Empat rumah dinaiki air akibat banjir kilat di Ampang



KUALA LUMPUR: Taburan hujan sehingga 86 mililiter selama dua jam menyebabkan empat rumah dinaiki air akibat banjir kilat di Kampung Dato Mufti Shuib, Mukim Ampang, dekat sini petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata kawasan itu dinaiki air sedalam 0.3 meter bermula pukul 5 petang.

“Bagaimanapun tiada penduduk dipindahkan dan kemalangan jiwa dilaporkan berlaku,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd Sani berkata air Sungai Klang dilaporkan berada pada paras normal dan banjir telah mula surut pada 7 malam. – BERNAMA



Source link

read more

Luis Suarez bantu bawa lebih ramai pelancong ke Malaysia – Nasional


KUALA LUMPUR 9 Nov. – Tourism Malaysia dan bintang sensasi Barcelona, Luis Suarez menjalinkan kerjasama strategik sebagai usaha mempromosi serta menarik lebih ramai pelancong khususnya peminat bola sepak antarabangsa melancong ke negara ini.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, jalinan kerjasama itu dijangka dapat meningkatkan populariti Malaysia sebagai destinasi pelancongan di Asia sekali gus merancakkan industri pelancongan Malaysia.

“Kami teruja dapat bekerjasama dengan Suarez yang telah terbukti bukan sahaja menjadi salah seorang pemain terbaik dunia malah merupakan seorang pemimpin yang dihormati.

“Suarez juga menjadi inspirasi kepada ramai orang dan kami berharap dengan kerjasama ini akan mengangkat Malaysia sebagai destinasi pelancongan tropika yang menawarkan pengembaraan berterusan kepada semua pelancong,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Kontrak kerjasama selama setahun ini ditandatangani antara Tourism Malaysia dan wakil Suarez di Asia, Mediapro hari ini.

Perjanjian berkenaan merupakan sebahagian daripada pemasaran Tourism Malaysia dan pelan promosi Malaysia sebagai destinasi pelacongan antarabangsa selain daripada menarik minat orang ramai melawat negara ini.

Suarez pernah memenangi dua kejuaraan LaLiga dan juara Liga Juara Juara Eropah bersama Barcelona sementara beliau dijangka mengetuai negaranya, Uruguay dalam Piala Dunia di Rusia tahun depan.

“Ini merupakan satu penghargaan dan penghormatan dapat bekerjasama dengan Malaysia, negara yang kaya dengan kepelbagaian serta mempunyai pantai yang cantik dan resort bertaraf dunia. Saya teruja untuk memperkenalkan negara ini yang kaya dengan warisan dan sejarah kepada dunia khususnya penyokong-penyokong saya,” kata Suarez.

Sementara itu, Pengarah Urusan Mediapro Asia, Lars Heidenreich berkata, LaLiga dan Tourism Malaysia bekerjasama untuk tempoh setahun bagi memastikan Malaysia merupakan destinasi pelancongan pilihan di rantau Asia khususnya menerusi pemilihan bintang berkelas dunia seperti Suarez.

“Bintang Barcelona ini sangat popular di Asia dan kami yakin jenama dan kerjasama dengan Suarez dapat menarik lebih ramai pelancong memilih Malaysia sebagai destinasi pelancongan serta merasai sendiri pengalaman ‘Malaysia Truly Asia’,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Kerajaan akan kaji keberkesanan sistem online di klinik kesihatan



KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengkaji keberkesanan sistem giliran atas talian (online) bagi temujanji pesakit di klinik-klinik kerajaan menjelang akhir tahun ini.

Ini kerana, Kementerian Kesihatan ingin memastikan sistem ini dilihat dari semua aspek bagi memastikan ia mampu memudahkan proses temujanji buat pesakit.

Menterinya Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, pihaknya kini sedang dalam perbincangan lanjut bagi memperincikan sistem ini.

“Antara aspek yang perlu dilihat, salah satunya ialah bukan semua pesakit akan gunakan sistem ini.

“Selain itu, kita juga perlu mewujudkan kaedah bagi memberi keistimewaan kepada golongan tertentu seperti Orang Kelainan Upaya (OKU) dan juga warga emas,” kata Dr Subramaniam di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan dari Dr Izani Husin (Pas-Pengkalan Chepa) tentang adakah Kerajaan berhasrat memperluaskan projek perintis nombor giliran dalam talian di klinik kesihatan kerajaan dan sejauh manakah keberkesanan projek tersebut.

Projek perintis sistem ini dimaklumkan Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya pada Ogos tahun ini dan dijadualkan berakhir penghujung tahun nanti



Source link

read more

FAM perkenal Liga Divisyen Empat – Bola Sepak


JOHOR BAHRU 9 Nov. – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan memperkenalkan Liga Divisyen Empat bagi menggilap pemain muda negara.

Presidennya, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, pelaksanaan liga itu yang masih dalam peringkat perancangan akan melibatkan lebih banyak pasukan daripada liga komuniti serta pemain bawah 19 tahun.

“Kami akan tambahkan lagi pasukan untuk bermain dalam Piala FA. Kami juga akan ada satu liga yang mempunyai 26 atau 27 pasukan bersaing di bawah Liga FAM. Liga ini terdiri daripada pasukan komuniti dan peniaga kecil yang ada kelab sendiri.

“Syaratnya adalah mereka perlu sekurang-kurangnya ada empat pemain bawah 19 tahun,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Perjanjian Persefahaman antara Perkongsian Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) dan World League Forum (WLP) di sini sebentar tadi.

Dalam perkembangan lain, Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor berkata, FMLLP selaku pengendali Liga Malaysia (Liga M) menjadi perintis di rantau ASEAN apabila menyertai World Leagus Forum (WLF) yang berpangkalan di Zurich, Switzerland.

Menurutnya, langkah itu merupakan sejarah baharu dalam bola sepak negara, sekali gus diyakini mampu meningkatkan lagi imej Liga M dalam usaha menimba pengalaman baharu daripada kelab-kelab ternama.

“Penyertaan dalam WLF pasti membantu dan membuka lebih ruang serta peluang untuk kami bekerjasama dan meningkatkan lagi apa jua kelemahan malah mampu beri ruang memperkenalkan diri di rangkaian lebih global,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Kren tumbang Kampung Baru Ada Pak Haji dalam kereta tu



KUALA LUMPUR: Saksi kejadian insiden kren tumbang di sebuah tapak pembinaan di Kampung Baru, di sini hari ini berkongsi cerita bersama Astro AWANI mengenai detik-detik kritikal.

Menurut Abdul Rahman Mat Arif, sebahagian daripada kren tersebut menghempap beberapa kenderaan dan terdapat seorang individu di dalam sebuah kenderaan tersebut.

“Ada seorang ‘Pak Haji’ di dalam kereta itu, dia tidak sedarkan diri buat seketika,” katanya ketika ditemubual Wartawan Astro AWANI, Syah Hairizal Kamalul Ariffin di lokasi kejadian.

BACA: Kren tumbang Kampung Baru: Seorang cedera, kereta remuk

 



Source link

read more

200 pelajar sertai Program Discover [email protected] 2017 – Nasional


KOTA BHARU 9 Nov. – Seramai 200 pelajar dari lima sekolah terpilih di negeri ini menyertai Program Discover [email protected] 2017 di Hotel Perdana, di sini hari ini.

Pengurus Besar Petronas Wilayah Pantai Timur, Wan Mohd Hasnan Abdullah berkata, program selama sehari suntuk itu bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai hala tuju yang akan dilalui selepas tamat persekolahan.

Menurutnya, program ini juga merupakan salah satu inisiatif Petronas dalam menyokong usaha Kementerian Pendidikan ke arah melahirkan teknorat pada masa hadapan khususnya dalam bidang minyak dan gas.

“Pelajar didedahkan dengan pelbagai aktiviti seawal pukul 8 pagi seperti taklimat program penajaan pendidikan Petronas, ceramah kerjaya, pertunjukan sains dan perkongsian pengalaman oleh pelajar universiti yang ditaja Petronas.

“Peserta yang terlibat pula adalah pelajar tingkatan tiga hingga lima yang dipilih hasil perbincangan pihak kami bersama Kementerian Pendidikan,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Kren tumbang Kampung Baru Tiga cedera kereta remuk


KUALA LUMPUR: Sebuah kren tumbang di sebuah tapak pembinaan di Kampung Baru, ibu negara pagi tadi mengakibatkan tiga mangsa cedera selain beberapa kenderaan remuk.

Tiga mangsa kejadian kren “crane boom” yang jatuh di tapak pembinaansebuah projek pembinaan itu telah dikejarkan ke hospital untuk rawatan.

Menurut maklumat awal anggota Angkatan Pertahanan Awam, tiga mangsa terbabit disahkan seorang pekerja binaan dan dua orang awam.

Mangsa orang awam satu wanita lingkungan 30-an mengalami patah bahu dan seorang mangsa warga emas mengalami luka-luka akibat terkena serpihan cermin kereta yang pecah akibat libasan kabel kren.

Pemaju pembinaan UDA Holdings Bhd dalam kenyataannya menjelaskan, kerja-kerja pembinaan dihentikan sehingga siasatan berhubung kejadian selesai dibuat.

BACA: Kren tumbang Kampung Baru: Ada ‘Pak Haji’ dalam kereta tu!

BACA: Kren tumbang Kampung Baru: Tiga cedera, kereta remuk

BACA: Kren tumbang Kampung Baru: UDA tutup lokasi insiden serta-merta

Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR

 Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP, Shaharuddin Abdullah yang mengesahkan kejadian itu, berkata insiden berlaku kira-kira 1 tengah hari.
 

Wanita itu yang cedera ringan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk diberi rawatan, katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau juga berkata keadaan di lokasi kejadian adalah terkawal dan tapak pembinaan tersebut ditutup sementara bagi memberi laluan kepada siasatan termasuk mengenal pasti punca kren itu tumbang.



Source link

read more

JDT sumbang sebahagian ganjaran kepada mangsa banjir Pulau Pinang – Nasional


JOHOR BAHRU 9 Nov. – Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) akan menyumbangkan sebahagian daripada imbuhan RM1 juta yang diberikan kerajaan negeri ekoran memenangi Piala Malaysia kepada mangsa banjir di Pulau Pinang.

Pemilik Kelab JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, perkara tersebut dipersetujui antara beliau dan para pemain yang mahu menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di negeri berkenaan.

“Kerajaan negeri pun ada sumbangan yang lain ke sana…kita bagi berapa yang kita mampu, kalau tak silap saya dalam RM500,000 hingga RM600,000… niat kita ikhlas untuk bantu mereka yang memerlukan.

“JDT lebih daripada sebuah kelab, kita membantu masyarakat dan komuniti juga,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Perjanjian Persefahaman antara Perkongsian Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) dan World League Forum (WLP),,di sini sebentar tadi.

Kerajaan negeri memberi imbuhan RM1 juta kepada JDT kerana berjaya muncul juara Piala Malaysia 2017 dan keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Exco yang dipengerusikan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin semalam. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Awas Ini tanda-tanda awal tanah runtuh di cerun



KUALA LUMPUR: Kawasan cerun berisiko kini menjadi tumpuan utama semua pihak memandangkan musim tengkujuh sedang melanda di seluruh negara.

Ia sekaligus meningkatkan lagi risiko insiden hakisan cerun yang mengakibatkan tanah runtuh seperti yang berlaku Tanjung Bungah di Pulau Pinang, baru-baru ini.

Pemaju di seluruh negara diarahkan untuk mengambil langkah-langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan kejadian tanah runtuh berlaku di tapak pembinaan mereka, khususnya untuk projek di kawasan cerun berisiko tinggi.

Menteri Kesejahteraan Bandar Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar menggesa kerajaan negeri dan pemaju perumahan memastikan projek di lereng cerun berada dalam keadaan selamat.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof semalam dalam satu kenyataan menyatakan sebanyak 946 cerun di Semenanjung Malaysia telah diklasifikasikan sebagai Berisiko Sangat Tinggi oleh Kementerian Kerja Raya (KKR) di Jalan Persekutuan sehingga Februari 2017.

Berikut merupakan video langkah kenal pasti punca dan tanda-tanda awal kegagalan cerun yang dikeluarkan KKR: 

Cara Pemantauan Kegagalan Cerun

Tips Menyenggara Cerun
 

Tanda-tanda Awal Kegagalan Cerun, Tanah Runtuh
 



Source link

read more

Mariah Carey diugut saman oleh bekas pengawal peribadi



SEORANG bekas pengawal peribadi kepada penyanyi terkenal Mariah Carey mengancam untuk menyaman bintang itu.

Memetik laporan Daily Mail, Michael Anello mendakwa dia menerima gangguan seksual oleh Carey dan dimalukan dengan panggilan ‘Nazi skinhead’.

Anello mendakwa Carey memakai pakaian seksi dan jarang ketika menyuruhnya memindahkan bagasi ketika di Cabo San Lucas.

Anello yang tidak selesa dengan pakaian Carey mahu meninggalkan bilik penyanyi itu tetapi dia tetap memaksa Anello memindahkan bagasinya.

Anello nekad keluar dari bilik itu dan tiada apa yang berlaku. 

Selain itu, Anello mendakwa Carey berhutang dengan firmanya – Anello Security & Consulting – sejumlah kira-kira AS$221,000.

Difahamkan, Carey mengambil syarikat milik Anello sebagai firma keselamatan dari 2015 hingga 2017, tetapi terdapat perjanjian untuk menyambung kontrak tersebut dengan bayaran yang lumayan.

TMZ melaporkan tuntutan mahkamah telah didraf tetapi ditangguhkan kerana proses rundingan sedang berlangsung.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons