Selepas 3 minggu baru saya dapat rentak jiwai watak Helena – Neelofa



PENGACARA rancangan MeleTOP, Neelofa mengakui sukar untuk dirinya membawakan watak Helena dalam drama bersiri Red Velvet.

Menerusi drama bersiri arahan Hadith Omar ini, Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor, 28, menghidupkan karakter seorang gadis berusia 22 tahun dan bergandingan bersama Alif Satar yang membawa watak Izzat.

“Watak Helena berbeza dengan karakter sebenar saya. Helena seorang remaja yang sedikit ‘lost’.

“Pada minggu pertama penggambaran, saya akui saya belum mendapat ‘feel’ yang sebenarnya untuk membawakan watak Helena,” kata Neelofa.

Selepas banyak berbincang dengan pengarah dan Alif, Neelofa mula menemui rentak.

“Saya banyak berbincang dengan Hadith dan Alif mengenai cara untuk menghidupkan Helena.

“Syukur Alhamdulillah, selepas masuk minggu ketiga, saya mula mendapat rentak yang dikehendaki dan berjaya menjiwai Helena,” katanya lagi.

Sama-sama kita saksikan drama bersiri Red Velvet yang bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

Untuk berinteraksi mengenai drama bersiri ini di laman sosial, jangan lupa sertakan hashtag #RedVelvetDrama #RedVelvet.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram @neelofa

 



Source link

read more

Yang di-Pertuan Agong kurnia unit PPR, PA kepada 12 keluarga – KL & Putrajaya


KUALA LUMPUR 9 Nov. – Seramai 12 keluarga daripada golongan kurang berkemampuan, miskin tegar dan sakit kronik menerima sumbangan unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) percuma menerusi program Baiti Jannati @ Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Lebih menambah keterujaan dan kegembiraan mereka apabila unit rumah baharu yang diterima itu dikurniakan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Baginda turut meluangkan masa untuk bersama rakyat serta melawat salah sebuah rumah asal dan rumah baharu penerima di PA Desa Rejang.

Program itu dilaksanakan dengan pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) melibatkan beberapa agensi antaranya Unit Perancang Ekonomi (UPE), Jabatan Perdana Menteri, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan syarikat-syarikat swasta. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

MAK LAMPIR ALAMI STRES DAN SAKIT MENTAL DI PARLIMEN!!! ~ SEMUT HITAM


Heh! Nampak gayanya, Si Mak Lampir ni yang mengidap penyakit mental. Tapi mana mungkin dia nak mengakuinya secara terbuka. Nanti hilang pulak peluang dia nak bertanding.

Dengar katanya Si Mak Lampir tu sekarang ni sedang berada dalam keadaan kesihatan yang cukup tidak setabil memandangkan nama dia berkemungkinan besar akan dibuang dari Ampang.

Desas desus mengenai perkara itu tersebar luas dimana ada laporan mengatakan bahawa kepimpinan PKR di Ampang sendiri sudah tidak mahukan Si Mak Lampir tu sebagai Ahli Parlimen.

Maka tidak hairan la jika Si Mak Lampir tu meroyan tak tentu arah sewaktu sesi perbahasan di Parlimen dengan mengajukan soalan berhubung kesihatan mental tetapi menjadikannya sebagai bahan Politik.

Malah tindakan Si Mak Lampir itu turut ditegur oleh Menteri Kesihatan, S Subramaniam yang meminta supaya isu kesihatan tidak dijadikan sebagai polemik Politik sempit puak Pakatan.

Sebelum mengajukan soalan itu, Si Mak Lampir tu mendakwa faktor tekanan perasaan dan kemurungan boleh menyebabkan pihak lawan kerap mengeluarkan kenyataan yang agak ganas.

“Masalah mental boleh menyebabkan seseorang itu mengalami tekanan. Bahkan kajian menunjukkan lebih kurang 40 peratus rakyat Malaysia bakal berdepan dengan masalah mental pada masa akan datang.

“Faktor kemurungan dan kesedihan menyebabkan seseorang itu mengeluarkan ucapan ganas seperti pihak lawan, jadi soalan saya, berapakah peruntukan yang disediakan kementerian untuk menangani masalah ini?” soalnya.

Sedangkan pada hakikatnya, yang banyak mengalami masalah kesihatan mental ni adalah dari kalangan puak Pakatan Haprak tu sendiri sebab hari – hari kena kencing dengan pemimpin mereka.

Dan yang paling ketara adalah apabila puak Pakatan Haprak tu menerima kehadiran Tun Mahathir serta diangkat menjadi Pengerusi kepada gabungan puak pembangkang itu sebelum ini.

Nak pulak dikalangan puak PKR yang dulunya paling kuat menentang Tun Mahathir serta mendakwa bekas Perdana Menteri itu sebagai seorang pemimpin Diktator. Tapi sekarang, diorang pulak yang mengagungkan Tun Mahathir sebagai seorang pemimpin Suci!!!




Source link

read more

Bantuan RM500 kepada mangsa banjir Pulau Pinang – Guan Eng



GEORGE TOWN: Kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini mengumumkan bantuan khas sebanyak RM500 yang akan diberikan secara sekali bayar (one-off) kepada mangsa bencana banjir di negeri itu.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata bantuan khas itu membabitkan peruntukan sebanyak RM50 juta yang akan disalurkan kepada kira-kira 100,000 isi rumah yang terjejas akibat bencana itu.

Katanya, bantuan tersebut tidak termasuk wang derma yang diterima kerajaan negeri menerusi sumbangan orang ramai, badan berkanun dan pihak lain.

Pada masa sama, Guan Eng berkata pihak yang ingin menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir boleh berbuat demikian dengan dialamatkan kepada Pegawai Kewangan  Negeri atau Bendahari.

Guan Eng berkata demikian semasa menyampaikan ucapan khas di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini, pada Khamis.

Dalam ucapannya itu, Guan Eng turut mengumumkan pelancaran “Pulau Pinang Bangkit” dengan dana RM100 juta  bertujuan membantu pemulihan dan pembinaan semula kehidupan rakyat pasca banjir dan tanah runtuh yang disifatkan terburuk dalam sejarah negeri itu.

“Kita akan laksanakan program pasca bajir dan keutamaan kita adalah untuk memulihkan mangsa banjir untuk pulang ke rumah dan bantu mereka kembali menjalani rutin harian,” kata Guan Eng.

Bencana banjir yang berlaku pada 4 November lalu meliputi sebahagian besar kawasan di Pulau Pinang mengakibatkan ribuan penduduknya terjejas.

Ujar Guan Eng, melalui program ini, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) akan mengecualikan surcaj konvergensi bagi satu kitaran, kepada semua pengguna selama dua bulan.

Selain itu, katanya, kerajaan negeri menerusi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) akan memberikan diskaun cukai pintu sebanyak 10 peratus kepada semua jenis hartanah di Pulau Pinang yang melibatkan kos RM40 juta.

Di samping itu, dokumen kerajaan yang rosak akibat banjir akan digantikan secara percuma.

Jelas Guan Eng, program “Pulau Pinang Bangkit” dijangka akan dilancarkan pada Sabtu dan Ahad ini dan kerajaan negeri mengalu-alukan semua sukarelawan agar dapat bersama-sama  menghulurkan bantuan.

Jelas beliau, pemimpin DAP tidak dapat turut serta pada program itu berikutan terpaksa  menghadiri pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) baharu di Selangor.



Source link

read more

Turki tahan 101 suspek militan Daesh di Ankara



ANKARA: Polis Turki telah menahan sejumlah 101 suspek militan kumpulan Daesh di ibu negara Ankara pada awal hari Khamis, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan media tempatan Daily Sabah.

Menurut akhbar harian tersebut, operasi antikeganasan yang dilakukan oleh pejabat Pendakwa Raya Ankara dengan kekuatan 1,500 anggota polis itu, turut mengeluarkan waran tangkap terhadap 245 suspek.

Polis dilaporkan telah menjalankan serbuan di 240 alamat berbeza di Ankara dan menyita peralatan digital serta barangan lain yang dimiliki kumpulan Daesh.

Selain itu, polis telah melancarkan operasi anti-Daesh di 25 wilayah di seluruh Turki antara 22 Okt dan 1 Nov, menahan 283 militan Daesh serta merampas sejumlah 66 bahan letupan yang telah diubah suai dan beberapa senjata lain.

Turki telah mengalami beberapa serangan maut yang meragut nyawa lebih 300 orang sejak 2015, dan kerajaan menyalahkan kumpulan Daesh sebagai perancangnya.

Menurut Kementerian Keadilan Turki, sekurang-kurangnya 780 orang, termasuk 350 rakyat asing, masih kekal dalam tahanan, sesetengahnya telahpun disabitkan kerana disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan Daesh. 

— BERNAMA



Source link

read more

Jom beli kereta pacuan roda depan (FWD) terpantas dunia – Nasional


KUALA LUMPUR 9 Nov. – Honda Malaysia sekali lagi membuat kejutan dalam pasaran automotif tempatan dengan memperkenalkan kereta sport terpantas di dunia menerusi model Honda The All-New Civic Type R.

All-New Civic Type R baharu yang  lebih agresif, dinamik dan sporty itu dijual pada harga RM320,000 tidak termasuk insurans dan cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Bertemakan anda boleh menikmati dari litar lumba ke bandar, rekabentuk kereta berkenaan yang menggunakan teknologi terkini itu bersesuaian dengan pemandu muda dan dewasa yang gemarkan sesuatu yang baharu.

All-New Civic Type R menggunakan enjin 2.0 liter VTEC pengecas turbo itu menghamburkan kuasa 310PS dan tork maksimum 400Nm. Ia kemudian digabungkan dengan transmisi manual 6-kelajuan.

Kereta sport itu menghasilkan transmisi manual yang mampu menukar gear dengan tepat. Hot hatch itu dipadankan dengan tiga mod pemanduan iaitu Comfort, Sport dan +R.

Ketiga-tiga mod tersebut akan menala bahagian Adaptive Damper System (ADS), Drive-by- Wire throttle (DBW), Electronic Power Steering (EPS), Vehicle Stability Assist (VSA), kawalan traksi dan sistem brek. Setiap mod pemanduan menawarkan kestabilan pengendalian dan pemanduan.

Selain lampu depan dengan ciri LED berbentuk tajam, lampu berhentinya juga direka elegan dan futuristik dengan padanan ciri LED. Bahkan gabungan spoiler sporty mengukuhkan kesan hot hatch yang lebih elegan.

Apa yang menariknya,The All-New Civic Type R itu diiktiraf sebagai kenderaan pacuan roda depan (FWD) terpantas dunia dengan catatan rekod 7 minit 43.90 saat di Litar Nurburgring, Jerman.

Kejayaan tersebut dicapai hasil penggunaan teknologi terkini dan pembaharuan signifikan antaranya penambahbaikan bahagian aerodinamik yang menawarkan prestasi dan kestabilan lebih baik.

Sementara itu, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Toichi Ishiyama berkata, pihaknya mensasarkan untuk menjual 30 unit setiap bulan.

“Setakat ini kita sudah menerima tempahan 60 unit The All-New Civic Type R. yang akan diedarkan bermula minggu depan,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran The All-New Civic Type R. di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Cerun maut Pemaju sengaja elak bina penahan cerun – Pakar



KUALA LUMPUR: Segelintir pemaju perumahan dipercayai sengaja mencari alasan untuk tidak membina sebarang penahan cerun dan lereng di kawasan pembinaan.

Pakar cerun dan tanah runtuh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Tajul Anuar Jamaluddin berkata ini kerana kos pembinaan penahan cerun dan lereng melibatkan kos yang tinggi.

“Pemaju akan sentiasa mencari alasan untuk tidak membuat penahan pada cerun atau lereng di sesuatu kawasan perumahan kerana melibatkan kos yang tinggi. Mereka perlu belanja jutaan Ringgit malah puluhan juta Ringgit untuk membuat benteng penahan dan sebagainya,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini hari ini.

Namun jelasnya, isu keselamatan cerun dan lereng akan dipandang serius oleh pemaju apabila ia melibatkan projek berskala besar dan kos yang tinggi.

“Kalau projek itu berskala besar atau yang eksklusif, masalah penahan cerun atau lereng itu tidak menjadi isu tetapi apabila ia melibatkan pembinaan rumah kos rendah sebagai contoh, agak malang bagi pembeli,” katanya.

Tambah Tajul, kos pembinaan penahan cerun juga menjadi isu yang membelenggu Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

“Banyak kaedah kejuruteraan yang ada untuk diguna pakai dalam membina penahan cerun ini tetapi semua itu memerlukan kos yang tinggi.

“Kadang-kala, pihak PBT dan JKR tidak ada peruntukan dan tidak mampu untuk buat sekaligus mendedahkan sesuatu cerun itu berada dalam keadaan bahaya.

“Malah, kos untuk penyelenggaraan penahan cerun itu juga kadang-kala tidak berbaloi dengan jumlah kenderaan atau pengguna di jalan tersebut,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa papan tanda amaran cerun dan tanah runtuh di tepi jalan tidak memadai untuk mengelak kejadian tanah runtuh berlaku.



Source link

read more

Malaysia utamakan keselamatan Asia Pasifik – Nasional


KUALA LUMPUR 9 Nov. – Malaysia sentiasa mengutamakan keamanan, kestabilan dan keselamatan di Asia Pasifik dan tidak teragak-agak terlibat dalam menangani segala bentuk ancaman yang boleh menghuru-harakan rantau itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan secara konsisten berpendirian mahu kestabilan dikekalkan seperti mana yang dibuktikan ketika berdepan isu berkaitan ujian nuklear oleh Korea Utara, ancaman kumpulan militan Daesh serta usaha penghapusan etnik Rohingya di Myanmar.

Katanya, di peringkat domestik sendiri, kerajaan tidak bertolak ansur apabila berdepan keadaan yang boleh mengancam keselamatan dalaman dan beliau mengucapkan penghargaan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bertindak pantas untuk menghalang cubaan serangan yang dikaitkan dengan Daesh dengan ditujukan pada majlis penutup Sukan SEA Ke-29 dan sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka, Ogos lalu.

Pada awal tahun ini juga katanya, Malaysia turut berdepan situasi pelanggaran undang-undang berhubung pembunuhan Kim Jong-nam membabitkan penggunaan senjata kimia yang sekali gus membuatkan Malaysia menghantar pulang diplomat Korea Utara dan mengkaji kedudukan hubungan dengan negara tersebut baik dari segi diplomatik, politik dan ekonomi termasuk cadangan menutup kedutaannya di Pyongyang.

“Dalam berdepan kesemua cabaran keselamatan ini, kita tidak boleh berdiam diri tanpa membuat apa-apa. Kerajaan akan sentiasa menekankan kepada keamanan, kestabilan dan keselamatan di Asia Pasifik,” kata Perdana Menteri menerusi catatan di blognya, www.najibrazak.com, hari ini.

Catatan itu dibuat sempena Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) Ke-21 di Vietnam pada minggu ini dan Najib telah tiba di negara itu hari ini.

Perdana Menteri mengharapkan kesemua isu keselamatan dan kestabilan juga diberi perhatian sepanjang sidang kemuncak terutama APEC mewakili 40 peratus populasi dunia, 54 peratus keluaran dalam negara kasar (KDNK) global serta menguasai 44 peratus perdagangan dunia.

“Berdasarkan saiz semasa, kumpulan ini (APEC) berkedudukan baik untuk mengembangkan keadaan penduduknya baik dari segi ekonomi dan sosial. Malah untuk menangani banyak cabaran yang dihadapi sekarang yang bukan sahaja mengancam masa depan tetapi juga pada masa ini,” katanya.

Najib juga menganggap isu Rohingya merupakan satu daripada perkara yang boleh menjejaskan kestabilan rantau ini apabila usaha penghapusan etnik itu mewujudkan kelompok pelarian yang ditempatkan di negara-negara jiran.

“Malaysia menjadi antara negara terawal yang mahu tindakan ini dihentikan. Negara juga yang berjaya mengutarakan isu ini dalam Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN di Yangon pada Disember lalu. Kita juga telah mengetuai beberapa inisiatif untuk menghantar bantuan serta keperluan perubatan kepada pelarian Rohingya di Bangladesh.

“Saya gembira selepas membangkitkan isu ini dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald J. Trump semasa lawatan ke negara itu September lalu, pentadbiran beliau mengambil tindakan susulan dalam berdepan situasi tersebut,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Penang floods Learn from HK Taiwan and Japan – ex-councillor



GEORGE TOWN: The Penang state government should come up with a proper and detailed standard operating procedures (SOP) when facing with flood incidents or any natural disasters, said a former Penang Island City Council (MBPP) councillor.

Dr Lim Mah Hui said such environmental challenges are expected to occur more often in future, while admitting that the state government was caught unprepared for the severity of the November storm after experiencing the September floods.

“We need to learn a few lessons as the old data on rainfall and temperature are no longer suitable with climate change, as attested by the frequency and severity of rainfall and drought in other countries,” he said when contacted.

He said, not only Penang, but Malaysia as a whole should come up with a proper and detailed SOP to meet such challenges which are expected to occur more often now.

“Malaysia has been spared the ravages of typhoons and hurricanes thus far, while countries like Hong Kong, Taiwan and Japan have good SOP and systems of preparedness. We should learn from them,” he said.

Lim said the existing infrastructure in Penang, as well as planning policies and guidelines, are no longer adequate to deal with new challenges of climate change.

“Both the state and federal governments need to listen to what many professionals have been saying, that our planning system has to change and take into account challenges of climate change,” he added.

Penang experienced massive flood after a cylone hit the island state and parts of Kedah on Saturday.

In a statement, Chief Minister Lim Guan Eng said, there was no early warning or alert from the Malaysian Meteorological Department until at 9.30pm Saturday while heavy winds were already gushing into the island.

Seven dead and 100,000 homes were affected by the flood.



Source link

read more

35 ditahan positif syabu di dua kampung pusat hiburan di Tawau



TAWAU: Bertindak atas laporan orang awam, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Sabah menggempur sebuah kampung di sini dan menahan 35 individu yang didapati positif dadah jenis syabu.

Operasi Perdana Siri 3 pada malam Rabu di Kampung Balung Kokos disertai anggota dan pegawai dari RELA, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim (APM) dan Kastam.

Pegawai AADK Daerah Tawau, Gani Keruput berkata serbuan turut dilakukan di Kampung Merotai 7 dan beberapa pusat hiburan pada malam Rabu lalu.

“Terdapat sedikit pergelutan dan kejar mengejar dengan suspek kerana ingkar dan cuba melarikan diri, namun akhirnya mereka berjaya dicekup,” kata Gani.

Menurut Gani, 45 individu diperiksa sebelum 35 orang ditahan setelah ujian air kencing dibuat.

Kesemua mereka yang ditahan berumur lingkungan 13 hingga 40 tahun dan kini disiasat di bawah Seksyen 3 (1) Akta Pemulihan Dadah.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons