Kewangan Islam dapat manfaat daripada teknologi – Penolong Gabenor BNM



PETALING JAYA: Kewangan Islam akan mendapat manfaat besar daripada teknologi kerana ia bertindak sebagai penyama yang hebat, kata Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Ahmad Hizzad Baharuddin.

Beliau berkata, dengan penguasaan pasaran yang agak besar, iaitu lebih 28 peratus daripada jumlah aset kewangan, sudah tiba masanya untuk industri kewangan Islam untuk bersaing dengan kewangan konvensional.

“Industri itu boleh mengeksploit pelbagai peluang yang dibawa teknologi kewangan untuk kekal relevan dan berdaya saing, berikutan pelbagai cabaran yang akan ditempoh di masa depan,” katanya kepada pemberita di Forum Fintech Syariah 2017 di sini, hari ini.

Ahmad Hizzad berkata, teknologi adalah alat agnostik yang boleh menjadi perubah penting untuk industri kewangan Islam.

“Teknologi boleh membantu kewangan Islam merealisasikan janjinya dalam perkongsian risiko dan sokongan untuk aktiviti ekonomi yang tulen lagi produktif.

“Dengan peningkatan keusahawanan, teknologi boleh memainkan peranan pemudahan dalam memperluaskan ruang pembiayaan bagi perniagaan kecil dan sederhana,” katanya.

Menurutnya, teknologi adalah alat yang berkuasa yang boleh memperluaskan akses dan jangkauan instrumen pembiayaan sosial seperti zakat, wakaf dan sedekah.

“Pendigitan pengumpulan dan pembayaran hasil boleh memulihkan semula instrumen pembiayaan sosial ini,” katanya.

Semasa forum tersebut, Persatuan Penasihat Syariah, yang juga penganjur acara itu, telah melancarkan Program Penasihat Syariah Bertauliah (CSA) dan Pengamal Syariah Bertauliah (CSP).

Program CSA itu terbuka kepada mereka yang mempunyai latar belakang undung-undang Syariah manakala program CSP pula terbuka kepada mereka yang mempunyai kelayakan pendidikan tinggi atau profesional berkaitan kewangan Islam atau mempunyai dua tahun pengalaman bekerja berkaitan kewangan Islam.

— BERNAMA



Source link

read more

Indonesia lancar sistem sekat laman sesawang berbaur lucah dan ekstremisme – Nasional


JAKARTA 8 Nov. – Indonesia merancang untuk melancarkan sistem yang akan membantu menyekat laman sesawang memaparkan kandungan berbentuk seperti pornografi dan ideologi keganasan pada Januari kelak.

Menurut Pengarah Besar di Kementerian Komunikasi dan Maklumat, Semuel Pangerapan, langkah itu diambil berikutan peningkatan berita-berita palsu dan ucapan berbentuk kebencian serta desakan oleh parti-parti Islam untuk mengetatkan lagi undang-undang antipornografi.

Sistem itu beroperasi secara automatik dengan mencari kandungan internet dan mengeluarkan amaran sekiranya menemukan sesuatu bahan yang tidak patut dilayari.

Tambah Semuel, pihaknya akan menyekat laman web asing yang memaparkan kandungan seumpamanya tetapi aplikasi seperti pemesejan bakal diberikan amaran terlebih dahulu. – REUTERS



Source link

read more

UMNO LAYAK BERTANDING DI CAMERON HIGHLAND!!! ~ SEMUT HITAM


Sejak kebelakangan ini, kuat terdengar dan boleh dibaca dalam beberapa kenyataan media berkaitan dengan parti tertentu yang mahu bertanding dikerusi Parlimen Cameron Highland.

Sibuk sangat diorang ni nak merebut kerusi Parlimen Cameron Highland tanpa merujuk kepada orang lain. Diorang ingat, kerusi Cameron Highland tu Bapak diorang punya gamaknya.

Dari satu sudut, tindakan beberapa orang pemimpin itu jelas menunjukkan sikap biadap mereka terhadap kepimpinan sama ada dikawasan Cameron Highland mahupun di Negeri Pahang sendiri.

Kalau diikutkan, sepatutnya calon bagi sesuatu kawasan itu perlu bergantung kepada kemahuan pengundi. Kalau pengundi nak calon dari MIC, maka calon MIC la yang bertanding.

Tapi kalau calon MyPPP boleh menang, dan rakyat menyokong calon tersebut, maka parti itu sepatutnya bertanding. Ini bukan soal siapa punya kerusi atau siapa yang layak untuk bertanding.

Malangnya, sentimen dikalangan rakyat itu yang tidak diendahkan oleh pemimpin – pemimpin tersebut. Sebaliknya mereka pulak yang ghairah membuat kenyataan media secara terbuka.

Malah tindakan mereka itu juga seolah – olah menidakkan kedudukan Pengerusi Barisan Nasional Negeri Pahang sedangkan nama calon yang akan bertanding juga memerlukan persetujuannya.

Kalau nak diikutkan dari segi kelayakan, calon UMNO lebih layak untuk bertanding memandangkan UMNO yang banyak buat kerja dikawasan tersebut sejak Ahli Parlimen sedia ada tidak berfungsi.

UMNO yang mengambil berat tentang kebajikan rakyat dikawasan tersebut. UMNO yang banyak membantu menyelesaikan masalah mereka, termasuk dikawasan DUN Tanah Rata yang dikuasai DAPigs.

Bahkan, bilangan pengundi Melayu dan Bumiputera dikawasan Cameron Highland itu sendiri merupakan golongan majoriti serta melayakkan UMNO untuk meletakkan calon mereka.

Maknanya, parti lain ni tak payah nak sibuk la berebut kerusi kawasan Cameron Highland tu. Kalau takde UMNO yang membantu mereka masa Pilihan Raya nanti, jangan mimpi la diorang boleh menang. Setakat berkokok dalam laman media, takde faedahnya!!!




Source link

read more

Calon SPM terkandas banjir di Kluang dibawa ke pusat peperiksaan menaiki lori



KLUANG: Tujuh calon SPM di Ladang Mutiara Kahang, Kluang dibawa menduduki peperiksaan menggunakan lori selepas jalan keluar dari ladang itu dinaiki air akibat banjir awal pagi Rabu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kluang, Akob Sidek berkata pihaknya menerima panggilan daripada Pejabat Pelajaran Daerah Kluang pada jam 6.30 pagi.

Katanya khidmat khas itu dijalankan bagi membantu pelajar yang terkandas akibat banjir kilat untuk menduduki SPM.

Akob berkata keadaan jalan tanah merah di ladang itu dinaiki air hingga paras pinggang kerana hujan lebat dan tidak boleh dilalui kenderaan ringan.

Kesemua pelajar tiga lelaki dan 4 perempuan dibawa ke Sekolah Menengah Kebangsaan Kahang menggunakan sebuah lori.



Source link

read more

Kilang tekstil meletup, lima maut – Nasional


ANKARA 8 Nov. – Kira-kira lima orang terbunuh manakala 16 lagi cedera dalam satu letupan di sebuah kilang tekstil di barat laut negara itu hari ini, dipercayai berpunca daripada dandang.

Rakaman di tempat kejadian menunjukkan letupan itu mengakibatkan bumbung kilang tersebut runtuh dan menyebabkan kerosakan pada beberapa kenderaan berdekatan.

Ujar Menteri Buruh, Julide Sarieroglu, kesemua mereka yang cedera telah dipindahkan ke hospital wilayah dan keadaan mangsa dilaporkan stabil. – REUTERS



Source link

read more

New Zealands Prime Moggy Paddles the six-toed cat meets an untimely end



WELLINGTON: Paddles, the New Zealand prime minister’s ginger cat, may have had six toes and a wide social media following but she has run out of lives.

Jacinda Ardern, the charismatic new leader of New Zealand, announced the death of the Prime Moggy on Wednesday after Paddles was hit by a car the previous evening, prompting an outpouring of grief on social media.

Paddles’ rise to social media fame matched her 37-year-old owner’s meteoric ascent to the prime ministership after only taking over as leader of her Labour Party in August.

A “First Cat of NZ” Twitter account was set up by an anonymous user last month, featuring regular tweets about the photogenic cat’s famous “mummy”, Ardern, and quickly attracted 11,000 followers.

People from around the world posted messages such as “rest in peace” and “gone too soon” with the hashtag “#paddles”.

Paddles the polydactyl cat’s feats included being able to hold a pair of glasses with her opposable thumb and she featured regularly in photos of Ardern at work.

“To anyone who has ever lost a pet, you’ll know how sad we feel. Paddles was much loved, and not just by us. Thanks for everyone’s thoughts,” Ardern wrote on Facebook.

Ardern’s rise to power has generated intense interest in her personal life and drew comparisons with other youthful trailblazers such as France’s Emmanuel Macron and Canada’s Justin Trudeau.

And, according to Ardern’s partner Clarke Gayford, Paddles often played her part in affairs of state, even interrupting the premier’s first call with U.S. President Donald Trump in October.

“As the call was transferred our cat (yes that bloody cat) came flying through the cat-flap,” Gayford, a television presenter, wrote in a column for the Spinoff news website.

“She leapt up onto the chair next to Jacinda and began announcing her very squawky arrival,” he wrote.



Source link

read more

Banjir Pulau Pinang Terima kasih PM Najib – Guan Eng



GEORGE TOWN: Selepas dilanda musibah banjir yang disifatkan paling buruk di Pulau Pinang, pelbagai pihak tanpa mengira latar belakang politik tampil menghulurkan bantuan kepada semua mangsa yang terjejas.

Situasi itu ternyata melegakan kerajaan negeri yang menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang menghulurkan bantuan bagi membantu meringankan beban mangsa.

Menerusi kenyataannya pada Rabu, Ketua Menteri Lim Guan Eng mengucapkan terima kasih kepada perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang turun padang bagi meninjau keadaan mangsa banjir dan mempertimbangkan peruntukan sejumlah RM1 bilion yang diluluskan di bawah pelan Malaysia lima tahun sebelum ini.

Katanya, Pulau Pinang tidak bernasib baik apabila terkena tiga kesan limpahan bukan sahaja daripada Taufan Damrey yang melanda Vietnam pada 4 November lalu, tetapi juga angin kencang selaju 40 kilometer sejam yang tidak pernah terjadi di negara ini sebelum ini.

Katanya, hujan lebat dan banjir di Kedah turut memburukkan keadaan apabila menyebabkan peningkatan jumlah air yang mengalir ke sungai di negeri itu sehingga melimpah ke tebing sekali gus mengakibatkan banjir terburuk di daerah Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah.

Menerusi kenyataannya, beliau berkata tumpuan Kerajaan Negeri Pulau Pinang ketika ini ialah meneruskan kerja-kerja bantuan dan menyelamat bagi memastikan keadaan kembali normal.

Apa yang penting, katanya, adalah memastikan mangsa yang berada di pusat pemindahan sementara dapat kembali ke rumah masing-masing secepat mungkin.

Menurut Guan Eng, pihaknya telah mengarahkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) dan agensi-agensi lain untuk mengepam air kembali ke sungai apabila paras sungai menurun.

Usaha itu adalah bagi mencepatkan air banjir surut dan membolehkan mangsa banjir pulang ke kediaman masing-masing.

Kerajaan Negeri juga memandang serius kejadian tanah runtuh yang disebabkan oleh ribut dan hujan lebat di beberapa kawasan di bahagian Pulau, terutamanya berhampiran Bukit Bendera.

Ujarnya, tindakan segera akan diambil bagi menangani situasi itu dan berharap orang ramai mematuhi arahan pihak berkuasa sekiranya diarahkan berpindah.



Source link

read more

Berserinya wajah Mawar Rashid dan Raf Yaakob di Majlis Bersiram



PASANGAN Mawar Rashid dan Raf Yaakob telah diraikan dalam majlis bersiram di Hotel Royal Chulan Kuala Lumpur, petang Rabu.

Menggunakan hashtag #MawarRafBersiram, Raf berkongsi beberapa foto majlis unik tersebut menerusi akaun Instagram (IG)nya.

Bakal pengantin itu dilihat duduk bersama di atas pelamin yang dihias ringkas dengan bunga-bungaan serba putih.

Majlis tersebut itu dihadiri keluarga terdekat masing-masing.

BACA: Nikah Mawar Rashid hari ini, Raf Yaakob pohon restu ibu

Pasangan sama cantik sama padan itu kelihatan sangat gembira dan bahagia sepanjang upacara berlangsung.

Raf turut membawa kedua-dua anaknya, Rayyan dan Chanela untuk bersama-sama meraikan detik istimewa itu.

Majlis akad nikah Raf dan Mawar bakal berlangsung esok pada pukul 2.30 petang di salah sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

Berikut merupakan foto-foto manis Raf dan Mawar:



Source link

read more

Dua suspek militan mati ditembak – Nasional


PATTANI 8 Nov. – Pasukan keselamatan Thailand menembak mati dua lelaki dipercayai anggota kumpulan militan dalam kejadian berbalas tembak di Kampung Chok Bo, Saiburi di sini, hari ini.

Ketua Ranger Kompeni ke-44 Saiburi, Kolonel Phumipat Bunreangkhao berkata, kira-kira 30 anggota keselamatan telah mengepung sebuah rumah di kampung berkenaan mulai 4 pagi waktu tempatan.

“Kepungan itu dilakukan selepas mendapat maklumat perisikan bahawa dua lelaki yang mempunyai waran tangkap bersembunyi di rumah berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini.

Tambahnya lagi, berlaku tembak-menembak apabila ketua skuad keselamatan berusaha memujuk kedua-dua suspek itu supaya menyerah diri menggunakan pembesar suara.

Selepas insiden tembak-menembak itu terhenti, menurut beliau, anggota keselamatan menemui mayat Alias Dahamea, 28 dan Qaddafi Samasae, berumur 23 tahun serta dua pucuk pistol 9mm di sisi mayat kedua-dua lelaki itu.

Katanya, pihaknya percaya kedua-dua suspek itu terbabit dalam insiden letupan bom pada 22 September lalu yang mengorbankan empat anggota tentera. – BERNAMA




Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons