Terima kejutan hari lahir ke-33 Sari Yanti geram dengan Jep Sepahtu


PELAKON Sari Yanti meluahkan rasa ‘geram’ dengan suaminya, pelawak Jep Sepahtu yang membuat kejutan bersempena hari lahirnya yang ke-33.

Aktres itu berkongsi momen kejutan tersebut menerusi beberapa sedutan video dan foto yang dimuat naik di Instagram Stories Sari, @sariyanti.

“Geram betul dengan budak belakang kakak tu. Orang dah baring nak tidur dia suruh buka pintu. Kata suruh ambil baranglah, apa lah. Dah lah sarung jubah tak gosok. Oh my malunya!” seloroh Sari.

Selain itu, Sari turut merakamkan ucapan terima kasih serta meluahkan rasa syukur kerana diraikan dengan kejutan.
 

UNTUK LEBIH BANYAK LAGI BERITA HIBURAN, KLIK DI SINI



Source link

read more

Operasi MRT tergendala, alami masalah teknikal – KL & Putrajaya


KUALA LUMPUR 10 Nov. – Perkhidmatan Mass Rapid Transit (MRT) tergendala dan mengalami kelewatan sebentar tadi ekoran masalah teknikal di Stesen MRT Bukit Dukung.

RapidKL menerusi laman Twitter rasmi mereka memaklumkan, operasi tren tersebut antara Sri Raya dan Kajang terjejas selama 30 minit, selain pihaknya menyediakan tren perantara (shuttle train) bagi membantu para penumpang yang terjejas.

“Penumpang terbabit akan menaiki tren perantara dari Taman Suntex ke Bukit Dukung, manakala sebuah lagi tren perantara akan mengambil penumpang dari Bukit Dukung ke Kajang.

“Tren dari Sungai Buloh akan berpatah balik di Taman Suntex. Pada masa sama kami menasihatkan penumpang mencari pengangkutan alternatif lain untuk meneruskan perjalanan,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu, para penumpang yang tidak meneruskan perjalanan menaiki MRT diminta membuat tuntutan bayaran tiket di Kaunter Perkhidmatan Pelanggan MRT. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Jason Lo nafi ditahan kerana dadah di Dubai



KUALA LUMPUR: Jason Lo mengesahkan beliau sebelum ini telah ditahan di Lapangan Terbang Dubai, Emiriah Arab Bersatu.

Bagaimanapun, beliau menegaskan ia tidak ada kaitan dengan kesalahan dadah.

Sebaliknya ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat telekomunikasi (telco) itu memaklumkan dia ditahan polis dan dimasukkan ke lokap kerana membantu rakannya yang cuba meleraikan pergaduhan.

Jason mendakwa rakannya mengalami kecederaan akibat percubaannya itu dan beliau hanya terlibat untuk membantu.

Dia kini sudah dibebaskan dan kembali ke tanahair.



Source link

read more

Samantha gementar jadi girlfriend Fattah Amin



PESERTA Miss Universe 2017, Samantha Katie James akui gementar saat digandingkan dengan aktor Fattah Amin di dalam filem televisyen (FTV), Wanita Terindah.
 
Sebagai pelakon baharu Samantha, 22, yang tular dengan gaun Nasi Lemak Daun Pisang itu berkata dia bertuah dapat berlakon dengan pelakon berbakat seperti Fattah.
 
“Pada mulanya agak gementar juga bila digandingkan dengan Fattah sebagai kekasihnya di dalam Wanita Terindah ini.
 
“Cara dia berlakon sangat hebat dan santai berbanding saya yang baharu dalam industri ini.
 
“Pun begitu, Fattah sangat membantu dan saya seronok diberi peluang untuk berlakon dalam FTV ini.
 
“Sebenarnya saya tidak fasih berbahasa Melayu tetapi saya cabar diri saya untuk melakonkannya dengan baik,” katanya kepada Astro Gempak.
 
Meskipun lakonan merupakan bidang baharu, namun Samantha berharap dapat bergiat aktif sebagai pelakon dan menyasarkan untuk mengembangkan karier lakonan di Hollywood.
 
“Wanita Terindah sebenarnya filem ketiga lakonan saya selepas filem Indonesia, Kastil Tua dan sebuah filem berbahasa Mandarin untuk pasaran negara China.
 
“Saya suka cuba sesuatu yang baharu dan pengalaman berlakon dalam FTV ini adalah pengalaman yang baik untuk saya kembangkan lagi bakat dan nama saya,” katanya lagi.
 
Selain Samantha dan Fattah, Wanita Terindah turut membariskan pelakon seperti Fazura, Sarah Hildebrand, Liza Othman, Adam Mika dan Ridzuan Hashim.
 
Wanita Terindah merupakan supertelefilem yang ditayangkan menerusi saluran Astro First Eksklusif (saluran 480) sejak 2 November lalu.
 
Teks oleh: Syafiqah Jalal
 



Source link

read more

Azmin sekat kebebasan memilih, bersikap kuku besi – Politik


KUALA LUMPUR – Tindakan kerajaan negeri mengharamkan langganan akhbar arus perdana terutama Berita Harian dan Utusan Malaysia menunjukkan sikap Menteri Besar, Datuk Azmin Ali yang menafikan kebebasan memilih dan tidak bersikap terbuka dalam penyampaian maklumat.



Budiman Mohd Zohdi

Budiman Mohd Zohdi

Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd. Zohdi berkata, rakyat Malaysia hari ini termasuklah kakitangan agensi dan jabatan kerajaan negeri Selangor tidak lagi tinggal di negara yang disekat akses media sepertimana yang dilakukan ketika 22 tahun pentadbiran Pengerusi Pakatan Harapan.

Katanya, rakyat kini boleh berfikir dengan waras dalam memberi pertimbangan wajar apabila menerima sesuatu berita.


“ Tersebar di media hari ini satu surat pekeliling dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang mengingatkan semua jabatan dan agensi termasuklah anak syarikat milik kerajaan agar menghentikan langganan surat khabar Utusan Malaysia dan Berita Harian.


“Walaupun surat tersebut adalah pekeliling peringatan berhubung arahan yang dibuat pada tahun 2008, jelas sekali pentadbiran kerajaan negeri di bawah Azmin Ali menafikan kebebasan memilih dan tidak bersikap terbuka dalam penyampaian maklumat menerusi pilihan akhbar yang ada di pasaran,” katanya dalam kenyataan di sini hari ni.

Kata Budiman, jika sekalipun terdapat apa-apa berita yang mungkin tersalah lapor oleh mana-mana media, pihak yang berkepentingan dalam laporan media tersebut mempunyai hak untuk mengambil tindakan undang-undang.

“Jika terdapat salah laku yang melanggar integriti media. Azmin Ali tidak perlu takut untuk menghadapi realiti kebebasan media ini,” katanya.

Tindakan kerajaan negeri di bawah pentadbiran Azmin Ali itu kata Budiman, menunjukkan suatu tindakan dayus serta menghalang daya pemikiran penjawat awam.

“Arahan pekeliling ini merupakan suatu tindakan terkebelakang seperti mana yang pernah dilakukan oleh pemimpin terdahulu,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE




Source link

read more

Singles Day A real life example of what DFTZ can do for our SMEs



SHANGHAI: A week ago, Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak and e-commerce mogul Jack Ma were in Sepang, launching the start of operations for the long-awaited Digital Free Trade Zone (DFTZ).

In typical Alibaba fashion, the event was loaded with pomp, glamour and gimmicks – ranging from the old-fashioned shovel-in-the-ground groundbreaking to a ‘live’ auction where real-time bids were displayed on a huge screen on stage, to the end of that auction with a strike of a gong.

Such grandeur is perhaps fitting for the hype that the DFTZ has brought since it was first announced in March 2017.

DFTZ said it will increase Malaysian SMEs’ export of goods to USD38 billion and create over 60,000 by 2025.

“Malaysia is set to make it easier for SMEs to do cross-border trade. This is the primary purpose of DFTZ.

“It is simplifying e-commerce by bringing together government agencies, eMarketplaces, logistic and payment providers all on one platform,” said Najib at the launch.

On top of enabling Malaysian SMEs to promote and market their products on Alibaba’s huge platforms, the DFTZ will also improve and streamline logistics, delivery, payment and customs clearance processes for the said products.

Their ultimate goal? To deliver any products from any Malaysian SMEs to a buyer within three days of ordering.

A total of 1,972 local SMEs have been selected as the first batch to participate.

But, nevertheless, a large portion of our SMEs still can’t really see the actual, tangible benefits they will enjoy from the DFTZ since their exposure would have been limited to press releases and media reports.

As with e-commerce and buying things online, most people need to see, hear or perhaps touch it, to truly understand and believe in it.

Maybe our SMEs need to see real-life examples of what the DFTZ can offer them and how it can elevate their businesses to epic proportions.

And for that, there’s one place they can look to.

Alibaba’s “11.11” Singles Day

Originally, Singles’ Day is an festival for single people in China to celebrate their singledom.

Over the past eight years, it has evolved to become the biggest 24-hour online shopping event on the planet.

Undeniably, Alibaba has been at the forefront of this evolution of Singles’ Day.

“Alibaba’s 11.11 Global Shopping Festival” started in 2009, achieving sales of USD7.6 million in a day.

Today, “11.11” as it’s come to be called, is more than 18 times the size of Amazon Prime Day and 2.5 times bigger than Black Friday and Cyber Monday combined.

Last year, the festival generated USD17.8 billion in Gross Merchandising Volume (GDV), a 32 per cent increase from 2015.

To put in context, that’s bigger than the GDP of Laos and Brunei, and almost four times the GDP of Fiji.

On the day, Alibaba Cloud processed 175,000 orders every second, and its payment hub Alipay processed more than 120,000 transactions per second. Alibaba’s logistic arm, Cainiao processed more than 657 million delivery orders.

Singles’ Day 2017

After a record-breaking 2016, Alibaba has its sights set on the greatness, yet again.

The e-commerce giant said that this year, over 140,000 brands will participate in Singles’ Day, more than 60,000 of them are international brands.

Over 1 million merchants will take part, and Alibaba said its targeting 100 million Chinese consumers outside of China alone – not including the 1 billion or so in China and citizens of other countries (they’re big in Russia, for example).

The Cainiao Network expects over 3 million logistics personnel to handle all the packages that are going to come through. It has invested over USD200 mil to upgrade its facilities and services in anticipation of this.

A glimpse of our future?

It may take time our own SMEs to reach the scales of Alibaba’s Singles’ Day – the e-commerce giant took a good seven or eight years themselves to achieve such proportions.

But the journey of a thousand miles begins with the first step, and as far as future prospects are concerned, we are on the right track.

Back to DFTZ, examples of this “improving, streamlining and digitalising of services” have been seen – from upgraded facilities, to little robots that are handling packages in the KLIA Aeropolis right now as we speak.

So for a majority of our SMEs, especially those who were not part of the 1,972 that have been selected so far, they have good reasons to be optimistic about the future.

In a challenging and unpredictable global economy, Malaysia is indeed taking steps to evolve, and in fact, step ahead of the curve (the DFTZ is the first of its kind in the world). The day when sales of our companies will be bigger than the GDP of some countries may come sooner than you think.

And it’s going to start with our SMEs and small businesses who make up some 90 percent of our economy – and with the DFTZ, it starts now.

Just watch Alibaba’s Singles’ Day Festival this 11.11 (11 Nov) – and I will be there in Shanghai to cover it.

So, stay tu



Source link

read more

Bekas peguam cacat anggota nafi tuduhan pecah amanah



MELAKA: Seorang bekas peguam yang cacat  anggota dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini hari ini atas pertuduhan melakukan pecah amanah membabitkan nilai RM47,431.79 lapan tahun lalu.

Tertuduh, Tuah Atan, 57, yang kudung kedua belah kaki dan sebelah tangan bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah sejurus kertas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang ketika itu bertugas di sebuah firma guaman di sini telah diamanahkan  untuk menyerahkan wang berjumlah RM47,431.79 kepada dua individu, dengan curang menggunakannya sebagai kegunaan sendiri.

Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh di CIMB Bank Melaka Raya, Melaka pada 20 September 2009 lalu.

Justeru, tertuduh didakwa mengikut seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minima dua tahun dan maksima 20 tahun, dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda.

Terdahulu, prosiding yang dikendalikan timbalan pendakwaraya Siti Ruvinna Mohd Rawi tidak mencadangkan sebarang jaminan. Namun beliau mencadangkan jaminan sebanyak RM60,000 diberikan terhadap tertuduh.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jumlah jaminan itu dikurangkan  dengan alasan dia merupakan orang kelainan upaya (OKU) sejak lahir dan tidak mempunyai sebarang sumber pendapatan.

Katanya, dia juga tidak menerima sebarang bantuan kebajikan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan hanya mengharapkan ihsan orang ramai untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Sejurus mendengar hujahan kedua pihak, Hakim kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan perlu melapor diri pada Sabtu pertama setiap bulan, di Balai Polis Senawang sehingga kes selesai.

Hakim turut menetapkan 12 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes.



Source link

read more

Harith Iskander teruja dapat bertemu Putera Charles



PELAWAK Harith Iskander berkongsi perasaan terujanya apabila dapat bertemu dengan Prince of Wales dan isterinya, Duchess of Cornwall baru-baru ini.

Harith menerusi entri di Instagram (IG) menyifatkan pertemuan selama satu minit itu sebagai sesuatu yang amat berharga dan berbangga dapat bertemu Putera Charles.

Di IGnya Harith berkongsi momen ketika Putera Charles datang kepadanya dan bertanya tentang industri komedi selain berkongsi pandangan mengenai kumpulan komedi kegemaran mereka, Monty Python.

Tambah Haris lagi, Putera Charles sempat berbual dengan isterinya tentang stem cells dan ijazah doktor falsafah (PhD) dimiliki Jezamine.

 

Harith turut berterima kasih kepada Kedutaan Kedutaan British kerana sudi mengundangnya dan isteri ke Majlis Malam Gala Diraja tersebut.

Foto: Instagram Harith Iskander



Source link

read more

Seremban dilanda banjir kilat – Nahas & Bencana


SEREMBAN 10 Nov. – Beberapa kawasan di Seremban dinaiki air ekoran hujan lebat selama kira-kira tiga jam petang tadi.

Antara yang terjejas ialah Jalan Tuanku Munawir di sini yang mengalami banjir kilat berikutan longkang tersumbat dan tidak mampu menampung jumlah air hujan.

Ini menyebabkan bahagian bawah stesen bas dan pusat beli-belah Terminal One yang terletak berhampiran turut dinaiki air dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seremban, Mohammad Idris berkata, banjir turut menyebabkan 20 kenderaan di tempat letak kereta bawah tanah di bangunan Wisma UMNO Negeri Sembilan ditenggelami air.

“Usaha mengeluarkan air menggunakan pam angkut giat sedang giat dijalankan bagi membolehkan semua kenderaan yang terlibat dialihkan,” katanya, di sini hari ini.

Sementara itu, banjir turut berlaku di Taman Mutiara Galla 11 di sini apabila lima buah rumah dinaiki air setinggi kira-kira 0.3 meter, namun keadaan terkawal dan air telah surut.

Taman Sri Pulasan, Jalan Labu di sini juga dinaiki air namun pihak bomba mengesahkan tiada mangsa dipindahkan dari lokasi berkenaan. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Malaysians gear up for Alibabas Singles Day shopping frenzy


SHANGHAI: As the clock ticks to midnight, the regular Ali, Ah Chong and Muthu will be scrambling to click on the button of that famous online shopping boutique for the planet’s biggest online shopping fest, Alibaba’s ‘11.11 Singles’ Day’.

Malaysians will too pay closer attention the festival this year more than ever, with Alibaba’s “Taobao Collection” being made available on Lazada.

“China wants to evolve from an export and investment driven economy to a consumption driven economy,” said Joseph C.Tsai, Executive Vice Chairman of the Alibaba Group.

Indeed, the grand transformation of the world’s second biggest economy has sent ripples of waves across the global economy for the past few years, especially for a developing economy like Malaysia.

Singles' Day
Sales figures of ‘11.11’ this year are perhaps an important sign that China’s economic transformation is alive and well.

It is also bigger than the gross domestic product of 83 countries in that same year, according to World Bank figures.

This year, the world awaits whether it will break records again and reverberate throughout the world’s e-commerce landscape.

The e-commerce giant will show no signs of taking their foot of the pedal this year, courting more than 140,000 brands and 1 million merchants for this year’s festival.

It is a reminder for Malaysians of the recently-launched Digital Free Trade Zone (DFTZ) in Sepang, Selangor, one that is touted to achieve similar success to Alibaba and 11.11, but with Malaysian small-medium enterprises (SMEs).


* The writer is in Shanghai where the next 24-hours of Nov 11 will be ‘madness’ for global e-commerce – but a good kind of madness.

** Follow my reports on Astro AWANI’s Facebook and the @501Awani Twitter  and www.astroawani.com



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons