Suami isteri dituduh rantai leher kanak-kanak di tong gas


KUANTAN: Sepasang suami isteri hari ini mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuantan, di sini bagi kesalahan menganiaya seorang kanak-kanak berusia 10 tahun dengan merantai lehernya pada tong gas di kediamannya di Indera Mahkota, Oktober lalu.

Pertuduhan itu dikemukakan Timbalan Pendakwaraya, Shahrul Ekhsan Hassim di hadapan hakim, Datuk Unaizah Mohd.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh pertama, Mohd Farid Fikri Mohamad, 32 , dan isterinya, Fatimah Muhammad Zain, 37, didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 1 pagi hingga 9.15 pagi pada 5 Oktober lalu dengan menganiaya kanak-kanak berusia 10 tahun di bawah jagaan mereka dengan cara merantai leher dengan rantai besi pada tong gas.

BACA: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/anggota-tentera-isteri-ditahan-rantai-anak-pada-tong-gas-157109

Kanak-kanak 10 tahun dirantai pada tong gas oleh bapanya kerana enggan ke sekolah.
Bagi pertuduhan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 31(1) akta yang sama dan dibaca bersama dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Bagi pertuduhan kedua pula, kedua-dua tertuduh didakwa antara jam 8 pagi hingga jam 10.30 malam, 31 September hingga 4 Oktober lalu melakukan kesalahan dengan mencapai niat bersama membiarkan mangsa tanpa mengadakan persediaan bagi pengawasan dan pemeliharaan yang berpatutan.

Untuk pertuduhan kedua, mereka  didakwa mengikut Seksyen 33 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 dan sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 31(1) akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Kedua tertuduh diwakili peguam, Noor Svetlana Mohd Noordin yang kemudian meminta kes dibicarakan.

Hakim menetapkan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin bagi dua pertuduhan untuk setiap tertuduh dan sebutan semula pada 9 Januari tahun depan.

Terdahulu, dilaporkan, seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun ditemukan bukan sahaja berbogel malah tidak sedarkan diri serta lehernya dirantai pada tong gas di sebuah rumah di Indera Mahkota.

Dan pada 8 November lalu Mahkamah Bagi Kanak-Kanak Kuantan (MBKK) menetapkan kanak-kanak tersebut akan kekal tinggal bersama bapa kandungnya di Melaka, selepas tempoh penjagaan sementara selama sebulan berakhir. 

BACA: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/hasrat-budak-lelaki-temui-bapa-kandung-tercapai-157317

BACA: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/budak-dirantai-di-tong-gas-bapa-tiri-dibebaskan-157739



Source link

read more

Makan Hati Lelaki sanggup beli 25 iPhone X untuk lamar kekasih


SEORANG pengaturcara permainan digital sanggup berhabis 210,000 yuan (RM133,770) untuk membeli 25 buah telefon pintar jenis iPhone X semata-mata mahu melamar kekasihnya.

Lelaki bernama Chen Ming itu telah membuat pesanan awal untuk mendapatkan model terbaharu telefon keluaran Apple itu yang dilancarkan di negaranya, China pada 3 November lalu.

Selepas memperoleh kesemua iPhone X itu, Chen menyusun telefon pintar tersebut dalam bentuk hati di atas taburan kelopak bunga mawar.

Teman wanitanya, Lee, tidak menyangka kejutan yang dirancang Chen dengan rakan-rakannya bertujuan untuk melamarnya.


“Lee terus menerima lamaran tersebut selepas Chen melutut di hadapannya,” kongsi sumber terdekat pasangan itu seperti yang dilaporkan World of Buzz.

Chen dan Lee bertemu dua tahun lalu menerusi aplikasi permainan digital yang dihasilkan oleh lelaki itu.

Jumlah 25 buah telefon pintar itu pula melambangkan umur teman wanitanya, 25 tahun.

Rakan-rakan Lee juga bertuah kerana masing-masing mendapat sebuah telefon pintar model sama daripada Chen.

Di China, iPhone X berharga 8,388 yuan (RM5,434) seunit.

Selepas gambar lamaran Chen kepada Lee itu tular di media sosial, kebanyakan netizen menyifatkan kaedah itu membazir memandangkan wang itu boleh digunakan untuk bayaran pendahuluan kenderaan atau rumah.


Sebenarnya, lamaran kekasih menggunakan telefon pintar pernah berlaku tiga tahun lalu apabila seorang lelaki di China membelanjakan RM400,000 untuk membeli dan menyusun 99 buah iPhone 6 demi melamar kekasihnya. 

Namun, lamaran itu ditolak!

Olahan oleh: Amri Hassan



Source link

read more

Hazwan penyerang tunggal – Bola Sepak


BURIRAM, Thailand 10 Nov. – Bintang penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Ahmad Hazwan Bakri bertindak sebagai penyerang tunggal dalam perlawanan Kumpulan B, kelayakan Piala Asia 2019 menentang Korea Utara di Stadium I-Mobile, di sini malam ini.

Dalam perlawanan yang akan bermula pukul 9 malam waktu Malaysia itu, penjaga gol Perak, Mohd. Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy diberi tanggungjawab menggalas tugas menjawab gawang Harimau Malaya dalam misi ‘wajib menang’ untuk menghidupkan peluang layak ke pusingan akhir di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Selepas tiga perlawanan, skuad negara bimbingan Nelo Vingada menghuni tangga tercorot kumpulan dengan satu mata, sembilan mata di belakang pendahulu, Lebanon dan dua mata ditinggalkan pasukan tangga kedua, Hong Kong.

Hanya dua pasukan teratas layak ke pusingan akhir, dan Malaysia perlu menang ke atas Korea Utara malam ini, selain aksi kedua di stadium yang sama pada Selasa depan untuk menghidupkan peluang. – UTUSAN ONLINE

KESEBELASAN UTAMA MALAYSIA

Penjaga gol: Mohd. Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy

Pertahanan : Mohd. Fadhli Shas, S. Kunanlan, Muhammad Fazly Mazlan, Mohd. Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham, Francisco Insa Bohigues

Tengah : Muhammad Nazmi Faiz Mansor, Mohamed Syamer Kutty Abba, Wan Zack Haikal Wan Noor, Mohd. Afiq Fazail

Serangan : Ahmad Hazwan Bakri




Source link

read more

Utamakan aspek teknikal dalam pembinaan lereng bukit – CIDB



KUALA LUMPUR: Keutamaan harus diberi dalam aspek teknikal khususnya reka bentuk dan perlindungan cerun sebelum sebarang pembinaan di lereng bukit dijalankan.

Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), Datuk Ir. Ahmad Asri Abdul Hamid berkata, langkah seterusnya adalah kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang akan memastikan semua peraturan dan garis panduan itu diikuti dengan tepat.

Jelasnya, pembinaan lereng bukit bukan perkara baharu dan sudah dilaksanakan di banyak negara luar.

“Negara lain banyak sudah buat pembinaan di lereng bukit, di Itali, Sweden, Eropah dan banyak di Hong Kong pun banyak.

“Tidak ada masalah, cuma kalau buat kena amik ukuran yang perlu, design slope, slope protection.

“Pemaju kena buat ikut keperluan slope, kena ada kelulusan PBT dan ada peraturan yang memang dibuat untuk pembinaan termasuk lereng bukit,” katanya semasa dihubungi di sini hari ini.

BACA: 946 cerun diklasifikasi ‘Berisiko Sangat Tinggi’ – Fadillah

BACA: Tubuh badan bebas audit kelulusan projek pembangunan lereng bukit

Ahmad Asri mengulas kenyataan pakar tanah runtuh, pengurusan bencana dan hakisan tanah Universiti Sains Malaysia (USM), Professor Dr Habibah Lateh yang mendakwa, sikap pemaju yang hanya mengejar keuntungan menjadi antara punca kawasan cerun dan lereng bukit turut menjadi tumpuan pembangunan walaupun ia berisiko.

Jelasnya, kajian yang dilakukannya mendapati pemaju perumahan sememangnya berpengetahuan berkenaan punca tanah runtuh.

Dalam pada itu kata Ahmad Asri, masalah tidak akan timbul seandainya pemaju mematuhi peraturan yang ditetapkan.

“Kita tengok di Itali lebih dahsyat jurangnya sebab dia betul-betul mengikut reka bentuk, spesifikasi dan peraturan yang ada.

“Jangan ada pemaju yang hendak ambil jalan mudah dan potong kos, itu yang tidak betul. Kalau betul-betul ikut peraturan, memang tidak ada masalah,” jelasnya.



Source link

read more

11 negara capai persetujuan umum berhubung perjanjian baharu TPP



DA NANG: Jepun, Australia dan sembilan negara lain dalam pakatan perdagangan bebas Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) pada Khamis telah mencapai persetujuan umum dalam rundingan bagi memuktamadkan satu perjanjian baharu tanpa Amerika Syarikat (AS), lapor agensi berita Jepun Jiji Press.

Kesemua negara bersetuju untuk menggantung sebahagian daripada peraturan perdagangan dan pelaburan yang termasuk dalam permuafakatan 12 negara asal TPP, sehingga AS kembali kepada rangka kerja pelbagai hala itu.

Mereka bersetuju untuk melaksanakan akses pasaran asal TPP, termasuk penghapusan atau pengurangan tarif dalam sektor pertanian dan perindustrian, secara am.

Kesemua negara mencapai persetujuan umum itu dalam mesyuarat peringkat menteri yang bermula di Da Nang pada Rabu.

Perjanjian baharu TPP itu amat penting dalam membentuk peraturan baharu di rantau Asia-Pasifik yang bebas dan adil, kata Menteri Ekonomi dan Polisi Fiskal Jepun Toshimitsu Motegi pada satu sidang berita.

Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe telah melahirkan pandangan bahawa persetujuan umum itu adalah satu langkah penting ke arah strategi pertumbuhan beliau, menurut Motegi.

Perbincangan berkaitan TPP asal bermula pada bulan Mac 2010. 

Jepun, AS dan 10 negara lain telah mencapai persetujuan umum berhubung perjanjian itu pada Oktober 2015 dan telah memeterainya pada Februari 2016.

Bagaimanapun, Presiden AS Donald Trump telah menarik negaranya keluar dari TPP selepas pelantikannya dalam bulan Januari tahun ini, menyebabkan 11 negara yang masih kekal mempertimbang satu perjanjian baharu.

TPP asal diperlukan untuk disahkan oleh enam negara yang menyumbang 85 peratus daripada gabungan keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara anggota.

Negara lain menyumbang 14 peratus daripada KDNK global, berbanding 38 peratus di 11 negara termasuk AS.

Kesemua 11 negara dijangka memeterai perjanjian baharu TPP menjelang akhir separuh pertama tahun 2018. 

Bagaimanapun, pakatan baharu itu tidak akan berkuat kuasa sekurang-kurangnya sehingga dua tahun kerana sesetengah negara berdepan kesulitan dalam mengesahkannya, kata sumber yang sudah biasa dengan situasi tersebut.

— BERNAMA



Source link

read more

Azmin hanya hebat haramkan akhbar Melayu, bukan pesta arak – Politik


KUALA LUMPUR 10 Nov. – Tindakan Kerajaan PKR Selangor mengarahkan pemberhentian langganan akhbar di bawah Kumpulan Utusan dan Berita Harian oleh agensi di bawah kerajaan negeri berkuat kuasa serta-merta hari ini menunjukkan sikap kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang tidak matang dan kebudak-budakan.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, tindakan itu menunjukkan Mohamed Azmin hanya hebat dalam mengharamkan akhbar Melayu, tetapi menikus dalam mengharamkan pesta arak dan penolakan usul memperkasa mahkamah syariah di negeri itu.

Berikut merupakan kenyataan penuh beliau:

* Tindakan kerajaan negeri Selangor yang secara rasmi mengarahkan pemberhentian langganan akhbar kumpulan Utusan dan Berita Harian adalah satu tindakan yang tidak matang dan kebudak-budakan, sekali gus memberi gambaran buruk terhadap pimpinan Mohamed Azmin Ali yang terus tunduk di bawah pengaruh DAP.

* Ini membuktikan betapa kerajaan negeri pimpinan Mohamed Azmin begitu tertekan dan menghadapi masalah `inferiority complex’ apabila mereka seolah olah tidak lagi punya keyakinan diri serta menaruh bimbang bahawa rakyat Selangor terutama orang Melayu dan umat Islam kini berubah arah dengan tidak lagi memberi sokongan kepada sebuah kerajaan yang ternyata dikuasai DAP serta tidak berhasrat membela kepentingan agama dan bangsa.

* Akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian diketahui sebagai media arus perdana yang sejak sebelum merdeka memperjuangkan kepentingan umat Islam dan bangsa Melayu dalam konteks negara berbilang kaum dan agama dilihat sebagai `musuh’ kepada dasar kerajaan Selangor yang dikuasai DAP.

* Kita yakin tindakan ini tidak direstui rakyat Selangor dan ini akan meningkatkan lagi penolakan rakyat terhadap Pakatan Harapan diketuai DAP.

* Kerajaan negeri Selangor lupa bahawa di bawah rangkaian Kumpulan Malaysia dan Berita Harian terdapat anak Selangor yang mendapat peluang pekerjaan dan perniagaan dan mereka tidak pernah di didiskriminasikan.

* Kita percaya tindakan yang sangat tidak wajar ini akan menyebabkan lebih cepat rakyat menolak pimpinan kerajaan Selangor yang kini kuat dikuasai DAP.

* Mohamed Azmin juga terlupa bahawa Utusan Malaysia dan Berita Harian telah memainkan peranan yang besar sebelum ini dalam sejarah politik dan pembangunan negeri Selangor.

* Mohamed Azmin hanya hebat dalam mengharamkan akhbar Melayu, tetapi menikus dalam mengharamkan pesta arak dan usul memperkasa mahkamah syariah. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Pembangkang jangan tipu rakyat ganti GST dengan SST – PM Najib



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pembangkang ikhlas dalam soal Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), dan jangan menipu rakyat kononnya GST patut dihapuskan tetapi dalam masa sama akan mengembalikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang sudah lapuk.

“Mansuhkan sahaja cukai barang dan nyatakan di mana mereka (pembangkang) mahu menampung kekurangan hasil minyak sebanyak RM40 bilion setahun. Usahlah perdayakan rakyat,” kata perdana menteri dalam catatan terkini blog rasminya (www.najibrazak.com), hari ini.

Najib menjelaskan bahawa SST yang mahu diguna pakai bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai masalah percukaian bertindih dan juga perhitungan berganda dalam pengiraan nilai produk serta mempunyai masalah ketirisan akibat manipulasi pemborong dan penjual.

Beliau berkata pengenalan sistem SST bukan sahaja keterbelakang, malah akan membebankan rakyat secara tersembunyi.

Dr Mahathir sedar akan perkara itu dan pernah mengakui GST lebih baik daripada SST kerana pentadbiran beliau sendiri yang mengesyorkan untuk menaik taraf cukai kepada sistem GST, kata Najib.

“Akhirnya Tun Dr Mahathir bersetuju dengan kerajaan bahawa GST menampung kekurangan hasil minyak sebanyak RM40 bilion.

“Namun kerana beliau keterlanjuran kata menjanjikan pemansuhan GST, beliau sekarang ini mahu menggantikan GST dengan SST, sebuah sistem lapuk dan tersembunyi yang telah ditamatkan oleh 160 buah negara di dunia. Sekali lagi Tun melakukan u-turn (pusingan U),” jelas perdana menteri.

Beliau berkata Dr Mahathir ingin menampakkan seolah-olah pembangkang akan menghapuskan GST tetapi sebaliknya akan menggantikan dengan SST dengan kadarnya tidak dimaklumkan kepada pembeli bagi mengemis undi.

“Bukankah ini satu pembohongan? Di bawah sistem SST adalah tidak perlu untuk penjual maklum jumlah cukai dalam resit.

“Jadi mereka boleh mengenakan cukai pada kadar yang tidak boleh dikawal penguat kuasa, dan rakyat juga tidak sedar mereka masih dicukai walaupun diberitahu GST dimansuhkan. Tidak dengan GST di mana penjual perlu secara telus menyatakan jumlah kadarnya yakni enam peratus,” jelasnya.

Najib menegaskan dari segi perbandingan sistem, GST adalah sistem yang moden dan lebih sistematik daripada SST.

Katanya, GST diperkenalkan kerana ia lebih moden, telus dan mempunyai perundangan yang lengkap bagi mengelakkan penipuan dan diguna pakai oleh 160 buah negara di dunia, selain mempunyai cara perhitungan dan piawaian yang konsisten dan diiktiraf di peringkat antarabangsa.

— BERNAMA



Source link

read more

Pelanggan Australia ditawar bayaran balik jika internet lembab



CANBERRA: Syarikat telekomunikasi kedua terbesar di Australia, Optus, akan membayar balik kepada pelanggan Rangkaian Jalur Lebar Kebangsaan (NBN), yang tidak menerima kelajuan Internet seperti dijanjikan, lapor agensi berita Xinhua.

Langkah itu diumumkan Optus pada Khamis, sehari selepas Telstra, syarikat telekomunikasi terbesar Australia, mendedahkan akan membuat bayaran balik kepada 42,000 pelanggan NBN, yang mengalami masalah kelajuan Internet.

Syarikat telekomunikasi menerima tekanan untuk menawarkan bayaran balik, selepas siasatan Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Australia (ACCC), merumuskan bahawa kelajuan Internet sehingga 100 megabait sesaat (mbps) “tidak dapat dicapai dalam keadaan dunia sebenar.”

ACCC turut memberi amaran kepada setiap syarikat telekomunikasi, yang menawarkan perkhidmatan NBN, bakal  berdepan tindakan undang-undang, jika mereka tidak menawarkan bayaran balik.

“Optus kini dalam proses menyediakan penyelesaian bersesuaian kepada pelanggan yang mengalami masalah perkhidmatan NBN,” kata seorang jurucakap syarikat kepada Australian Broadcasting Corporation (ABC) pada Jumaat.

Ketua Pegawai Eksekutif Optus, Allen Lew berkata, pihaknya akan memastikan para pelanggan mendapatkan perkhidmatan yang dilanggani, dan jika sebaliknya syarikat akan meneliti penyelesaian yang sesuai berdasarkan setiap kes. 

Optus mempunyai lebih 350,000 pelanggan NBN manakala pelanggan Telstra pula lebih 800,000.

— BERNAMA



Source link

read more

Tiga rakyat Singapura ditahan terbabit kegiatan keganasan – Nasional


SINGAPURA 9 Nov. – Tiga rakyat Singapura ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) antara September dan November tahun ini, menurut Kementerian Dalam Negeri (MHA) republik ini.

Mereka terdiri dua lelaki dan seorang wanita berumur antara 19 dan 38 tahun.

Dalam makluman terkini berhubung penahanan berkaitan keganasan di bawah ISA, MHA berkata Abu Thalha Samad, 25, berbaiah pada 2014 dan menjadi anggota Jemaah Islamiyah (JI).

Pada Ogos 2017, MHA berkata menerusi kerjasama dengan sebuah kerajaan di rantau ini, lelaki itu telah dihantar pulang ke Singapura dan ditahan di bawah ISA bagi pembabitan dalam organisasi keganasan.

Perintah Tahanan (OD) bagi tempoh dua tahun telah dikeluarkan terhadapnya pada September, katanya.

Seorang lagi ialah Adzrul Azizi Bajuri merupakan bekas tentera yang berkhidmat sebagai Penolong Logistik dalam Angkatan Tentera Singapura.

Adzrul, 19, telah diradikalisasi menerusi pendedahan terhadap bahan radikal kumpulan pro-Islamic State di Iraq danSyria (ISIS) secara dalam talian, kata MHA.

Dari Ogos 2017, kementerian berkata dia mula berasa sangsi dengan kesahihan ideologi ISIS dan taktik ganasnya.

RO telah dikeluarkan terhadap Adzrul pada September 2017 dan dia perlu menjalani kaunseling termasuk kaunseling agama, katanya.

Sementara itu, suri rumah Munavar Baig Amina Begam telah diradikalisasi oleh seorang warga asing menerusi dalam talian, yang berkongsi dengannya bahan pro-ISIS dan menyakinkannya bahawa ISIS berjuang untuk mempertahankan golongan Sunni di zon konflik, kata MHA.

;Untuk mempengaruhi orang lain supaya menyokong ISIS, MHA berkata Amina telah berkongsi bahan menggalakkan keganasan itu di media sosial dan turut menggalakkan orang lain berjuang dan mati syahid.

Katanya pada bulan ini, RO untuk tempoh dua tahun dikeluarkan terhadap Amina yang merupakan warganegara naturalisasi Singapura dan berasal dari India.



Sementara itu, MHA berkata RO yang dikeluarkan terhadap Mustafa Kamal Mohammad, 62, dibenarkan tamat pada September tahun ini.

RO terhadap anggota Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) itu dikeluarkan pada September 2013, katanya



“Semasa dalam tahanan RO, dia telah memberi kerjasama dan responsif terhadap usaha pemulihan. Oleh itu dia tidak lagi perlu diawasi di bawah regim RO,” katanya. – BERNAMA




Source link

read more

Alibaba A real life example of what DFTZ can do for our SMEs



SHANGHAI: A week ago, Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak and e-commerce mogul Jack Ma were in Sepang, launching the start of operations for the long-awaited Digital Free Trade Zone (DFTZ).

In typical Alibaba fashion, the event was loaded with pomp, glamour and gimmicks – ranging from the old-fashioned shovel-in-the-ground groundbreaking to a ‘live’ auction where real-time bids were displayed on a huge screen on stage, to the end of that auction with a strike of a gong.

Such grandeur is perhaps fitting for the hype that the DFTZ has brought since it was first announced in March 2017.

DFTZ said it will increase Malaysian SMEs’ export of goods to USD38 billion and create over 60,000 by 2025.

“Malaysia is set to make it easier for SMEs to do cross-border trade. This is the primary purpose of DFTZ.

“It is simplifying e-commerce by bringing together government agencies, eMarketplaces, logistic and payment providers all on one platform,” said Najib at the launch.

On top of enabling Malaysian SMEs to promote and market their products on Alibaba’s huge platforms, the DFTZ will also improve and streamline logistics, delivery, payment and customs clearance processes for the said products.

Their ultimate goal? To deliver any products from any Malaysian SMEs to a buyer within three days of ordering.

A total of 1,972 local SMEs have been selected as the first batch to participate.

But, nevertheless, a large portion of our SMEs still can’t really see the actual, tangible benefits they will enjoy from the DFTZ since their exposure would have been limited to press releases and media reports.

As with e-commerce and buying things online, most people need to see, hear or perhaps touch it, to truly understand and believe in it.

Maybe our SMEs need to see real-life examples of what the DFTZ can offer them and how it can elevate their businesses to epic proportions.

And for that, there’s one place they can look to.

Alibaba’s “11.11” Singles Day

Originally, Singles’ Day is an festival for single people in China to celebrate their singledom.

Over the past eight years, it has evolved to become the biggest 24-hour online shopping event on the planet.

Undeniably, Alibaba has been at the forefront of this evolution of Singles’ Day.

“Alibaba’s 11.11 Global Shopping Festival” started in 2009, achieving sales of USD7.6 million in a day.

Today, “11.11” as it’s come to be called, is more than 18 times the size of Amazon Prime Day and 2.5 times bigger than Black Friday and Cyber Monday combined.

Last year, the festival generated USD17.8 billion in Gross Merchandising Volume (GDV), a 32 per cent increase from 2015.

To put in context, that’s bigger than the GDP of Laos and Brunei, and almost four times the GDP of Fiji.

On the day, Alibaba Cloud processed 175,000 orders every second, and its payment hub Alipay processed more than 120,000 transactions per second. Alibaba’s logistic arm, Cainiao processed more than 657 million delivery orders.

Singles’ Day 2017

After a record-breaking 2016, Alibaba has its sights set on the greatness, yet again.

The e-commerce giant said that this year, over 140,000 brands will participate in Singles’ Day, more than 60,000 of them are international brands.

Over 1 million merchants will take part, and Alibaba said its targeting 100 million Chinese consumers outside of China alone – not including the 1 billion or so in China and citizens of other countries (they’re big in Russia, for example).

The Cainiao Network expects over 3 million logistics personnel to handle all the packages that are going to come through. It has invested over USD200 mil to upgrade its facilities and services in anticipation of this.

A glimpse of our future?

It may take time our own SMEs to reach the scales of Alibaba’s Singles’ Day – the e-commerce giant took a good seven or eight years themselves to achieve such proportions.

But the journey of a thousand miles begins with the first step, and as far as future prospects are concerned, we are on the right track.

Back to DFTZ, examples of this “improving, streamlining and digitalising of services” have been seen – from upgraded facilities, to little robots that are handling packages in the KLIA Aeropolis right now as we speak.

So for a majority of our SMEs, especially those who were not part of the 1,972 that have been selected so far, they have good reasons to be optimistic about the future.

In a challenging and unpredictable global economy, Malaysia is indeed taking steps to evolve, and in fact, step ahead of the curve (the DFTZ is the first of its kind in the world). The day when sales of our companies will be bigger than the GDP of some countries may come sooner than you think.

And it’s going to start with our SMEs and small businesses who make up some 90 percent of our economy – and with the DFTZ, it starts now.

Just watch Alibaba’s Singles’ Day Festival this 11.11 (11 Nov) – and I will be there in Shanghai to cover it.

So, stay tu



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons