KUALA TERENGGANU 8 Nov. – Kerajaan negeri mengerahkan 350 orang anggota Skuad Sukarelawan Tranformasi Terengganu Baharu (SSTTB) ke Pulau Pinang esok bagi membantu mangsa banjir memulihkan kehidupan mereka.



Muhammad Ridzuan

Muhammad Ridzuan

Pegawai Eksekutif SSTTB, Muhammad Ridzuan Hashim berkata,  penghantaran kumpulan pertama itu terdiri daripada  sukarelawan dari Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Persatuan Anak Terengganu (Permata) yang akan bergerak dengan empat buah bas dan empat buah pacuan empat roda

Katanya, kumpulan tersebut itu akan diketuai oleh Timbalan Pegawai Eksekutif SSTTB, Armi Irzan Mohd. dan Penolong Pegawai Khas Operasi SSTTB, Mohd Rosdi Mohd Zain yang akan berada di Pulau Pinang sehingga Sabtu ini.

“Bersama rombongan tersebut, pelbagai peralatan untuk kerja-kerja pembersihan akan turut dibawa ke lokasi-lokasi  yang akan ditetapkan bagi mempercepatkan proses gerak kerja,’’katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, SSTTB turut dibantu pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu yang turut menyediakan waterjet dan lori untuk mengangkut keperluan lojistik.

 

Seramai 20 anggota termasuk dua pegawai akan turut menyertai SSTTB yang akan bergerak pagi esok.

 

Dalam operasi selama tiga hari di negeri itu, Menteri Besar; Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dijangka turut serta  pada hari terakhir.-UTUSAN ONLINE

 



Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: