KOTA BHARU 9 Nov. – Seramai 200 pelajar dari lima sekolah terpilih di negeri ini menyertai Program Discover [email protected] 2017 di Hotel Perdana, di sini hari ini.

Pengurus Besar Petronas Wilayah Pantai Timur, Wan Mohd Hasnan Abdullah berkata, program selama sehari suntuk itu bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai hala tuju yang akan dilalui selepas tamat persekolahan.

Menurutnya, program ini juga merupakan salah satu inisiatif Petronas dalam menyokong usaha Kementerian Pendidikan ke arah melahirkan teknorat pada masa hadapan khususnya dalam bidang minyak dan gas.

“Pelajar didedahkan dengan pelbagai aktiviti seawal pukul 8 pagi seperti taklimat program penajaan pendidikan Petronas, ceramah kerjaya, pertunjukan sains dan perkongsian pengalaman oleh pelajar universiti yang ditaja Petronas.

“Peserta yang terlibat pula adalah pelajar tingkatan tiga hingga lima yang dipilih hasil perbincangan pihak kami bersama Kementerian Pendidikan,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: