Penari bukan lagi sekadar tempelan



KUALA LUMPUR: Penari dan koreografer muda, Faruq Suhaimi mahu orang ramai mengubah persepsi bahawa penari adalah sekadar tempelan dalam sesuatu persembahan mahupun klip video.

Itulah yang usaha yang dilakukannya bersama-sama dengan sekumpulan penari muda yang lain untuk memastikan penari diletakkan sama taraf dengan penggiat seni lain.

Bagi merealisasikan impian itu, Faruq bersama koreografer muda, Ahmad Zaidyansjah dan Nur Syafiqah Najwa dari 2Twenty2 Studio menganjurkan pertunjukkan tarian fusian bertajuk Co-Alescence.

“Untuk ubat persepsi penari kita perlu ada anugerah untuk penari dan koreografer terbaik. Kita juga bukan lagi di belakang Ayda Jebat (penyanyi) tetapi kita diletakkan sebagai kumpulan Budak Joget dan Ayda Jebat,” kata Faruq.

Co-Alescence merupakan pertunjukkan tarian tiga hari bermula semalam di DPAC, Damansara Perdana menggabungkan enam jenis tarian moden dan tradisional.

Ia menampilkan penari yang pernah memenangi pelbagai kejuaraan di Kuala Lumpur seperti Budak Joget, 2Twenty2 Squad, Walawei Crew, Kami Tari Family dan rakan-rakan dari ASWARA dan Swatari.

Faruq bersama rakannya seperjuangannya Fazrin Zainudin atau lebih dikenali sebagai Fuzz Wayne merupakan dua koreografer tempatan terkenal dalam tarian urban atau hip-hop.

Antara pencapaian terbaik mereka adalah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan Hip Hop International di Los Angeles, Amerika Syarikat dan tempat kedua di World Supremacy Battleground di Sydney, Australia.

Sementara, Zaidy dan Syafiqah baru sahaja memenangi empat pingat emas dan satu perak di Kejohanan Dunia Seni Persembahan (WCOPA) di Los Angeles, Amerika Syarikat Julai lalu.

Cabaran kini ialah untuk memastikan penari dan koreografer mendapat layanan dan upah yang setimpal dengan artis tempatan yang lain.



Source link

read more

Bapa Exco Pahang meninggal dunia – Wilayah


TEMERLOH 8 Nov. – Bapa kepada Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin meninggal dunia petang tadi akibat diserang penyakit angin ahmar.



ALLAHYARHAM Shamsudin Sulaiman

ALLAHYARHAM Shamsudin Sulaiman

Shamsudin Sulaiman, 82, disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada pukul 3.46 petang ini selepas dimasukkan ke hospital itu pada pukul 7 petang semalam.

Pegawai khas Mohd Sharkar, Mohd. Hafizal Mahmood berkata, pada mulanya, bapa kepada Mohd. Sharkar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri dimasukkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh  sebelum dibawa ke HKL untuk  rawatan lanjut.

“Mohd. Sharkar yang berada di luar negara bersama Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz ke World Travel Mart di Excel London bergegas pulang ke tanah air sejurus selepas dimaklumkan berita itu.

“Beliau tiba pada pukul 7 pagi tadi dan sempat bersama ahli keluarga yang lain ketika Allahyarham menghembuskan nafas terakhir,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Allahyarham Shamsudin dijadual dikebumikan di Kampung Bintang, Temerloh selepas solat Isyak malam ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

BUDAK HINGUSAN PEGANG JAWATAN PALSU!!! ~ SEMUT HITAM


Susulam dari aduan dan laporan yang dibuat sebelum ini, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) mendakwa bahawa ‘Armada’ memang tidak terkandung dalam perlembagaan PPBM.

Mangsa banjir Penang tak beri
kepentingan Politik

Pendaftar Pertubuhan ROS, Surayati Ibrahim berkata pihaknya masih belum memberi kelulusan pindaan perlembagaan PPBM yang ingin menggunakan istilah Armada bagi pemudanya.

“Tindakan menggunakan istilah yang tiada dalam perlembagaan adalah melanggar perlembagaan parti sendiri dan Akta Pertubuhan 1966.

“Kesalahan ini dilihat berat dan boleh menyebabkan sesebuah pertubuhan dibatalkan, siasatan masih diteruskan bagi meneliti isu ini,”katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Dalam erti kata mudahnya, bukan sahaja sayap PPBM itu tidak wujud, malah jawatan yang dipegang oleh Si Budak Hingusan serta barisan kepimpinannya juga adalah tidak sah mengikut perlembagaan parti.

Terdahulu, dua bekas Exco sayap PPBM bersama seorang ahlinya lagi, membuat aduan rasmi kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan berhubung penubuhan sayapnya yang tidak sah mengikut perlembagaan parti.

Ahli itu berkata, dia telah meminta pihak pendaftar pertubuhan menyiasat dan mengambil tindakan terhadap perkara itu yang boleh dianggap serius kerana melibatkan sebuah parti politik.

Menurutnya, selain isu tersebut, kepimpinan PPBM juga dengan sengaja menangguhkan Mesyuarat Agung parti yang menurut perlembagaan parti sendiri ia mestilah dilakukan dalam masa setahun selepas parti ditubuhkan.




Source link

read more

Bank tempatan tawar bantuan hadapi musibah banjir



KUALA LUMPUR: Anda mungkin antara mangsa yang tejejas akibat banjir besar yang melanda Pulau Pinang dan Kedah.

Ketika tempoh genting ini, mungkin anda terdesak untuk mendapatkan bantuan dalam apa jua bentuk terutamanya kewangan.

Beberapa institusi bank tempatan ada menawarkan bantuan kepada pelanggan sehubungan banjir besar di Pulau Pinang dan Kedah.

Berikut adalah jenis bantuan yang disediakan oleh beberapa institusi kewangan tempatan:

Bank Bantuan
Bank Negara Malaysia
  • Kemudahan bantuan bencana RM500 juta PKS yang terjejas banjir
  • PKS yang terjejas boleh mendapatkan pembiayaan pada kadar konsesi daripada mana-mana bank komersial, bank Islam dan institusi kewangan pembangunan yang dikawal selia oleh BNM.
  • Menyediakan jaminan 60% ke atas pembiayaan yang diperoleh melalui Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC).
  • Bagi setiap kumpulan syarikat, maksimum pembiayaan ialah RM500 ribu
  • Pembiayaan tujuan pemulihan/pembelian aset untuk menggantikan yang rosak oleh banjir dan modal kerja.
  • Kadar pembiayaan yang berkesan dikenakan 2.25% setahun.
  • Tempoh pembiayaan ialah sehingga lima tahun, dengan tempoh tangguh 6 bulan atas pembayaran balik pembiayaan.
Maybank Moratorium 6 bulan bayaran ansuran bulanan untuk pinjaman dan pengecualian caj tertentu berdasarkan kes demi kes.
Bank Islam Malaysia Bhd.
  • Pengecualian yuran bagi sebarang permohonan untuk menggantikan kad debit dan buku akaun yang hilang atau musnah.
  • Moratorium selama 6 bulan bayaran ansuran bulanan untuk pinjaman dan pengecualian caj tertentu berdasarkan kes demi kes.
  • Pelepasan pembayaran Yuran Ganti Rugi (Ta’widh) yang dikenakan kepada pelanggan sepanjang tempoh penangguhan pembayaran.
CIMB Bank
  • Penangguhan pembayaran balik selama 6 bulan berkuat kuasa serta merta ke atas pelbagai produk pinjaman dan pembiayaan.
  • Semua pinjaman dan pembiayaan perbankan enterpris atau komersial, termasuk pembiayaan rumah, pembiayaan premis perniagaan, pembiayaan Amanah ASB dan pembiayaan bersyarat (dengan kemudahan overdraf).
  • Pelepasan juga diberikan kepada pinjaman auto, pembiayaan peribadi dan kadar faedah kad kredit.
RHB Bank
  • Penangguhan pembayaran balik pinjaman selama 6 bulan ke atas pembiayaan peribadi, pembiayaan auto dan pembiayaan ASB.
  • Lanjutan tiga bulan pembayaran balik ke atas pembiayaan peribadi, pembiayaan auto dan pinjaman EASY.
  • Tidak mengenakan caj bagi yuran penggantian kad ATM, debit dan kredit kepada pelanggan yang terjejas.
  • Bagi pelanggan PKS, bantuan moratorium yang dipohon oleh pelanggan terjejas akan dipertimbangkan mengikut kes.
Public Bank Mulai November 2017, moratorium sehingga 6 bulan bagi bayaran ansuran bulanan untuk pinjaman dan pembiayaan kepada pelanggan individu dan perniagaan yang terbabit dalam banjir.



Source link

read more

Sekali lafaz Mawar Rashid sah bergelar isteri Raf Yaakob



KUALA LUMPUR: Dengan sekali lafaz, pelakon Mawar Rashid selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihannya, Raden Ahmad Faizal Yaakob.

Pasangan ini dinikahkan oleh jurunikah yang juga imam Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar, Ustaz Mohamad Azri Ahmad Kamil kira-kira jam 3.20 petang hari ini.

Mawar dan Raden selamat diijab kabul dalam sebuah majlis yang cukup indah bertempat di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.

Pada majlis tersebut, Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid telah memberi sembilan dulang hantaran berbalas tujuh.
Pihak lelaki juga memberikan mas kahwin berjumlah RM900.

Bagaimanapun, pasangan ini memilih untuk merahsiakan jumlah wang hantaran mereka.

Majlis akad nikah yang bertemakan tradisional Jawa tu dimeriahkan dengan kehadiran lebih 500 tetamu.

Majlis resepsi pasangan mempelai ini akan berlangsung pada 1 Disember bertempat di Pusat Konvensyen Center Sime Darby di Kuala Lumpur.

Terdahulu, Raf, 32 yang merupakan adik kepada penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley itu telah menghantar rombongan merisik bersama keluarganya untuk pihak Mawar pada 7 Mei lalu sebelum Raf berangkat ke London untuk bermain bola di Old Trafford di bawah Kelab Peminat Manchester United selaku Presiden My Man Malaysia.



Source link

read more

Dua terbunuh dalam insiden pengeboman bunuh diri di utara Afghanistan



MAZAR-I-SHARIF: Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh manakala dua lagi cedera selepas satu insiden pengeboman bunuh diri berlaku di sebuah hotel di bandar Mazar-i-Sharif, ibu kota wilayah yang terletak di utara Afghanistan pada Khamis, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan sumber.

Letupan itu berlaku pada kira-kira 7 pagi waktu tempatan berhampiran Masjid Biru dalam kejiranan di pusat bandar tersebut, kata sumber keselamatan tersebut kepada Xinhua yang tidak mahu identitinya didedahkan.

“Maklumat asal mendapati penyerang terbabit dan tiga orang lain terbunuh manakala dua lagi cedera tetapi kita tidak mempunyai butiran lanjut. Kami akan cuba mendapatkan lebih banyak maklumat,” kata sumber itu.

Saksi berkata mereka terdengar letupan kuat di pintu masuk hotel yang terletak di kawasan sesak.

Pasukan keselamatan telah mengepung kawasan itu sebagai langkah berjaga-jaga.

Sasaran serangan itu belum diketahui dan tidak ada lagi  kumpulan yang mengaku bertanggungjawab melakukan serangan tersebut.  

— BERNAMA



Source link

read more

Kawasan perumahan baharu di Tanjung Bungah selamat – MBPP – Nahas & Bencana


GEORGE TOWN 8 Nov – Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) memberi jaminan kawasan perumahan baharu di Beverly Hills, Tanjung Bungah di sini adalah selamat

Pengarah Kejuruteraan Jabatan Kejuruteraan MBPP Addnan Mohd. Razali berkata, lubang benam yang dapat dilihat dengan jelas apabila jalan menuju ke kawasan perumahan baharu itu runtuh awal pagi Ahad lepas akibat hujan lebat berterusan, tidak menjejaskan penduduk di kawasan sekitar kerana kawasan itu belum dibuka kepada orang awam.

“Pihak kami sudah meminta pemaju untuk membuat pemeriksaan dan kami minta perunding projek untuk melihat apa yang terjadi. Kami minta mereka memberhentikan kerja buat sementara bagi memberi laluan untuk mereka menjalankan kerja-kerja mitigasi dan melihat apa yang runtuh.

“Kawasan perumahan itu pun belum dibuka kepada orang ramai…OC (sijil layak menduduki) pun tiada lagi. Pihak kami beri jaminan kawasan ini selamat kerana ia terletak di kawasan paling hujung,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Penduduk yang tinggal berhampiran dengan lubang benam yang besar di Tanjung Bungah itu melahirkan kebimbangan dengan keselamatan mereka dan kesannya terhadap harta benda mereka.

Lubang benam itu dapat dilihat dengan jelas selepas jalan menuju ke kawasan perumahan baharu di Beverly Hills runtuh awal pagi Ahad lalu akibat hujan lebat berterusan pada Sabtu lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bersama Kondominium Surin, Jasmand Ng berkata, penduduk bimbang dengan keselamatan mereka selepas kemunculan lubang benam di depan projek perumahan yang baru siap itu.

Hampir keseluruhan kawasan di Pulau Pinang terjejas akibat banjir dengan beberapa kawasan ditenggelami air di antara 0.2 meter dan satu meter, diikuti angin kencang dan hujan lebat sejak Sabtu lepas yang turut menumbangkan puluhan pokok.

Hingga kini, kejadian banjir yang dikatakan terburuk di negeri ini telah meragut tujuh nyawa.-UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Polis Kedah buru 86 individu


ALOR STAR: Polis Kontinjen Kedah hari ini memburu 86 individu dikehendaki yang dipercayai terlibat dalam pelbagai kes jenayah sejak 2007 hingga kini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Mior Farid Al Atrash berkata kesemua suspek termasuk dua wanita itu berusia 20 hingga 50 tahun.

Antara 86 individu yang dikehendaki polis Kedah

Menurutnya, daripada jumlah itu, empat individu membabitkan seorang warga Bangladesh dikenali sebagai Abul Kashem serta tiga rakyat tempatan, S. Nadrajan, S. Muniyapan dan K. Soranamurti yang dipercayai terlibat dalam kes bunuh.

Antara 86 individu yang dikehendaki polis Kedah

“Kes jenayah lain membabitkan keganasan seksual  sebanyak 24 individu, mendatangkan kecederaan (14), samun (20), kekerasan (5), harta benda (16) dan masing-masing satu kes bagi curi, pemerdagangan manusia dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA),” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Antara 86 individu yang dikehendaki polis Kedah

Dalam perkembangan lain, polis turut merampas 661 mesin judi dan wang tunai berjumlah lebih RM240,000 hasil 1,694 serbuan yang dilakukan menerusi Ops Dadu, sejak awal tahun ini.

Mengulas lanjut, Mior berkata, melalui mesyuarat pasukan petugas khas pemantauan lesen hiburan peringkat negeri, pihaknya memutuskan untuk meminda Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan Kedah 1997 bagi memantapkan penguatkuasaan serta membendung kegiatan judi di negeri ini.



Source link

read more

Xi Trump tekad pastikan Semenanjung Korea bebas nuklear



BEIJING: Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatannya, Donald Trump pada Khamis nekad untuk mempastikan Semenanjung Korea yang bebas nuklear dan menyelesaikan isu nuklear melalui dialog serta rundingan, lapor agensi berita Xinhua.

“Mengenai isu nuklear, kami berazam untuk mempastikan Semenanjung Korea bebas nuklear dan mengekalkan rejim pengawalan senjata nuklear antarabangsa,” kata Xi pada sidang media bersama dengan Trump.

Terdahulu, kedua-dua pemimpin mengadakan pertemuan di Great Hall of the People di sini.  

Di samping itu, China dan Amerika Syarikat akan terus melaksanakan sepenuhnya resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

Xi berkata, kedua-dua negara juga bersedia bekerjasama dengan pihak lain untuk meneroka kaedah mewujudkan keamanan dan ketenteraman yang berterusan di Timur Laut Asia di samping mengekalkan komunikasi serta kerjasama berhubung isu tersebut. 

— BERNAMA



Source link

read more

Idris, Khairy berkongsi pentas dengar aspirasi anak muda – Terkini


KUANTAN 8 Nov. – Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkongsi pentas bagi mendengar serta berkongsi aspirasi anak muda sempena Sesi Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) di Kompleks Sukan Universiti Malaysia Pahang (UMP), Gambang di sini malam ini.

Program bertemakan ke arah sistem pendidikan terbaik dunia itu bertujuan mencetuskan aspirasi para mahasiswa serta pemimpin muda dalam memperkasa pembangunan negara.

Hampir 5,000 orang termasuk warga UMP hadir sempena program pertama kali melibatkan pemimpin dua kementerian berkongsi aspirasi anak muda tentang TN50.

Yang turut hadir Naib Canselor UMP, Prof. Datuk Dr. Daing Nasir Ibrahim.- UTUSAN ONLINE



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons