Cuepacs minta kerajaan semak semula imbuhan tetap khidmat awam



KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan mempertimbangkan semakan semula Imbuhan Tetap Khidmat Awam bagi meringankan beban penjawat awam yang berdepan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Presidennya Datuk Azih Muda berkata Ceupacs turut meminta kerajaan mengkaji semula Elaun Perumahan Wilayah untuk penjawat awam di Sabah dan Sarawak yang tidak disemak sejak lebih 10 tahun lepas.

“Dalam pada itu, kerajaan juga perlu menggantikan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang telah dibatalkan kerana sistem saraan baru perkhidmatan awam yang dikenali sebagai SST (Sistem Saraan Transformatif) yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada tahun 2013 tidak merangkumi semua skim perkhidmatan awam,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Bual Bicara terbitan Bernama News Channel di Wisma Bernama, di sini hari ini.

Azih berkata cadangan Cuepacs itu adalah berdasarkan kepada situasi ekonomi sekarang yang memberi kesan kepada penjawat awam akibat kenaikan harga barang justeru kerajaan wajar melakukan semakan gaji dan imbuhan penjawat awam bagi mengurangkan tekanan hidup yang mereka hadapi.

Untuk rekod, Imbuhan Tetap Khidmat Awam tidak disemak semula oleh kerajaan sejak sedekad yang lepas, dan Ceupacs berpendapat kerajaan perlu memberi perhatian terhadap kebajikan penjawat awam terutama mereka yang berkeluarga, katanya.

Mengenai Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) , Cuepacs mendapat laporan bahawa sebanyak 48 peratus permohonan sehingga kini telah ditolak kerana tidak memenuhi kriteria gaji yang ditetapkan LPPSA.

Sehubungan itu, Cuepacs mencadangkan agar kadar faedah pinjaman LPPSA dikurangkan daripada empat peratus kepada hanya satu peratus bagi membolehkan lebih ramai penjawat awam memiliki rumah idaman, kata Azih.

— BERNAMA



Source link

read more

Kuala Lumpur kekal 10 destinasi pelancongan popular dunia



KUALA LUMPUR dijangka mengekalkan kedudukannya di tangga kesepuluh dalam senarai destinasi pelancongan paling popular di dunia pada tahun ini, menurut senarai 100 destinasi terbaik di dunia yang dikeluarkan oleh Euromonitor International.

Dengan kemasukan 12.3 juta pelancong ke Kuala Lumpur pada 2016, angka ini dijangka meningkat kepada 12.8 juta pada 2017, iaitu peningkatan pelancongan sebanyak 4.5% berbanding tahun lalu.

Menurut laporan ini, bandar-bandar Asia mendominasi kedudukan global, sebahagian besarnya disebabkan oleh peningkatan bilangan pelancong China di rantau ini.

Enam daripada sepuluh destinasi terbaik itu terdiri daripada bandar-bandar di Asia yang mana Hong Kong menduduki tangga pertama buat sembilan tahun berturut-turut dengan 26.6 pelawat pada tahun 2016 diikuti oleh Bangkok, Singapura, Macau, Shenzhen dan Kuala Lumpur.

Penganalisis Kanan Pelancongan Euromonitor International, Wouter Geerts berkata Asia Pasifik menjadi rantau yang menonjol dalam memacu perubahan dalam pelancongan.

“Kami menjangka rantau ini terus berkembang dalam dekad yang akan datang.

“Singapura akan mengatasi London sebagai bandar ketiga paling kerap dikunjungi pelancong menjelang 2025,  memberikan podium sepenuhnya kepada Asia,” kata Geertz dalam satu kenyataan.

Sebaliknya, prestasi bandar-bandar Eropah telah terjejas disebabkan oleh krisis Eurozone dan pendatang asing, implikasi Brexit dan serangan pengganas.

Namun begitu, beberapa destinasi Eropah, khususnya Greece, Itali dan Sepanyol menduduki kedudukan yang lebih baik akibat pergolakan di Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA).

Senarai destinasi perlancongan terbaik di dunia pada 2016:

1. Hong Kong: 26.6 juta pelancong
2. Bangkok: 21.2 juta pelancong
3. London: 19.2 juta pelancong
4. Singapura: 16.6 juta pelancong
5. Macau: 15.4 juta pelancong
6. Dubai: 14.9 juta pelancong
7. Paris: 14.4 juta pelancong
8. New York: 12.7 juta pelancong
9. Shenzhen: 12.6 juta pelancong
10. Kuala Lumpur: 12.3 juta pelancong

Berpusat di London, Euromonitor International merupakan pembekal perisikan perniagaan global dan analisis pasaran strategik terkemuka dunia.

Edisi World Travel Market (WTM) 2017 mengklasifikasikan 100 destinasi terkemuka di dunia itu berdasarkan dari segi ketibaan pelancong antarabangsa pada 2016 termasuk data ramalan untuk 2017 sehingga 2025.



Source link

read more

APMM tahan 23 nelayan rampas dua bot



Tanjung Sedili: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan dua buah bot yang dinaiki 23 nelayan dan tekong warga Vietnam di tenggara Tanjung Sedili, di sini semalam.

Pengarah Maritim Daerah Tanjung Sedili, Kepten Maritim Amran Daud berkata, kedua-dua bot nelayan itu dikesan dalam keadaan mencurigakan ketika menjalankan kegiatan menangkap ikan secara haram di 22 batu nautika tenggara Tanjung Sedili pada jam 12.05 tengah hari dan 12.28 tengah hari.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati bot itu tidak memiliki lesen menangkap ikan dan beberapa nelayan dan tekong berusia 19 hingga 55 tahun itu tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

“Pemeriksaan lanjut ke atas bot berdaftar AZAM BARU 1 dan AZAM BARU 2 menemui muatan lebih empat tan ikan campur pelbagai jenis serta dua tan ikan baja.

“Kesemua nelayan dan tekong serta bot tunda ke Jeti Maritim Tanjung Sedili untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Amran, pihaknya turut merampas pelbagai peralatan menangkap ikan, kapal serta hasil tangkapan yang dianggarkan bernilai RM450,000.

Katanya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 15 (1) dan Seksyen 16 (3) Akta Perikanan 1985 yangjika sabit kesalahan boleh dikenakan denda RM100,000 setiap seorang manakala tekong akan dikenakan denda sehingga RM1 juta atau penjara tidak melebihi dua tahun.

“Ini adalah tangkapan kesembilan yang berjaya dilakukan oleh Daerah Maritim 7 melibatkan kes nelayan asing pada tahun ini,” katanya.

Tambah Amran APMM akan melipatgandakan operasi-operasi mengesan, menahan mempertingkatkan kawalan keselamatan serta penguatkuasaan undang-undang maritim di perairan negara.



Source link

read more

Astro Go Shop rai ulang tahun ketiga tawar ganjaran lumayan



KUALA LUMPUR: Astro Go Shop meraikan ulang tahun ke-3 dengan lebih ganjaran dan pelancaran dua rancangan beli-belah melalui TV yang terbaharu iaitu Mei Yan Show dan Go Awal, yang akan dihoskan oleh selebriti terkenal Malaysia.

Para pelanggan ‘Go Shop’ juga berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai RM3 juta, 3 juta mata ganjaran ‘Go Shop’ dan 3 juta mata ganjaran penerbangan.

Ketua Pegawai Eksekutif Astro GS Shop Sdn Bhd, Grace Lee berkata sokongan padu daripada para pelanggan selama tiga tahun ini amat dihargai dan mereka berusaha untuk memastikan pengalaman membeli-belah adalah yang terbaik buat pelanggan.

“Kami gembira untuk menjemput pelanggan-pelanggan baru menikmati pengalaman beli-belah yang lancar, menghiburkan, berinformasi dan mudah yang kami sediakan untuk semua rakyat Malaysia.

“Kami juga akan memberi lebih ganjaran kepada para pelanggan dengan tiga tawaran yang lebih hebat dan mata ganjaran yang lebih tinggi.

“Dari 1 November 2017 hingga 31 Januari 2018, pengguna-pengguna aplikasi mudah alih Go Shop berpeluang menerima lima peratus mata ganjaran dengan jumlah maksimum sebanyak RM25 sebagai tambahan kepada kadar semasa mata ganjaran iaitu dua peratus sepanjang tempoh ulang tahun ke-3 ini.

“Para pelanggan boleh melayari www.goshop.com.my atau membeli-belah melalui aplikasi mudah alih Go Shop dengan menggunakan kod GOGO30 & GOGO75 dan menikmati potongan tambahan sehingga RM75 dari tawaran-tawaran nilai hebat semasa kempen ulangtahun ini.

“Setiap RM300 yang dibelanjakan dalam setiap transaksi, para pelanggan Go Shop juga boleh menikmati 100 Enrich Miles dari Malaysia Airlines,” kata beliau

Berikutan kejayaan rancangan Go Pak Nil, Go Shop juga akan melancarkan dua rancangan televisyen beli belah terbaharu yang dihoskan oleh personality-personaliti terkenal Malaysia.

“Mei Yan Show yang bermula pada 28 Oktober dihoskan oleh Gan Mei Yan, seorang personaliti radio dari Kumpulan Astro yang terkenal dan sangat diminati.

“Pada bulan November ini, selebriti dan bintang media sosial Awal Ashaari akan mengacarakan rancangan membeli-belah melalui TV beliau sendiri yang dinamakan Go Awal,” tambah beliau.

Go Shop adalah destinasi membeli-belah gaya hidup 24 jam di mana pelbagai produk dan perkhidmatan didemonstrasi, dipromosi dan dijual melalui pelbagai platform termasuklah Astro TV (Astro Saluran HD Saluran 118 dan 303 serta Saluran SD 120), NJOI TV, Astro Go, NJOI NOW serta platform dalam talian (www.goshop.com.my) dan aplikasi mudah alih Go Shop yang boleh dimuat turun di Apple Store Malaysia (pengguna iOS) dan Google Play Store Malaysia (pengguna Android), menawarkan pengalaman membeli- belah pada bila-bila masa, di mana sahaja.



Source link

read more

Tweet lebih panjang Had baharu 280 aksara untuk pengguna Twitter



MENGHADAPI kesukaran menyampaikan mesej panjang di Twitter?

Pengguna Twitter kini tidak lagi terhad kepada 140 aksara dan boleh mengguna platform itu untuk berkongsi tweet hingga 280 aksara.

Perkara ini disahkan Pengurus Produk Twitter, Aliza Rosen di laman media sosial itu dan juga blog rasmi beliau.

Katanya, ciri ini telah diuji sejak September 2017 untuk pengguna tertentu dan kini diperkenalkan kepada semua pengguna, kecuali mereka yang menghantar tweet dalam bahasa Cina, Korea dan Jepun.

“Kami lihat lebih ramai pengguna tidak perlu menyunting tweet mereka (kerana sebelum ini terhad kepada 140 aksara).

“Dengan ciri ini, lebih ramai boleh meluahkan apa yang mereka ingin luahkan dalam masa yang lebih pantas,” katanya.



Source link

read more

4 buah rumah hangus terbakar – Nahas & Bencana


KLANG 7 Nov. – Empat buah rumah hangus terbakar dalam satu insiden kebakaran di Lorong Haji Nahar, Kampung Delik Baru, di sini petang ini.

Bagaimanapun, tindakan pantas penduduk dan pasukan bomba berjaya menyelamatkan lapan buah rumah lain yang dibina sederet dengan rumah tersebut.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 3.52 petang dan mengarahkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang, Kota Raja dan Sungai Pinang ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian, pihaknya mendapati kebakaran melibatkan beberapa buah rumah yang mempunyai 12 pintu Kelas A yang masing-masing berkeluasan 111.4 meter persegi terbakar.

“Empat buah rumah yang terbakar ini musnah sepenuhnya, namun tiada mangsa yang mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

PAS DAKWA REJIM GUAN ENG LEMBAB URUSKAN BANJIR!!! ~ SEMUT HITAM


Timbalan Pengarah Khidmat Malaysia yang juga AJK PAS Pusat, Dr Azman Ibrahim mengecam Rejim DAPigs Pulau Pinang yang gagal dan lembap menguruskan situasi banjir dengan baik.

Malah dia juga mendakwa, Rejim DAPigs Pulau Pinang tidak menghulurkan bantuan untuk mangsa-mangsa banjir membersihkan rumah mereka yang ditenggelami akibat banjir besar baru – baru ini.

“Lumpur pula agak tebal. Di luar kemampuan mangsa untuk menguruskan sendiri operasi pembersihan disebabkan ketiadaan peralatan seperti water jet,” ujarnya.

“Tak ada sebarang agensi kerajaan yang mari tanya khabar untuk bantu kami.” Inilah antara keluhan mereka.

“Bukan kerja kita nak memanaskan lagi suasana. Kerana itu Khidmat Malaysia telah membuat kerahan mobilisasi ke seluruh negara agar petugas Khidmat Malaysia negeri-negeri menghantar segera tenaga bantu dan peralatan segera bagi operasi pembersihan dan pemulihan,” katanya.

Tindakan Rejim DAPigs pimpinan Guan Eng yang lembap ini menunjukkan mereka seolah – olah melepaskan tangan tanpa mempedulikan nasib rakyat yang memerlukan bantuan daripada mereka.

Jika ini pun DAPigs Pulau Pinang tidak mampu memberikan bantuan kepada rakyat yang ketika ini sedang ditimpa musibah dan mengalami kesusahan, bagaimana mungkin diorang boleh bermimpi – mimpi untuk merampas kuasa serta mentadbir negara kelak!!!




Source link

read more

5 sebab anda tak patut terlepas tonton Wanita Terindah


FILEM televisyen (FTV), Wanita Terindah lakonan utama Fattah Amin dan Fazura baharu sahaja mula ditayangkan di Astro First (saluran 480).

Berbeza dengan naskah yang pernah dibawa oleh kedua-dua bintang ini, Wanita Terindah menampilkan kisah kekeluargaan yang sangat menyentuh hati.

Malah banyak elemen menarik yang boleh didapati di dalam FTV terbitan Red Filem Sdn. Bhd. ini.

Berikut merupakan sebab-sebab anda tak patut terlepas menonton Wanita Terindah:

1. Sesuai untuk tontonan keluarga 

Wanita Terindah sebuah cerita yang simple but deep. Ia bukan sahaja sesuai ditonton untuk orang yang sedang bercinta, namun kisahnya boleh diterokai oleh sesiapa sahaja yang mencari erti cinta dan kasih sayang dalam hidup mereka. Banyak elemen kekeluargaan yang diterapkan, antaranya mengisahkan pengorbanan seorang ibu yang membesarkan anaknya seorang diri tanpa lelaki bergelar suami atau bapa.

2. Fattah Amin muncul dengan karakter yang baran dan kasar

Selalunya watak yang dibawakan oleh Fattah menampilkannya sebagai seorang lelaki yang sweet dan gentleman, tetapi di dalam Wanita Terindah berbeza. Anda pasti akan terkejut melihat Fattah kali ini apabila berubah menjadi seorang yang baran dan kasar. 

3. Penampilan Miss Nasi Lemak sebagai kekasih Fattah Amin

Jangan terkejut, julung kalinya Miss Universe Malaysia 2017, Samantha Katie James yang tular dengan gaun Nasi Lemak Daun Pisang tampil berlakon dalam naskah Melayu. Samantha muncul sebagai kekasih Fattah. Meskipun tidak fasih berbahasa Melayu, namun pertuturannya nampak bersahaja. Not bad!

4. Babak Fattah Amin melamar Fazura yang sweet dan comel

Babak ini antara momen yang pasti anda tidak boleh lupakan kerana ia sangat comel dan kelakar. Anda pasti tidak dapat bayangkan cara lamaran Fattah Amin yang boleh dikatakan sangat unik. Namun adakah Fazura menerima lamaran Fattah? Anda tonton sendiri!

5. Karakter Adam sebagai adik yang comel dan kelakar

Fikri lakonan adik Nik Adam Mika di dalam Wanita Terindah mampu menimbulkan elemen mencuit hati dan comel. Selain itu wataknya sebagai pesakit leukemia mampu diterjemahkan dengan baik.

Teks oleh: Syafiqah Jalal



Source link

read more

Ingat bahaya dibawa Pakatan DAP – Terkini


KUALA LUMPUR 7 Nov. – Orang Melayu diingatkan bahaya yang bakal dibawa sekiranya Pakatan Harapan diketuai DAP diberi ruang dan peluang untuk mentadbir negara.

Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Mohd. Taib berkata, pakatan berkenaan hanya memerlukan 112 kerusi sahaja pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) untuk mentadbir negara.

Daripada jumlah itu, Muhammad yakin, DAP yang dominan dengan 36 kerusi selesa sedang memberi fokus sepenuhnya kepada 25 kawasan Parlimen tambahan pada PRU-14 bagi mengukuhkan ‘cengkaman’ mereka dalam pakatan itu.

“Sekiranya 36 dicampur 25 kerusi lagi yang mereka fokus menang iaitu di kawasan diwakili MCA, MIC dan Gerakan, DAP akan ada 61. Lebih separuh daripada jumlah 112 kerusi yang diperlukan pakatan itu untuk bentuk kerajaan.

“Walaupun ada PKR, PAN dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), tetapi mengambil kira situasi politik semasa dan kiraan itu, saya yakin DAP akan terus berkuasa termasujlah menentukan siapa Perdana Menteri boneka mereka sekiranya pakatan itu mentadbir.

“Orang Melayu kena ingat, seperti di Pulau Pinang, sekali DAP mendapat kuasa mentadbir, sudah tentu mereka akan menggunakan pelbagai cara untuk tidak melepaskannya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis meraikan kepulangannya ke pangkuan UMNO di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar.

Muhammad pada PRU-13 memilih untuk bersama Pas sebelum menyertai PKR, namun merasakan kedua-dua parti itu tidak serius dalam agenda memperjuangkan nasib orang Melayu sebelum membuat keputusan pulang semula kepada UMNO September lalu. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

DSA 2018 penganjuran terbaik – Johari – Terkini


KUALA LUMPUR 7 Nov.- Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2018 yang akan berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) dijangka mampu menjadi pameran terbaik sepanjang penganjurannya sejak 1988.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohd. Johari Baharum berkata, penganjuran di lokasi baharu tersebut dilihat dapat mengatasi beberapa kelemahan yang wujud sebelum ini termasuk peningkatan aspek keselamatan.

Selain itu, katanya, pengalaman Malaysia yang lama dalam penganjuran acara itu juga dapat menambah keyakinan kepada pempamer dari dalam dan luar negara sekaligus menarik lebih ramai pengunjung.    

“Kita telah lama menganjurkannya dan berpengalaman luas. Kita juga akan memperbaiki dari semasa ke semasa dan mahu menjadi yang terbaik berbanding dahulu lebih-lebih lagi di tempat yang lebih elok serta selesa.

“Apa yang penting peranan semua pihak termasuk media untuk membantu penganjuran yang menjadi platform kepada industri pertahanan dan ke­selamatan negara,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

DSA 2018 yang akan berlangsung selama empat hari bermula 16 sehingga 19 April depan itu bakal melibatkan banyak pihak iaitu 1,500 syarikat dari 60 negara manakala 42,000 pengunjung disasarkan hadir termasuk 350 delegasi berstatus orang kenamaan (VIP) dari 45 negara.

Mohd. Johari kini berada di Bangkok, Thailand sempena majlis perasmian Pertahanan dan Keselamatan 2017 yang turut dihadiri Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Affendi Buang.

Beliau juga menyaksikan majlis menandatangani kontrak persetujuan DSA 2018 bersama syarikat Thales dalam rangka lawatan tersebut.-UTUSAN ONLINE



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons