat,” katanya.

— BERNAMA



Source link

read more

Wendy Wong cari bakat baharu – Hiburan


KUALA LUMPUR 8 Nov. – Penerbit dan pelakon, Datin Wendy Wong sedang mencari bakat baharu yang mempunyai vokal bagus dan penampilan menarik untuk diketengahkan sebagai penghibur.

WENDY WONG mahu mengetengahkan bakat tempat ke negara China menerusi program I Am a Singer.

Menerusi syarikat Produksi 2020, kata Wendy, mana-mana peserta yang terpilih akan diberi peluang untuk menyanyi dalam program realiti I Am a Singer di China.

“Syarikat kami berkolaborasi dengan syarikat artis HK di sana yang mencari bakat-bakat baharu untuk diketengahkan sebagai penghibur. Saya tahu di Malaysia terdapat ramai bakat baharu dan bagi yang mahu menjadikan impian mereka sebagai realiti, syarikat kami boleh membantu.

“Untuk permulaan, kami mencari 10 peserta yang berbakat dan berpenampilan menarik. Tidak terikat pada satu bangsa, sesiapa yang rasa dirinya berbakat dan ingin mencabar diri, sila sertai kerana peluang sebegini tidak ada selalu,” katanya kepada Utusan Online.

Tambahnya, dengan menyertai pertandingan tersebut, peserta bukan sahaja dapat mengetengahkan bakat mereka, malah dapat mewakili negara.

“Pada yang berminat boleh menghantar profil kepada saya. Selepas menerima penyertaan daripada orang ramai, pihak saya akan membuat saringan sebelum memanggil penerbit dari Hong Kong dan China untuk memilih senarai akhir.

“Peserta yang terpilih akan dibawa ke Hong Kong terlebih dahulu bagi mengikuti latihan sebelum menyertai pertandingan sebenar yang dijangka bermula awal tahun hadapan,” katanya.

Menurut Wendy, peserta yang terpilih bakal mendapat tajaan penuh daripada syarikat penerbitan Hong Kong yang juga rakan kongsinya.

Sementara itu, penyertaan boleh dihantar menerusi e-mel [email protected] dan tarikh pertandingan di China akan diadakan pada Disember 2017.- UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Naik angin pasal Zakir Naik



KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat gamat seketika hari ini apabila Ahli Parlimen Batu Gajah, V. Sivakumar bertanya Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi punca kerajaan India menarik semula pasport Zakir Naik

Ekoran itu, Ahli Parlimen Pendang, Datuk Othman Abdul bangun membidas soalan itu yang disifatkan tidak wajar hingga akhirnya menimbulkan kekecohan dan pergaduhan mulut.

Bagaimanapun, keadaan berjaya dikawal apabila Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Ismail Mohamed Said mengarahkan kedua-dua ahli parlimen itu duduk dan meminta Ahmad Zahid meneruskan penggulungan.



Source link

read more

Gara-gara dadah, Nadzwi Adhwa mohon maaf – Hiburan


KUALA LUMPUR 8 Nov. – Pelakon dan pengacara, Nadzmi Adhwa, 25, memohon maaf kepada semua pihak atas kesilapannya yang mengakibatkan dia ditahan bersama-sama dua rakannya kerana memiliki dadah jenis ganja.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat pengurusannya, MindOrder Sdn. Bhd., hos Jalan-Jalan Makan Angin itu menegaskan, dia berjanji untuk tidak akan mengulangi kesilapan yang sama.

“Saya yakin tidak bersalah dalam hal ini dan telah dibebaskan kurang dari 24 jam selepas ditahan pada malam Jumaat lalu.

“Nasib tidak menyebelahi saya apabila pihak berkuasa menahan kami bertiga termasuk dua orang rakan baik yang kebetulan ada bersama saya.

“Kesilapan saya adalah terlalu mempercayai rakan dan mudah terpengaruh. Bagaimanapun, insiden itu memberi pengajaran kepada saya agar lebih berhati-hati dalam memilih kawan,” katanya kepada Utusan Online.

Terdahulu, pelakon tersebut ditahan bersama dua lagi rakannya kerana disyaki memiliki ganja seberat 5.97 gram yang disembunyikan di dalam keretanya di Jalan Bukit Setiawangsa, di sini.

Dalam kejadian pada pukul 1.30 pagi itu, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Wangsa Maju telah menahan kereta jenis Honda Jazz milik pelakon terbabit di sebuah stesen minyak.

Hasil pemeriksaan, pihak polis menemui satu bekas tin aluminium yang di dalamnya terdapat satu paket plastik lutsinar berisi ketulan mampat dan leraian daun-daun kering dipercayai ganja bersama alat menghisap ganja yang disembunyikan di bawah kerusi pemandu. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons