Doa-doakan sahaja- Johan – Hiburan


KUALA LUMPUR 9 Nov.- “Doa-doakan sahaja.” Hanya itu yang dibalas pelawak dan penyampai radio, Johan Yazid tatkala ditanya sama ada benar atau tidak isterinya, Ozlynn Watie kini hamil anak kelima.

Menerusi ruangan komen di laman sosial Instagram pelawak itu, ramai peminat tertanya-tanya tentang status kehamilan isterinya setelah Johan memuat naik video yang mengundang pelbagai spekulasi.

Dalam video tersebut, Ozlynn memuji sikap rajin Johan yang sedang mengemas bahagian depan rumahnya. Pelawak tersebut sempat berkata “mengenangkan sahaja. Dorang (mereka) sudah tahu belum?” yang telah menimbulkan dakwaan kehamilan itu.

“Hahaha…doa-doakan sahajalah. Mudah-mudahan,” jawab Johan ringkas kepada UTUSAN ONLINE.



Source link

read more

Banjir Ribuan pesawah di Seberang Perai alami kerugian sehingga RM14.5 juta



PERMATANG PAUH: Lebih 5,547 pesawah di dua daerah Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah mengalami kerugian lebih RM14.5 juta ringgit akibat banjir di Pulau Pinang yang melanda negeri itu sejak Sabtu lepas.

Timbalan Menteri Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, sehingga kini pihaknya telah mengenalpasti sekurang- kurangnya 9,680.82 hektar kawasan padi yang terjejas teruk.

Katanya, Seberang Perai Utara mengalami kerosakan padi paling teruk iaitu 7,088 hektar membabitkan 4,557 pesawah manakala 990 pesawah di Seberang Perai Tengah membabitkan keluasan tanaman padi 2,592 dan mereka terpaksa melakukan proses penanaman semula.

“Kita dapat maklum padi musnah itu dah berumur 30 hari, kos untuk tanam semula padi ini sehingga tiap bajak semula.kena bajak semula.dan tabur benih dan benih kos benih lain-lain.

Katanya, melalui proses penilaian dibuat pihaknya akan membawa perkara tersebut kepada pengetahuan Kementeriannya , untuk tindakan selanjutnya.

Bagaimanapun katanya, bantuan berupa input pertanian itu bergantung kepada kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan.

“Kita akan bincang jumlah kerosakan. Kemungkinan kerajaan bukan beri tunai, mungkin bagi bantuan input pertanian untuk tanam semula. Kena ada benih baja tanah input,” kata pada majlis penyampaian sumbangan kepada mangsa banjir Permatang Pauh di Pusat Komersil Permatang Pauh di sini hari ini.

Kira-kira 500 petani dan pesawah yang terjejas banjir menerima bantuan awal pada majlis berkenaan.

Baru-baru ini, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan memperuntukkan RM9.3 juta sebagai bantuan penanaman semula kepada pesawah yang terjejas di Pulau Pinang dan Kedah.

Kira-kira 10,516 hektar sawah padi terjejas dengan bencana banjir besar melanda di kedua-dua negeri itu berdasarkan laporan awal yang diterima pihak kementerian.

Hujan yang turun lebih 15 jam pada Sabtu lalu diikuti angin kuat menyebabkan hampir keseluruhan kawasan di Pulau Pinang terjejas akibat banjir dengan beberapa kawasan ditenggelami air antara 0.2 meter dan satu meter.



Source link

read more

Banjir kilat: 1 jalan, 4 kampung terjejas – Nahas & Bencana


JOHOR BAHRU 9 Nov. – Beberapa kawasan di sekitar bandar raya ini dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat pukul 3.30 petang tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, kawasan yang terjejas adalah Jalan Skudai berhampiran Skudai Parade, Kampung Maju Jaya, Kampung Laut Skudai, Kampung Paya Kenangan dan Kampung Kangkar Tebrau.

Bagaimanapun, katanya, satu pusat pemindahan sementara dibuka di Dewan Serbaguna Blok 18 yang menempatkan seorang lelaki dewasa, seorang wanita dewasa dan lima kanak-kanak berikutan banjir kilat di Kampung Paya Kenangan, Kangkar Tebrau. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Kren tumbang Kampung Baru UDA tutup lokasi insiden serta-merta


KUALA LUMPUR: UDA Holdings Berhad (UDA) telah mengambil langkah segera untuk memaklumkan pihak terbabit dan menutup kawasan kejadian “crane boom” (bum kren) yang jatuh di sebuah tapak pembinaan di sini hari ini.

Menurut UDA dalam satu kenyataan hari ini, siasatan terperinci sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian ini.

Maklumat lebih lanjut akan diberikan sebaik sahaja siasatan selesai dijalankan menurut seorang wakil dari syarikat perumahan itu.

BACA: Kren tumbang Kampung Baru: Tiga cedera, kereta remuk

BACA: Kren tumbang Kampung Baru: Ada ‘Pak Haji’ dalam kereta tu!

BACA: Kren tumbang Kampung Baru: Seorang cedera, kereta remuk

Gambar Astro AWANI/SHAHIR OMAR

 

UDA Holdings Berhad berkata ia kesal dengan kejadian yang berlaku dan akan mengambil segala pendekatan yang perlu bagi mengelakkan kejadian yang seumpamanya berlaku pada masa hadapan.
 



Source link

read more

Najib adakan mesyuarat dua hala dengan Presiden Vietnam



DA NANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengadakan mesyuarat dua hala pertamanya dengan Presiden Vietnam, Tran Dai Quang, yang mengambil alih jawatan pada April tahun lepas.

Mesyuarat selama 30 minit itu berlangsung di luar Mesyuarat Pemimpin Ekonomi (AELM) Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-25 di sini, hari ini.

Najib mengucapkan tahniah kepada Tran atas penganjuran AELM dan memuji pembangunan bandar pesisir pantai itu.

Mesyuarat tersebut, antara lain, membincangkan perdagangan antara kedua-dua negara memandangkan Malaysia dan Vietnam sebelum ini telah bersetuju untuk mempertingkatkan hubungan dua hala kepada Perkongsian Strategik.

Sejak 10 tahun lepas, perdagangan dua hala Malaysia-Vietnam meningkat lebih tiga kali ganda kepada US$10.3 bilion (US$1=RM4.19) pada 2016 daripada US$3.2 bilion pada 2006.

Jumlah perdagangan antara Malaysia dan Vietnam meningkat 10.8 peratus kepada US$10.3 bilion pada 2016 daripada US$9.3 bilion pada 2015.

Vietnam merupakan rakan dagang ke-12 terbesar Malaysia pada 2016, manakala Januari hingga Ogos 2017, Vietnam adalah rakan dagang ke-13 terbesar Malaysia dan destinasi eksport utama ke-10.

Terdahulu, dalam sidang media, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Vietnam merupakan antara negara yang pantas membangun dan penerima pelaburan langsung asing terbesar dalam ASEAN.

“Pelaburan terbesar daripada syarikat Malaysia di Vietnam ialah Gamuda (Gamuda Land) dalam pembangunan perbandaran di Hanoi dan Ho Chi Mihn. Mereka sudah sembilan tahun beroperasi di Vietnam.

“Manakala Da Nang antara bandar yang sedang pesat membangun di Vietnam dan terdapat beberapa syarikat Malaysia yang beroperasi di sini termasuk Tan Chong dan syarikat pembuat lilin dari Sungai Petani,” katanya.

Berdasarkan Rangka Kerja Perdagangan ASEAN dalam Perjanjian Barangan, Malaysia dan Vietnam komited untuk mencapai hubungan ekonomi yang lebih kukuh, yang termasuk meningkatkan perdagangan, mengurangkan kos perniagaan, mewujudkan pasaran lebih luas dengan peluang lebih baik dan menguntungkan dari segi kos yang lebih besar bagi perniagaan negara-negara anggota.

Kedua-dua negara turut bersetuju untuk memperluaskan kerjasama dalam pertahanan dan keselamatan termasuk bagi usaha menangani keganasan, membanteras lanun dan jenayah antarabangsa pada Julai lepas.

— BERNAMA



Source link

read more

Paras air sungai di Melaka normal – Nahas & Bencana


MELAKA 9 Nov. – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri memaklumkan paras air sungai di semua 11 stesen pemantauannya di seluruh negeri berada pada paras normal setakat semalam berikutan cuaca tidak menentu serta ramalan air pasang besar.

Pengarahnya, Mohd. Radzi Abdul Mutalib berkata, paras air di semua sungai berkenaan masih selamat iaitu antara dua hingga tiga meter di bawah paras bahaya.

Antara sungai yang dipantau perkembangan paras air adalah Sungai Melaka, Sungai Duyong, Sungai Kesang dan Sungai Chohong di Jasin.

“JPS membuat pemantauan teliti berkaitan paras air sungai di negeri ini berikutan fenomena air pasang penuh yang sedang berlaku sekarang dan cuaca hujan yang kadang kala turun agak lebat di negeri ini.

“Apabila melihat paras air sungai surut kita akan membuka pintu air supaya ia dapat mengalir sekali gus mengelakkan daripada berlakunya banjir di kawasan yang dikenal pasti mudah dinaiki air,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Penutup Seminar Antarabangsa Sungai Melaka 2017 di sebuah hotel di sini sebentar tadi.

Program tersebut dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ismail Othman dan turut dihadiri Pengarah Sumber Air dan Hidrologi JPS, Datuk Nor Hisham Mohd. Ghazale dan Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (Nahrim), Datuk Azuhan Mohamed. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

TPPA Malaysia akan ikut konsensus



KUALA LUMPUR: Malaysia akan mengikut sebarang keputusan yang dicapai secara konsensus antara negara ahli dalam rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata, TPPA masih boleh direalisasikan tanpa penglibatan Amerika Syarikat (AS).

“Bagi kita, kalau 11 negara ada keazaman untuk meneruskan tanpa Amerika, kita akan ikut sama.

“Kalau tidak, tiada maknanya bagi Malaysia akan menyertai perjanjian ini,” jelasnya ketika menyampaikan ucapan penggulungan bagi Rang Undang-Undang Perbekalan 2018 atau Bajet 2018 di Dewan Rakyat hari ini. 

Ini kerana, menurut Ong, terdapat beberapa klausa yang Malaysia ingin keluarkan dari TPPA sekiranya AS tidak menyertainya dan tindakan ini memerlukan persetujuan dari baki 11 negara yang masih berunding.

BACA: Trump ikrar tarik AS keluar dari TPPA pada hari pertama bertugas

BACA: Malaysia tidak terkejut pengumuman Trump keluar TPPA – Tok Pa

Sebelum ini Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, dalam menilai penyertaan Malaysia dalam TPPA tanpa AS, pertimbangan penting ialah kemungkinan Malaysia akan kehilangan peluang ekonomi sekiranya 10 negara lain memutuskan untuk meneruskan perjanjian tersebut.

Pada Januari tahun ini, AS mengeluarkan notifikasi penarikan diri dari TPPA, mengotakan janji pilihan rayanya pada 2016.



Source link

read more

Buat hal memalam – Peminat terhibur baca perbualan Whatsapp Abby Norman


PEMINAT terhibur membaca paparan skrin perbualan menerusi aplikasi Whatsapp antara Abby Abadi dan Norman Hakim yang dimuat naik di laman Instagram (IG).

Abby menerusi IGnya memberitahu terkejut apabila menerima mesej daripada anaknya, Danish pada jam 10.44 malam, iaitu waktu sepatutnya anak lelakinya itu sudah tidur dan berada di asrama.

Namun rupa-rupanya mesej itu diterima daripada Norman Hakim yang menggunakan telefon bimbit anaknya itu untuk menyakat Abby.

Pengikut IG Abby terhibur apabila Norman cuba menyakat Abby dengan menghantar fotonya yang menunjukkan lubang hidungnya.

“Buat hal memalam

Terkejut kita dpt whatspp dari hp Danish.. Aaikkk tak gi sekolah ke? Main hp lagi
Sekali Oman la.. dajeiii sungguh memalam ni HAHHAHAA

PS: Terima Kasih ye @normanhakim_786 antar anak2 balik sekolah lambat. Awakkan ada share dgn sekolah dorang. Tahniah! Lain kali buat lagi”

Dek kerana malu dengan tindakan Abby yang memuat naik wajahnya sedemikian rupa, Norman membalas menerusi ruangan komen:

Berikut merupakan foto serta paparan skrin yang dimuat naik:




 



Source link

read more

Rayer sifatkan dialog Penang Forum ‘hentam’ Kerajaan P. Pinang – Politik


PULAU PINANG 9 Nov. – Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini petang tadi kecoh apabila R.S.N Rayer (DAP-Seri Delima) mempertikaikan dialog terbuka anjuran Penang Forum pada 29 Oktober lalu yang disifatkan sebagai hanya untuk ‘menghentam’ Kerajaan DAP Pulau Pinang.

Dalam masa sama, Rayer turut menyelar pemimpin pakatan harapan seperti Dr. Norlela Ariffin (PKR-Penanti), Cheah Kah Peng (PKR-Kebun Bunga) dan Lee Khai Loon (PKR-Machang Bubuk) kerana tidak membantu Yap Soo Huey (DAP-Pulau Tikus) mempertahankan kerajaan negeri ketika sesi soal jawab.

Rayer yang tidak hadir dalam dialog itu berkata, peserta perlu diberitahu bahawa punca banjir dan tanah runtuh bukan disebabkan pembangunan kerana banyak kawasan ditimpa bencana sama Sabtu lalu walaupun tidak dimajukan seperti di Bukit Bendera dan Jalan P. Ramlee.

Norlela bagaimanapun berkata, Soo Huey dipercayai tidak mendengar penjelasan awal panel yang menjelaskan punca banjir di Pulau Pinang yang menyebabkan beliau dimarahi peserta apabila memaklumkan punca bencana alam itu adalah hujan lebat.

Dalam masa sama, Kah Peng berkata, dalam program itu, banyak kajian diberikan oleh pakar dan kira-kira 85 peratus maklumat merupakan penjelasan kepada kerajaan negeri bagi menyelesaikan masalah alam sekitar namun ramai pemimpin DAP tidak menghadirinya.

Ketua Pembangkang, Datuk Jahara Hamid yang turut menghadiri program itu pula menyifatkan Kerajaan DAP Pulau Pinang sebagai penakut dan hanya mahu menyekat suara rakyat apabila menimbulkan penganjuran program itu di DUN.

Sementara itu, Shariful Azhar Othman (BN-Bertam) meminta kerajaan negeri mengambil tindakan undang-undang sekiranya terdapat fakta berunsur fitnah dalam dialog anjuran Penang Forum itu. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Lelaki tendang wanita di jejantas Bank Negara ditahan



KUALA LUMPUR: Polis hari ini menahan seorang lelaki yang dipercayai telah menendang seorang wanita di jejantas berdekatan Bank Negara Malaysia pada Isnin lalu.

Suspek berusia 34 tahun itu ditahan di hadapan pondok bas Masjid Saidina Hamzah, Kg Batu Muda, Sentul malam tadi, menurut Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mazlan Lazim.

“Suspek ditahan kira-kira jam 11.05 malam dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

“Suspek terbabit pernah ditahan atas kesalahan sama dan dihukum selama tiga bulan,” katanya.

BACA: Awas warga KL! Si penendang wanita sudah kembali!

Tambahnya, suspek juga memiliki rekod jenayah untuk kes ugutan, khianat dan mencederakan orang.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons