Polis buru lelaki pakai kostum ala pengebom bunuh diri



KUALA LUMPUR: Gara-gara memakai kostum gaya pengebom bunuh diri atau anggota militan Daish untuk menghadiri majlis sambutan Halloween, seorang lelaki dikesan pihak polis berikutan mencetuskan gempar kepada penduduk setempat.

Satu laporan polis telah dibuat oleh seorang pengadu yang tinggal di sebuah kondominium di Damansara Perdana, susulan kejadian yang berlaku pada 28 Oktober lalu, jam 7.40 malam itu.

Pada hari dan waktu kejadian, lelaki berkostum militan itu ditemui sedang menaiki lif.

Polis mengklasifikasikan kes tersebut di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Kostum lelaki tersebut menyerupai pakaian lelaki Asia Barat namun dilengkapi tali pinggang yang seolah-olah dilengkapi bahan letupan.

Gaya pakaian tersebut amat sensitif dalam pandangan umum lebih-lebih lagi dengan kejadian seumpamanya sering dilaporkan di media, serta berlaku di banyak negara yang berdepan ancaman Daish.

Laporan itu disahkan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Zani Che Din, yang berkata pihaknya sedang mengesan lelaki tersebut.

Sesiapa yang mempunyai maklumat tentang lelaki berkenaan boleh menghubungi talian 03-7966 2222.



Source link

read more

Pesawat mendarat cemas isteri serang suami curang



GARA-GARA mendapat tahu suaminya bermain kayu tiga, seorang wanita telah membuat kecoh dan bertindak agresif hingga memaksa sebuah pesawat Qatar Airways mendarat cemas di Chennai, selatan India.

Lapor portal antarabangsa New York Post, penumpang itu gagal mengawal diri apabila mendapat tahu suaminya mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain.

Pesawat yang dinaiki pasangan itu bersama seorang anak dikatakan dalam perjalanan dari Doha, Qatar menuju ke Bali, Indonesia.

Lapor portal itu lagi, semuanya terbongkar apabila wanita itu mengambil kesempatan untuk membuka sistem pengecaman jari sebagai laluan keselamatan membuka telefon bimbit suaminya ketika lelaki itu sedang tidur.

“Sebaik sahaja berjaya membuka laluan keselamatan telefon bimbit suaminya, wanita itu terkejut dan apa yang disyaki adalah benar. Lelaki itu terbukti mempunyai hubungan dengan wanita lain.

“Selepas itu, isteri lelaki tersebut bertindak luar kawalan dengan menyerang suaminya dengan ganas.

“Tindakan isterinya terlalu agresif sehingga memaksa pesawat melakukan pendaratan kecemasan,” kata laporan portal itu.

Difahamkan, pesawat itu terpaksa mendarat di selatan India, Chennai untuk menurunkan pasangan itu sebelum meneruskan kembali perjalanan ke destinasi.

Pihak Qatar Airways ketika dihubungi media enggan memberikan sebarang kenyataan atas alasan menjaga privasi pelanggan.



Source link

read more

5 terbunuh, 21 cedera serangan di stesen TV Kabul – Luar Negara


KABUL 7 Nov – Sekumpulan pengganas yang menyamar sebagai anggota polis menyerbu sebuah stesen televisyen di Kabul, membunuh sekurang-kurangnya lima orang dan mencederakan 21 yang lain dalam serangan terbaharu terhadap wartawan Afghanistan.

Serangan yang dituntut oleh kumpulan militan Daesh itu, berlangsung kira-kira tiga jam sebelum pasukan tentera khas Afghanistan berjaya menumpaskan penyerang kumpulan tersebut dan menyelamatkan semua kakitangan yang terperangkap di dalam bangunan menempatkan stesen Shamshad TV.

“Serangan itu telah berakhir. Menurut komander pasukan khas semua kakitangan yang berada di dalam bangunan telah diselamatkan.

“Ini adalah serangan ke atas kebebasan media tetapi mereka tidak dapat mendiamkan kami,” kata Pengarah Berita Shamshad TV, Abid Ehsas kepada Tolo News di sebuah hospital di ibu negara Afghanistan di mana beberapa rakannya yang cedera sedang dirawat.-AFP/REUTERS



Source link

read more

Makmal mini proses dadah dibongkar tiga sekeluarga antara diberkas



KLANG: Polis membongkar sebuah makmal mini memproses dadah jenis syabu selepas menahan lima individu termasuk tiga sekeluarga dalam dua serbuan berasingan di daerah ini, pada 2 November lepas.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Shamsul Amar Ramli berkata makmal berkenaan beroperasi di sebuah rumah mewah tiga tingkat yang disewa khas bagi tujuan tersebut di Bandar Botanic, di sini.

“Tiga sekeluarga, ayah, anak lelaki dan isteri kepada anaknya ditahan bersama seorang lagi suspek di sebuah kedai makan di Pandamaran, antara 1 petang dan 4.30 petang.

“Seorang lagi suspek lelaki ditahan dalam serbuan serentak di sebuah rumah di Taman Sejati. Rumah yang dijadikan makmal memproses dadah berkenaan diserbu susulan tangkapan kesemua suspek terbabit,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Shamsul Amar berkata sebuah bilik di tingkat bawah rumah itu diubahsuai untuk dijadikan makmal memproses dadah dan antara barangan dirampas dari rumah berkenaan adalah alatan makmal serta bahan kimia berupa serbuk dan cecair dipercayai untuk memproses syabu.

Turut dirampas, katanya cecair “Meth Oil” seberat 3.85 kilogram (kg) yang mampu menghasilkan syabu seberat 1.5kg dengan nilai pasaran dianggarkan RM110,000.

Selain itu, beliau berkata polis turut merampas empat kereta, wang tunai berjumlah RM1,600 dan empat bentuk cincin milik suspek yang dianggarkan bernilai RM450,000.

“Kesemua suspek berusia antara 18 dan 53 tahun kini direman bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

— BERNAMA



Source link

read more

Lelaki berpakaian ala ‘pengebom berani mati’ dicari polis – Jenayah


KUALA LUMPUR 7 Nov. – Polis meminta kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang lelaki yang berpakaian seperti pengebom berani mati ketika menghadiri satu parti di Damansara Perdana, 28 Oktober lalu.

Polis mencari lelaki berpakaian pengebom berani ketika menghadiri parti di Damansara Perdana dekat sini 28 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, lelaki tersebut didapati menaiki lif di sebuah kondominium ketika menghadiri parti Halloween.

Menurutnya, tindakan lelaki berkenaan menimbulkan kegusaran penduduk setempat kerana berpakaian sensitif terhadap pandangan umum.

“Polis menerima laporan daripada penduduk di kawasan tersebut hari ini. Berdasarkan maklumat lelaki tersebut berkemungkinan dari negara Arab atau India berdasarkan perwatakan dan gambar yang diberikan penduduk dan suspek kini giat dikesan,” katanya.

Mohd. Zani berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung lelaki itu boleh menghubungi Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-79662222 bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Chong Wei hantar bantuan mangsa banjir Pulau Pinang



KUALA LUMPUR: Dalam kesibukannya menjalani latihan dan persediaan untuk menyertai kejohanan, jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei sempat menguruskan bantuan untuk mangsa banjir di Pulau Pinang.

Beliau menghantar dua lori sarat berisi makanan. sebahagian besarnya biskut, dan 100 biji bantal untuk diserahkan kepada mangsa banjir di negeri itu.

“Walaupun saya tidak dapat ke sana bersama-sama mereka (mangsa banjir), tapi saya tolong mana yang boleh untuk bantu mangsa banjir di sana.

“Saya ada menerima mesej memaklumkan keperluan mangsa banjir yang masih belum cukup, dan saya hantar sedikit bantuan,” katanya ketika ditemui Bernama di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara hari ini.

Pemain berusia 35 tahun, berasal dari Bukit Mertajam Pulau Pinang itu, berharap bantuan yang dihulur dapat mengurangkan beban mangsa banjir.

Hampir keseluruhan kawasan di Pulau Pinang terjejas akibat banjir dengan beberapa kawasan ditenggelami air antara 0.2 dan 1 meter, diikuti angin kencang dan hujan lebat sejak Sabtu.

Hingga kini, kejadian banjir yang dikatakan terburuk di negeri itu telah meragut tujuh nyawa.

— BERNAMA



Source link

read more

Jalan Sumpitan-Ijok di Lenggong ditutup akibat tanah runtuh – Nahas & Bencana


LENGGONG 7 Nov. – Kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang yang berlaku di KM 4 Jalan Sumpitan menghala ke Ijok menyebabkan akses laluan di situ terpaksa ditutup hari ini.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Ismail Che Isa berkata, kejadian itu dilaporkan berlaku pada pukul 4.20 petang dan kerja-kerja pembersihan sedang dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan syarikat konsesi Empayar Indera.

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak menggunakan laluan Sumpitan – Ijok sebaliknya menggunakan jalan alternatif lain iaitu Jalan Lenggong- Kuala Kangsar.

“Pemantauan berterusan juga dilakukan oleh Ketua Polis Balai Lenggong dan pemasangan papan tanda amaran turut telah dilakukan,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

MUNGKIN AZMIN ALAMI PENYAKIT “HILANG INGATAN”!!! ~ SEMUT HITAM


Mungkin dek kerana terlalu teruja membuat pengumuman berkaitan dengan pemberian bonus 3 bulan tipu yang dibuat sebelum ini telah mengakibatkan Si Azmin Ali ni hilang ingatan.

Mungkin sebab itu Si Menteri Besar Selangor itu seolah – olah terlupa mengenai isu skandal melibatkan Dana Rakyat sebanyak RM 30 billion yang dipindahkan ke akaun DEIG sebelum ini.

Seingat kita, isu mengenai pindahan Dana Rakyat itu masih belum dijelaskan secara terbuka. Malah janji Si Azmin Ali tu nak menjelaskan perkara itu juga masih ditunggu – tunggu.

Realitinya, isu berkaitan dengan dana tersebut telah menimbulkan pelbagai kecurigaan dikalangan para pemimpin sama ada dikalangan BN mahupun puak Pakatan Haprak tu sendiri.

Malah rakyat juga ingin mengetahui kebenaran mengenai perkara tersebut. Namun malangnya Si Azmin Ali tu hanya sekadar mendiamkan diri dari memberikan penjelasan mengenainya.

Dan yang paling menghairankan, kenapa dalam Bajet 2018 Selangor kali ini, Si Azmin Ali tak pulak sibuk nak menyentuh isu berkaitan dengan Dana Rakyat sebanyak RM 30 billion itu?

Persoalan itu dibangkitkan oleh ADUN Sungai Besar, YB Budiman Zohdi yang mendakwa sikap berdiam diri Si Menteri Besar Selangor itu telah menimbulkan rasa curiga dikalangan rakyat.

“Dalam bajet kali ini saya nak bangkitkan beberapa isu berkaitan isu DEIG untuk beberapa belanjawan sebelum ini menteri besar tidak pernah terlepas sebut soal DEIG tetapi bajet 2018 tidak menyebut langsung soal DEIG, malah menteri besar sendiri pernah sebut tidak pernah gentar bahawa siasatan berkaitan DEIG,” katanya ketika sesi perbahasan pembentangan belanjawan Selangor 2018 di Dewan Negeri Selangor.

Dalam perkembangan sama, YB Budiman juga turut mempersoalkan status penstrukturan aset Perbadanan Menteri Besar (MBI) bagi membolehkan syarikat DEIG itu memulakan operasi.

Malah Budiman juga membidas tindakan Rejim Pakatan Selangor pimpinan Azmin kerana membisu dan tidak memaklumkan perkembangan mengenai penubuhan syarikat pelaburan itu.

Secara tidak lansung, tindakan Rejim Pakatan Selangor itu memberikan gambaran seolah – olah DEIG ini sedang menghadapi masalah tetapi sengaja disembunyikan oleh Si Azmin Ali tu untuk melindungi kemaluan dirinya sendiri!!!




Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons