Harga petrol diesel naik mulai 9 Nov



KUALA LUMPUR: Harga semua produk bahan api petrol dan diesel bagi minggu ini mencatat kenaikan.

Harga RON95 naik 7 sen kepada RM2.31 seliter dari RM2.24, manakala RON97 naik 6 sen kepada RM2.60 seliter daripada RM2.54.

Sementara itu, harga diesel yang sebelum ini berada pada harga RM2.17 naik 3 sen kepada RM2.20.

Harga baharu itu yang dipamer di akaun Facebook Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sebentar tadi akan berkuat kuasa tengah malam ini hingga 15 November 2017.



Source link

read more

Mavcom tidak tetapkan harga tiket penerbangan – Nasional


KUALA LUMPUR 8 Nov. – Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) tidak menetapkan kadar tambang kapal terbang dan syarikat-syarikat penerbangan dibenarkan untuk menentukan harga tiket berdasarkan keputusan komersial masing-masing.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, syarikat-syarikat penerbangan menetapkan harga tambang dengan mengambil kira faktor pasaran, ekonomi, harga bahan api dan kos operasi.

“Walau bagaimanapun bagi mengurangkan beban rakyat di kawasan luar bandar khususnya di Sabah dan Sarawak, kadar tambang yang dikenakan oleh perkhidmatan disediakan MASwings adalah berdasarkan harga siling yang ditetapkan oleh kerajaan yang mengambil kira semua aspek termasuk surcaj bahan api.

“MASwings ada subsidi jadi kita boleh kawal kadar tambang,” katanya ketika menggulung perbahasan Bajet 2018 bagi kementeriannya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menambah, orang ramai juga boleh membuat aduan kepada Mavcom sekiranya tambang kapal terbang naik terlalu tinggi.

Tiong Lai memberitahu, beliau juga telah mengarahkan Mavcom untuk melakukan kajian dan mencadangkan pendekatan yang boleh diambil berhubung isu tiket kapal terbang yang dikatakan terlalu mahal bagi beberapa laluan tertentu.-UTUSAN ONLINE



Source link

read more

HINA BUGIS, ADUN BN SERAH MEMORANDUM!!! ~ SEMUT HITAM


ADUN Barisan Nasional (BN) hari ini menyerahkan memorandum kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai membantah tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) menolak usul bagi membahas isu kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menghina etnik Bugis.

Selain itu, memorandum tersebut juga sebagai tanda sokongan kepada baginda selepas Sultan Sharafuddin sendiri menzahirkan kemurkaannya kepada Dr. Mahathir serta bagi mendesak Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali agar menyatakan pendirian sebenar Selangor ke atas Pengerusi Pakatan Harapan berkenaan.

Menurut laporan Utusan Malaysia, Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan yang mengetuai ADUN BN ke Istana Bukit Kayangan berkata, memorandum tersebut diserahkan kepada Setiausaha Sulit Sultan Sharafuddin, Datuk Mohamad Munir Bani.

“Memorandum ini adalah bagi membantah tindakan DUN Selangor menolak usul bagi membahaskan isu kenyataan Mahathir sedangkan ia perkara berkepentingan kerana Sultan Selangor sendiri selaku ketua negeri telah menzahirkan kemurkaan baginda,” katanya kepada pemberita di luar Istana Bukit Kayangan di sini hari ini.

Selasa lalu, Speaker DUN Hannah Yeoh berkata penolakan usul itu adalah bagi memberi keutamaan kepada perbahasan Belanjawan Selangor 2018 yang perlu dibahas dan diluluskan dalam tempoh 4 hari.

Usul itu dicadangkan ADUN Kuang, Datuk Abdul Shukur Idrus bagi mendesak Selangor menghalang Dr Mahathir menggunakan mana-mana premis milik kerajaan negeri dan mahu polis tidak mengeluarkan permit ceramah kepada bekas perdana menteri itu.

Sultan Sharafuddin baru-baru ini menzahirkan rasa kecewa dan murka ekoran tindakan sebilangan pemimpin yang mempersendakan isu bangsa dan keturunan sebagai modal politik. Baginda bertitah, tindakan itu boleh mengugat keharmonian dan perpaduan rakyat.




Source link

read more

328056 penerima pencen nikmati tunggakan pelarasan baharu



KUALA LUMPUR: Seramai 328,056 penerima pencen bakal menerima tunggakan pelarasan faedah berkala baharu yang akan dibayar mulai 26 Disember ini.

Pembayaran tunggakan pelarasan baharu itu berjumlah RM72.62 juta melibatkan penerima Faedah Hilang Upaya Kekal, Faedah Orang Tanggungan, Pencen Ilat dan Pencen Penakat.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot berkata peratus kenaikan adalah antara 1.2% hingga 10.4% yang melibatkan pencen pada atau sebelum tahun 2014.

“Setelah mempertimbangkan keprihatinan terhadap rakyat, kerajaan melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) meluluskan pelarasan faedah berkala atau pencen di bawah skim bencana pekerjaan dan skim keilatan,

“Kadar pelarasan yang diberi sebelum tahun 2011 adalah 10.4%, pencen yang diberi dalam tahun 2011 (8.3%), pencen yang diberi dalam tahun 2012 (6.6%), pencen yang diberi dalam tahun 2013 (4.4%) dan pencen yang diberi dalam tahun 2014 (1.2%),” jelasnya ketika sidang media di sini pada Rabu.

Tambah Richard, pelarasan itu dibuat seiring dengan peningkatan kos sara hidup yang dihadapi oleh rakyat bagi meringankan beban perbelanjaan yang kian meningkat setiap hari terutama buat penerima dan tanggungannya.

“Sebelum ini, kadar pelarasan adalah di antara 1.3% hingga 3.7% yang telah dibuat pada tahun 2012, melibatkan penerima faedah sehingga tahun 2010,” katanya.



Source link

read more

Charlie Sheen nafi sekeras-kerasnya liwat aktor kanak-kanak Corey Haim



BEKAS bintang siri ‘Two and a Half Men’ Charlie Sheen telah dituduh meliwat pelakon Corey Haim di set penggambaran filem Lucas ketika Haim masih dibawah umur.

Portal Daily Mail yang memetik National Enquirer sebagai sumber berkata Haim telah berkongsi kejadian itu kepada beberapa orang rakannya sebelum dia meninggal dunia pada tahun 2010. 

Ketika kejadian didakwa berlaku, Haim berusia 13 tahun dan Sheen berusia 19.

Antara aktor yang tahu tentang kejadian itu adalah Dominick Brascia.

“Haim memberitahu saya bahawa beliau dan Sheen melakukan seks ketika di set penggambaran filem Lucas.

“Mereka menghisap ganja dan melakukan seks. Haim berkata selepas kejadian itu, Sheen tidak mengendahkan beliau dan menolaknya,” katanya.

Dalam perkembangan terkini, Charlie Sheen menjawab tuduhan itu menerusi satu kenyataan di laman portal The Hollywood Reporter.

“Charlie Sheen manafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut,” tulis kenyatan ringkas itu oleh seorang jurucakap pelakon itu.



Source link

read more

Hina Bugis :Kit Siang dicabar desak Tun Mahathir mohon maaf – Politik


KUALA LUMPUR 8 Nov.- Penasihat DAP, Lim Kit Siang dicabar supaya mendesak Tun Dr. Mahathir Mohamad memohon maaf atas kata-kata penghinaan yang melabel etnik Bugis sebagai lanun semasa berucap di Padang Timur, Petaling Jaya, Oktober lalu.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dalam satu kenyataan berkata, sikap Kit Siang yang tidak menyatakan pendiriannya dan berdiam diri berhubung isu ini sebaliknya menjadi persoalan.

Katanya, sebagai pemimpin yang mengisytiharkan dirinya ketua semua kaum dan mengikut dasar kesamaan bangsa, Kit Siang sepatutnya meminta bekas Perdana Menteri itu memohon maaf.

“Kenyataan menghina Dr. Mahathir kepada etnik Bugis sangat memalukan Malaysia. Pemimpin Indonesia, Jusuf kalla kini turut meminta Dr. Mahathir memohon maaf. Saya baru pulang dari Sabah dan bertemu pemimpin masyarakat Bugis tempatan di sana. Mereka menyatakan kekecewaan dan kemarahan mereka mengenai kenyataan yang dibuat sebelum ini.

“Kit Siang harus menegur Dr. Mahathir untuk meminta maaf. Sekiranya dia tidak berbuat demikian maka dia akan dianggap sebagai perkauman oleh orang lain dan dengan sikap berdiam diri, dia sebenarnya mengkhianati mantera politiknya persamaan kaum demi kepentingan politik,” katanya.-UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Bekas penerbit sambilan mengaku tidak bersalah cabul dan rompak



SHAH ALAM: Bekas penerbit sambilan program televisyen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan mencabul seorang wanita di sebuah surau di Jalan Rabung U8/36A, Seksyen U8 di sini, 6 Okt lepas.

Mohammad Ferdaus Mashud, 39, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan tersebut dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret P. Sarulatha.

Mengikut pertuduhan, Mohammad Ferdaus melakukan jenayah kekerasan kepada mangsa yang berusia 44 tahun dengan mencabul kehormatannya di surau berkenaan kira-kira pukul 1.40 tengah hari.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan.

Dalam kes itu, Timbalan Pendakwa Raya Anis Suraya Ahmad tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh dan mahkamah menetapkan 12 Dis depan untuk sebutan semula kes.

Sementara itu, di Mahkamah Seksyen di sini, Mohammad Ferdaus turut mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan merompak dan cuba melakukan rompakan ke atas dua wanita di dua buah surau berasingan iaitu di Seksyen U8 dan Seksyen 4 di sini pada 18 Ogos dan 6 Okt lepas.

Tertuduh membuat pengakuan tersebut selepas kedua-dua pertuduhan itu dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Mohd Sabri Ismail.

Bagi pertuduhan pertama, Mohammad Ferdaus didakwa merompak beg tangan milik seorang wanita berusia 35 tahun dengan bersenjatakan parang panjang di sebuah surau di Seksyen 4 di sini, pada pukul 1.54 tengah hari 18 Ogos lepas.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama, yang memperuntukkan penjara sehingga 14 tahun dan sebatan atau denda.

Tiada sebarang jaminan ditawarkan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Nadia Basir dan mahkamah menetapkan 4 Dis sebagai tarikh sebutan semula kes.

Bagi pertuduhan kedua pula, Mohammad Ferdaus didakwa cuba melakukan rompakan ke atas seorang wanita berusia 44 tahun di sebuah surau di Jalan Rabung U8/36A, Seksyen U8 di sini kira-kira 1.40 tengah hari pada 6 Okt lepas.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga 20 tahun dan sebatan atau denda.

Bagi kes itu juga, tiada sebarang jaminan ditawarkan kepada tertuduh dan mahkamah menetapkan 12 Dis sebagai tarikh sebutan semula kes.

— BERNAMA



Source link

read more

Zizan Razak tak sangka PM Najib Razak muat naik foto di Instagram



PELAWAK popular Zizan Razak sama sekali tidak menyangka Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak memuat naik fotonya melentokkan kepala ke bahu pemimpin negara itu di laman sosial Instagram (IG).

Foto tersebut dirakam ketika Zizan menerima Anugerah Ikon Media Sosial 2017 daripada PM Najib di Minggu Media Sosial Malaysia 2017, semalam (Rabu).

Zizan ketika dihubungi Astro Gempak berkata, dia tidak menjangkakan anugerah tersebut bakal disampaikan oleh Perdana Menteri.

“Saya terharu menerima anugerah daripada tangan PM. Saya melentokkan kepala ke bahu PM kerana tidak tahu untuk menggambarkan betapa terujanya saya ketika itu.

“Tapi, saya tidak sangka yang PM kita orang yang sangat ‘sporting’! Beliau turut melentokkan kepala kepada saya.

“Momen malam ini tidak akan saya lupakan kerana ia sangat berharga buat diri saya, apatah lagi PM memuat naik foto kami di IGnya,” katanya.
 

Dalam pada itu, Zizan yang ketika ini mempunyai 4.4 juta pengikut di IG turut berterima kasih kepada semua yang telah menyokongnya selama ini.

“Terima kasih kepada semua pengikut saya di IG, terutama peminat yang sering memberikan semangat dan sokongan sehingga saya berada di tempat saya sekarang,” ujarnya.

Sementara itu, PM turut dianugerahkan Anugerah Kepimpinan Global pada majlis anjuran Dewan Sosial Media Malaysia itu.

Anugerah tersebut disampaikan Pengasas dan Presiden Dewan Sosial Media Malaysia, Shahul Dawood Hameed sebagai penghargaan kepada beliau yang menggerakkan industri digital Malaysia dengan pelbagai inisiatif serta kerjasama di peringkat global.

Selain itu, Shahul dalam ucapannya turut menyifatkan penglibatan aktif Perdana Menteri dalam media sosial menjadikan beliau sebagai role model penting kepimpinan masa kini.

Setakat ini Najib Razak mempunyai 337,000 pengikut di Instagram, 3.3 juta pengikut di Facebook dan 3.8juta pengikut di Twitter.

Beliau mula menggunakan Twitter sejak September 2007 ketika menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri bagi menyampaikan maklumat serta kenyataan media.
 
Bagi platform Instagram, beliau mula aktif sejak Mac 2013 sebagai tempat berkongsi aktiviti di sebalik tabir.

Foto/Video: Instagram Najib Tun Razak & Zizan Razak

 



Source link

read more

Pengurus rogol pekerja bawah umur diburu – Jenayah


KUALA LUMPUR 8 Nov. – Seorang remaja perempuan mendakwa dirogol sebanyak dua kali selepas diperdaya oleh pengurus tempatnya bekerja dalam kejadian di Puchong Prima, dekat Subang Jaya baru-baru ini.

Menurut sumber, mangsa, 17, baharu bekerja selama lima hari di kedai kek diurus suspek berusia 50-an tersebut.

“Kejadian berlaku pada 24 Oktober lalu kira-kira pukul 11 tengahari, selepas mangsa dijemput oleh suspek dengan menaiki kereta.

“Suspek membawa mangsa ke rumahnya di Puchong Prima, dan mengarahkan supaya mengikutnya untuk mengambil barang di dalam bilik,” katanya di sini hari ini.

Ujar sumber itu lagi, suspek kemudian mengunci pintu bilik dan memaksa mangsa melakukan hubungan seks dengannya sebanyak dua kali sebelum mengugutnya supaya tidak memberitahu sesiapa mengenai kejadian itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari mengesahkan menerima laporan polis mengenai kejadian tersebut.

“Kita ada terima laporan dibuat ibu bapa mangsa dan suspek sedang dikenalpasti.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya dalm satu kenyataan di sini hari ini. UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Tebatan banjir Negara lain berjaya Malaysia bila pula


KUALA LUMPUR: Hakikatnya, beberapa negara sudah berjaya melaksanakan projek tebatan banjir bagi mengelakkan kerugian jutaan ringgit.

Pada 2015, banjir besar Kelantan menyebabkan kerugian sekurang-kurangnya RM1 bilion harta benda awam menyebabkan kerajaan lebih serius untuk mempercepat projek tebatan banjir di seluruh negara.

Bagaimanapun, wujud beberapa model yang sudah lama diguna pakai untuk mengatasi banjir yang diakibatkan oleh ribut di negara luar.

Belanda yang terletak di bawah paras laut umpamanya, membangunkan projek perlindungan banjir terbesar dunia yang merangkumi dua elemen utama; Oosterscheldekering dan Maeslantkering

Projek berkenaan bagi melindungi penduduknya dari risiko ribut Laut Utara.

Oosterscheldekering merupakab ’penghadang ombak ribut’ sepanjang 9km dan empangan yang diperkukuh 65 tiang konkrit.

Tebatan banjir Ia melibatkan pembinaan dua penghadang dengan mekanisme buka dan tutup serta mampu membolehkan kapal keluar masuk dan ditutup semasa ribut.

Projek ini digunakan untuk melindungi bandar besar seperti Rotterdam.

Teknologi yang sama turut digunakan di Sungai Thames, London. Ia mula beroperasi sejak 1982 bagi mengawal banjir di seluruh Greater London ketika air pasang di Laut Utara.

Penghadang banjir sepanjang 3 kilometer itu terletak antara Isle of Dogs dan New Charlton.

Sungai Thames“. 



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons