Tak serik lelaki tendang wanita dipenjara 12 bulan denda RM1500



KUALA LUMPUR : Seorang penganggur dipenjara 12 bulan dan denda RM1,500 selepas mengaku bersalah melakukan serangan jenayah dan mencederakan seorang wanita pada 6 Novernber lalu.

Tertuduh Marmi Zabrin Mian, 33 tahun didakwa sengaja menyebabkan kecederaan terhadap juruanalisa Bank Negara Malaysia (BNM), Or Su Lin, 34 tahun di jejantas Jalan Raja Laut, di sini, jam 1.30 tengah hari pada tarikh itu dengan menendang mangsa dari belakang hingga menyebabkan jatuh terduduk.

Majistret Rahni Kartini Abd Rahim menjatuhkan hukuman tiga bulan penjara bagi kesalahan melakukan serangan jenayah, dan penjara 12 bulan serta denda RM1,500 atas kesalahan sengaja mendatangkan kecederaan.

Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan hukuman berjalan serentak selain tertuduh perlu menjalani tambahan hukuman penjara tiga bulan, sekiranya gagal membayar denda.


Rakaman CCTV tertuduh menendang seorang wanita di jejantas Jalan Raja Laut pada 6 November lalu

Terdahulu dalam prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Zikri Jaafar, memohon tertuduh dikenakan hukuman setimpal yang berbentuk pencegahan kerana tertuduh mempunyai rekod membabitkan kes berulang dan didakwa atas dua kesalahan sama.

“Tertuduh mempunyai modus operandi yang sama serta mangsa adalah wanita yang tidak melakukan sebarang provokasi selain kes berlaku di tempat awam serta mendapat liputan meluas,” katanya.

Tertuduh sebelum ini pernah dihukum penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret atas tuduhan menendang setiausaha wanita tanpa sebab di sebuah terowong di ibu negara yang videonya turut menjadi viral.



Source link

read more

Mayat lelaki berulat ditemukan di perangkap sampah – Jenayah


SHAH ALAM 10 Nov. – Mayat seorang lelaki dalam keadaan berulat ditemukan di sebuah kunci air berhampiran perangkap sampah di Kampung Sungai Kandis, Seksyen 36, di sini pagi tadi.

Mayat dipercayai lingkungan 30-an itu ditemukan orang awam yang melalui kawasan itu kira-kira pukul 11.08 pagi.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, setibanya di lokasi kejadian, pihaknya menemukan mayat terbabit dalam keadaan tertiarap, memakai baju dan stokin namun tidak berseluar.

“Kita tidak dapat mengenal pasti bangsa mayat terbabit berikutan keadaannya telah berulat. Berdasarkan keadaan mayat yang hampir reput, dianggarkan mangsa telah meninggal dunia dalam tempoh tiga hingga empat hari.

“Pemeriksaan ke atas mayat tidak menemukan sebarang dokumen pengenalan diri. Mayat telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk dibedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Shafien, buat masa ini, kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR) sehingga proses bedah siasat selesai dijalankan. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Thailand tahan tujuh bas ekspres Malaysia di Songkla



SONGKLA: Tujuh buah bas ekspres milik syarikat Malaysia ditahan kerana tidak mempunyai permit untuk masuk ke Thailand dalam operasi besar-besaran yang dilancarkan oleh pihak berkuasa di wilayah Songkla, selatan Thailand, semalam.

Pemangku Naib Ketua Polis Pelancong Thailand, Mej. Jen. Surachet Hakpan berkata penahanan bas ekspres tersebut adalah sebahagian daripada operasi pencegahan jenayah di wilayah yang terkenal sebagai destinasi tumpuan pelancong Malaysia dan Singapura.

Operasi bersepadu pelbagai agensi itu turut memeriksa pusat-pusat hiburan, hotel, premis tukaran wang asing, terminal bas dan syarikat pelancongan di wilayah terbabit, katanya kepada media di sini hari ini.

Selain itu, katanya, mereka turut menahan 30 rakyat Malaysia yang tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan permit kerja serta 22 warga tempatan dan merampas pebagai jenis senjata api, dadah dan ubat batuk.

— BERNAMA



Source link

read more

121 premis hiburan dapat lesen PBT P. Pinang sejak 2008 – Politik


PULAU PINANG 10 Nov. – Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) mempersoalkan peranan Kerajaan DAP Pulau Pinang dalam membasmi masalah sosial di negeri ini kerana 121 pusat hiburan keluarga, karaoke, snuker dan rumah urut dilaporkan mendapat lesen pihak berkuasa tempatan (PBT) sejak 2008 hingga tahun ini.

Lebih mengejutkan apabila kesemua premis berkenaan mendapat kelulusan daripada PBT tanpa sokongan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Pembangkang, Datuk Jahara Hamid berkata, pihaknya kesal kerana kerajaan negeri meluluskan 1,279 premis itu melalui Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) selain 842 premis tidak berlesen masih beroperasi.

“Daripada jawapan Chow Kon Yeow (DAP-Padang Kota), beliau mendedahkan 664 premis diluluskan MBPP manakala 635 premis mendapat lesen MPSP. Beliau juga memaklumlan terdapat 97 premis di bawah MBPP dan 745 premis di bawah MPSP beroperasi tanpa lesen.

“Kita tahu ada serbuan dibuat tetapi kerajaan negeri dipercayai tidak memperhalusi pengeluaran lesen baharu selain tidak mengenakan tindakan ke atas premis yang beroperasi secara haram,” katanya dalam sidang akhbar di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Datuk Dr. Muhammad Farid Saad dan ADUN Sungai Acheh, Datuk Mahmud Zakaria.

Dalam masa sama, Jahara berkata, pihaknya turut mempersoalkan tindakan kerajaan negeri yang sewenang-wenangnya melakukan pengezonan semula tanah pertanian dan tanah bukit tanpa kelulusan pihak berwajib seperti Jabatan Pertanian.

“Dalam Laporan Jawatankuasa Kira-kira (PAC), kerajaan negeri dilihat mengetepikan pandangan agensi kerajaan dalam membuat semua keputusan berkenaan.

“Ini akan menyebabkan kita menghadapi masalah kekurangan tanah pertanian subur sekali gus memberi risiko kekurangan makanan dan ikan serta perlu mengimportnya dari luar,” jelasnya.

Dalam perkembangan sama, Muhammad Farid menyelar kerajaan negeri yang seolah-olah tidak mahu menerima pandangan pakar daripada agensi kerajaan sebaliknya menggunakan kuasa mereka dalam menjadi pembuat keputusan yang terakhir. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Banjir Giliran Kelantan Terengganu Pahang dan Johor Timur selepas ini



KUALA LUMPUR : Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) menjangkakan akan berlaku empat hingga lima episod hujan lebat berterusan selama beberapa hari sepanjang tempoh Monsun Timur Laut yang bermula pertengahan bulan ini hingga Januari.

Ketua Pengarahnya, Alui Bahari berkata keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan yang cenderung banjir dan kawasan rendah.

“Tiupan angin Monsun Timur Laut dijangka menyebabkan Kelantan dan Terengganu menerima kesannya bermula pada pertengahan November dan Disember, manakala Pahang dan Johor Timur bermula Disember dan Januari.

“Amaran awal bagi episod hujan lebat semasa Monsun Timur Laut akan dikeluarkan seawal satu hingga tiga hari manakala amaran ribut petir akan dikeluarkan sekiranya terdapat tanda-tanda intensiti ribut petir semakin meningkat,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Katanya, semasa fasa ini, kejadian hujan lebat dan ribut petir setempat dalam jangka masa singkat serta angin kencang lebih kerap berlaku pada waktu petang dan awal malam.

Beliau menasihati orang ramai agar peka dengan amaran cuaca buruk yang dikeluarkan jabatan itu dan mematuhi garis panduan keselamatan.



Source link

read more

[VIDEO] Banjir kilat di UIAM – KL & Putrajaya


KUALA LUMPUR 10 Nov. – Beberapa kawasan dekat Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (SUIAM), Gombak, Selangor ditenggelami air selepas hujan lebat hampir dua jam.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 4.30 petang tadi di kampus utama itu melibatkan beberapa kawasan antaranya, kawasan Riverside, Jalan Al-Ghazali, Malhallah Farouq-Uthman, jalan menuju ke pintu tiga dan jalan utama ke kuaters kakitangan UIAM.

Walau bagaimanapun, menurut Pegawai Perhubungan Awam UIAM, Roslan Rusli memaklumkan hujan yang terlalu lebat menyebabkan berlakunya banjir kilat dalam kampus.

“Kejadian sedemikian bukan pertama kali berlaku di UIAM dan pernah terjadi sebelum ini apabila hujan lebat turun hampir dua jam.

“Bagaimanapun, insiden banjir itu tidak memberi kesan yang teruk pada bangunan seperti pejabat dan bilik kuliah ataupun kolej kediaman mahasiswa.

“Hanya terdapat beberapa pejabat dan bilik kuliah yang terletak di kawasan yang rendah digenangi air pada paras buku lali sahaja,” katanya kepada Utusan Online

Tambah beliau, mahasiswa dan ibu bapa tidak perlu risau mengenai insiden tersebut sementara pihak UIAM sudahpun mengambil tindakan sewajarnya.

Roslan memberitahu lagi, kerja-kerja membina tebatan banjir seperti melebar dan mendalamkan sungai dan longkang sedang dijalankan supaya kejadian sama tidak berulang.

“Walaupun hari ini banjir kilat melanda beberapa kawasan dalam kampus, namun istiadat konvokesyen yang akan berlangsung esok tetap berjalan seperti yang telah dijadualkan,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

35 pelajar UiTM terima pengiktirafan Google – KL & Putrajaya


KUALA LUMPUR 10 Nov. – Pengiktirafan antarabangsa ‘Google Certified Partner Google Adwords’ yang diterima 35 pelajar dari Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Melaka membuktikan mereka mempunyai daya saing memenuhi kehendak industri pekerjaan terutama dalam bidang Pemasaran Digital.

Pensyarah fakulti UiTM berkenaan, Mohd. Hilmi Bakar berkata, mereka yang terpilih merupakan pelajar jurusan Diploma Komunikasi Media Baharu dan Keusahawan Kandungan universiti berkenaan bagi menyertai Google Ignite Career Fair di ibu negara baru-baru ini.

“Program anjuran Google Malaysia itu bertujuan memberi penekanan kepada mereka yang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang Pemasaran Digital. Selain itu, pengiktirafan profesional turut diberikan kepada para peserta yang berjaya menduduki peperiksaan Google Adwords secara dalam talian.

“Pembangunan kandungan laman web dan pemasaran digital merupakan antara kemahiran yang dibekalkan kepada para pelajar dan ia kemahiran yang sangat diperlukan industri pada masa ini. Penyertaan mereka dalam program itu adalah salah satu usaha pihak Google Malaysia dan universiti untuk memberi pendedahan dunia pekerjaan sebenar kepada para pelajar,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohd. Hilmi, UiTM merupakan satu-satunya universiti awam negara yang menerima undangan ke program tersebut, selain beberapa universiti swasta lain.

“Program diploma ini merupakan program yang ditawar hanya di UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah. Melalui program ini, para pelajar didedahkan kepada kemahiran menghasilkan kandungan yang berkualiti untuk pelbagai media baharu seperti animasi 2D dan 3D, permainan digital, web dan media sosial,” katanya.

Katanya, sepanjang program itu, sesi temubual pantas disertai peserta dan individu profesional dalam bidang Pemasaran Digital.

“Empat orang pelajar UiTM turut memenangi anugerah khas yang melihat kepada padanan sempurna antara keperluan syarikat dan kemahiran peserta terlibat,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Hanya 4 peratus kenderaan di Malaysia dilindungi insurans banjir



KUALA LUMPUR: Jumlah pemilik kenderaan di negara ini yang memilih untuk mendapatkan perlindungan insurans kenderaan daripada banjir didapati masih ditahap amat rendah.

Menurut data yang dikongsikan oleh Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM), ia menunjukkan hanya dua ke empat peratus pemilik kenderaan memilih untuk melindungi kenderaan mereka daripada banjir.

Data berkenaan merupakan hasil tinjauan terhadap dua penyedia insurans motor terbesar Malaysia.

“Ramai pemilik kenderaan berpendapat mereka tidak akan mengalami musibah bencana dan boleh mengurangkan kos dengan mengelak membeli polisi ini.

“Malangnya mereka hanya sedar kepentingan untuk mendapatkan polisi (perlindungan banjir) apabila sudah terkena musibah,” kata Ketua Pegawai Eksekutif PIAM, Mark Lim.

Sementara itu statistik industri juga menunjukkan hanya 32 peratus pemilik rumah yang mendapatkan polisi perlindungan banjir.

Beliau juga mendedahkan, berdasarkan insiden banjir yang semakin kerap, pemain industri kini sedang mempertimbangkan untuk menjadikan perlindungan banjir untuk kenderaan dan rumah sebagai standard.

Kerugian akibat banjir dianggar melebihi berbilion ringgit.

Contohnya, banjir besar Kelantan pada 2015 menyebabkan kerugian sekurang-kurangnya RM1 bilion.

Sementara banjir di Pulau Pinang pada awal bulan ini dianggarkan menyebabkan kerugian lebih RM300 juta kepada sektor industri.



Source link

read more

Banjir kilat landa Ampang, Hulu Langat, Gombak – KL & Putrajaya


KUALA LUMPUR 10 Nov. – Hujan lebat selama dua jam sejak pukul 5 petang ini menyebabkan beberapa kawasan di Ampang, Hulu Langat dan Gombak dilanda banjir kilat.

banjir ampang 2

Tanah runtuh di Ampang

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, banjir kilat berkenaan menyebabkan masing-masing empat buah rumah di Ampang dan Gombak dinaiki air.

Semua kawasan terlibat dinaiki air sedalam 300 milimeter (mm) dan kawasan Hulu Langat yang terjejas akibat banjir kilat berpunca daripada longkang di tepi jalan utama tidak dapat menampung peningkatan jumlah air dari kawasan perumahan serta air bukit.

“Sementara di Gombak, hujan terlalu lebat menyebabkan paras air Sungai Kelang melimpah mencecah 0.5 meter dan melimpah ke kawasan rumah (berhadapan sungai berkenaan) berdekatan Sekolah Kebangsaan Hulu Kelang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

banjir ampang ii

Sebuah rumah dinaiki air di Dusun Tua, Hulu Langat

Dalam pada itu, menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor pula, satu kejadian tanah runtuh berlaku pada pukul 5:51 petang tadi di Apartment Taman Mulia Jaya, Ampang.

Kejadian melibatkan tebing pagar runtuh dan menghempap sebuah kereta Proton Wira. Tiada kemalangan jiwa berlaku,”  jelasnya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Ibu hamil tiga bulan maut digilis lori di Rawang



RAWANG: Seorang ibu hamil tiga bulan maut digilis lori di persimpangan M-Residence,  Bandar Tasik Puteri Rawang malam tadi.

Nahas sekitar jam 7 malam itu berlaku ketika mangsa yang menaiki motosikal dalam perjalanan pulang ke rumahnya di blok 26, berdekatan taman perumahan terbabit.

Difahamkan lori tanah berkenaan membuat ‘pusingan u’ sebelum menggilis mangsa.

Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Mangsa dikenali sebagai Noorazlia Idris, 26, bertugas sebagai jururawat di sebuah pusat dialisis di sini.

Polis  mengambil keterangan pemandu lori berkenaan dan mengarahkan dia menjalani ujian saringan air kencing.

Kes disiasat mengikut seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons