Mohd. Shafie salah guna imuniti Dewan Rakyat – Rahman Dahlan



KOTA KINABALU: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menyelar tindakan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal yang menyalahgunakan imuniti di Dewan Rakyat dengan mengaitkan nama Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman berhubung kegagalan projek infrastruktur di Sabah.

Beliau berkata, tindakan Ahli Parlimen Semporna itu mengaitkan Musa yang mempunyai pertalian saudara tidak harus timbul memandangkan nama yang disebut itu merupakan kroni orang lain dan bukannya Musa.

“Tindakan beliau (Mohd. Shafie) menggunakan imuniti mengaitkan nama Musa adalah tidak wajar.

“Ramai tahu projek itu datang dari Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta projek-projek tersebut diketahui beliau tanpa perlu menggunakan imuniti Dewan Rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Transformasi Sosial, Komuniti dan Pembangunan Mapan 2017 di sini hari ini.

Semalam, di Dewan Rakyat, Mohd. Shafie mendakwa projek menaik taraf loji rawatan air Sungai Intan, Semporna bernilai RM48 juta yang sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diberikan kepada ahli keluarga Musa.

Abdul Rahman menambah, sebelum ini, Musa telah beberapa bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai ‘perangai’ Mohd. Sahfie yang tidak memberitahu Kerajaan Negeri Sabah mengenai perancangan kementerian itu di Sabah.



Source link

read more

INTEC terima anugerah Platinum ACCA UK – Pendidikan


SHAH ALAM 8 Nov. – Kolej International Education Centre (INTEC) yang menawarkan khusus persediaan kepada bakal akauntan terus mengharumkan nama negara apabila menerima Anugerah Platinum Rakan Kongsi Pembelajaran dari Persatuan Akauntan Bertauliah (ACCA) United Kingdom.

Anugerah tersebut diterima INTEC melalui Pusat Akauntan Profesionalnya (iPAC), sekaligus memperlihatkan bahawa kualiti proses pembelajaran dan penganjaran di kolej tersebut diperakui oleh pihak antarabangsa.

Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri, Masyarakat & Alumni Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Dr. Zaini Abdullah berkata, pencapaian itu merupakan satu pengiktirafan membanggakan dan menjadikan INTEC sebagai pusat pengajian perakaunan yang diperakui mampu melahirkan akauntan bertaraf antarabangsa.

“Pengiktirafan ini sejajar dengan hasrat kerajaan untuk menambah bilangan tenaga profesional termasuk melahirkan seramai 60,000 akauntan terlatih yang diiktiraf menjelang 2020.

“Pencapaian ini bukan sesuatu yang mudah memandangkan anugerah tersebut dicapai dalam masa dua tahun sejak iPAC INTEC diwujudkan,” katanya selepas menyaksikan Majlis Penyampaian Anugerah Platinum ACCA di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Eksekutif ACCA Global, Helen Brand, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Perakaunan Profesional Malaysia (MyPAC), Datuk Zaiton Mohd. Hassan dan Ketua Eksekutif INTEC, Prof. Dr. Yamin Yasin.

Sementara itu, Brand dalam ucapannya berkata, anugerah tersebut hanya diberi kepada pihak yang benar-benar layak dan berjaya mencapai piawaian tertinggi yang ditetapkan pihaknya.

“Hubungan baik antara pihak kami dengan INTEC selama beberapa tahun ini menyumbang kepada kejayaan ACCA untuk memperkukuhkan kerjaya akauntan di negara ini dan INTEC sememangnya layak menerima anugerah ini.

“Pihak kami dan INTEC melakukan pelbagai inovasi dalam kriteria kelayakan ACCA antaranya melibatkan penyelidikan terhadap keperluan majikan di peringkat nasional, rantau dan antarabangsa,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Tidak peduli ramalan cuaca | Astro Awani



SINTOK: Kemusnahan serta kerugian luar biasa akibat bencana banjir di utara semenanjung Malaysia mengingatkan semua pihak mengenai perlunya kesedaran dan pendidikan dalam mendepani banjir.

Bah yang melumpuhkan Pulau Pinang menyaksikan kemusnahan yang luar biasa sehingga meragut nyawa dan merosakkan harta benda.

Ketika artikel ini ditulis, pihak berkuasa serta agensi yang terlibat sedang meneliti nilai kerugian kemusnahan akibat bah kali ini.

Menurut Penyelidik Data Sains Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr Ku Ruhana Ku Mahamud, kesedaran terhadap bencana alam perlu diterapkan di peringkat awal kerana bencana boleh berlaku pada bila-bila masa.

“Ramalan cuaca diambil berat oleh nelayan dan pihak yang mengurus feri di laut, namun saya berpendapat ada dalam kalangan masyarakat di darat tidak mengambil berat terhadap ramalan cuaca,

“Dahulunya kita memang ada pendidikan keselamatan jalan raya dan kebakaran, kita juga boleh terapkan pendekatan sama dari segi keselamatan bencana,” katanya semasa ditemubual AWANI Rangers UUM di pejabatnya, hari ini.

Tambahnya, pengetahuan mengenai bencana menjadi semakin kritikal berikutan perubahan yang berlaku susulan daripada pemanasan global.

“Kita ada pelbagai bencana yang akan berlaku lebih kerap disebabkan global warming, angin dan taufan jadi kita perlu memberi pendidikan tentang bencana kepada anak-anak sejak di sekolah supaya mereka tahu bertindak sekiranya berdepan detik cemas seperti banjir,” katanya. 


* Laporan ini disediakan oleh Awani Rangers UUM Amir Faruqi Mohd Fadzli.

**AWANI Rangers UUM adalah inisiatif kerjasama strategik Astro AWANI dan Universiti Utara Malaysia (UUM).



Source link

read more

Petrol, diesel naik tiga hingga tujuh sen – Nasional


KUALA LUMPUR 8 Nov. – Harga runcit minyak petrol dan diesel naik tiga hingga tujuh sen dalam tempoh seminggu bermula esok.

Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), peningkatan itu menjadikan harga semasa RON97 adalah pada harga RM2.60 berbanding RM2.54 manakala RON95 pada harga RM2.31 berbanding RM2.24 sebelum ini.

Sementara itu, harga semasa diesel pula meningkat pada RM2.20 sen berbanding RM2.17 sebelumnya.

Peningkatan harga runcit ini berkuat kuasa pukul 12.01 tengah malam ini. – UTUSAN ONLINE

 



Source link

read more

Penduduk diminta berwaspada hujan mungkin sehingga hujung November



KUALA LUMPUR: Penduduk di negeri-negeri utara Semenanjung perlu terus bersiap sedia menghadapi gelombang kedua banjir yang dijangka berlaku berikutan proses pertukaran monsun yang dialami kini.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata beliau menjangkakan proses pertukaran monsun akan selesai sepenuhnya akhir November ini.

“Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah meramalkan gelombang kedua akan berlaku sehingga tamat pertukaran monsun ini, iaitu dalam minggu pertama November.

“Tetapi melihat kepada keadaan, saya jangka sehingga hujung bulan ini ia baru akan selesai sepenuhnya kerana keadaan cuaca pun sangat tidak menentu sekarang,” kata beliau kepada wartawan di sini hari ini.

Sabtu lepas, Pulau Pinang dilanda banjir luar biasa sehingga melumpuhkan sistem infrastruktur di negeri itu dan mengorbankan tujuh nyawa.

Mengenai dana yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk projek mitigasi banjir di Pulau Pinang, Wan Junaidi berkata kementerian itu melalui Jabatan Pengaliran dan Saliran bersedia untuk melaksanakan kajian teknikal ke atas sistem dan infrastruktur sedia ada serta yang diperlukan.

Katanya antara aspek yang akan diberi perhatian ialah sistem perparitan dan saliran, kolam takungan dan penambakan pesisir pantai.

“Banjir luar biasa pada Sabtu lepas menunjukkan kemudahan mitigasi banjir sedia ada tidak mencukupi,” katanya.

Najib dalam lawatannya ke Pulau Pinang pada Selasa telah mengumumkan bantuan RM1 bilion untuk melaksanakan 13 projek mitigasi banjir di negeri itu.

Dalam hal lain, Wan Junaidi berkata satu kolokium mitigasi banjir akan diadakan pada Januari depan untuk melihat model terbaik dan berkesan untuk membendung ancaman banjir di setiap negeri di Malaysia.

Terdahulu semasa melawat Sekolah Menengah Persendirian Chong Hwa di sini, Wan Junaidi berkata beliau sendiri akan menyediakan kertas cadangan untuk dikemukakan kepada Kabinet mengenai permohonan sekolah itu untuk melanjutkan sewaan sebidang tanah seluas 1.2 hektar yang dipunyai kerajaan Persekutuan untuk tujuan pembinaan sebuah kompleks sukan sekolah itu, daripada 30 tahun kepada 99 tahun.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

— BERNAMA



Source link

read more

Nikah Mawar Rashid hari ini Raf Yaakob pohon restu ibu



PASANGAN sama cantik sama padan Raf Yaakob dan Mawar Rashid bakal melangsungkan pernikahan mereka petang Khamis.

Astro Gempak difahamkan majlis pernikahan Raf dan Mawar diadakan secara tertutup dan akan dihadiri oleh keluarga serta kenalan terdekat pasangan ini.

Majlis akad nikah Raf dan Mawar bakal berlangsung pada pukul 2.30 petang di salah sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

Sebelum menjelang hari pernikahannya petang ini, adik kepada penyanyi dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob ini memohon restu daripada ibu tercinta, Datin Umi Kalsom.

Raf telah memuat naik status di laman sosial Facebooknya pada pukul 8 malam Rabu dan meminta maaf sekiranya ada terkasar bahasa atau perbuatan.

Presiden Kelab Bola Sepak Manchester United Malaysia itu turut memohon ibunya mendoakan semua urusan berjalan lancar.

“Ibu sayang…Maafkan Zal andai ada terkasar bahasa dan perbuatan. Halalkan makan minum Zal selama ini. Syurga Zal di bawah tapak kaki Ibu selamanya. Zal pohon doa restu ibu bernikah dengan Mawar. Doakan semuanya berjalan dengan lancar. Amin. Sayang Ibu (and bapak) dunia akhirat,” tulisnya pada entri tersebut.

Sementara itu, Umi Kalsom yang membaca tulisan ditulis anaknya itu membalas status tersebut  dan mendoakan Raf bersama isterinya bahagia hingga ke Jannah.

“Sayang ibu, kebahagiaan ibu hanyalah tika bersama anak-anak…Tiada yg lain dapat membahagiakan ibu selain dari dambaan ibu kepada anak-anak. Doa dan restu ibu senantiasa, semoga adik bahagia hingga ke jannah. Usah disebut halalkan makan minum. Sayang, seandainya di dalam mulut pun sanggup ibu keluarkan demi anak-anak kesayangan ibu,” luahnya penuh kasih sayang.

Selain itu Raf turut menulis ucapan untuk bakal ibu mentuanya, yang menggunakan nama Marinee Rashid di laman sosial Facebook dalam sebuah lagi entri.

“Mummy sayang. Macam mana Raf menjaga Ibu dan anak-anak Raf, macam tu lah Raf akan jaga Puteri kesayangan mummy ni. Thank you mummy, for accepting me in your family. Thank you for letting me marrying your daughter. Cinta mati Raf hanya pada @mawarashid seorang,” tulisnya.

Raf atau nama sebenarnya Raden Ahmad Faizal Yaakob telah melangsungkan pertunangan dengan Mawar Rashid pada 7 Julai lalu dalam sebuah majlis tertutup di Roof Garden @ Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara.

Terdahulu, Raf, 32, telah menghantar rombongan merisik bersama keluarganya pada 7 Mei tahun ini.

Foto: Facebook Raf Yaakob

 



Source link

read more

Sanggupkah anda bayar RM5899 untuk iPhone X



KUALA LUMPUR: SYARIKAT teknologi terkemuka Apple Inc mula menjual edisi terbaharu telefon bimbitnya, iPhone X di pasaran Malaysia bermula 24 November ini pada harga RM5,899 dan RM5,149, lantas menjadikan model ini sebagai iPhone paling mahal pernah dijual Apple.

Jadi, wajarkah anda bayar lebih RM5,000 untuk sebuah iPhone?

Astro AWANI bertanyakan soalan ini kepada beberapa usahawan teknologi sama ada mereka akan mendapatkan model terbaharu iPhone tersebut.

BACA: 8 perkara anda perlu tahu mengenai iPhone X

Ketua Pegawai Eksekutif Katsana, Syed Ahmad Fuqaha Syed Agil meluahkan rasa terkejutnya apabila diberitahu tentang harga iPhone yang menjadi perbualan ramai.

“Katakan telefon ini digunakan untuk dua tahun, jika tidak mengambil kira bil, ia bersamaan hampir RM10 sehari!” kata Syed Fuqaha.

Ketua Pegawai Eksekutif Terato Tech, Reza Razali turut berkongsi sentimen yang sama.

“Bagi saya, saya tidak akan membeli iPhone X.

“Saya telah membuat beberapa perhitungan baru-baru ini. Sebuah iPhone X bersamaan lapan unit saham Apple. Lebih baik saya beli saham Apple, yang mana harganya akan naik.

“Tambahan pula, iPhone 7 Plus saya masih berfungsi dengan baik,” jelas Reza.

Ada juga yang memilih produk Apple lain berbanding dengan edisi iPhone terbaharu ini.

“Tidak (akan membeli iPhone baharu). Saya akan memilih untuk membeli iPad Pro,” tegas Siew Yuen Tuck, Ketua Pegawai Eksekutif Jirnexu.

Versi terkini yang diperkenalkan sempena ulang tahun ke-10 dijangka dijual pada harga RM5,149 untuk storan 64GB dan RM5,899 bagi storan 256GB.



Source link

read more

Industri media perlu berubah agar kekal relevan – Nasional


KUALA LUMPUR 8 Nov. – Industri media perlu berubah dan selari dengan perkembangan teknologi hari ini supaya terus kekal relevan sekali gus memastikan organisasi akhbar masih bertahan dan diterima masyarakat.

Pengarang Kanan, Unit Media Baharu Utusan Malaysia, Aznan Bakar berkata, akhbar perlu menggunakan segala platform yang selalu digunakan supaya dapat memenuhi kehendak pengguna .

” Hari ini, media cetak perlu berubah mengikut perkembangan semasa kerana pengguna kini tidak lagi mendapatkan akhbar dan membaca berita secara konvensional sebaliknya bergantung sepenuhnya telefon pintar.

“Kita juga perlu tahu apa yang dikehendaki pengguna supaya organisasi kita terus relavan,” katanya ketika menjadi panel yang bertajuk Membentuk Laporan Berita Media Baharu ke Arah Teknologi Digital dan Cabaran,  di sini hari ini.

Sebanyak enam topik diskusi yang dibincangkan sempena Minggu Media Sosial Malaysia (MSMW) 2017  berlangsung selama dua hari yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ia turut disertai oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Irwan Serigar selain kira-kira 300 peserta dan panel diskusi media.

Aznan menambah, media sosial seperti laman Facebook, Instagram,Twitter dan Google kini menjadi persaing utama dan turut menjadi sumber berita kepada pengguna terutama golongan muda.

“Inilah realiti yang kita alami hari ini, sebab itu kita perlu berusaha lebih kuat dan sentiasa mencari jalan supaya akhbar tempatan terus dengan menggunakan teknologi  terkini,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, Utusan Malaysia kini dalam usaha mempelbagai penyampaian termasuk menggunakan video melalui kaedah MOJO (Mobile Journalism) . UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Lebih 1.7 juta pekerja asing beza gaji RM800 dengan bakat tempatan



KUALA LUMPUR: Lebih 1.7 juta pekerja asing berdaftar direkodkan bekerja di negara ini sehingga 30 September 2017.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib berkata berdasarkan statistik Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), kebanyakan pekerja asing itu memenuhi sektor pekerjaan 3D iaitu bahaya, kotor dan sukar.

Menurut Ismail, berdasarkan gaji median, dianggarkan perbezaan gaji di antara pekerja tempatan dengan pekerja bukan warganegara ialah RM800.

“Negara kita masih perlu tenaga pekerja asing untuk pekerjaan 3D, yang tidak diminati pekerja tempatan.

“Menurut statistik Penyiasatan Gaji dan Upah 2016 yang dijalankan Jabatan Perangkaan Malaysia, gaji median bagi pekerja warganegara Malaysia pada tahun 2016 adalah sebanyak RM2,000 manakala gaji median pekerja bukan warganegara pula adalah sebanyak RM1,200,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Datuk Makin @ Marcus Mojigoh (BN-Putatan) yang meminta Kementerian Sumber Manusia menyatakan berapa ramaikah pekerja asing yang berdaftar dan bekerja di negara ini mengikut pecahan negara asal mereka, dan berapa jumlah anggaran bayaran gaji atau upah mereka setiap tahun.

Mengikut statistik JIM, pekerja asing warga Indonesia direkodkan tertinggi iaitu 707,181 diikuti Nepal (385,320), Bangladesh (222,868), Myanmar (121,050), India (113,628), Pakistan (58,957), Filipina (55,120), Vietnam (26,387), China (17,516), Thailand (14,650), Sri Lanka (5,613), Kemboja (4,621) dan Laos (33).

Ia menjadikan keseluruhan 1,732,944 pekerja warganegara asing yang bekerja di negara ini hingga 30 September 2017.



Source link

read more

Agenda AWANI Situasi meruncing di Asia Barat apa solusi


KUALA LUMPUR: Hingga saat ini, ada TIGA peristiwa berlaku dalam tempoh 24 jam di Arab Saudi baru-baru ini.

Pertama, peletakan jawatan Presiden Lubnan Saad Hariri di Riyadh.

Hariri bukan sahaja mengumumkan perletakan jawatannya di luar negara malah perkara itu dilaporkan langsung tidak diketahui barisan kepimpinan Lubnan yang lain.

Kedua, Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman memecat serta menahan beberapa individu atas dakwaan korupsi.

Mereka yang terlibat adalah pemimpin kanan dan orang berpengaruh yang terdiri daripada kalangan ahli keluarga kerabat Diraja dan juga ahli perniagaan Arab Saudi.

Ketiga, Arab Saudi berjaya mematahkan serangan misil ke atas Riyadh oleh kumpulan Houti-Yaman yang disokong Iran.

Dalam satu kenyataan kepada CNN, Menteri Luar Arab Saudi Adel bin Ahmed al-Jubeir menyifatkan serangan misil ke atas Riyadh itu adalah “an act of war” atau satu bentuk peperangan ke atas Arab Saudi oleh Iran.

Sumber foto Grafik Astro AWANI

Menurut penganalisis yang mengikuti rapat perkembangan politik di Asia Barat, Profesor Al-Fattah El Awaisi, dua peristiwa pertama berkait rapat dengan cubaan Arab Saudi dan juga Iran untuk mengukuhkan pengaruhnya sebagai kuasa terbesar di rantau itu.

“Ini kemuncak keseimbangan kuasa di antara Arab Saudi dan Iran. Ia juga mungkin memberi bayangan apakah yang bakal berlaku di Lubnan atau mungkin di Syria,” tambah Profesor Pelawat UUM itu lagi.

“Peristiwa di mana Putera Mohammed memecat beberapa orang kanan pula menunjukkan, pergolakan kuasa di dalam institusi keluarga Diraja Arab Saudi”.

Prof Al-Fattah turut memberi bayangan, siri kejadian terbaru ini bakal merumitkan lagi konfik Asia Barat.

“Ini jelas membawa kepada perang proksi yang bakal meletus di rantau itu walaupun hakikatnya adalah perang di antara Iran dan juga kuasa besar dunia iaitu Amerika Syarikat”.

Bagaimanapun, Pensyarah Program Sains Politik UKM Abdul Muein Abadi mempunyai pandangan berbeza.

Menurut Muein, walaupun situasi ketika ini sangat membimbangkan namun masih ada jalan dalam mencari solusi ke atas konflik tersebut.

“Hanya seorang pemimpin yang perlu ke hadapan bagi mengelakkan peperangan meletus, iaitu Putera Mahkota Arab Saudi.”

“Selain Putera Mohammed, beberapa pemimpin sekutu Arab Saudi seperti UAE, Kuwait, Bahrain mahupun Erdogan dari Turki perlu bertindak segera.”

Tambah Muein lagi, pemimpin negara kuasa besar dunia seperti Presiden Putin dan Presiden Xi Jinping serta pemimpin dari negara-negara OIC juga boleh memainkan peranan.

“Kita tidak mahu satu lagi peperangan meletus di rantau itu”, tegas Muein.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons